Memang ada banyak laporan kajian khasiat buah ini dimana buah belimbing buluh berpotensi membantu menurunkan paras gula darah, tekanan darah, dan lemak (trigliserida) akan tetapi cara pengambilannya secara berlebihan atau oleh penghidap masalah buah pinggang boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan keracunan akibat kandungan oksalat dan karamboksin yang tinggi. Antara khasiat Belimbing Buluh ia membantu kawalan gula, tekanan darah dan lemak bila kajian menunjukkan ia boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah, tekanan darah tinggi, serta paras trigliserida. Ia juga sebagai satu sumber mineral dan nutrien seperti kalium (potasium), kalsium, fosforus dan zat besi (ferum), serta tinggi kandungan air dan serat. Digunakan sebagai bahan 'pemutihan gigi' bila jenis asid oksalik dan peroksida boleh bertindak sebagai agen pemutih gigi. Bahagian daunnya sering ditumbuk dan ditampal secara luaran untuk merawat bisul, luka dan bengkak. Buah Belimbing buluh di sebalik rasanya yang masam, buah ini menyimpan khasiat yang sangat mengagumkan untuk kesihatan tubuh dimana ia diperkaya dengan vitamin C, antioksidan, flavonoid, kalium, serat dan pelbagai bahan aktif tumbuhan. Belimbing buluh telah lama digunakan dalam perubatan tradisional Melayu dan kini mula mendapat perhatian dalam kajian moden. Ada 17 khasiat belimbing buluh yang terbukti bermanfaat dan disokong dengan cara penggunaannya pertama ia Menurunkan Tekanan Darah Tinggi bila kandungan kalium yang tinggi dalam belimbing buluh membantu mengimbangi kesan natrium dalam badan. Kalium menggalakkan pengembangan saluran darah (vasodilatasi), sekali gus mengurangkan tekanan darah. Kedua ia akan Mengawal Paras Gula Dalam Darah bila ada jenis serat larut dalam belimbing buluh melambatkan penyerapan glukosa di dalam usus. Ini sangat penting dalam pengurusan diabetes jenis 2. Bahan ekstrak belimbing buluh menunjukkan kesan hipoglisemik (penurun gula) pada tikus diabetes. Ketiga ia Membantu Menurunkan Kolesterol Jahat (LDL) dimana antioksidan seperti flavonoid dan fenolik dalam belimbing buluh berperanan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL iaitu punca utama pembentukan plak dalam saluran darah. Keempat ia Membantu Detoks Hati sebab ada kandungan fitokimia dalam buah ini merangsang fungsi hati untuk menapis toksin. Ia juga membantu meningkatkan aktiviti enzim hati seperti katalase dan SOD (superoxide dismutase). Kelima ia Melegakan Batuk dan Sakit Tekak sebab buah belimbing buluh bersifat anti-radang dan antimikrob. Air rebusan buah ini, terutamanya apabila dicampur dengan madu asli, mampu mengurangkan keradangan tekak dan mampu bagi mencairkan kahak. Keenam ia akan Merawat Jerawat dan Masalah Kulit sebab ada sifat antimikrob membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat seperti Propionibacterium acnes. Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka kecil dan ruam kulit. Ketujuh ia akan dapat Meningkatkan Imuniti Badan dimana zat vitamin C dalam buah ini membantu merangsang penghasilan sel imun seperti limfosit dan fagosit yang melindungi badan daripada jangkitan. Kelapan ia Bantu Melancarkan Pencernaan bila serat dalam belimbing buluh mempercepatkan pergerakan usus dan mencegah sembelit. Ia juga menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
Seterusnya ke 9 ia akan Bantu Menurunkan Berat Badan sebab ia rendah kalori dan tinggi serat menjadikannya sesuai sebagai snek sihat. Serat membantu memberi rasa kenyang lebih lama dan mengawal nafsu makan. Khasiat kesepuloh ia akan dapat Mengurangkan Risiko Jangkitan sebab ada kesan antimikrob belimbing buluh mampu melawan bakteria dan virus. Kajian menunjukkan ekstraknya berkesan terhadap bakteria seperti E. coli dan Staphylococcus aureus. Ke 11 adalah ia Menyegarkan Nafas dan Kesihatan Mulut sebab ada kandungan asid semula jadi dan antioksidan membantu menghilangkan bau mulut serta mencegah pertumbuhan bakteria penyebab masalah oral. Ia juga dapat Mencegah Gusi Berdarah bila zat vitamin C penting untuk kolagen iaitu bahan utama dalam tisu gusi. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah dan bengkak. Ke 13 adalah buah ini dapat Melegakan Sakit Sendi dan Gout sebab ia mengandungi bahan anti-radang yang membantu mengurangkan pembengkakan dan kesakitan sendi. Ia dipercayai membantu mengurangkan paras asid urik dalam darah. Ia juga akan Menstabilkan Paras Asid Badan sebab ia bersifat alkali dimana buah ini membantu untuk meneutralkan keasidan badan, sekaligus mengurangkan risiko keradangan kronik dan penyakit metabolik. Ke 15 khasiatnya ia akan Meredakan Demam Panas dimana dalam perubatan tradisional, air rebusan belimbing buluh digunakan sebagai penyejuk badan, terutama bagi mereka yang mengalami demam panas atau jangkitan virus ringan. Ke 16 khasiatnya ia akan Memudarkan Parut Luka Ringan dimana bila disapu pada kulit, kandungan asid askorbik dan flavonoid bantu mengurangkan pigmentasi parut dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit. Akhir sekali ke 17 dimana buah belimbing ia berkhasiat Meningkatkan Kesuburan Lelaki dan Wanita dimana zat antioksidan dalam belimbing buluh membantu melindungi sperma dan ovum daripada kerosakan oksidatif. Ia juga menyokong penghasilan hormon pembiakan yang sihat. Apa pun kandungan nutrisi utama dalam belimbing buluh iaitu vitamin C yang akan merangsang imuniti dan kesihatan kulit. Zat Kalium ia penting untuk jantung dan juga tekanan darah. Ada jenis serat larut membantu kawal gula dan kolesterol serta zat Flavonoid dan antioksidan yang melawan radikal bebas. Bagi zat Asid oksalatnya yang tinggi ia perlu awasi untuk kesihatan buah pinggang.
Walaupun belimbing buluh sangat berkhasiat akan tetapi faktanya ia mengandungi asid oksalat yang tinggi yang mana ia boleh ancaman kesihatan juga. Pertama adalah ancaman kepada Risiko Meningkatkan Kes Batu Karang dimana ini ia akan membebankan buah pinggang terutamanya jika sudah mengalami masalah ginjal. Memakan belimbing buluh boleh meningkatkan risiko batu karang buah pinggang kerana buah ini mengandungi asid oksalat (oxalate) yang tinggi. Apa pun ia memang berkaitan dengan 'Pembentukan hablur' iaitu jenis Oksalat yang mana ia boleh bergabung dengan kalsium dalam badan dan membentuk kristal kalsium oksalat di dalam buah pinggang. Ia menjadi risiko lebih tinggi dengan cara iaitu berlaku pengambilan dalam jumlah yang banyak (terutama dalam bentuk jus atau ketika perut kosong) atau kurang minum air boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Ia beri kesan pada buah pinggang iaitu dengan cara pengambilan berlebihan juga boleh membebankan buah pinggang dan menyebabkan kecederaan buah pinggang akut (acute kidney injury). Bagi penghidap penyakit buah pinggang kronik, belimbing juga mengandungi toksin caramboxin yang berbahaya dan perlu dielakkan. Apa pun batu karang (atau batu ginjal) ialah ketulan keras yang terbentuk daripada mineral dan garam (seperti kalsium oksalat) yang mengkristal dan berkumpul di dalam buah pinggang atau saluran kencing. Ia boleh menyebabkan sakit di bahagian pinggang atau sisi badan, kencing berdarah, kerap kencing atau rasa pedih ketika buang air kecil. Ancaman kedua adalah ia Akan Juga Mengganggu Kesan Ubat Pencair Darah seperti warfarin dimana jika ada orang yang ambil ubat pencairan darah (seperti warfarin atau antikoagulan lain) berisiko mengganggu pembekuan darah serta akan meningkatkan kemungkinan pendarahan, dan membebankan buah pinggang. Ketiga ada ancaman iaitu Risiko Pendarahan Meningkat dimana dari hasil kajian makmal dan haiwan menunjukkan ekstrak belimbing buluh mempunyai sifat antikoagulan (melambatkan pembekuan darah) serta boleh berinteraksi dengan ubat seperti warfarin. Perubahan pada kesan ubat pencairan darah boleh menyebabkan bacaan INR tidak stabil atau pendarahan lebih mudah berlaku. Keempat ada ancaman Risiko Iaitu Ujud Kecederaan Buah Pinggang (Oksalat Tinggi) sebab belimbing buluh mengandungi paras asid oksalik yang sangat tinggi. Pengambilan berlebihan terutama dalam bentuk jus pekat atau rebusan boleh menyebabkan kristal kalsium oksalat terkumpul dan mencetuskan kecederaan buah pinggang akut. Jika fungsi buah pinggang terjejas dimana bagi sesetengah ubat pencairan darah juga boleh terkumpul dan menambah risiko pendarahan. Kelima ada ancaman Gangguan Dalam Penyerapan dan Metabolisme Ubat dimana buah dalam keluarga belimbing berpotensi mempengaruhi cara badan menyerap atau memproses ubat tertentu di usus dan hati, sekali gus mengubah keberkesanan rawatan. Antara langkah keselamatan diawasi adalah jangan ambil jus pekat atau kuantiti banyak dan mengelakkan minum jus atau air rebusan belimbing buluh secara kerap sebagai 'penawar' atau rawatan alternatif. Bukti klinikal pada manusia masih terhad untuk menyokong penggunaannya sebagai rawatan dan perlu merujuk doktor atau ahli farmasi iaitu jika sedang mengambil ubat pencairan darah berbincang dengan doktor sebelum mengubah pengambilan makanan atau herba tradisional. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang di syorkan untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan kali ini memberikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.