Support My Blog

Showing posts with label KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA!. Show all posts
Showing posts with label KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA!. Show all posts

Wednesday, July 27, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 5)

ULAM atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari laukpauk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Bagaimana pul ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan lain. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sedia kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(13) KADOK
Pokok Kadok (Piper sarmentosum) mungkin kurang dikenali ramai dan ia merupakan adalah sejenis tumbuhan ulaman herba dari keluarga Piperaceae yang terdapat di Malaysia dan natif dari negara kita. Tumbuhan ini juga terdapat di Brunei dan Indonesia. Penulis blog juga pernah mempunyai beberapa pasu pokok kadok yang ditanam dikawasan rumah di Melaka dulu. Pokok kaduk ini ditanam didalam pasu dengan tanaman herba lain seperti serai wangi, tenggek burung, limau purut, serai biasa, pokok potong kolesterol, snake grass dan beberapa lagi. Daun Kaduk telah lama dikenali sebagai ulam yang dimakan segar bersama-sama nasi putih dan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kehendak pengguna. Pokok Kadok adalah tumbuhan herba renek yang tumbuh dengan adanya naungan. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan kegunaan sendiri dikeliling rumah atau dikawasan keliling kebun. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman kaduk di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 15-20 hektar CHE. 
Daun kaduk merupakan tanaman dalam keluarga Piperaceae yang digunakan dalam banyak masakan Asia Tenggara.  Daunnya sering dikelirukan dengan sirih, tetapi ia berbeza dari segi rasa dan saiz kerana rasaanya tidak sekuat daun sirih dan saiznya lebih kecil. Antara manfaat daun kaduk ialah ianya boleh meredakan sakit sendi, sakit tulang, sembelit dan mampu menyembuhkan masalah panau.


(14) PUCUK GAJUS
Pokok Gajus (Anacardium occidental Linn) merupakan sejenis dun yang diambil dari tumbuh-tumbuhan iaitu dari keluarga Anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji ‘diluar buah’ dan isi didalam yang tumbuh di negara kita. Pokok Gajus dipercayai berasal dari Brazil dan kini ditanam di kawasan tropika diseluruh dunia. Selain bahagian daun yang dijadikan ulaman popular yang dimakan dengan sambal belacan dan nasi, pucuk daun mudanya yang dipotong-potong boleh digunakan sebagai campuran dalam laksa. Pemilihan pucuk yang muda mudah ketika musim hujan tetapi ianya agak berkurangan dalam musim kemarau. Ulam pucuk gajus ada dijual dipasar malam dengan harga RM 1.00 satu ikat dengan 15-20 helai daun disusun dalam ikatan. Pucuk ini tahan disimpan sehingga dalam peeti sejuk dan masih boleh dimakan. Khasiat pucuk gajus dipercayai mengelakan penyekit kanser, membantu proses penghadaman serta baik untuk mereka yang ada masaalah tekanan darah tinggi. Pastikan untuk mendapatkan pucuk gajus yang bertaraf ‘Organik’ apabila tiada semburan racun kimia dikawasan tanaman tersebut. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram biji mengandungi 21% protin, 40% minyak ekstrak. Kuantiti minyak yang dihasilkan adalah Asid Oleik (60-75%) dan Asid Lineolik (20-28%). Kajian juga mendapati jus buah gajus kaya dengan Vitamin C (Asid Askorbik), Vitamin B3 (Riboflavin) dan juga Kalsium. Kulit kacang gajus kaya dengan minyak Asid Anakardik (90%) dan juga Kardol (10%) yang bernilai terhadap kesihatan manusia. Kulit yang dicampur dengan kopi boleh dijadikan rawatan asma atau lelah. Cecair kulit gajus boleh digunakan rawatan Ketuat, Kutil dan Kaki Retak. Bunga gajus boleh direbus dan dibuat sirap yang mengurangkan atau menyembuhkan Batuk. Ada dakwaan yang menyatakan daun tua pokok gajus yang direbus dan diminum airnya dapat merawat cirit birit, sakit perut dan juga anti-diabetes. Khasiat pokok gajus mungkin lebih banyak lagi daripada yang dinyatakan diatas. Mana tahu satu hari nanti ada usahawan yang menghasilkan semua khasiat gajus dalam bentuk 'Ready to Use' aeperti dalam bentuk pil, jus, ekstrak, tablets, kapsul dan sebagainya. 
Amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.


(15) CEKUR
Cekur (Kaempferia gigantica) atau dalam bahasa saya dikampong sebagai 'Kencur' memang merupakan sejenis herba yang tidak berbatang. Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman.Penulis blog banyak menulis artikel mengenai cekur dan cekur manis. Cekur mempunyai tunas pucuk yang tumbuh daripada batang rizomnya yang mana rizom berada dalam tanah dan hanya daunnya berwarna hijau berada diatas tanah. Bergantung kepada penjagaan dan kesuburan biasanya setiap rumpun mempunyai diantara 3 - 8 helai daun yang tebal dan lebar yang berbentuk bujur telur. Penulis dapati dalam masa 2 bulan sahaja rizom ditanam didalam pasu yang media cocopeat atau tanah campuran sudah cukup besar. Baja organik yang diberikan memberikan tahap kesuburan terbaik kepada tanaman cekur. Pokok yang cukup tua sering mengeluarkan bunga berwarna putih yang mekar dalam masa singkat sahaja. Cekur segar ada dijual dipasar biasa, pasar tani dan juga pasar malam dikawasan tertentu terutama dimana ramau suku kaum Jawa tinddal dimana mereka memanggilnya sebagai 'Kencur' sahaja. Pada penulis blog apa yang istimewa mengenai cekur ini adalah daun dan rizomnya yang mempunyai aroma yang lembut serta berkhasiat.

Daun cekur merupakan ulaman yang dikenali dengan saiz kecilnya. Ia tergolong dalam spesis keluarga halia.  Berbeza warna daun cekur bergantung kepada usianya. Batang cekur muda biasanya berwarna hijau muda dan batang cekur tua berwarna hijau tua atau kelabu. Antara khasiat daun cekur ialah ianya kaya dengan zat besi, dapat merawat sembelit, mengurangkan angin dalam badan dan memberikan tenaga. 
Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

Tuesday, July 26, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 4)

ULAM atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari laukpauk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di luar bandar dan dikampung-kampung. Bagaimana pun kini ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk pihak tertentu membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka  kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(4) DAUN TENGGEK BURUNG
Daun Tenggek Burung (Euodia redleyi) merupakan sejenis herba dari tumbuhan dari keluarga Rutaceae iaitu merupakan tumbuhan renek yang selalu tumbuh secara liar di Malaysia. Tumbuhan ini telah diberikan nama 'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung bersaiz kecil suka hinggap diatas pokok ini seperti burung kelicap, burung murai, burung kecil lain untuk mereka menyedut nektar daripada bunganya dan membuat sarang untuk bertelur. Penulis mula kenal pokok tenggek burung semenjak zaman remaja kerana terdapat beberapa pokok ini yang tumbur liar dikawasan rumah di kampong di Muar, Johor dahulu. Keluasan tanaman pokok tenggek burung belum ada maklumat yang saya dapat cari dari banyak sumber. Bahagian pucuk tumbuhan ini dipetik dan dijadikan ulam dengan rasa masam, kelat dan pahit sedikit dan biasanya amat enak dimakan dengan sambal belacan bersama nasi putih. Kajian para pegamal perubatan tradisional mendapati pucuk tenggek burung boleh digunakan untuk perubatan atau dianggap tanaman ulam untuk kesihatan (jika tidak dicemar dengan toksik). Pada asasnya ulam ini dipercayai dapat merawat tekanan darah tinggi. Selain itu juga khasiatnya ialah dapat meningkatkan organ seks bagi lelaki serta juga memperbaiki pengedaran darah. Kajian secara saintifik mengenai bahan kandungan kimia dalam ekstrak ulam tenggek burung perlu di pergiatkan. Kandungan lain seperti bahan antioksidan dimana ia juga mungkin ada pada ulam daun tenggek burung. Ulam tenggek burung sesuai dimakan segar sebagai ulam dan mempunyai rasa Pahit dan Kelat yang mana ada kat ia kurang sedap. 
Jika pergi ke kebanyakan warung atau restoran pada waktu tengah hari mungkin diantara jenis ulam yang wajib ada ialah daun tenggek burung.

(5) PUCUK BETIK
Pucuk Betik (Carica papaya) merupakan bahagian atas pada pokok betik dari keluarga Caricaceae yang sesuai untuk dijadikan makanan berkhasiat. Mungkin ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang sudah jarang dapat melihat pucuk betik kerana mereka tinggal dikawasan bandar dan golongan muda. Pucuk betik memang pahit kerana mengandungi getah (lateks) atau sebenarnya bahan 'Papain'. Pembaca blog boleh juga membaca apakah itu papain dalam tulisan saya dalam blog ini sebelum ini (Sila klik disini). Papain adalah bahan yang mana jika dikomersilkan dimana ia mampu memberikan pendapatan baik dan ia meluas untuk digunakan. Penulis blog masih ingat ketika zaman remaja dikampong dulu diminta oleh ibu untuk memetik pucuk betik dikebun untuk dijadikan ulam atau dibuat rojak pecel. Pucuk betik dari pokok subut berwarna hijau lembut dan mudah dipotong dengan pisau atau sabit sahaja. Papain adalah sejenis bahan hormon yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh buah betik muda secara semulajadi apabila ia dicederakan atau dipotong pada bahagian kulitnya. Papain juga didapati pada buah betik gunung yang banyak ditanam dikawasan tanah tinggi (Vasconcellea cundinamarcencis). Kita di Malaysia sering dengar akan perkataan 'papain' ini yang dikatakan mampu melembutkan masakan daging daging yang liat seperti otot-otot yang banyak urat jika dicampurkan kedalam masakan. Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan bahawa papain merupakan enzim penghadaman yang berkesan (powerful digentive enzyme) yang juga dipanggil sebagai 'papaya proteinase'. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dimana enzim papain telah memecahkan fiber protein dalam proses penghadaman dan telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu dikawasan Amerika Selatan. Membalut daging dengan daun betik atau daun lain yang mengandungi juga merupakan satu cara masakkan yang dibuat untuk melembutkan daging serta mendapatkan aroma yang sesuai. Dalam pucuk betik juga ada bahan papain didalamnya. Pucuk betik dan bunga betik sering dijadikan bahan asas makanan sebagai ulaman. Penulis juga suka petik buah betik muda dan digunakan sebagai bahan sayuran seperti dimasak sup, masak tumis cili dan juga dijadikan pecel. Apa pun kini ramai generasi baru yang tidak mengenali sayur enak daripada betik muda, pucuk betik dan bunga betik. 
Pucuk betik juga merupakan antara jenis ulam yang digemari orang kita dan turut dinikmati oleh warga negara Asia Tenggara yang lain. Ianya merupakan daun bahagian atas untuk pokok betik. Jika ianya pucuk betik muda, rasanya sedikit pahit. Antara manfaat kesihatan pucuk betik ialah ianya mampu mengawal tekanan darah, meredakan demam dan melancarkan penghadaman.

(14) PETAI
Petai (Parkia speciosa) merupakan sejenis herba atau tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae yang dulu tumbuh dalam hutan dan kini telah ditanam sebagai tanaman ulam-ulaman yang boleh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Petai merupakan sayuran yang kerap digunakan dalam masakan. Ianya boleh dibuat sambal dan jeruk. Malah, petai juga enak dijadikan ulaman. Apa pun disebabkan kandungan sulfur, ia turut dikaitkan dengan kesannya yang menyebabkan mulut sedikit berbau, namun tidaklah memudaratkan. Petai mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak. Kajian dimakmal mendapati petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam yang ianya juga mempunyai bau seperti buah petai juga. Saya paling suka makan petai dengan kulitnya sekali utuk mendapatkhan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Kulit petai dipercayai mengandungi penawar daripada skit perut kerana makan terlalu banyak petai yang boleh menyebabkan kita tidak tanan buang air besar. Antara khasiat petai ialah ianya membantu untuk melancarkan penghadaman dan mencegah demam selsema. Ia juga membantu menangani stress, aktiviti antioksidan, berpotensi mencegah kanser, mengawal paras gula dalam darah, baik untuk kesihatan jantung, boleh menurangkan keradangan, aktiviti antiulcer, bagus untuk tulang dan gusi, antimikoobial dan membantu sistem penghadaman serta mencegah anemia
. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

Monday, July 25, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 3)

ULAM
atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari laukpauk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Bagaimana pul ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar terutama beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengambil ulaman jenis lain yang memang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog ada mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(7) JERING
Jering (Archidendron jiringa) adalah sejenis tumbuhan jenis ulaman atau herba yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara seperti di Indonesia, Filippina,Thailand adalah dari keluarga Leguminocae. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Djengkol (Jawa) dan dimakan sebagai ulam dengan nasi dan sambal. Nama lain jering adalah seperti tangyin ; tanyeng-pen (Myanmar), niang ; niang-nok ; chaniang (Thailand) dan jingkol ; jringkol ; jengkol (Indonesia). Pada penulis blog yang mempunyai pengalaman dalam menanam, menjaga, memetik hasil dan memakan buah jering semenjak kecil lagi kerana di sekeliling rumah saya di Muar, Johor ada sebanyak lebih 10 pokok jering. Jering dipercayai adalah native atau berasal dari Malaysia dan Indonesia serta ditanam di negara Thailand, Bangladesh dan Myanmar. Daripada pembacaan dan kajian serta dari sumber Jabatan Pertanian dimana memang ada melaporkan anggaran keluasan tanaman Jering 2020 seluas 45-50 hektar CHE dengan pengeluaran hasil sebanyak 255 - 350 tan metrik. Anggaran nilai pengeluaran jering agak kurang tepat dianggarkan sekitar RM700,000 sebagai jering segar dan juga jering proses. Penanaman jering seperti juga pokok petai hanya ditanam secara bercampur dengan pokok buah-buahan lain disekitar rumah atau kebun. Belum ada catatan rasmi mengenai kebun jering yang ditanam secara 'monocrop' dikawasan yang luas. Kajian saintifik di makmal menunjukkan setiap 100 gram jering mengandungi air (93 g), Protin (3.5 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (1.7 g), Kalsium (21 mg), Posforus (25 mg), Fe (0.7 mg), Vitamnin A (240 IU), Vitamin B (0.1 mg), Vitamin C (12 mg) dan tenaga sebanyak 92 kJ (Rujukkan: Buku PROSEA : Vegetable production for ASEAN country - 1994). Jering juga bahan yang mengandungi asid amino yang tinggi dan bahan cysteine. Biji jering yang masak mengandungi kanji sebanyak 70%. Purata berat biji jering adalah 15 gram sebiji. Jering didakwa mampu meningkatkan selera makan dan khasiatnya termasuk menurunkan darah tinggi juga. Kandungan Asid Djengkolik dalam jering dilapor memberikan khasiat khusus pada jering. Antara khasiat jering termasuk sebagai bahan antioksidan, membantu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol dalam darah, berpotensi untuk mencegah penyakit kardiovaskilar, potensi mencegah kanser, sebagai bahan antimokrobial atau antibakteria,membantu pembentukkan tisu badan dan jugamengurangkan risiko batu karang serta aktiviti anti ulser atau anti gastrik dalam badan.

(8) PERIA
Peria (Momordica charantia) merupakan sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia. Penulis blog merujuk dari maklumat dalam perubatan Ayurveda dimana masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam. Bagi masyarakat Melayu di Malaysia pula dimana selain dijadikan ulam buah dan daun peria terutama Jenis Peria Katak adalah penting dimana ia berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes. Apa pun sebenarnya sejak zaman purba lagi peria memang banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian. Bagi memberi info tambahan diman aantara khasiat peria katak didakwa mampu membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga. Ia juga melewatkan lagi pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa. Peria yang mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan. Peria adalah kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli. Ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser. Bagaimana pum perlu diketahui akan keburukan peria katak antaranya sebaiknya cara penyediaan penting. Peria katak perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut. Juba boleh disesuaikan semasa dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu. Bagi penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden. Selain itu ia ada
 digunakan untuk merawat asma, meredakan sembelit, mencegah diabetes dan memulihkan kulit yang melecur.

(9) KACANG BOTOR
Kacang Botor (Psophocarpus tetragonolobus) atau juga di panggil Kacang Botol atau Kecipir (Jawa) atau Winged Bean (English) dari keluarga Fabaceae merupakan sejenis tanaman kekacang yang dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara. Tanaman ini di tanam sebagai tanaman pagar dan tidak banyak petani yang menanam secara meluas sebagai tanaman utama. Buah kacang botor boleh dituai selepas 2-3 bulan penanaman sehingga pokok mati. Buah yang sesuai ulam atau sayuran masih lembut dan rangup mestilah. Kacang botol dmakan sebagai ulam dengan sambal belacan atau di buat Urap. Urap menggunakan bahan utama dari kacang botol yang dihiris sepanjang 1-2 cm dan digaul dengan kelapa parut yang mengandungi ramuan cili api, bawang dan garam serta gula. Pucuk kacang botor boleh dijadikan ulam dengan mencelur dalam air panas. Biji yang tua boleh diproses untuk dijadikan makanan ringan. Ada pembaca blog yang mengambil bunga kacang botor untuk dimakan dan dimasukkan dalam nasi sebagai pewarna dan aroma.
Dalam 100 gram kecipir mentah terkandung 409 kkal tenaga, 0.795 miligram Asid pantotenate, sekitar 0.45 miligram Riboflavin, dan 0.175 miligram vitamin B6. Buah kacang botor ini sendiri merupakan tumbuhan melilit pada junjung dimana hampir semua dari bahagiannya bisa digunakan. Bermula dari buah dimana bahagian biji, umbi sehingga daunnya dapat dijadikan bahan untuk dikonsumsi harian. Sayuran ini yang juga dikenali ramai sebagai 'winged beans' ini dimasak menjadi makanan enak, murah dan menyihatkan. Manfaat kecipir boleh memengaruhi kesihatan dan juga kecantikan. Selain memiliki kandungan nutrisi yang telah disebutkan di atas, kecipir juga memiliki kandungan antioksidan tinggi. Ia merupakan sumber 'folate' yang memiliki manfaat luar biasa untuk wanita hamil dan janinnya. Kehebatan ulam kecipir yang pertama berkaitan dengan kandungan kalori dan seratnya. Kecipir memiliki kandungan kalori yang rendah dan ia juga memiliki serat berlebih yang membantu penurunan berat badan secara sihat. Serat tinggi dan kalori rendah membantu membuat semua orang merasa kenyang sehingga didakwa mengurangkan kemungkinan selalu makan berlebihan yang dapat menyebabkan kenaikan berat badan. Didakwa kecipir menganduni antioksidan asli yang membantu mencegah membran sel diserang oleh radikal bebas yang menyebabkan kerusakan kulit. Vitamin C dan vitamin A kecipir mencegah aktiviti penuaan awal dan melindungi kulit anda daripada berkedut. Khasiat lain kacang botor termasuk mengurangkan masaalah sakit kepala atau migrain, mengawal paras gula dalam darah, meningkatkan immuniti, sumber bahan folate yang baik, ulam awet muda, ada serat yang baik bantu penghadaman dan juga sesuai dimakan semua peringkat umur pengguna. 
Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana, 
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

Sunday, July 24, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 2)

ULAM
atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makana nini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari lauk[auk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Bagaimana pul ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(4) ULAM RAJA
Ulam Raja (Cosmos caudatus) kini merupakan sejenis ulam dari famili Compositae yang popular di Malaysia di samping ulam-ulaman lain seperti Tenggek Burung, Jering, Petai, Daun Cekur, Timun, Terung Lalap dan sebagainya. Ulam raja juga di panggil dengan epbagai nama di negara lain iaitu King Salad, Cosmos, Kenikir ; Randa midang (Indonesia), Ulam Raja ; Intan Berayun; Pelampong (Malaysia) ; Cosmos ; Turay-turay; Onwad (Filipina), Daoruang khana; Kkamhae (Thailand). Ulam Raja juga ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Kebanyajan ulam raja di tanam dalam pasu keliling rumah untuk kegunaan sendiri tetapi petani komersil menanamnya dalam kebun. Tidak ada angka rasmi keluasan tanaman ulam raja di Malaysia tetaapi penulis bloh mengganggarkan sekitar 140 - 175 hektar setahun. Ulam raja selalu digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan juga dapat menguatkan tulang. Kajian juga mendapati bahan kimia Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.coli. Ulam raja biasanya dimakan mentah terus dan jarang-jarang di masak atau dicelur. Cara ini dapat mempastikan khasiat ulam raja masih segar dan original. 
Antara manfaat ulam raja yang lain ialah ianya boleh mengawal paras gula dalam darah, kaya dengan antioksida dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

(5) PEGAGA
Pegaga 
(Centella asiatica) atau juga dikenali sebagai pokok antanan (Dipanggil 'pennywort' dalam Inggeris) adalah sejenis pokok ulam dari keluarga Mackinlyaceae yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Tumbuhan ini merupakan tanaman jenis herba dan ulaman yang mengandungi khasiat yang penting. Tiada catitan rasmi keluasan tanaman pegaga di Malaysia kerana ia kebanyakannya ditanam secara kecil-kecilan. Hasil dari kajian mengenai kandungan pegaga yang di jalankan oleh beberapa penyelidik mendapati setiap 100 gram pegaga mengandungi 87.7% air, 2.0% protin, 6.7% Kaarbohiderat, 0.2% lemak dan 1.6% Serat. Zat lain yang terdapat dalam pegaga seperti Vitamin A (0.4 mg), Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.19 mg), Vitamin B3 (0.2 mg) dan Vitamin C (1.6 mg) setiap 100 gm pegaga. Pegaga juga kaya dengan bahan galian seperti Kalsium (171.0 mg), Ferus atau Zat Besi (5.6 mg), Sodium (21.0 mg), Pottasium (391.0 mg) dan Posforus (32.0 mg). Pegaga juga dilapor mengandungi komponen Pectin yang sangat penting dalam sistem imunisasi badan manusia. Terdapat 4 jenis asid penting dalam jus pegaga iaitu Asid Asitik, Asid Medekasic, Asid Mendekasida dan Asid Terunasid yang perlu untuk kesihatan badan manusia. Ulam pegaga merupakan ulam yang dimakan mentah atau dicelur serta ada digunakan sebagai sayur dalam bidang masakan atau sebagai ramuan perubatan. Antara khasiatnya ialah ianya boleh mengawal paras gula serta ia meredakan insomnia atau gangguan tidur dan mencegah parut. Ianya juga turut digunakan dalam bidang kecantikan kulit kerana daun dan batang pegaga dikatakan mampu meredakan keradangan kulit.

(6) JANTUNG PISANG
Jantung Pisang 
atau 'Banana Flowers' adalah bunga yang dihasilkan oleh Pokok Pisang (Musa spp.) iaitu sejenis pokok atau tumbuhan dari kelurga Musaceae yang berfungsi untuk menghasilkan buah pisang. Kini jantung pisang sesuai dimakan sebagai ulam atau sayuran bagi spesis pisang tertentu. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini didapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Satu pokok pisang lazimnya hanya akan mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses pendebungaan. Jantung pisang pada penulis blog merupakan antara jenis ulam yang kena dengan citarasa orang kita. Ianya juga unik dan mempunyai khasiat tersendiri. Ia juga merupakan bunga pisang yang berbentuk seperti jantung dimana selalunya akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ini rasanya berlemak, sesuai dibuat gulai. Antara manfaatnya ialah mengelakkan jangkitan, mencegah anemia dan mengawal berat badan.  Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana, 
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

Saturday, July 23, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 1)

ULAM
atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari lauk[auk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Bagaimana pul ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis 
ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam  pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pembaca blog mungkin meminati ulam-ulaman sebagai bahan untuk menambah selera makan dan mendapatkan info akan kehebatan khasiatnya. Mengetahui, menanam atau membeli ulam-ulaman memerlukan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi nilai tambah perkara tersebut. Ini kerana bahan u
laman juga  merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan mentah atau dicelur atau diproses dengan cara yang sesuai. Ianya bukan sahaja enak dan segar dimanan akan tetapi memberikan khasiat kesihatan kepada mereka yang menggemarinya. Maka kini memang tidak hairanlah sudah ramai orang di Malaysia yang sudah gemar menikmatinya sebagai hidangan sampingan. Di Malaysia diantara 12 jenis ulam yang popular termasuk timun, daun selom, ulam raja, daun salad, pegaga, jantung pisang, peria, kaduk, daun salad, kacang botol, daun salad, jering, petai, cekur dan juga pucuk betik serta beberapa lagi. 

(1) TIMUN
Buah Timun (Cucumis saticus) adalah merupakan sayuran jenis buah yang sesuai digunakan sebagai ulam. Timun juga me
rupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia. Ia termasuk dari sayuran jenis buah yang kedua terpopular selepas cili. Buah timun yang masih muda digunakan sebagai ulaman dan dimakan mentah dimana ada juga timun yang dimasak atau dibuat acar atau jeruk. Timun tua pula ditanam untuk dijadikan bahan sayuran sup dikalangan penduduk tempatan atau masakan asam ikan patin tempoyak. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dankarbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1,vitamin B2 dan vitamin C. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang. Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar. Buah timun adalah dituai dari tanaman merambat yang ditanam secara meluas dalam keluarga labu Cucurbitaceae yang menghasilkan buah cucumiform. Ianya kaya dengan manfaat kesihatan dimana dilaporkan ianya kaya dengan antioksidan yang dapat ianya membantu menghidrasi badan dan mengawal paras gula dalam darah.

(2) SELOM
Daun selom 
(Oenanthe javanica) adalah tumbuhan genus dropwort air yang berasal dari Asia Timur. Pada penulis bloy yang menanam tumbuhnan ini dirumah mendapati dimana ianya turut digunakan sebagai ulam atau sebagai makanan sampingan. Daun Selom merupakan sejenis tanaman kaegori ulam-ulaman dari keluarga Umbelliferae yang terdapat di Malaysia. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara. Selom di Malaysia ditanam sebagai tanaman sampingan dan tidak ada data rasmi mengenai keluasan, penggunaan atau ekspot di peringkat antarabangsa. Penulis menganggarkan seluas 15-25 hektar CHE tanaman selom ditanam di Malaysia saban tahun untuk tujuan pasaran tempatan. Pembacaan penulis dari Buku Asean Vegetables oleh PROSEA, Bogor 1994 mendapati kandungan Selom setiap 100 gram adalah 0.16 g protin, 0.4 g lemak, air 91.6 g, 4.4 g serat, 0.51 g Vitamin A, 138 mg Kalsium, 60.5 mg Vitamin C, 0.31 mg Vitamin B dan sebanyak 110 kJ tenaga. Biji selom juga mengandungi 3.5% minyak selom. Selom mempunyai bentuk tumbuh menegak (erected) kira2 10 cm panjang dan ada yang merayap (jika terlalu tinggi atau varieti lain) serta mempunyai batang yang 'hollow' dibahagian tengah. Daunnya berbentuk oblong atau ovate berwarna hijau muda dan lembut. Saiz daun lingkungan 0.5-7 cm x 0.3-3.5 cm. Bunga selom berwarna putih, tangkai sepanjang 2-5 cm panjang dan ada 5 petal. Buah selom adalah scizocarp bersaiz kecil 2-3mm x 0.5-1 mm. Selom tidak mudah dibiakkan dengan biji benih. Selom ini selain digunakan sebagai ulam, daun selom turut dijadikan sebagai bahan masakan utama untuk hidangan laksa dan kerabu. Diantara khasiat daun selom ialah ianya mampu meredakan demam kuning, mengurangkan masalah insomnia atau gangguan tidur dan melegakan selsema.

(3) DAUN SALAD
Daun Salad (Latuca sativa) memang ada banyak kegunaannya dimana selain selalu digunakan sebagai sayuran dalam hidangan seperti Nasi Ayam ianya juga digunakan sebagai ulaman. Tanaman salad di Malaysia ada dilakukan dikawasan pertanian tanah tinggi yang cuacanya sejuk dan juga di kawasan tanah pamah yang agak panas. Salag juga adalah sejenis tanaman sayuran jenis berdaun dari keluarga Asteraceae yang di tanam kebanyakkanya untuk di makan sebagai makanan salad segar. Bagaimana pun tanaman salad di Malaysia adalah untuk tujuan kegunaan domestik dan hanya sebahagian kecil untuk ekspot. Salad yang berwatna ungu, merah dan berbagai warna lagi didakwa mengandungi banyak nutrien. Kajian mendapati setiap 100 gm salad mengandungi 55 Kcal tenaga, 2.2 gm Karbohiderat, 1.1 gm Serat, 0.2 gm lemak, 1.4 gm Protin, 96 gm air, 166 microgram Vitamin A dan 73 micrograms Vitamin B2. Ada juga jenis salad yang kaya dengan antioksidan dan Vitamin K serta Vitamin C. Salad juga mengandungi dan menyerap lithium yang aktif. Salad yang ditanam di Malaysia terdiri dari salad tanah tinggi dan salad tanah rendah. Salad tanah rendah adalah dari jenis daun warna hijau. Salad sesuai ditanam diatas tanah gembur berpasir yang banyak bahan organan dan mempunyai saliran sempurna. Biasanya petani akan membansuh salad dahulu sebelum dipasarkan. Salad dimakan sebagai salad mentah yang dipotong2 dan dicampur dengan sos salad dan bahan-bahan sayuran lain. Salad juga di makan sebagai ulaman dengan nasi ayam, rojak dan bahan dalam burger. Dinegara-negara moden mereka makan salad setiap hari sebagai makanan rutin bersama-sama dengan daging dan ikan. Daun Salad Segar didakwa memberikan rasa yang agak rangup dimana sesiapa sahaja akan ketagih jika pandai  menikmati. Daun salad ini sedikit berair dan ia mampu untuk menghilangkan rasa dahaga. Manfaat lain daun salad ialah ianya kaya dengan zat besi (Fe), kalsium (Ca), potasium (K), magnesium (Mg) dan zink (Zn). Saalad juga sangat enak dan berkhasiat maka pembaca blog dilaporkan 'rugi' jika tedak amalkan memakan ulam daun salad. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana, 
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...