Seperti dijelaskan diatas dimana ramai orang Malaysia yang hanya mengenali spesies paku pakis yang biasa dijadikan ulam-ulaman, hiasan dan juga ubatan tradisional. Penulis blog paling suka makan pucuk paku pakis atau 'Sayur Midin Goreng Belacan' yang sangat popular di Sarawak (Sila lihat foto disebelah) yang di makan dengan nasi putih. Namun ia adalah jenis tumbuhan pakupakis yang berada didaratan terutama dikawasan tanah lembap. Terdapat jenis paku pakis yang mana ia hidup secara akuatik didalam air (sama ada air tawar atau air masin) yang mana ia adalah jarang diketahui oleh masyarakat umum di Malaysia. Dilaporkan dimana saintis mendapati iaitu bentuk morfologinya yang tidak menunjukkan kehadiran struktur krozier serta sporangium yang terlindung dalam sporokarp adalah mirip ciri paku pakis. Apa pun dilaporkan kebanyakkan paku pakis akuatik ini kelihatan terapung di permukaan air dan tenggelah didasar dan juga kadang kala ia dianggap tumbuhan angiosperm seperti Kiambang (Pistia sp.) dan Telipok (Nymphea sp.). Ada laporan menyatakan Malaysia ada mempunyai tiga spesies paku pakis akuatik dan beberapa spesies semi-akuatik. Tiga spesies paku pakis akuatik tersebut dikenalpasti sebagai tumbuhan Paku Air atau Kiambang Kecil (Salvinia molesta). Jenis kedua adalah tumbuhan Azola (Azolla pinnata) atau juga di panggil sebagai 'Mosquito fern'. Jenis ketiga pua adalah tumbuhan Tapak Itek (Marsilea creanata) yang mudah dijumpai dikawasan tertentu. Saya ada menulis ketiga-tiga jenis pakis akuatik ini dalam blog ini yang boleh dibaca dengan (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini) dengan agak lebih jelas. Dalam penerangan lain dinyatakan dimana jenis paku pakis semi-akuatik yang sering di jumpai ialah Pucuk Piai (Acrostichum sp.) dan juga Paku Ruan (Ceratopteris thalictroides) yang boleh dilihat jika ada yang mengenalinya. Mempelajari akan keunikan paku pakis akuatik seperti Salvinia molesta dimana ia merupakan spesies akuatik yang bersaiz kecil dan ringan namun ia mampu terapung pada permukaan air terutamanya di kawasan takungan air seperti di kawasan sawah, tasik dan parit. Tumbuhan ini mempunyai keunikan pada permukaan daun yang mempunyai struktur halus yang dikenali sebagai papila. Struktur unik ini berbentuk seakan pemutar telur yang terdiri daripada empat unjuran halus pada permukaan daun. Apa pun kehadiran struktur ini telah memberi daya apung dan kedudukan tumbuhan yang stabil pada permukaan air. Rizom bagi tumbuhan ini menjalar pendek dan mempunyai struktur sporangium dalam bentuk sporakarp. Jumlah kehadiran spesies tumbuhan ini perlulah dikawal kerana ia amat cepat membiak sehingga kelihatan seperti hamparan hijau di kawasan kolam, tasik mahupun paya. Lazimnya spesies ini akan dianggap sebagai rumpai jika pertumbuhannya tidak dikawal kerana ia mampu memberi kesan kepada biodiversiti di sesuatu kawasan seperti menggangu aktiviti rekreasi air, menyebabkan laluan air tersumbat, kualiti air terjejas, kehidupan organisma akuatik terjejas dan sebagainya. Walaubagaimanpun, spesies ini sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan pada kolam ikan mahupun akuarium kerana seakan-akan menyediakan habitat asal buat hidupan akuatik.
Dalam pada itu dilaporkan setiap spesies pakupakis akuatik ini memang ia mempunyai keunikan tersendiri di mana bagi spesies Marsilea crenata selalunya ia akan mempunyai bentuk daun seperti bilahan kipas (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini sesuai hidup dalam habitat seperti di kawasan berlumpur kerana akarnya tenggelam di dalam tanah dan hanya bahagian daun yang terapung pada permukaan air. Struktur sporangium spesies ini dalam bentuk sporokarpa, berada pada bahagian pangkal stip atau batang yang terendam di dalam air. Apa pun kini ada mereka yang suka menanam pakis jenis ini sebagai tanaman hiasan di kawasan keliling rumah yang disukai. Saya amat kenal dengan rumpsi skutik iaitu Azolla dan ada menulisnya dalam blog ini. Keterangan mengenai azolla ini boleh dibaca dengan pautan disertakan (Sila klik disini). Pada penulis blog mendapati Azolla pinnata pula merupakan spesies paku pakis akuatik yang bersaiz kecil sekitar 0.5 cm. Ia dikenali sebagai ‘mosquito fern’ kerana ia dilaporkan akan mampu mengurangkan pembiakan nyamuk dikawasan berair. Tumbuhan ini tinggi dengan kandungan protein sehingga ia merupakan sebagai salah satu makanan alternatif kepada haiwan ternakan dan sebilangan kecil pesawah menjadikan tumbuhan ini sebagai baja semulajadi kerana ia mampu bersimbiosis dengan bakteria sebagai pengikat nitrogen. Walaubagimanapun, spesies ini kurang dikomersialkan di negara kita dan hanya dijadikan sebagai tumbuhan hiasan di dalam akuarium serta hiasan di kolam-kolam buatan. Seterusnya bagi jenis paku pakis di kawasan paya pula selalunya ia memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana hidup di kawasan panas dan kawasan berair yang mempunyai nilai pH yang tinggi. Hanya sebilangan kecil spesies paku pakis yang mampu hidup di kawasan ekstrem ini seperti Pucuk Piai (Sila lihat foto paling bawah). Struktur sporangium bagi spesies ini sedikit berbeza dengan spesies paku pakis akuatik yang lain, di mana sporanya penuh pada bahagian apeks abaksial yang kelihatan keperangan. Spseies ini mempunyai keunikan struktur morfologi yang tersendiri dimana ia telah menjadi pilihan oleh para pereka landskap di kawasan rekreasi sebagai tumbuhan hiasan. Kehadiran spesies ini pada kolam atau tasik buatan bagi mampu menyajikan permandangan yang indah buat para pengunjung di kawasan rekreasi sambil beriadah mahupun berkelah. Secara teknikalnya setiap tumbuhan pasti mempunyai kepentingan dan keunikan yang tersendiri, namun pendedahan dan perkongsian bagi kumpulan tumbuhan ini amat kurang dititik beratkan di kalangan masyarakat di negara kita. Kebiasaannya, nilai ekonomi dan kegunaan tumbuhan akan menjadi faktor utama terhadap kepentingan sesuatu tumbuhan.
Mempunyai akuarium kini menjadi hobi mendapat permintaan yang tinggi dalam reka bentuk ruang kediaman, awam dan pejabat. Selain fauna marin, ia mungkin mengandungi pelbagai tumbuhan. Antaranya, adalah bernilai menonjolkan pakis, terkenal dengan kepelbagaian spesies mereka. Ramai yang berfikiran stereotaip bahawa akuarium hanya bertujuan untuk memelihara ikan telah lama hidup lebih lama kegunaannya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana sebagai tambahan kepada kehidupan marin dalam air iaitu pelbagai tumbuhan secara aktif ditanam di dalamnya sama ada diletakkan dengan atau tanpa haiwan peliharaan akuatik. Antaranya adalah tumbuhan pakupakis yang agak bersahaja dan menarik dari segi estetika menonjol dan mencantikkan lagi akuariu yang di pamerkan. Selalunya ciri tanaman ini adalah berkait dengan tumbuhan berspora yang tumbuh subur dalam hampir semua iklim dan juga dalam takungan tertutup. Pakis akuarium boleh ditanam dalam keadaan yang hampir dengan semula jadi, menggunakan pelbagai kayu hanyut, yang budayanya mudah dilampirkan. Dan juga mereka berasa hebat hanya di dalam air. Spesies pakis akuatik terdiri dilihat daripada bahagian akar, batang dan daun dimana ia juga kebanyakannya serupa antara satu sama lain. Tumbuhan sedemikian di dalam takungan dengan penduduk akuatik berfungsi bukan sahaja untuk hiasan akan tetapi juga untuk mewujudkan keadaan yang selesa, terima kasih kepada ikan, siput atau "pemilik" akuarium yang lain berasa selamat. Ia juga akan bertindak sebagai sumber oksigen tambahan, dan bagi sesetengah penduduk, sumber makanan. Di samping itu, tanaman spesies ini bertindak sebagai penulen cecair semula jadi juzuk berbahaya yang memberi kesan buruk kepada hidupan marin. Tetapi tanaman serba boleh, berguna dan menarik ini tidak sesuai untuk pemeliharaan bersama dengan semua ikan. Tumbuhan paku pakis tidak berakar dalam bekas dengan individu yang lebih suka menanam diri di dasar berlumpur untuk berteduh atau memburu. Akibat tindakan sedemikian, bahagian bawah tanah tumbuhan itu rosak, dan lebih kerap ia hanya digali keluar dari tanah. Apa pun dimana kebanyakan pakis akuarium adalah tumbuhan yang berusia berjuta-juta tahun akan tetapi terdapat pilihan yang dibiakkan oleh penternak baru-baru ini. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TUMBUHAN BERAIR... ITU HABITATNYA...
DIDALAM AKUARIUM... IA INDAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAMLAH JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.