Ikan Belacak atau Ikan Tembakul adalah sebutan untuk kelompok ikan yang dapat hidup dikawasan air payau hingga masin maupun di darat (amfibi) dari Subfamili Oxudercinae, Famili Oxudercidae. Ada 10 genus atau marga dari ikan anggota subfamili Oxudercinae yang biasa disebut sebagai tembakul iaitu Apocryptes, Apocriptodon, Boleophthalmus, Oxuderces, Parapocryptes, Periophthalmodon, Periophthalmus, Pseudapocryptes, Scartelaos dan Zappa. Selain tembakul dimana ikan ini juga memiliki banyak sebutan lainnya diantaranya belacak, belodok, belodog, blodog, gelodok, gabus laut, lunjat, tempakul serta timpakul. Dalam Bahasa Inggris mereka biasa disebut sebagai 'mudskipper'. Ikan tembakul biasa ditangkap oleh para penduduk disekitar pantai sebagai santapan. Di China, ikan ini juga digunakan sebagai obat tradisional, salah satunya untuk obat kuat. Ikan ini akan hidup di kawasan pantai tropika dan subtropika Indo-Pasifik, Atlantik, hingga Ke Benua Afrika. Ia tinggal di dalam lubang yang dibuat di lumpur atau pasir-pantai yang terbuka, dibawah batu, hingga dibawah tanaman pantai seperti bakau. Lubang tempat tinggal ikan tembakul tidak hanya digunakan untuk bersembungi dari pemangsa, tetapi juga digunakan untuk menyimpan telur. Telur-telur ikan ini akan dilekatkan pada dinding-dinding lubang sarangnya dimana kemudian ia akan dijaga oleh ikan betina. Ikan belolok juga merupakan haiwan menjaga teritoti dan ia akan mengusir ikan lain yang mengganggu tempat tinggalnya. Ikan tembakul adalah haiwan omnivora dimana ia hidup dengan memakan haiwan kecil lain antaranya seperti serangga, udang, kerang, ketam kecil, anak sotong (cumi), ikan kecil dan sebagainya. Ikan tembakul juga biasa memakan tumbuhan walau pun ia bukan menjadi makanan utamanya. Apa pun selalunya morfologi dari ikan tembakul ini mudah untuk dikenali. Mereka memiliki saiz badan panjang, berbadan membulat dengan kepala yang besar dan semakin mengecil ke belakang. Spesies ikan tembakul terpanjang dapat memiliki tubuh sepanjang 30 cm. Dibahagian kepala ada terdapat sepasang mata yang dilihat menonjol mirip mata katak. Ikan ini memiliki kulit yang dilihat ia kaku dan juga keras. Ia memiliki sirip punggung yang berbeza saiznya. Ada yang sirip punggungnya panjang kebelakang dan ada juga yang hanya pendek. Sepasang sirip samping ikan ini memiliki fungsi seakan fungsi kaki ketika berjalan di darat. Sirip ini boleh menghala sedikit ke bawah yang membantunya untuk berjalan, berlari dan juga melompat di daratan.
Ramai pembaca dan kalangan orang awam bertanya fakta dimana apakah status dua alam ikan belacak sebabnya oa dilihat 'haiwan dua alam' dan jika benar ia bukan haiwan dua alam adakah ikan belacak halal untuk dimakan orang Islam. Apa pun tidak semua sumber makanan di dunia ini boleh dimakan dimana ada antara tumbuhan dan haiwan di muka bumi ini yang tidak boleh dimakan umumnya seperti khinzir, anjing, tumbuhan beracun dan sebagainya. Bagaimana pun isu ini ada dilaporkan dan dinyatakan iaitu Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Dipenjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Al-Kafi yang dikeluarkan yang menyatakan dimana ikan belacak mempunyai ciri-ciri haiwan air yang hanya boleh bertahan untuk bernafas dalam keadaan lembapan dan habitatnya kebiasaan di kawasan berair mahupun lembab. Ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie. Bahkan ada laporan dimana ada keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembap dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair. Ikan belacak adalah ikan afimbia (dua alam). Habitatnya di muara pasang surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri. Malah tabiat ikan belacak bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air. Apa pun dalam penentuan kategori haiwan air adalah apabila haiwan tersebut tidak boleh hidup melainkan di dalam air. Bagaimanapun sekiranya haiwan tersebut dua alam yang habitatnya di air dan di darat. Maka penentuannya melihat kepada kawasan yang lebih lama boleh hidup dan bertahan.
NAMA LAIN... BANYAK PULA ADA...
SEAKAN DUA ALAM...ADA JELASNYA...
JARANG DI MAKAN..WALAU HALAL DIA...
By,
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.