Support My Blog

Sunday, October 27, 2024

IKAN LAGA SEMAKIN POPULAR

IKAN LAGA atau
IKAN LAGA SIAM atau CUPANG adalah .sejenis ikan air tawar yang berasal daripada beberapa negara di Asia Tenggara antara lain ia terdapat liar di Thailand, Malaysia, Brunei, Singapura, Vietnam dan juga di Indonesia. Ikan ini mempunyai bentuk dan karakter yang unik dan selalu ia cenderung agresif dalam mempertahankan wilayahnya dan akan berlaga demi mempertahankan kawasannya. Bagi penulis blog dimana di kampong semasa kanak-kanak dan remaja memang suka mencari ikan laga kampong berwarna gelap dan memeliharanya di rumah secara konvensional. Masa itu tidak tahu apakah nama saintifik ikan tersebut akan tetapi kemungkinan adalah spesis Ikan Laga Kampong atau Ikan Laga Liar (Betta imbelis) yang mudah didapatkan di anaksungai dan taliair sawah air tawar dekat dengan rumah. Bagaimana pun lazimnya ikan jenis ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Ikan Laga hiasan, Ikan Laga Bertarung dan Ikan Laga Liar. Memang dari pengalaman dahulu dimana ikan ini adalah sejenis ikan yang mana ia kuat bertahan hidup dalam unatu jangkamasa lama sehingga apabila ikan tersebut ditempatkan di dalam bekas kecil dengan jumlah air sedikit dan tanpa adanya alat bekalan oksijan (aerator) selalunya ikan ini masih dapat bertahan hidup agak lama berbanding jenis ikan lain. Habitat semulajadi ikan ini biasanya ditemui di perairan yang tenang seperti dalam paya, kolam dan anak sungai yang memiliki sedikit tumbuh-tumbuhan seperti tumbuhan dalam air dan akarnya yang terendam. Ikan ini apa yang penulis blog tahu ia akan lebih memilih habitat yang mempynyai sistem air agak hangat dan ada sedikit arus. Dikampong dulu mudah mencari ikan laga ini dimana ia sering berada di kawasan air dengan mempunyai vegetasi air yang lebat seperti kiambang, rumput air dimana mempunyai akar-akar tumbuhan yang menjuntai ke dalam air. Sebenarnya jenis tumbuhan akuakultur ini memberikan tempat berlindung dan menciptakan zon dengan menerima intensiti cahaya matahari mencukupi dalam air. Apa pun di habitat lain dimana ikan laga ini juga boleh tinggal dikawasan perairan dengan dasar berlumpur atau berpasir. Mereka dapat mencari makanan dipersekitarannya dan mencari tempat bertelur di antara lapisan tanah tersebut dan membesar dalam habitat tersebut. Kini paling di konersilkan adalah jenis ikan laga untuk Berlawan (Fighting Fish). Ada banyak jenis ikan laga hibrid yang berwarnawarni dan dijual dengan harga premium. Terdapat banyak aktiviti pertandingan untuk ikan laga di banyak negara dimana ikan yang menang didalam pertanidingan tersebut mampu mencapai nilai komersial sehingga puluhan ribu ringgit seekor. Hobi memelihara ikan laga juga semakin popular dikalangan orang kebanyakan dimana mereka sanggup berbelanja tinggi untuk hobi ini. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai industri Ikan Laga untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik kisah bagaimana '
Peminat ikan laga perlu daftar dengan Jabatan Perikanan' yang dilaporkan di media lokal. Kisah dari Port Dickson ini menyatakan dimana para peminat ikan Laga atau Betta di negeri ini disaran supaya berdaftar dengan Jabatan Perikanan negeri bagi tujuan penyimpanan data dan juga bantuan yang boleh disalurkan jabatan itu, kata Pengarah Perikanan Negeri Sembilan iaitu Halimi Abu Hanip. Dilaporkan ini termasuklah bantuan dalam memberikan kursus kepada mereka dalam aspek penjagaan dan makanan. Ini sudah pasti akan dapat mengembangkan lagi industri ikan hiasan ini selain dapat menyuntik semangat keusahawanan terutama dalam kalangan golongan belia yang didapati menjadi trend sekarang ini sebagai usahawan ikan hiasan ini (Betta).  Sebenarnya ikan Betta Malaysia berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara, malah, sudah ada penternak yang berjaya membuat jualan sehingga ke Jerman dan Itali, tetapi bukanlah dengan kuantiti yang besar kerana kebanyakannya dijual secara dalam talian dan menggunakan khidmat kurier. Dia berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian penutup Pertandingan Ikan Betta Peringkat Negeri Sembilan 2019 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir di Pusat Ikan Hiasan (PIH). Ikan Betta atau juga dikenali sebagai 'ikan laga' atau 'pelaga' atau 'pelaga Siam' merupakan ikan hiasan yang cukup popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia dan luar negara. Sektor ikan hiasan sememangnya industri perikanan yang penting dalam negara, selain pengeluaran akuakultur atau pendaratan ikan untuk makanan. Ini kerana sektor khusus untuk penggiat hobi ini telah berjaya mengeluarkan 325 juta ikan pada tahun 2017 sahaja dan terus meningkat kini. Perkara itu juga sekali gus telah berjaya menjana pulangan yang bernilai RM340 juta kepada pendapatan negara. Majlis ini sempena pertandingan itu dimenangi Muhammad Amirul Aizet Jamaluddin dari Batu Cave, Selangor yang membawa pulang wang tunai RM1,500 dan trofi. 


Menarik bagaimana 'Ikan laga makin popular' seperti dilaporkan oleh portal  hmetro.com untuk di kongsikan. Kalau dahulu ikan laga hanya boleh ditemui di kawasan parit terbiar atau bendang dan menjadi mainan kanak-kanak di sekitar kampung tetapi kini keadaan sudah jauh berubah, apabila ia mula mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat termasuk di bandar. Apa tidaknya bila banyak pertandingan ikan laga kini tumbuh bagai cendawan di seluruh negara dengan menawarkan hadiah cukup lumayan. Jadi tidak hairanlah apabila satu-satu pertandingan mendapat sambutan luar biasa sehingga 3,000 penyertaaan.  Jumlah itu meningkat berkali ganda ketika pelaksanaan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu dimana perkara itu diakui penganjur Shah Alam PKP Betta Battle iaitu Mohd Azizie Othman yang mengakui terkejut apabila memperoleh penyertaan luar biasa di seluruh Malaysia dan Singapura. Biarpun pada ketika itu terdapat empat lagi pertandingan sama yang dijalankan serentak, mereka masih mampu menerima lebih 3,000 penyertaan. Dia pada mulanya cuma sangkakan penyertaan tidak banyak sebab ada terdapat juga empat pertandingan ikan laga di tempat lain, namun sebaliknya berlaku apabila kita menerima penyertaan luar biasa. Disasarkan 2,500 penyertaan tapi kita dapat lebih 3,000 penyertaan dimana ia membabitkan 114 kategori termasuk 'half moon,' 'double tale' dan 'crown tale' yang kita boleh anggap sebagai luar biasa. Kini dilaporkan jumlah peminat ikan laga sudah meningkat mendadak sejak PKP dilaksanakan pada tahun lalu antara faktor peningkatan luar biasa. Ini kerana pada ketika itu ada ramai pengusaha ikan laga mengambil kesempatan berniaga secara dalam talian dan mendapat sambutan menggalakkan. Apa yang unik dimana ikan ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas selain ini satu perkembangan yang baik. Diharap ada lebih ramai tampil ke hadapan menganjurkan lebih banyak pertandingan seperti ini supaya trend sebegini terus kekal. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pemintaan terhadap ikan laga dan peminatnya terus bersemangat menyertai pertandingan. Dilaporkan bagi salah seorang pemenang kategori Junior Half Moon Butterfly iaitu Syamsul amat teruja apabila berjaya membawa pulang piala dan wang tunai RM885. Pastinya dia gembira kerana ini adalah kemenangan terbesar sejak menyertai puluhan pertandingan ikan laga sejak tahun lalu. Ini sekali gus menyuntik semangat untuk buat yang terbaik untuk pertandingan ikan laga di masa hadapan.


Menarik ikan laga yang semakin popular kerana 'Lenggok ikan laga' memang menakjubkan peminatnya sehingga hilang semua perasaan gundah gulana seketika. Ikan laga atau nama genus saintifiknya Betta dikatakan mempunyai 73 spesies dimana kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi membela ikan sebagai haiwan peliharaan maka ikan laga antara yang dicadangkan. Apa pun memang tidak dinafikan jika warna unik dan juga bentuknya yang pelbagai terutama bahagian ekor ikan laga membuatkan ikan ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Memang bukan sekadar membela sahaja malah ada yang dipertaruhkan dalam pertandingan kerana kepelbagaian keunikannya. Jenis Ikan Laga Peaceful betta adalah spesis yang turut dikenali sebagai ikan laga kampung dan ia hanya ada di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Ia selalunya ia hidup di kawasan sawah padi, paya, sungai dan kolam serta jangka hayatnya sehingga empat tahun. Jenis kedua yang popular adalah Ikan Laga Halfmoon betta dimana ia juga digelar Halfmoon betta kerana bentuk ekornya kelihatan seakan-akan bulan separuh penuh (Sila lihat foto disebelah). Ada laporran dimana ia juga tergolong dalam ikan laga paling cantik di dunia. ketiga ikan ;aga popuar adalah Ikan Laga  Double Tail Betta dimana ia mempunyai bentuk ekor terbelah dua menjadi simbolik ikan laga itu kerana alunan lenggok ekornya ketika berenang kelihatan seolah-olah ada dua ekor (Sila lihat foto paling bawah sekali). keempat yang popular adalah Ikan Laga Crowntail Betta dimana ia turut digelar ikan laga matahari disebabkan ekornya yang kelihatan seperti pancaran cahaya matahari. Apa pun uniknya ciri bentuk ekornya seperti mahkota. Ke lima adalah Ikan Laga Plakat Betta dimana ia paling senang untuk dikenali kerana mempunyai dua sirip. Sirip atasnya pendek berbanding sirip bawah sementara ekornya pula berbentuk bulan separuh. Jenis ke enam adalah Ikan Laga  Veiltail betta yang ciri sirip dan ekor yang labuh serta jatuh seperti langsir menjadikannya mudah untuk dikesan. Jenis ini juga antara yang paling senang didapati di Malaysia dan mudah dibiakkan. Ke tujuh adalah Ikan Laga Elephant Ear Betta dimana ia digelar Elephant ear betta kerana sirip kiri dan kanan mirip telinga gajah apabila beralun-alun dalam air. Ikan jantannya selalu ia  lebih suka menyerang dan menjadi dominan. Jenis ke lapan adlah Ikan Laga Rosetail Betta yang ciri ekornya berbentuk bunga dan beralun. Ia antara ikan laga paling komersial di pasaran. Jenis ke sembilan dikenali sebagai Ikan Laga Avatar Betta yang cirinya cantik dan agresif, tetapi ikan ini agak sensitif. Terakhir yang ke sepuloh adalah Ikan Laga Samurai dimana cirinya pada warnanya tidak menyeluruh pada seluruh sisik dan ketidaksempurnaan itu membentuk corak yang menakjubkan. S
emuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TERCANTIK... IA IKAN LAGA...
BANYAK WARNA...HASIL BIAKBAKA....
SELALU BERTANDING...HEBATNYA...
JUARA IKAN LAGA...MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1446H).
Posted from
AVI Pangkor Beach Hotel,
Pantai Bogak, Pulau Pangkor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...