Support My Blog

Saturday, October 26, 2024

SEMBANG PASAL NYAMOK DAN TUMBUHAN

SERANGGA NYAMOK (Mosquito)
merupakan sejenis serangga yang penghisap darah untuk tujuan pembiakan. Bagaimana pun nyamok ini juga membawa bersama beberapa jenis virus yang merbahaya dan mengamcam manusia sehingga ada yang boleh membawa maut. Sebut sahaja Demam Denggi Berdarah, Penyakit Zika, Malaria dan beberapa lagi yang dibawa oleh nyamok amat menakutkan. Nyamik yang semulajadi hidup dikawasan panas lembab tropika cepat membiak didalam air dengan kadar pembiakan yang cepat. Pada masa ini nyakok aedes merupakan ancaman nombor satu di Malaysia kerana ia mampu menjejaskan kesihatan terutama dikawasan bandar yang tidak dijaga kebersihan dengan baik. Pelbagai aktiviti kempen menghapuskan nyamoh dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tahun dan operasi menyembur asap serta racun serangga dilakukan sepanjang masa. Saya yang tinggal lama di Putrajaya akan mendengar aktiviti fogging dan semburan bahan kimia subuh hari sepanjang masa. Ini kerana Putraja adalah antara lokasi dimana kehadiran nyamoj aedes sentiasa tinggi. Memang orang ramai pun tahu jika ada kes demam denggi maka Kemterian Kesihatan akan segera membuat fogging dan kaedah kawalan nyamok yang lain. Penggunaan aerosol spray yang dijual secara komersil tidak mampu membunuh nyamuk yang ada didalam rumah anda. Kawalan tempat pembiakan nyamuk ii perlu dibuat secara kolektif dalam masyarakat kerana kecuaian seorang dua yang tidak mahu melalukannya akan memberi ruang kepada nyamok yang merbahaya untuk terus membiak. Dalam kawasan iaitu perumahan sering dilaporkan berlaku pembiakan nyamok dalam lubang tandas yang tidak digunakan, sinki dan sebagainya tanpa diketahui oleh jiran-jirannya. Bagaimana pun kali ini saya merujuk kepada beberapa penulisan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang boleh ditana disekeliling rumah dan komuniti yang didakwa mampu untuk menghalau nyamok. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" bersembang mengenai beberapa jenis fakta penting mengenai nyamok dan tumbuhan dipercayai mampu menghalau nyamok untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Sebenarnya dilaporkan ada banyak jenis tumbuhan yang mana kehadirannya tidak disukai oleh nyamok. Pertama yang perlu di ketahui adalah SERAI WANGI dimana ekstrak dari s
erai wangi biasa digunakan dalam semburan penghalau nyamuk dan juga serangga. Apa pun pati citronella yang terkandung di dalamnya boleh menghalang bauan seperti karbon dioksida dan asid laktik pada manusia yang menarik nyamuk untuk mendekat. Dilaporkan ia juga adalah salah satu bahan dalam essential oil yang memiliki pelbagai khasiat. Perlu diketahui dimana Serai Makan dengan Serai Wangi adalah spesis yang berlainan. Serai Makan biasa dimasak adalah naman botaninya Cymbopogon citratus sementara Serai Wangi adalah Cymbopogon nardus ialah sejenis tanaman saka dari famili Poaceae atau kalau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Lemongrass'. Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan. Apa pun minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk membuat losyen (ubat disapu pada kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamuk. Tanaman kedua pula adalah  PUDINA (PEPPERMINT) sama ada ia berbentuk segar atau kering sebabnya daun pudina mempunyai aroma yang dibenci oleh nyamuk. Pudina juga mengeluarkan bau yang amat menyegarkan dan menenangkan bagi manusia. Semua boleh menanam pokok pudina di halaman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak menggunakan daun pudina. Salah satu cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina dengan minyak masak serta sedikit air. Cara nak tanam pudina pun senang sangat iaitu dengan perlu tanam dari keratan sahaja sebagai bahan tanaman. Seterusnya yang ketiga adalah BUNGA TAHI AYAM (Lantana camara) yang berbau busuk. Di sebalik rupanya yang cantik dan menyerlah sebenarnya bunga tahi ayam amat ‘ditakuti’ oleh nyamuk disebabkan oleh baunya yang agak kuat. Kajian dibuat dilaporkan dalam Journal PLoS ONE (Public Library of Science) mendapati bukti saintifik bahawa tanaman ini berfungsi untuk mencegah nyamuk khususnya yang diketahui membawa penyakit malaria di Afrika. Di Amerika Utara pula dimana bunga tahi ayam sering ditanam berdekatan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menghalang arnab dan rusa daripada memakan tanaman yang ada. Manakala di Asia pula, bunga tahi ayam digunakan untuk menghalau pelbagai serangga termasuk nyamuk. Bunga ini mencantikkan akan  halaman dan ia mudah hidup dan senang dijaga.


Tumbuhan yang ke 4 dikenali sebagai  P
OKOK SELASIH atau pun Pokok KEMANGI (Basil). Pokok selasih selalu dijadikan ulaman dan sering digunakan dalam masakan Thai dan ia juga sedap juga kalau buat topping pada pizza serta tumbuuhan penghalau nyamuk semula jadi yang paling berkesan. Aromanya yang sedikit menyengat menjadikan nyamuk benci akan tumbuhan ini. Cara tanam pokok selasih adalah melalui keratan batang atau biji benih. Ia mudah hidup dalam cuaca tropika dan cepat membesar. Pokok kemangi aka lemon basil juga dikatakan mempunyai fungsi yang serupa untuk menghindarkan nyamuk. Rupa kedua-dua pokok ini seakan sama, cuma berbeza sedikit pada warna bunganya. Masih ramai kelangan pembaca blog anim agro yang tidak kenal akan jenis POKOK JERAMIN (Pelargonium radula) yang mana ia juga dikenali dengan nama gelaran seperti Pokok Halau Nyamuk, Pokok Jari Lima atau Geranium. Walau pokok ini asalnya bukan tumbuhan asal dari Malaysia tetapi ia mudah ditanam dan mampu hidup subur jika dijaga dengan baik. Seperti kebanyakan tumbuhan geranium yang lain tanaman jeramin ini memang mempunyai bau yang kuat apabila kita memegang daunnya. Tumbuhan ini juga mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Cara penjagaan tumbuhan ini ialah dengan meletakkannya di tempat yang agak redup seperti di dalam rumah kerana ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaran matahari yang terik. Jenis tumbuhan ke 6 yang mampu menjuhkan nyamok termasuk Pokok BUNGA KANTAN (Etlingera eliator) yang mudah ditanam. Bunga Kantan adalah antara tanaman yang digunakan dalam masakan seperti laksa dan nasi kerabu. Apa pun bau bunga ini memang wangi dan dapat melazatkan makanan, namun ia juga dikatakan mampu mengusir nyamuk. Selalunya pokok kantan boleh boleh ditanam dengan menggunakan rizom (ubi) atau biji benih. Seterusnya yng ke tujuh adalah POKOK ZODIA (Evolia suaveolens Scheff) dari keluarga Rutaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari daerah Irian (Papua). Apa pun pati perahan daun zodia menghasilkan minyak (essential oil) yang mengandungi bahan aktif evodiamine dan rutaecarpine yang mengeluarkan bau atau aroma yang cukup tajam hingga dapat menghalau serangga terutama nyamuk. Tanaman zodia selalu ia akan mengeluarkan bau atau aromanya apabila daunnya saling bergeselan antara satu sama lain ketika pohonnya bergoyang apabila ditiup angin. Meletakkan tanaman ini di sekitar tempat angin masuk ke dalam ruangan rumah akan menghindar kemasukan nyamuk. Manakala rebusan daunnya juga berkeupayaan digunakan sebagai tonik penambah stamina tubuh. Selain itu, kesan gigitan nyamuk dikatakan akan cepat sembuh dan hilang bengkaknya jika disapu dengan daun zodia. Air rebusan batang zodia turut digunakan sebagai alternatif untuk meredakan demam malaria.


Merujuk kepada portal hmetro.com ada tajuk '
Pokok halau nyamuk' yang sesuai di kongsikan. Dilaporkan dimana tanaman Zodia mempunyai bau yang tidak digemari serangga (Sila lihat foto disebelah). Apa pun alternatif semula jadi bagi menghalau nyamuk yang kian popular adalah dengan tanaman zodia atau nama saintifiknya, Evodia sauveolens. Ia kali pertama kali ditemui di kawasan pedalaman Memberamo, Papua, Indonesia, tanaman ini sudah lama dimanfaatkan penduduk peribumi Papua sebagai penghalau serangga dan nyamuk paling berkesan. Berdasarkan kajian di Balai Penelitian Tanaman Rempah dan Obat (Balittro) dengan gas kromatografi, minyak yang disuling dari daun tanaman zodia mengandungi linalool (46 peratus) yang digunakan sebagai penghalau nyamuk. Tumbuhan yang tergolong daripada keluarga Rutaceae ini mengeluarkan aroma unik yang tidak digemari nyamuk. Aroma khas terhasil apabila daunnya yang leper dan agak melentur berwarna kuning kehijauan. Apa pun maklumat yang paling menarik iaitu daun Evodia suaveolens ini mampu menghalau nyamuk selama enam jam dan aromanya boleh tersebar dalam lingkungan dua meter. Kini zodia turut ditanam di dalam pasu bagi sebagai penghalau nyamuk semula jadi selain menghiasi kediaman. Bagi penduduk di wilayah Sentani, Evodia suaveolens turut berfungsi sebagai penghilang bau badan, tonik stamina tubuh dan alternatif rawatan demam malaria. Selain itu penggunaan BAWANG PUTIH (Garlic) di dilaporkan ia mampu menghalau nyamok. Nyamok sememangnya menjadi musuh manusia sebab akibat gigitannya bukan saja membuatkan gatal-gatal kulit, malah membawa virus pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi, malaria dan chikungunya. Cara menghalau nyamuk sering menggunakan semburan mengandungi bahan kimia yang turut berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Sedangkan kita boleh mencuba kaedah alternatif yang selamat untuk menghalau nyamuk di rumah seperti yang tersenarai berikut antaranya dengan tanam serai yang bukan saja digunakan sebagai bahan masakan yang menyedapkan makanan atau minuman, malah boleh digunakan untuk menghalau nyamuk. Serai juga tanaman yang mudah ditanam di rumah. Ia juga sesuai ditanam di bawah jendela sekitar rumah supaya nyamuk tidak datang dekat. Kedua boleh guna Lemon mengandungi bahan ‘citronella’ yang kuat untuk menghalau nyamuk. Aroma sitrus dari daun lemon menjadi wangian yang tidak disukai nyamuk. Namun, pokok lemon mampu tumbuh dengan cepat dan anda perlu mengawal pertumbuhannya. Bunga lavender berwarna ungu dan memiliki aroma yang sangat harum dan digemari kebanyakan kita, tetapi tidak bagi nyamuk. Ini kerana lavender mengandungi zat linalool dan lynalyl asetat yang tidak digemari nyamuk. Anda boleh meletakkan tanaman bunga lavender di dalam pot berhampiran tingkap atau pintu. Didakwa dimana pokok catnip adalah tanaman yang sering digunakan untuk merangsang kucing agar lebih aktif. Apa pun dilaporkan tidak bagi nyamuk kerana mengandungi minyak pati nepetalactone yang boleh menangkis nyamuk. Pokoknya tumbuh tinggi, oleh itu tanam di kawasan rumah yang tidak menghalang pandangan. Didakwa dimana Bawang Putih juga sudah lama digunakan untuk menghalau nyamuk secara semula jadi. Hiris bawang putih dan letak di tingkap atau pintu rumah. Malah, anda boleh mencampurkannya dengan minyak pati lavender untuk kesan lebih mampan. Ada juga pokok geranium juga diketahui sebagai sejenis tumbuhan penghalau nyamuk. Tumbuhan ini mengandung geraniol dan sitronelol berbau harum yang sangat tidak disukai nyamuk. Tanam pokok ini dalam pasu kecil dan letak dalam rumah di ruang tamu, bilik tidur atau dapur. Selain dapat menghalau nyamuk, bunganya yang cantik juga menjadi hiasan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA NYAMOK...HISAP DARAH...
MENJADI GATAL...RAMAI PUN MARAH...
TANAM POKOK... SUDAH ADA DI ARAH...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH PASRAH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 RabiulAkhir 1446H).
Posted from
68 Boutique Hotel, Manjung, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...