Support My Blog

Wednesday, October 23, 2024

SEMBANG KEHEBATAN JAGUNG MANIS

PENANAMAN JAGUNG MANIS
(Zea mays) di Malaysia kini merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan pendapatan baik kepada pengusahanya di negara kita. Penggunaan benih Jagung Manis Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung dinegara kita yang mana sumber benih adalah hanya diimport. Terdapat tiga kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung manis. Diantara keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid jagung manis yang telah lama terbukti adalah dimana jagung hibrid berupaya memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka atau komposit jika tanaman diberikan persekitaran yang baik. Dalam pada itu diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah ia mampu memberikan hasil yang tinggi serta jumlah keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya. Kebanyakan jagung manis hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti komposit. Apa pun didapati walaupun ia berhasil tinggi tetapi pada amnya pokoknya adalah lebih kecil dan rendah daripada jenis komposit. Sementara itu antara beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti bagi jagung manis varieti hibrid digunakan untuk pengeluaran perlu difahami petani. Ini kerana varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman. Jangan sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk tujuan penanaman seterusnya walaupun telah dipilih. Ini adalah kerana faktur kandungan genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga. Pastinya harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit daripada benih dari varieti pendebungaan terbuka. Pastikan sentiasa membeli beji benih dari penjual atau pengedar yang berdaftar agar varieti yang digunakan dapat dipastikan ketulenannya. Petani juga perlu pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam satu kawasan secara serentak. Bercampuran dalam pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah kemanisannya. Keadaan ini sama untuk jagung yang sering ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira samada varieti yang ditanam varieti komposit atau hibrid. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai kehebatan dan manafaat jagung manis untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Ramai kalangan pembaca blog ini yang meminati makanan jagung terutama jagung manis sama ada dimakan terus selepas direbus atau memakannya didalam 'cup-corn' bersama resepi khas di pasaraya. Pada penulis blog yang sering dulu berkunjung kekebun petani yang menanam jagung manis memang sering di berikan beberapa tongkol jagung manis yang petani tanam sebagai buah tangan dan di rebus sebaik sahaja tiba di rumah untuk menikmati keenakan jagung manis yang masih segar dan manis. Kini kalau teringin makan jagung manis memadai dengan membelinya di pasar tani, pasr malam atau sudah ada yang di jual di pasaraya dimana sahaja. Ada banyak laporan mengenai kehebatan jagung manis yang diambil secara sesuai untuk kesihatan. Dalam beberapa laporan dinyatakan ada lebih dari 15 manafaat 
Jagung Manis yang luar biasa dilaporkan termasuk kemampuannya dalam mencegah penuaan sehingga membantu mengelakkan kes stroke. Dalam pada itu antara manfaat jagung manis sangat banyak di perkatakan termasuk ntuk awet muda dan mengawal paras kolesterol. Apa pun memang manfaat jagung manis sangat banyak untuk kesihatan dimana ia juga sering dijadikan makanan ringan atau pelengkap makanan lain seperti sup dan steak walau pun mungkin masih ramai orang yang belum tahu banyak lagi manfaat jagung manis untuk kesihatan. Hasil kajian dilaporkan dimana kehebatan jagung manis terdapat dari kandungan zatnya yang kaya akan serat, Asid folate, Vitamin C, Vitamin B. Karbohidrat, Protein, Zat Cryptoxanthin, Antioksidan dan Mineral Kalium. Jagung juga dikenal memiliki kandungan antioksidan yang tinggi dan baik untuk menjaga kekebalan tubuh pemakannya. Jagung manis segar boleh di makan dalam banyak kuliner daripada hanya merebusnya sahaja sehingga di jadikan pelbagai jenis kueh mueh, bubur, sup, kek dan sebagainya. memang jagung manis sudah menjadi makanan popular atau makanan favorit semua kelompok umur dan boleh diolah dengan berbagai cara mulai dari direbus, dipanggang hingga diolah menjadi puding atau bubur. Asasny ramai percaya jika kehebatan dari jagung manis di antaranya adalah untuk membantu mengatasi sembelit dan secara efektif memerangi banyak masalah pencernaan. Diketahui jika jagung manis juga merupakan pilihan pilihan makanan sihat untuk penderita diabetes. 


Kajian mendapati dimana salah satu manfaat jagung manis yang utama adalah kandungan seratnya yang tinggi. Serat makanan penting untuk kesihatan dalam membantu pencernaan, menurunkan risiko penyakit jantung, stroke, diabetes type 2, dan kanser usus. Kajian menunjukkan bahan serat dalam jagung juga membantu agar tetap rasa kenyang lebih lama dimana jika diambil 100 gram jagung manis ke dalam makanan sebenarnya pemakan ini akan mendapatkan 2.4 gram serat. Jumlah ini akan membuatkan sesiapa menjadi tidak mudah lapar sehingga bagus untuk program diet sihat. Jagung manis juga kaya akan Asid Folate atau Vitamin B9 dimana bahan nutrisi ini sangat penting untuk keperluan kesihatan terutama selama dalam proses  kehamilan. Folate membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dimana ia diperlukan kandungan bayi di dalam rahim. Apa pun bahan lain dalam jagung manis yang bermanfaat berikutnya adalah Vitamin Thiamin atau Vitamin B1 dimana bahan ini bertanggung jawab untuk memecah makanan dalam tubuh dan mengubahnya menjadi tenaga kalori serta menjaga sistem saraf tetap sihat. Paling mudah ingat dimana jagung juga merupakan sumber Vitamin C yang baik dimana vitamin C ini penting untuk sistem kekebalan tubuhbadan dan memerangi masaalah kelelahan serta juga merangsang kolagen dan membantu proses penyerapan zat besi. Nutrisi lain yang ditemukan dalam jagung manis adalah bahan mineral seperti Magnesium (Mg) dan Potasium (K). Apa pun bahan magnesium berperanan dalam menjaga kesihatan otot dan tulang serta proses metabolisme makanan menjadi tenaga dan membantu mengurangkan masaalah kelelahan. Dalam pada itu K adalah untuk menyeimbangkan cairan dalam tubuhbadan serta membantu otot-otot lebih rileks dan berkontraksi. Inilah sebabnya mengapa jagung manis juga dikenal menjadi makanan pilihan kepada para ahli sukan atau athlit yang baik. memang jagung manis juga enak dan sangat serbaguna dimana ia telah menjadi makanan penting selama berabad-abad dan merupakan tambahan yang baik untuk sup, salad atau sebagai topping pizza, apam balik dan steak.Ada negara yang makan jagung dalam bentuk Tortila yang menjadi makanan asasi Mexico dan beberapa negara lain.


Kehebatan pertama jagung manis adalah ia Menunda Proses Penuaan dimana sesiapa yang ingin tetap terlihat awet muda disyorkan agar mengamalkan makan jagung manis. Jagung manis mengandungi banyak antioksidan yang berguna dalam mencegah proses penuaan. Bagaimana pun sebaiknya amalan makanan seimbang dan latihan kecergasan di amalkan sekali. Jagung manis juga dilaporkan ia akan mampu untuk Meningkatkan Tekstur Kulit dimana hasil kajian mendapati sesiapa yang mengambil minyak jagung dengan betul akan dapat membaiki tekstur kulit. Terdapat beberapa jenis bahan mineral dan vitamin penting dalam jagung dimana makan jagung manis secara teratur membuatkan sesiapa dapat memiliki kulit bercahaya dan penglihatan yang baik. Dalam pada itu didakwa mmanafaat jagung manis termasuk kemampuannya Menghilangkan Bekas Jerawat Wajah sebab ia mengandungi bahan vitamin E yang tinggi. Sesiapa yang gunakan masker yang diperbuat dengan jagung manis dapat bekerja sangat baik untuk menghilangkan bekas jerawat di wajah. Ia juga didakwa mampu untuk Meningkatkan Edaran Darah Di Kulit Kepala apabila sesiapa mengambil makanan seperti Minyak Jagung. Dilaporkan yang minyak jagung mampu meningkatkan pengedaran darah di kulit kepala sehingga membantu lapisan folikel untuk seterusnya menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Selain itu didakwa ia juga Memperkuat Helai Rambut hasil kandungan Vitamin C, kandungan likopen dan berbagai antioksidan lain yang ada dalam jagung manis membantu memperkuat helai rambut. Apa pun dilaporkan memang jagung manis juga bekerja secara efektif dalam menangani rambut gugur. Manfaat jagung manis selanjutnya adalah untuk Mencegah Anemia dimana jagung banyak mengandungi zat vitamin B12, zat besi dan Asid folate yang berfungsi untuk menghasilkan sel darah merah. Kekurangan zat gizi tersebut dapat menyebabkan kes termasuk anemia dimana sesiapa yang makan jagung manis boleh mencegah anemia. 
Kehebatan yang ke 7 dimana sesiapa makan jagung manis mampu untuk Menurunkan Kolesterol sebab seperti yang sudah dijelaskan dimana jagung manis juga mengandungi serat larut iaitu bahan yang berubah menjadi zat seperti gel dalam aliran darah. Gel ini didakwa akan dapat menyerap kolesterol jahat iaitu berupa kolesterol LDL. Jagung manis juga mengandungi karotenoid dan bioflavonoid. Sehingga jagung dapat mengontrol kadar kolesterol dalam darah.


Seterusnya ke 8 dimana makan j
agung manis juga baik untuk Meningkatkan Penglihatan sebab biji jagung manis mengandungi bahan beta karoten yang membantu dalam menghasilkan vitamin A yang dapat menjaga dan membantu meningkatkan penglihatan. Karotenoid juga mengurangkan proses degenerasi makula iaitu masaalah yang mengganggu penglihatan di pusat garisan lihat sehingga jagung juga berperanan untuk mencegah berbagai penyakit mata. memang makan jagung akan membantu Meningkatkan Tenaga atau Energi sebab jagung manis adalah biji-bijian bertepung, yang berfungsi sebagai sumber tenaga. Jagung memiliki sumber energi yang lebih tinggi daripada kebanyakan sayuran lainnya dan tetap memiliki protein dan nutrisi yang diperlukan dimana kalangan ahli sukan atau atlet  perlu ambil bahan karbohidrat untuk meningkatkan kinerjanya dan boleh memakan jagung sebagai gantinya. Kehebatan seterusnya adalah ia mampu Mencegah Diabetes dimana bahan Vitamin B yang ada dalam jagung manis dilapor ia mengawal kadar metabolisme protein, lipid dan karbohidrat, serta fitokimia yang dapat mengawal pelepasan insulin. Jagung manis memiliki indeks glikemik 58 dimana ini menjadikannya sebagai salah satu makanan ini yang disyorkan sesuai bagi penderita diabetes. Demikian pula dengan kandungan fitokimia fenolik dalam jagung manis juga diketahui dapat mengawal masaalah hipertensi. Apa pun ke 11 kehebatannya dimana jagung manis membantu Kesihatan Kardiovaskular sebab ia kaya dengan asid lemak omega 3. Mengambil makanan yang kaya asid lemak omega 3 mampu mengurangkan risiko tertular penyakit jantung. Jagung manis mengandungi bahan minyak yang mempunyai kombinasi asid lemak yang sangat baik. Asid ini dapat menghilangkan asid lemak berbahaya seperti LDL dan mengurangkan akan risiko serangan jantung. Ia juga dapat mencegah aterosklerosis atau penimbunan kolesterol pada dinding arteri. Paling win dimana memakan jagung akan Menjaga Proses Pencernaan bila jagung manis yang mengandungi banyak serat makanan dimana ini membantu dalam pencernaan dan juga mencegah sembelit. Akkhir sekali kehebatan jagung manis berkait dengan bahan Nutrisi Disyorkan Selama Kehamilan oleh ibu-ibu atau wanita yang sedang hamil. Didakwa jagung manis mengandungi Asid folate yang berkepatan tinggi inii adalah ia sangat baik untuk wanita semasa hamil. Disyorkan dimana makan jagung manis adalah makanan sihat bagi sesiapa ibu sedang hamil sebagai amalan.


Penulis blog pernah di tanya sama ada a
pakah Jagung Manis Beku sesuai dan sihat untuk di makan?. Walau pun para diatas sangat panjang lebar menerangkan nutrisi jagung manis akan tetapi masih ada persoalan perlu di jawab.? Teknologi dalam membekukan (frozen) makanan termasuk jagung manis sudah lama di komersilkan. Ia bertujuan untuk membolehkan makanan tahan lebih lama dan sesuai di makan selepas membukanya (Sila lihat foto disebelah). Produk jagung manis sejuk beku semakin meluas penggunaannya masa kini didalam kesibukkan bekerja dan proses ejukbeku sangat penting dilakukan. Apa pun dilaporkan makanan jagung manis sejukbeku adalah jawaban untuk mendapatkan semua nutrisi maknan tersbut diman semua proses pembekuan vitamin dan mineral kekal berada terkunci serta ikut diawetkan secara betik mengikut teknologi pembungkusan dan penyimpanan sempurna. Apa pun di kongsikan bagaimana cara-cara mudah dalam usaha menyimpan produk Jagung Manis. Pertam pastikan memilih jenis dan piawaian jagung manis yang sesuai untuk i awetkan. Pemilihan yang baik dalam memilih jagung msnis ini akan membantu menuai manfaat kesihatan jagung manis yang sangat baik. Berikut adalah beberapa tips dlam proses pemilihan dan penyimpanan yang tepat untuk dijadiknan bahan rujukkan. Pertama dimana cara Memilih Jagung Manis sebagai asa seperti pastikan membeli jagung manis yang lurus dan lebih berisi dengan batang yang agak keemasan. Periksa dan jangan pernah memilih jagung manis dimana kulit sudah dibuang atau jagung ini telah dijemur sepanjang hari. Elakkan dari memilih jagung dengan kulit yang berubah warna, sekam kekuningan menunjukkan usia atau kerusakan pada jagung. Selalu di pastikan untuk memilih jagung dengan sekam yang masih hijau. Seterunya adalah cara untuk menyimpan biji jagung manis.ra Menyimpang Jagung Manis dimana ia terbaik untuk disimpan jagung manis dengan menempatkannya dipeti ais tanpa membuang bahagian kulitnya. Boleh juga di bungkus jagung manis ini dengan longgar dalam beg plastik kering agar tetap segar selama lebih dari dua hari. Jagung Manis adalah salah satu bahan makanan yang dapat dimasak dan dimakan dengan berbagai cara. Anda dapat mengonsumsi jagung manis langsung dari tongkolnya atau menggunakan biji jagung sebagai jus dan puding. Dikongsikan beberapa panduan atau tips Memasak Jagung Manis. Pertama di panggang jagung dengan sisa kulitnya dimana cara ini akan membantu mempertahankan rasa. Jangan masukkan jagung ke dalam air dingin segera setelah direbus sebab cara ini akan membuat jagung jadi basah dan kurang kesegarannya. Apa pun semasa merebus jagung dipastikan untuk selalu menambahkan air secukupnya agar jagung benar-benar tenggelam didalamnya. Sebaiknya jangan disimpan selepas memetik atau membeli jagung manis sebab ia menjadi kurang enak begitu jangan rebus terlalu lama diatas api. 'Overcooking' kemudian ia akan mengubah biji ​​​​jagung menjadi keras dan disyorkan memadai dengan kurang 3 - 5 minit sudah cukup untuk memasak jagung. Petua penting terakhir adalah disarankan untuk tidak boleh menambahkan garam ke dalam jagung semasa proses merebus sebab ini akan membuat jagung menjadi keras. Apa pun semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology (Kali Ini). Wasallam!...
JAGUNG MANIS... MUDAH TANAMNYA...
CUMA 3 BULAN...SUDAH DITUAINYA...
RASA ENAK...AMAT BAIK KHASIATNYA..
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...