Thursday, October 24, 2024

IKAN BELACAK - FAKTA MENARIK

IKAN BELACAK
dari keluarga Gobiidae merupakan sejenis ikan amfibia yang sering di lihat berada di kawasan berlumpur di Malaysia dipinggir air. Ikan Belacak ini ada banyak nama dimana ada yang panggilnya sebagai Ikan Tembakul, Ikan Glodok, Ikan Belpdok atau MudSkipper Fish. Ikan ini pada penulis blog sebenarnya ia  disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri seperti dalam mereka mempertahankan kawasan mereka. Apa pun selalunya ikan belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran Afrika. Ikan ini unik kerana ia ciri khas bagi cara hidup afimbia. Ini dilihat dimana ia mampu beradaptasi secara anatomi dimana membenarkan ikan ini untuk bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air. Ia beupayaan untuk bernafas melalui kulit dan lapisan mulut mereka (mukosa) dan kerongkong (pharynx). Ini hanya berlaku semasa ikan belacak lembab dimana menghadkan ikan belacak kepada habitat lembab dan memerlukan mereka mengekalkan diri mereka lembab. Kaedah pernafasan ini, menyerupai yang digunakan oleh haiwan afimbia, dikenali sebagai pernafasan udara kutaneous (cutaneous). Adaptasi penting yang lain adalah yang membantu pernafasan adalah kamar insang dibesarkan, di mana mereka mengekalkan udara. Ini bertindak sebagai silinder oksigen penyelam, dan turut membekalkan oksigen semasa di daratan. Menggali sarang jauh ke dalam mendakan lembut yang membenarkan ikan mengekalkan haba (thermoregulate) dimana  mengelak pemangsa semasa air pasang ketika ikan dan sarang di bawah air dan untuk bertelur. Sungguhpun ketika sarangnya tenggelam akan tetapi selalunya ikan belacak mengekalkan gelembung udara di dalamnya, yang membenarkan ia bernafas dalam kepekatan oksigen amat rendah. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta menarik ikan belacak untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Ikan Belacak atau Ikan Tembakul adalah sebutan untuk kelompok ikan yang dapat hidup dikawasan air payau hingga masin maupun di darat (amfibi) dari Subfamili Oxudercinae, Famili Oxudercidae. Ada 10 genus atau marga dari ikan anggota subfamili Oxudercinae yang biasa disebut sebagai tembakul iaitu Apocryptes, Apocriptodon, Boleophthalmus, Oxuderces, Parapocryptes, Periophthalmodon, Periophthalmus, Pseudapocryptes, Scartelaos dan Zappa. Selain tembakul dimana ikan ini juga memiliki banyak sebutan lainnya diantaranya belacak, belodok, belodog, blodog, gelodok, gabus laut, lunjat, tempakul serta timpakul. Dalam Bahasa Inggris mereka biasa disebut sebagai 'mudskipper'. Ikan tembakul biasa ditangkap oleh para penduduk disekitar pantai sebagai santapan. Di China, ikan ini juga digunakan sebagai obat tradisional, salah satunya untuk obat kuat. Ikan ini akan hidup di kawasan pantai tropika dan subtropika Indo-Pasifik, Atlantik, hingga Ke Benua Afrika. Ia tinggal di dalam lubang yang dibuat di lumpur atau pasir-pantai yang terbuka, dibawah batu, hingga dibawah tanaman pantai seperti bakau. Lubang tempat tinggal ikan tembakul tidak hanya digunakan untuk bersembungi dari pemangsa, tetapi juga digunakan untuk menyimpan telur. Telur-telur ikan ini akan dilekatkan pada dinding-dinding lubang sarangnya dimana kemudian ia akan dijaga oleh ikan betina. Ikan belolok juga merupakan haiwan menjaga teritoti dan ia akan mengusir ikan lain yang mengganggu tempat tinggalnya. Ikan tembakul adalah haiwan omnivora dimana ia hidup dengan memakan haiwan kecil lain antaranya seperti serangga, udang, kerang, ketam kecil, anak sotong (cumi), ikan kecil dan sebagainya. Ikan tembakul juga biasa memakan tumbuhan walau pun ia bukan menjadi makanan utamanya. Apa pun selalunya morfologi dari ikan tembakul ini mudah untuk dikenali. Mereka memiliki saiz badan panjang, berbadan membulat dengan kepala yang besar dan semakin mengecil ke belakang. Spesies ikan tembakul terpanjang dapat memiliki tubuh sepanjang 30 cm. Dibahagian kepala ada terdapat sepasang mata yang dilihat menonjol mirip mata katak. Ikan ini memiliki kulit yang dilihat ia kaku dan juga keras. Ia memiliki sirip punggung yang berbeza saiznya. Ada yang sirip punggungnya panjang kebelakang dan ada juga yang hanya pendek. Sepasang sirip samping ikan ini memiliki fungsi seakan fungsi kaki ketika berjalan di darat. Sirip ini boleh menghala sedikit ke bawah yang membantunya untuk berjalan, berlari dan juga melompat di daratan.


Ramai pembaca dan kalangan orang awam bertanya fakta dimana a
pakah status dua alam ikan belacak sebabnya oa dilihat 'haiwan dua alam' dan jika benar ia bukan haiwan dua alam adakah ikan belacak halal untuk dimakan orang Islam. Apa pun tidak semua sumber makanan di dunia ini boleh dimakan dimana ada antara tumbuhan dan haiwan di muka bumi ini yang tidak boleh dimakan umumnya seperti khinzir, anjing, tumbuhan beracun dan sebagainya. Bagaimana pun isu ini ada dilaporkan dan dinyatakan iaitu Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Dipenjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Al-Kafi yang dikeluarkan yang menyatakan dimana ikan belacak mempunyai ciri-ciri haiwan air yang hanya boleh bertahan untuk bernafas dalam keadaan lembapan dan habitatnya kebiasaan di kawasan berair mahupun lembab. Ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie. Bahkan ada laporan dimana ada keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembap dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair. Ikan belacak adalah ikan afimbia (dua alam). Habitatnya di muara pasang surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri. Malah tabiat ikan belacak bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air. Apa pun dalam penentuan kategori haiwan air adalah apabila haiwan tersebut tidak boleh hidup melainkan di dalam air. Bagaimanapun sekiranya haiwan tersebut dua alam yang habitatnya di air dan di darat. Maka penentuannya melihat kepada kawasan yang lebih lama boleh hidup dan bertahan.


Selalunya didapati dimana kebanyakan jenis ikan hidup dan menghabiskan waktunya di dalam air. Namun untuk ikan belacak atau ikan tembakul tidak seperti ikan lain sebab ia lebih banyak dalam menghabiskan waktu di daratan. Sekitar 90% waktu ikan ini berada di darat. Sedangkan selebihnya selalu dilihat dimana hanya sekitar 10% kehidupan ikan ini adalah untuk membasahi tubuhnya serta mengambil nafas didalam air. Apa pun daripada banyak spesis dimana setiap genus atau bahkan spesies ikan tembakul memiliki jangkamasa ataus waktu yang berbeza-beza untuk mereka berada lama atau bertahan di daratan. Ada ikan belacak yang hanya boleh berada didaratan hanya beberapa minit sahaja akan tetapi ada juga spesis tertentu yang boleh didaratan selama berpuluh minit. Ikan ini selalunya ia akan akan menggunakan organ iaitu insangnya sebagaimana ikan lain ketika ia masuk ke dalam air. Ikan-ikan tembakul juga biasa menyimpan air pada rongga insangnya agar dia boleh tetap bernafas meski keluar dari kawasan asal iaitu didalam perairan. Kehebatan ikan ini yang mampu dan boleh untuk menyimpan air di insang membolehkan ia seakan sebagai haiwan dua alam. Dilaporkan diman kebanyakan spesis ikan tembakul ini dengan insang berdekatan atau ia bersambungan antara kepala dan tubuh yang membesar seperti gelembung. Selain menyimpan air di insang kajian juga mendapati jika kehebatan ikan tembakul juga mampu untuk bernafas menggunakan kulitnya. Kajian mendapati dimana terdapat juga satu lapisan selaput lendir di mulut serta kerongkongan yang juga dapat digunakan untuk bernafas. Belum jumpa resepi terbaik untuk memasak ikan ini didalam internet. Mungkin kalangan ramai masih beranggapan ikan ni adalah 'haram' di makan orang Islam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA IKAN... BELACAK SAHAJA...
NAMA LAIN... BANYAK PULA ADA...
SEAKAN DUA ALAM...ADA JELASNYA...
JARANG DI MAKAN..WALAU HALAL DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.