Support My Blog

Wednesday, September 25, 2024

TEKNOLOGI HIJAU DAN APA MEDIA KATA

TEKNOLOGI HIJAU
(Green Technologi) masih menjadi tajuk yang hebat dalam kurun ini termasuk di Malaysia. Apa pun teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada cara aktiviti seharian untuk kegunaan manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Dalam pada itu secara umumnya antara ciri-ciri asas yang perlu dikaitkan dengan teknologi hijau adalah ia bo
leh dikitar semula atau melalui amalan 5R dimana kemudian penghasilan produk telah melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga keharmonian manusia dan juga alam persekitaran. Ia juga mempunyai reka bentuk asas iaitu yang berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu manusia agar ia dapat dan mudah digunakan dan baik serta pastima mesti ia selamat digunakan. Aspek penting ini termasuk aspek dimana kadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah atau sifar. Teknologi hijau juga menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api. Mengingas kembali adan beberapa contoh-contoh produk termasuk bagaimana cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil (seperti bahan bakar petrolium) dimana perlu ada jenis kereta hibrid, kereta elektrik, bahan bakar biodiesel dan kenderaan gas asli (NGV) di gunakan dengan lebih cekap. Sementara itu teknologi ini mrmberikan kesan yang kurang kepada alam sekitar. Dalam sektor pertanian memang sudah perlu di perbanyakkan penggunaan produk biodegradasi dan juga amalan gunakan baja kompos (kurangkan guna baja kimia). Di Malaysia sudah ada syarikat tempatan yang mencipta bekas makanan daripada ubi kayu yang tiada pembaziran. Apa pun dengan teknologi hijau maka kepentingannya berkait dengan memberikan kehidupan manusia mendapatkan kualiti udara yang bagus, mempau mengurangkan peningkatan suhu alam dan juga mengurangkan pencemaran bunyi. Kesan dari teknologi hijau terhadap ekonomi dilaporkan ia akan mampu untuk mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan, meningkatkan produktiviti pekerja, meneroka peluang mengeksport produk hijau dan juga akan berikan sumbangan kepada industri fotovolta. Teknologi hijau paling ketara dalam usaha menjana tenaga yang merangkumi sumber tenaga yang bersumberkan alam semula jadi dengan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak dapat diperbaruhi dimana ia mempromosikan tahap kecekapan tenaga yang selamat dan mesra pengguna. Apa pun akhirnya teknologi ini akan memelihara dan memulihara keadaan alam sekitar iaitu dengan cara meningkatkan kualiti udara dan air. Ia juga akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta mampu mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula. Akhirnya teknologi hijau ini akan dapat melindungi sumber semula jadi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa laporan dari media tempatan berkaitan denga teknologi hijau untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Dalam hmetro.com dengan tajuk 'Impak Teknologi Hijau' ia amat sesuai di kongsikan . Apa pun di laporkan oleh media tersebut dimana kemajuan dalam  teknologi pada hari ini sebenarnya banyak memberi kemudahan kepada semua pengguna dalam menghadapi rutin seharian. Keupayaan teknologi hijau yang lebih mesra kepada alam sekitar turut menjadi pilihan pengguna. Secara asasnya, teknologi hijau ini merujuk kepada pembangunan serta aplikasi produk, peralatan serta sistem yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar serta alam semula jadi, sekali gus mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar hasil daripada aktiviti manusia. Untuk jangka panjang, pengguna teknologi hijau ini dapat mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Kini pemain industri utama dunia juga sudah mengorak langkah dengan mempromosikan teknologi hijau ini untuk produk yang dihasilkan. Penghasilan satu perisian atau aplikasi yang dapat menyelaraskan penggunaan elektrik pengguna mampu memberi kesan positif bukan saja kepada kecekapan guna tenaga, malah pengguna tidak lagi dibebani pembayaran bil yang tinggi. Ia bukan saja tertumpu kepada rumah kediaman saja, penyelarasan guna tenaga pintar ini lebih memberi kesan kepada bangunan berskala besar serta rumah ibadat seperti masjid yang menggunakan pelbagai bentuk tenaga. Apa pun kewujudan aplikasi penyelaras pintar ini akan menghapuskan masalah pembaziran guna tenaga secara menyeluruh kerana semuanya boleh dikawal hanya menggunakan satu aplikasi. Kini kemajuan teknologi pada hari ini banyak memberi kemudahan kepada semua pengguna dalam menghadapi rutin seharian. Seiring dengan kemampuan teknologi berkenaan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memanfaatkan kepakaran yang dimiliki penyelidiknya menerusi pembangunan Sistem Masjid Pintar (SMP). Sistem yang dibangunkan sekumpulan penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN) diketuai Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad itu berfungsi untuk mengawal peralatan elektrik utama seperti lampu, kipas dan penyaman udara menggunakan capaian tablet menerusi akses Internet Kebendaan (IoT). Bagi Dr R Badlishah dakwa dimana melalui aplikasi itu dimana kini pihak masjid dapat memantau penggunaan peralatan elektrik dengan lebih mudah dan efisien, sekali gus dapat menyumbang kepada penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Ia juga selari dengan Agenda Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah turus Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 7: Tenaga Mampu Milik dan Bersih dan SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari. Sistem itu buat pertama kali digunakan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang terpilih dalam program perintis Rumah Ibadat Hijau yang dijalankan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) iaitu agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa). Melalui program ini dimana bangunan masjid akan dilengkapi elemen teknologi hijau yang akan menjadikannya bangunan cekap tenaga, cekap air, mesra alam sekitar dan rendah karbon. Antara inovasi lain yang dibangunkan UniMAP bagi program itu ialah Sistem Pengumpulan Sisa Pintar Berkuasa Solar, Sistem Penuaian Air Hujan dan Sistem al-Quran Digital.


Dalam portal bharian.com pula dilaporkan iaitu  'Beri pendedahan awal budaya teknologi hijau' ada kisah yang sesuai di rujuk. Dilaporkan dimana hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon menjelang tahun 2050 membuktikan kesungguhan untuk memacu pertumbuhan negara ke arah negara pembangunan lestari dan mesra alam sekitar. Isu perubahan iklim, kelestarian alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau perlu ditekankan untuk mencapai matlamat ini. Aspirasi bersepadu ke arah teknologi hijau dan neutral karbon akan meningkatkan daya saing negara pada peringkat global. Apa pun dilihat dimana teknologi hijau satu konsep luas. Ia merujuk teknologi mesra alam, tidak mencemarkan, boleh diperbaharui dan mempunyai nilai kecekapan tinggi. Ia amat penting untuk pelbagai bidang industri, pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan ekonomi mampan. Ada lima (5) elemen penting dalam teknologi hijau iaitu ia menjimatkan tenaga dan sumber asli, meminimumkan degradasi kualiti alam sekitar, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, menggalakkan penggunaan sumber boleh diperbaharui, serta selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan. Bagi tujunan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan dapat ia menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau, ia memerlukan komitmen semua pihak. Institusi pendidikan terutama sekolah rendah dan menengah boleh memainkan peranan menyediakan generasi masa depan yang mempunyai pengetahuan teknologi hijau. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah daripada rebung'. Justeru, asuhan dan didikan untuk generasi muda cara terbaik untuk merealisasikan hasrat ini. Pihak sekolah dapat memberikan maklumat kepada murid mengenai kepentingan, faedah dan kaedah amalan teknologi hijau yang boleh dilaksana. Kini dengan sokongan dan iltizam pentadbir sekolah dan guru, amalan teknologi hijau dapat diterapkan dalam diri murid. Aktiviti dan program yang dapat memupukkan minat dan kesedaran murid terhadap teknologi hijau seperti rakan alam sekitar, pembelajaran berasaskan projek serta pertandingan reka cipta dan inovasi. Di samping itu sebaiknya diadakan pertandingan melukis poster, mendeklamasikan sajak, menulis esei, pidato dan debat juga dapat melahirkan murid yang celik teknologi hijau. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan lawatan ke industri berasaskan teknologi hijau seperti ladang solar fotovoltaik, taman agroteknologi, stesen jana kuasa biojisim dan lain-lain. Agensi kerajaan dan swasta pula disyorkan membantu sekolah dengan mengadakan pameran dan memberi ceramah berkaitan teknologi hijau. Pihak sekolah juga disaran agar terus memperkasakan program 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula), membuat garis panduan untuk penjimatan air dan elektrik serta menghijaukan kawasan sekolah dengan pokok bunga dan buah-buahan. Program seperti ini sememangnya penting dalam mendidik tabiat sayang dan cintakan alam sekitar sejak di bangku sekolah lagi. Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam semua mata pelajaran. Pengetahuan terhadap kepentingan teknologi hijau akan membentuk etika murid untuk menghargai alam. Guru dapat memberikan pendedahan dan memantapkan pemahaman murid tentang amalan teknologi hijau serta hubung kaitnya. Sokongan dan dorongan ibu bapa penting bagi melahirkan generasi masa depan berjiwa dan berfikiran 'hijau'. Ibu bapa digalakkan mengasah minat dan bakat anak untuk menyertai pertandingan dan program berkaitan teknologi hijau. Ibu bapa mestilah dapat berganding bahu menyemai sikap dan amalan kelestarian alam sekitar dalam diri anak-anak mereka.


Akhbar bharian.com juga ada laporkan '
Perkasa teknologi hijau ke arah alam sekitar lestari' dimana pemeriksaan teknologi hijau seiring teknologi terkini seperti Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) untuk mengurangkan kesan pencemaran daripada sisa buangan sebagai contohnya kertas dan plastik. Contoh implementasi teknologi hijau ialah penjagaan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas dalam kehidupan seharian, termasuk di tempat kerja. Dunia juga mengiktiraf 6 November sebagai hari tanpa kertas. Apa pun kini penggunaan kertas tanpa had dan kawalan akan mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Jika tidak dibendung, ia akan meningkatkan penghasilan karbon dioksida yang menyebabkan peningkatan pemanasan global lebih pantas. Malaysia sendiri pernah digelar 'tong sampah dunia' apabila negara maju membuang sisa plastik mereka ke negara ini. Mengikut Bank Dunia, pada 2016 ada sebanyak 242 juta tan sampah plastik dihasilkan secara global, iaitu 12 peratus daripada semua sisa pepejal perbandaran. Sisa ini berasal daripada tiga wilayah iaitu 57 juta tan dari Asia Timur dan Asia Pasifik, 45 juta tan dari Eropah dan Asia Tengah, manakala 35 juta tan lagi dari Amerika Utara. Jika aktiviti pembuangan sisa plastik tak terkawal, ia akan mengakibatkan pembebasan kimia yang akan mendatangkan pencemaran dan penyakit. Bahan kimia dibebaskan daripada pembakaran plastik akan merosakkan organ dalaman manusia. Selalunya ekosistem hutan, air sungai dan laut serta haiwan menerima kemudaratan akibat pembuangan sisa plastik dan sisa buangan tidak terurus. Di ketahui dimana kepelbagaian kertas penting kerana ia digunakan setiap hari untuk pelbagai tujuan di seluruh dunia. Mengikut Statistik, pengeluaran global kertas dan kadbod berjumlah kira-kira 419.7 juta tan pada 2017. Apa pun dilaporkan lebih separuh pengeluaran disebabkan kertas pembungkusan, sementara hampir satu pertiga disebabkan kertas grafik. Tiga negara pengeluar terbesar dunia ialah China, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun dengan mereka menyumbang lebih separuh pengeluaran kertas dunia. Negara pengimport dan pengeksport pula Jerman dan AS. Bagaimana pun ada dasar untuk penjagaan alam sekitar yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) seperti Tindakan Cuaca, Tenaga Bersih dan Mampu Milik, Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab, serta Pendidikan Berkualiti. Pertama dimana penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab untuk pemulihan alam sekitar perlu difahami dan dilaksanakan. Smarcities World melaporkan strategi dan insentif Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk dasar tanpa kertas Dubai dilaksanakan bertujuan bagi mengubah perkhidmatan dan operasi menjadi 100 peratus digital dan mengurangkan penggunaan kertas dengan lebih daripada satu bilion lembar setiap tahun di sektor kerajaan. Dilaporkan yang projek ini akan menjimatkan 130,000 pokok dan 40 jam setiap orang setahun yang dibelanjakan untuk melaksanakan transaksi kertas, setara AED900 juta (RM1.01 bilion). Oleh kerana kertas diklasifikasikan sumber boleh diperbaharui, pemulihan sangat penting dalam industri ini. Kertas antara banyak bahan, mempunyai kadar kitar semula tertinggi. Di USA dimana hampir 53 juta tan kertas dan kertas karton pendek ditemui pada 2018. Kadar pemulihan kertas dan karton di AS adalah 68.1 peratus pada 2018, dua kali ganda berbanding 1990 dengan kurang daripada 34%. Kedua adalah dengan tindakan cuaca memastikan kitar semula kertas mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global dengan tiga cara penting mengikut Gabungan Kertas Kitar Semula AS. Kitar semula kertas menghalang pelepasan metana daripada tapak pelupusan. Apabila kertas tidak dikitar semula, 80 peratus kertas berakhir di tapak pelupusan sampah. Penguraian kertas di tapak pelupusan sampah menghasilkan metana, gas rumah hijau dengan 21 kali daya perangkap haba karbon dioksida. Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS yang mengenal pasti tapak pelupusan sebagai satu-satunya sumber pelepasan metana terbesar negara itu dan penguraian kertas penyumbang terbesar metana dihasilkan. Ringkasnya, semakin kurang kertas, semakin kurang metana dikeluarkan. Aktiviti kitar semula kertas menjadikan lebih banyak pokok hidup dan dapat menyerap lebih banyak karbon dioksida. Kertas kitar semula 100% tidak memerlukan pokok untuk dihasilkan. Ketiga dimana tenaga bersih dan mampu milik dikaitkan penggunaan tenaga daripada solar, angin, hidro untuk penghasilan tenaga elektrik yang berpotensi digiatkan dan dilaksanakan dengan lebih meluas di Malaysia. Didakwa dimana penghasilan kertas secara konvensional sudah pasti menggunakan tenaga elektrik tinggi. Keempat adalah dimana pendidikan berkualiti. Ia menekankan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar menerusi pembaziran kertas perlu dididik kepada anaksejak kecil. Cara mendidik secara aktiviti menggunakan teknologi digital tanpa kertas, pembuangan sampah yang betul, mengelakkan penggunaan bahan plastik dan menyantuni alam sekitar dan penjagaan kebersihan. Apa pun di samping itu, konsep 3R (Guna Semula, Kurang dan Kitar Semula) perlu ditekankan menerusi pelbagai teknologi digital dan kandungan multimedia yang mudah difahami masyarakat. 


Dalam konteks Malaysia dimana dalam Belanjawan tahun 2021 pernah ada dibentangkan berkait rapat pembiayaan Dasar Teknologi Hijau 3.0. 
RM2 bilion diperuntukkan mampu merangsangkan lebih banyak pelaksanaan dan inovasi untuk manfaat negara. Sektor perkhidmatan awam harus menyahut seruan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan kerajaan untuk implementasi teknologi hijau. Sebagai contoh, jabatan perlu melaksanakan penggunaan teknologi digital untuk menggantikan kertas sepenuhnya dalam jadual berkala. Ini lebih menjimatkan kos pembelian kertas dan memanfaatkan teknologi digital untuk menyimpan segala dokumen dan maklumat. Institut Jantung Negara (IJN) sebagai contohnya dalam pelaksanaan pelan tujuh tahun untuk beroperasi sebagai hospital tanpa kertas. Dicadangkan satu pangkalan data khusus dan seragam untuk menyimpan semua dokumen jabatan kerajaan dapat direka bentuk dan dibangunkan, diuji dan diimplementasi dengan hasrat mengurangkan akan cara penggunaan kertas. Segala memo, surat, dokumen, sijil, waran, dasar dapat disimpan dan dibuat salinan pada peranti pelayan di dalam pengkomputeran awan, serta boleh diakses bila-bila masa dengan cepat dan pantas. Penggunaan teknologi IR4.0, data raya menerusi aplikasi sains data, mekanisasi dan automasi, dapat dimanfaatkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengakses dokumen dalam bentuk kluster yang dipilih dengan lebih pantas bagi tujuan laporan dan audit. Ini semua tidak memerlukan kertas dicetak dan kaedah ini dapat mengelakkan pembaziran kos pembelian dan penggunaan kertas. Penggunaan plastik juga perlu dikurangkan dengan segera dengan pengenalan Dasar Plastik Negara. Ia perlu diperhebatkan kerajaan. Realitinya dimana tindakan melestarikan alam sekitar harus dipandang serius semua pihak. Aspirasi UNESCO yang seiring matlamat Belanjawan 2021 harus dikaji dan difahami, seterusnya diimplementasi untuk memperkasakan teknologi hijau. Apa pun nanti sasarannya ke arah Malaysia lebih sejahtera dan alam sekitar kekal terpelihara serta lestari untuk generasi sekarang dan akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembac ablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TEKNOLOGI HIJAU...ADA DI PERKATAKAN...
BANYAK KAEDAH... CARANYA DI NYATAKAN...
KUALITI HIDUP... ITU YANG DI SASARKAN...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DI GARAPKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Puyrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Mugarram 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...