Support My Blog

Monday, April 29, 2024

RESMI LALANG, SEMAKIN TUMBUH SEMAKIN MENJULANG

Peribahasa lama 'RESMI LALANG, SEMAKIN TUMBUH SEMAKIN MENJULANG' sesuai untuk dijadikan perbincangan kali ini kerana ia bersangkutan dengan pertanian dan rumpai lalang. Peribahasa ini berkaitan dengan ciri rumpai lalang yang menjadi musuh utama para petani kerana kehadiran lalang akan menganggu pertumbuhan tanaman dan mampu mersoakkan tanaman selain menjadi perumah kepada perosak dan penyakit. Tumbuhan lalang juga merupakan agak sukar untuk dikawal kerana adanya rizom yang berada didalam tanah. Penulis blog merujuk beberapa sumber diana peribahasa ini memberi makna 'Makin kaya (atau semakin berilmu) seseorang itu dia semakin sombong'. Pada penulis blog dimana tumbuhan Padi (Oryza sativa) dan Lalang (Imperata cylindrica) adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza dimana tumbuhan padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding rumpai jenis lalang yang  tidak digunakan tetapi dan juga ciri kebaikannya amat jarang diperkatakan. Pernah penulis blog bincang dalam blog ini satu pepatah mengatakan 'ikutlah rasmi padi,makin berisi makin ia tunduk kebumi dan jangan jangan ikut rasmi lalang, semakin tumbuh, semakin menjulang'. Apa pun pepatah ini sebenarnya mempunyai maksud yang sangat bermakna dan ianya berkait dengan kehidupan manusia.  bagaimana pun perlu semua faham betul-betul apa yang dinyatakan akan falasafah tersebut. Bagi tanaman padi dimana apabila sudah masak maka dilihat ia berisi  dimana ia akan tunduk ke bumi kerana berat. Jika padi ini tunduk bermakna isinya penoh dan sesuai untuk dituai dan dijadikan beras dan nasi yang enak. Ia juga menjanjikan untuk di ambil iktibar dimana jika sesiapa juga ada duit banyak atau harta banyak atau rezeki melimpah ruah maka dia sepatutnya merendahkan dirinya dan elakan dari jadi bangga diri dengan duit yang banyak tersebut kerana  rezeki yang Allah berikan. Apa pun dikalangan masyarakat sekarang dimana apabila sudah ada banyak harta maka mereka mula sombong diri dengan sudah tidak kenal kawan, keluarga dan lainnya. Lihat bagaimana lalang dimana bila ada cahaya matahari dan baja makan ia cepat tumbuh dan menghalang rumput atau tanaman oleh para petani hidup di kawasannya. Sigat ini adalah teruk dimana selain lalang ini tidak berguna ia juga angkuh sifatnya dan pentingkan diri sendiri sahaja. Sebaiknya semua boleh dijadikan panduan untuk kehidupan agar sentiasa sedar siapa diri sendiri dan jangan berbangga dengan apa yang ada sebaliknya berusaha untuk terus merendah diri. Artikel pada petang ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa 'Resmi Lalang, Semakin Tumbuh Semakin Menjulang' untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Lalang merupakan sejenis tumbuhan jenis rumpai dimana bahagian akarnya (RIZOM) memang tumbuh didalam tanah (Sila lihat foto disebelah). Lalang dari keluarga Poaceae (dulu Graminae) merupakan sejenis rumpai yang menjadi satu masaalah kepada banyak pihak terutama pekebun dan juga petani kerana sifat semulajadinya yang cepat membiak dan ia amat sukar untuk di musnahkan atau perlukan kos yang agak tinggi untuk mengawalnya. Foro disebelah menunjukkan bahagian rizom lalang yang mempunyai sulur yang mana hujungnya tajam dan mampu menembusi celah-celah tanah keras atau batuan untuk terus membiak dalam tanah. Cara pembiakan lalang juga berlaku dengan biji benih ringan berwarna putih yang boleh di terbangkan oleh angin sehingga amat jauh sekali dan akan membiak apabila sesuai keadaanya (Sila lihat foto paling bawah). Pengalaman saya dimana jika dilakukan kaedah membakar kawasan lalang yang kering pada musim kemarau atau selepas lalang ini di racun dengan racun rumpai jenis sentuh selalunya ia tidak mampu membunuhnya. Ini kerana rizom lalang yang ada dalam tanah akan keluar dan tumbuh semula dengan lebih subur setelah mendapat baja Potash (K) dari hasil lalang yang terbakar tersebut. Pendek kata rumpai lalang memang menimbulkan masaalah kepada petani dan ramai pekebun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dimana memang ada rasa ' terbakar hati' dibuatnnya. Rizom Lalang ini mempunyai pucuk yang tajam yang memanjang dalam tanah dan ada yang terus naik di atas permukaan tanah. Penulis blog masih ingat ketika berjalan di kawasan kebun getah yang ada lalang dengan kaki ayam atau pakai selipar jepun semasa remaja dikampopng dulu dimana memang 'aduh' sakitnya terkena cucuk rizom lalang yang tajam. Rizom ini akan memanjang dalam tanah dan amat sukar untuk dimusnahkan walau pun dengan mencabut dan mencangkulnya kerana ia banyak. Hanya racun lalang jenis sistemik (Seperti Round-up) yang mampu membunuh rizom lalang jika aplikasi dibuat dengan betul mengikut kadar. Tanah yang ada lalang jika dibajak dan ia akan diterbalikkan permukaan tanah dengan cepat rizom yang ada akar ini akan tumbuh semula jika tidak dibasmi. Penulis juga pernah ambil rizom ini (yang berwarna putih krim) kemudian digigit dalam mulut dimana ia memang juga mempunyai rasa agak manis. Kepada mereka yang belum pernah rasa jus rizom lalang boleh mencubanya. Bagaimana pun perlu berhati-hati ketika ujirasa rizom lalang ini jangan terambil rizom lalag yang baharu diracun dengan jeni racun sistemik!.


Rumpai lalang mampu tumbuh diatas pelbagai jenis tanah di Malaysia seperti dari jenis Tanah Gambut, Tanah Bris,
Tanah Liat apa lagi Tanah Mineral yang subur. Kawasan kebun durian yang penulis blog tinjau di Kg Pasir, Maran, Pahang milik petani juga ada terdapat beberapa kelompok rumpun lalang yang tumbuh didudunnya (Sila lihat foto disebelah). Artikel ini yang ditulis pada Ogos 2019 boleh diakses dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini). Walau pun telah dibuat kawalan lalang didusin ini namun ia tumbuh semula. Pernah juga terbakar beberapa kali (atau dibakar dengan senghaja) setiap kali pada musim kemarau, namun rizom akar lalang dalam tanah akan terus tumbuh dengan lebih subur apabila tiba waktu hujan. Akar atau rizom lalang terletak dalam tanah yang sukar untuk di musnahkan mudah tumbuh semula. Akar lalang jika di gigit akan mengeluarkan rasa manis. Penulis masa remaja dulu pernah mengigit rizom lalang kerana rasa manisnya!. Setelah kawasan dibersihkan untuk tanaman nenas secara komersil maka lazimnya masalah lalang juga menjadi isu dikalangan petani kerana kadar oertumbuhan yang amat cepat dan pantas serta aagak sukar untuk dikawal. Hanya penggunaan kaedah betul mampu mengawal masaalah lalang walau pun agak tinggi berbanding dengan pengawalan rumpai jenis lain. Bunga lalang dan rizom merupakan dua cara pembiakan lalang yang cekap dan efektif di banyak lokasi. Racun rumpai Jenis Sistemik sahaja mempu membunuh Lalang. Racun rumpai sistemik akan disembur pada daun lalang dan diserap kedalam semua bahagian sehingga akhirnya akan sampai ke bahagian akar dan mematikan lalang dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan. Semburan ulangan perlu untuk mempastikan lalang mati sepenohnya. Ada petani yang mengulangi semburan kawalan lalang dengan campuran racun sentuh selepas beberapa minggu bagi tujuan untuk mereka menpercepatkan kemusnahan lalang. Antara racun sistemik lalang di pasaran yang popular seperti Round-Up. Walau pun racun sistemik ini harga dipasaran lebih tinggi akan tetapi keberkesanannya adalah baik. Pastikan untuk membaca aturan meracun lalang dengan racun sistemik setelah membaca arahan pada label. Gunakan air bersih, sukatan yang berul dan mengena semua bahagian lalang yang tumbuh. Pastikan meracun lalang pada hari tidak hujan kerana keberkesanan racun sistemik akan menggurang apabila ia belum meresap dan ditimpa hujan.


Dalam akhbar hmetro.com ada kisah bertajuk '
Duka padi jadi lalang' dilaporkan dimana setelah paras air Empangan Teluk Bahang berada jauh lebih rendah daripada kapasiti biasa disebabkan musim kemarau yang melanda Pulau Pinang telah jejaskan tanaman padi mereka. Dilaporkan ada seramai 35 petani mendakwa kerugian hampir RM1 juta apabila lebih 72 hektar sawah padi yang diusahakan mereka di kawasan Pokok Sena tidak mampu untuk membuahkan hasil akibat kemarau. Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena Azami Syawal nyatakan keadaan itu disebabkan sawah mereka kering kontang sejak bulan lalu dan pokok padi menjadi seperti lalang. Setiap musim sebelum ini pesawah di kawasan itu mampu menghasilkan 700 tan padi dimana ia sekali gus menjadi antara penyumbang terbesar padi di kawasan Pokok Sena. Pesawah bergantung sepenuhnya kepada air hujan untuk menanam padi tapi musim kemarau kali ini berlaku lebih awal daripada kebiasaan setiap tahun iaitu pada Februari. Air parit menjadi kering menyebabkan saya kerugian puluhan ribu ringgit apabila 50 relung atau 15 hektar sawah padi rosak yang mana pesawah ini sudah 30 tahun menjadi petani. Bagi seorang rakannya Syukor Arip mendakwa fenomena kemarau tahun ini amat luar biasa dan berharap kerajaan dapat membantu pesawah yang menanggung kerugian. Dia tidak mempunyai modal untuk memulakan musim kedua pada April depan selepas tiada hasil dapat dituai pada sawahnya. Apa pun dengan duit padi inilah mereka menyara keluarga dimana ramai yang pening fikirkan nasib anak yang masih bersekolah dan ramai juga yang nampaknya terpaksa berhutang untuk musim padi selepas ini. Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian ganti rugi kepada pesawah yang terjejas akibat kemarau dan perkara itu dinyatakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tindakan. Pesawah memohon agar  Jabatan Pertanian Negeri membuat bancian berapa keluasan sawah dan petani yang terjejas supaya pesawah dapat mengetahui jumlah (ganti rugi) yang sebenar. Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dipohon untuk membuat saluran terus dari Sungai Bukit Pinang ke dalam sawah petani yang terjejas. Sungai itu juga  digunakan untuk menyalurkan air ke sawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) tetapi tidak dapat dimanfaatkan kepada sawah petani di sini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RESMI LALANG... TUMBUH DIMANA SAJA...
SEMAKIN TINGGI... DIA SAJA DILIHATNYA....
MENGANGGU PETANI... PERLU DIBASMI....
ELAKKAN SOMBONG...ATAU BANGGA DIRI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...