Support My Blog

Tuesday, July 11, 2023

KEKACANG PINTOI - PENUTUP BUMI

POKOK BUNGA KEKACANG KUNING (Pintoi Peanut) atau nama botaninya sebagai Arachis pintoi merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Leguminaceae yang berfungsi sebagai salah satu jenis tanaman penutup bumi terbaik. Sebenarnya tumbuhan ini adalah dalam keluarga yang sama dengan Kacang Tanah (Arachis hypogeayang menghasilkan pod kacang tanah. Penulis blog mula kenal dengan kekacang ini berbelas tahun dahlu sekitar pertengahan tahun 1980'an semasa ia mula diperkenalkan ke Malaysia dan masa itu dijadikan tanaman landskap dibeberapa kawasan taman bunga yang dibawa masuk dari luar negara. Tumbuhan inii bukan dari lokal sebaliknya ia merupakan spesies eksotik berasal dari Brazil yang didatangkan ke Malaysia melalui Singapura asalnya untuk digunakan sebagai tanaman hiasan dan tanaman penutup bumi (cover crop). Tanaman ini banyak digunakan sebagai penutup tanah kerana ia mempunyai daya adaptasi yang baik terhadap berbagai jenis tanah, mampu tumbuh dengan baik pada tanah dengan tekstur liat sampai tanah berpasir dan mengikat Nitrojan. Tanaman ini juga mampu beradaptasi baik pada keadaan kesuburan tanah rendah dan pH sangat rendah, serta toleran dalam tanah yang kandungan Aluminium tinggi. Selain itu kekacang ini memang agak toleran tumbuh dibawah naungan sampai intensiti 50% dimana prestasi pertumbuhan adalah lebih baik dan lebih cepat pada musim hujan. Penulis blog belajar di universiti dahulu dimana dijelaskan bahawa tanaman penutup bumi adalah tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh sangat cepat digunakan sebagai tanaman di antara tanaman utama untuk mencegahkan hakisan. Fungsi utamanya adalah untuk pengurusan kesuburan tanah, kualiti tanah, air, rumpai, kawal perosak dan penyakit, biodiversiti dan hidupan liar dalam sesuatu agroekosistem. Agroekosistem tersebut ialah sebuah sistem ekologi diuruskan dan dibentuk hampir keseluruhannya oleh manusia secara intensif untuk penghasilan makanan, foder atau serat. Tanaman penutup bumi mendapat perhatian dalam pertanian lestari dengan kebanyakannya meningkatkan sifat kelestarian agroekosistem dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti ekosistem semulajadi sekitarnya. Petani memilih untuk menanam dan menguruskan beberapa spesis tanaman penutup bumi berdasarkan keperluan dan matlamat mereka. Ia bergantung kepada faktor biologi, persekitaran, sosial, budaya dan ekonomi sistem makanan di kawasan petani itu beroperasi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kepentingan tumbuhan Kekacang Pintoi (Pintoi Peanut) untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog ini semua.


Kali pertama penulis blog ingat untuk dapat membeli benih Arachis pintoi dahulu tahun 1980'an memang sukar sekali kerana bekalannya sedikit dengan harga sekitar RM15.00 satu polibeg. Bagaimana pun sekarang ini sangat mudah untuk mencari anakbenih tersebut. Benih tersebut telah ditanam ditaman untuk hiasan di pejabat MIADP (sekarang ini MARDI Melaka) di Air Molek, Melaka dan memang ramai datang melihatnya masa itu sekitar tahun 1987. Sebenarnya ia merupakan tanaman landskap yag yang juga berfungsi sebagai 
tanaman penutup bumi yang sering digunakan dalam komponen utama untuk menyerikan kawasan taman. Malah tanaman tutup bumi juga memainkan peranan yang cukup besar dalam membantu memelihara alam sekitar. Kini ia sudah sering ditanam dimana membantu untuk mengurangkan berlakunya masalah hakisan tanah jika ianya ditanam di kawasan lereng bukit kerana tanaman tutup bumi mempunyai akar yang kuat dalam memegang partikel tanah. Selain mampu  untuk membaiki struktur tanah secara semula jadi dilaporkan iaitu pada masa sama tanaman itu juga berupaya mengurangkan pencemaran udara dengan cara menyerap segala kotoran dan debu di udara. Melihat kepada warna bunga dan daunnya yang pelbagai antara keunikan tanaman itu akan membuatkan tanaman itu kelihatan menarik dan terserlah nilai estetikanya jika ditanam di kawasan yang luas atau digabungkan dengan tanaman pelbagai warna.  Visual landskapnya bagaikan kita berada di hamparan tanah yang bercorak dan berwarna-warni. Dari segi ketinggian pula tanaman tutup bumi jenis ini mempunyai ketinggian purata maksimum hingga 0.3 meter menjadikannya antara tanaman paling rendah dan paling akhir ditanam. Apa pun penulis blog dapati serakan akarnya yang merayap iaitu secara mendatar, kuat dan mantap, sekali gus keadaan ini membolehkannya bertindak mengawal pertumbuhan rumpai yang tidak boleh mencacatkan pemandangan di kawasan taman. Tanaman tutup bumi kekacang pintoi ini bukan hanya ditanam sesuai untuk di kawasan taman semata-mata akan tetapi ia turut ditanam di kawasan perladangan terutamanya ladang kelapa sawit, kebun durian, kebun buah-buahan dan sebagainya. Penulis blog ada melihat semasa tinjauan teknologi di kebun durian komersil di Pahang dan Melaka dimana pemilik kebun durian menanam kekacang pintoi dikebun durian mereka.


Berbincang lanjut mengenai perkara ini dia
ntara tanaman tutup bumi yang biasa digunakan dalam segmen landskap negara untuk kawasan terbuka, pinggir jalan dan lereng bukit adalah seperti jenis Kekacang pintoi (Arachis pintoi), Creeping daisy (Wedelia trilobata), Red Ivy (Hemigraphis alternata), Ros Jepun (Portulaca grandiflora) dan Brazilian Red (Althenanthera dentata). Pilihan jenis penutup bumi ini bergantung kepada keadaan lokasi, konsep landskap, bajet serta pengurusan penanaman. Biasannya kerja penyelenggaraan mestilah dilakukan dengan teknik yang betul dan konsisten dan mengikut keadaan musim. Jika tidak dilakukan dengan kaedah yang betul maka kesannya kawasan ditanam dengan tanaman penutup bumi ini mungkin dipenuhi rumpai liar yang akan mendominasi dan mengganggu pertumbuhan tanaman itu. Rumput liar ini perlu dikawal dengan cara berhati-hati agar tidak merosakkan tanaman penutup bumi yang ditanam. Ianya sedikit sebanyak boleh mencacatkan pemandangan. Namun fungsi tanaman itu yang unik dan keadaan morfologinya yang menarik pada penulis blog memang menjadikan ia sebagai satu kemestian dalam aktiviti landskap di sekeliling kita. Tanaman penutup bumi yang kini menjadi kegemaran adalah Kekacang pintoi dimana masih ada percaya yang pokok ini tidak dijual di mana-mana nurseri di Malaysia dan jika di google dalam ineternet ada biji benihnya dijual online tetapi belum tentu dijamin tumbuh seperti dikehendaki. Lazada menawarkan biji Arachis pintoi dengan harga RM5.00 satu paket kecil. Antara beberapa kelebihan menanam pokok kacang pintoi adalah kerana tumbuhan ini adalah jenis legum yang menyimpan nitrogen, mempunyai daya tahan kemarau yang tinggi apabila sudah bertapak hidup, mempunyai ciri pokok lanskap dengan bunga berwarna kuning dan mampu untuk tumbuh rapat ke tanah (kurang keperluan untuk memesin).


Kepada 
pembaca yang mempunyai ruang tanah disekeliling rumah untuk dijadikan landskap penulis blog syorkan menanam kekacang pintoi untuk mendapatkan impak bunga warna kuning terbaik. Tanaman ornamental atau sering dikenali sebagai tanaman untuk hiasan memang mempunyai keunikan tersendiri. Dari bentuk pokok, daun, pertumbuhan dan warna yang terdapat pada tanaman itu dimana semuanya menampilkan keindahan luar biasa dalam menyerikan landskap taman. Pilih salah satu tanaman berbunga atau daun kuning secara semula jadi sekali gus menyerlahkan keceriaan taman iaitu Kekacang Pintoi. Ia mampu menghasilkan bunga atau daun kuning biasanya boleh ditanam dengan menggabungkannya bersama pokok warna lain seperti merah, hijau, ungu dan putih. Namun ada juga taman yang lebih dominan dngan cara menggunakan elemen kuning sebagai penyeri tanpa perlu menggabungkan tanaman hiasan lain. Kuning dalam segmen tanaman hiasan juga dianggap sebagai keceriaan dan dijadikan sebagai kesan khas. Warnanya yang cerah dan terang menjadikan taman mudah dilihat dari jarak jauh. Ada pendapat dimana dari segi psikologi dimana warna kuning ini boleh membuatkan seseorang menjadi optimis, riang dan positif. Begitu juga dengan taman dimana jika ada tanaman yang mempunyai bunga atau daun semula jadi dalam warna itu dan bukan terhasil kesan kekurangan nutrien, ia dapat memberikan impak menarik kepada taman selain mampu untuk menyerlahkan nilai estetikanya. Malah tanaman hiasan berkarakter kuning juga sering digelar tanaman ‘emas’ disebabkan warnanya yang bersinar dan menyerlah seakan-akan warna emas sebenar. Diantara tanaman yang selalu menghasilkan bunga atau daun kuning yang biasa digunakan dalam projek landskap di negara kita sama ada landskap pinggiran jalan, taman awam atau sekitar kawasan kediaman adalah pokok Golden chain (Lophanthera latescens), Rajah kayu (Cassia fistula), Tasbih (Canna ‘Yellow’), marigold (Tagetes erecta), Kenanga (Cananga fruticosa), Golden Bush (Galphimia glauca), Tembaga Suasa Kuning (Crinum ‘Yellow) dan pastinya adalah Kekacang pintoi (Arachis pintoi). Apa pun paling unik dimana kesemua pokok ini adalah tanaman hiasan yang terdiri daripada pelbagai kategori iaitu pokok teduhan, renek dan penutup bumi. Selain memberikan mood yang positif dan tenang kepada pengunjung taman, ia dapat menambahkan visual keindahan persekitaran dengan aura segar semula jadi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KEKACANG PINTOI... APAKAH DIA...
PENUTUP BUMI... BANYAK GUNA...
WARNA KUNING... CANTIK BUNGA...
DILAMAN RUMAH... TANAM SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agroomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
Ditulis pada 21 Mei 2021.
Kemaskini pada 7 Julai 2023 bersamaan (26 Ramadan 1442H).
Published from:
Room 2309, Trove Hotel, Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...