Pengusaha kelulut digalakkan untuk memilih jenis tumbuhan yang mudah untuk dijaga, jenis tahan lasak dan ia mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang ekstrem seperti keadaan kering (dimusim kemarau) atau didalam keadaan dimana air yang berlebihan dimusim hujan. Pemilihan tumbuhan ini perlukan sedikit penyesuaian dengan ciri tanah, kecukupan cahaya matahari, kadar lindungan, infra para atau pun kawasan sesuai. Dalam pada itu ramai pakar mengalakkan juga untuk memilih jenis tumbuhan yang struktur bunga yang berkelompok setempat. Jenis bunga seperti ini adalah bertujuan bagi memudahkan kelulut mampu bergerak dari bunga ke bunga tanpa ianya memerlukan jarak penerbangan yang jauh. Kelulut yang terbang memerlukan tenaga dimana jika kedudukan bunga tersebut jauh maka banyak tenaga dikeluarkan dan ianya akan menjejaskan produktiviti kelulut pekerja juga. Bunga Air Mata Pengantin (Honomulu creepers) diantara jenis tumbuhan yang sangat disukai oleh keluut dan serangga lain daripada pagi sehingga petanh dimana kedudukan bunganya adalah setempat (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini akan dilihat kelulut, lebah madu, semut, kerengga, kumbang dan serangga lain berada dibunga yang mekar berwarna pink ini. Disyorkan juga agar memilih pokok yang memerlukan masa yang singkat untuk berbunga daripada mula menanam dimana ini akan membantu pengusaha mendapatkan koloni kelulut yang baik. Sebaiknya juga digalakkan untuk memilih jenis tumbuhan yang memberi hasilan kepada penternak seperti pokok buah yang terbentuk dimana ia akan menghasilkan buah dari proses pendebungaan yang telah dijalankan oleh kelulut dengan lebih produktif. Antara jenis buah yang sesuai diletakkan sarang kelulut sepsrti pokok Belimbing (Averrhoa carambolae), pokok Melon (Cucumis melo) dalam Rumah Green House (SPH), pokok Ciku (Manikara sapota) dan banyak tumbuah berbunga lain lagi.
Dalam pada itu perlu diketahui kalangan pengusaha akan kepentingan kelulut dengan pokok yang ada mengeluarkan bahan pentinh bgi klulut iaitu resin atau damar. Kajian mendapati dimana banyak spesis kelulut perlukan getah damar untuk kelestarian yang sempurna. Getah damar ini adalah diperlukan kelulut untuk membuat mereka kantung madu, kantung roti lebah dan struktur juga penyokong didalam haif. Damar ini juga digunakan untuk menutupi segala rongga atau lobang didalam mempastikan sarangnya kukuh dan selamat tidak dimasukki musuhnya. Memang dilihat tanpa damar maka proses pembinaan corong, kantung madu dan kantung roti lebah tidak akan dapat dibina dengan sempurna. Bila tidak ada damar maka kelulut pekerja akan terpaksa pakai sumber resin getah biasa seperti dari pokok mangga dan manggis untuk digunakan. Hanya ada beberapa spesis tumbuhan (kebanyakannya adalah pokok hutan) yang ampu menghasilkan resin atau damar berkualiti dengan kuantiti banyak. Jika sudah ada pokok mempunyai resin atau damar berdekatan dengan lokasi menternak kelukut ia merupakan bonus kepada pengusaha tersebut. Pengalaman penulis blog semasa membuat tinjauan di Daerah Kuala Lipis, Pahang dan Raub mendapati dimana sekelompok pemuda menternak kelulut dikawasan hutan yang asli mendapati kutipan madu memang baik dengan banyak pokok berbunga dan pokok ada resin dan damar diseklilingnya. Pemerhatian penuli blog juga menunjukkan dimana propolis bersumber damar lebih keras, kukuh, mampu tanggung beban madu yang banyak. Penelitian ini juga mendapati dimana ada spesis kelulut yang boleh membina kantung madu sebesar bola pingpong dan ada spesis kantung madunya agak panjang melonjong ke atas seperti telur ular. Bila kelulut membuat propolis pakai selain damar maka kalau mereka buat pot madu maka saiznya akan besar.
Dilaporkan dimana diantara spesis kelulut yang memerlukan damar adalah semua spesis dalam genus Homotrigona, Odontotrigona, Platytrigona, Tetragonilla serta beberapa genus seperti Tetragonula, Lophotrigona (L. canifrons) dan Lisotrigona (L. carpenteri). Beberapa rujukkan mendapati dimana diantara tumbuhan yang menjadi sumber damar adalah jenis-jenis seperti pokok-pokok dipterokarpa seperti pokok Keruing, Meranti, Cengal, Resak, Balau dan lain-lain. Penulis blog beberapa kali melihat dan mendapati dimana resin atau damar ialah rembesan hidrokarbon kebanyakan spesis tumbuhan disebutkan diatas. Resin juga boleh dianggap sebagai getah yang dirembeskan oleh pokok (Sila lihat foto disebelah). Resin pada kebanyakan tumbuhan berfungsi sebagai salah satu bahan untuk merawat luka atau untuk menghalang serangan bakteria atau penyakit pada pokok tersebut. Berlainan pokok mengeluarkan warna, kepekatan kepada bentuk resin adalah berlainan. Dalam menternak kelulut memang ia juga akan memerlukan resin-resin ini sebagai keperluan asas kelulut. Dilaporkan dimana kelulut akan datang kepokok yang ada resin untuk mengambil resin ini untuk binaan struktur corong, binaan sarang, penghasilan kantung-kantung, membaiki rekahan pada sarang dan juga sebagai senjata untuk kelulut mengawal musuh. Penulis blog dapati kepentingan bahan resin dan damar merupakan keperluan utama yang paling kritikal dalam ternakan kelulut. Kelulut menggunakan resin atau damar ini untuk binaan sarang, untuk membaiki sarang, untuk pertahanan sarang, binaan kantung dan sebagainya.
Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, kelulut Indo Malaya mempunyai variasi spesis yang luas. Ini bermakna kelulut-kelulut ini turut mempunyai keperluan dan peranan yang berbeza dari sudut keperluan sumber sehingga lokasi binaan sarang. Jika diperhatikan kelulut-kelulut seperti jenis Heterotrigona itama, Geniotrigona thoracica, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan beberapa spesis lain mempunyai binaan sarang yang terdiri dari propolis yang lembik, liat dan agak melekit. Propolis yang lembik dan melekit ini adalah hasil gabungan enzim kelulut dengan resin yang dikeluarkan oleh pokok seperti pokok mangga, pokok manggis, pokok getah, pokok nangka dan sebagainya.
Manakala kelulut seperti Homotrigona aliceae, Homotrigona (Tetrigona) apicalis, Homotrigona (Tetrigona) binghami, termasuk Tetragonula melina dan beberapa spesis kelulut damar yang lain mempunyai binaan sarang yang rapuh dan keras seperti kristal. Binaan yang rapuh ini dibina dengan menggunakan damar yang diambil dari pokok-pokok khas dari hutan iaitu seperti pokok merawan, pokok mersawa, pokok meranti, pokok cengal, pokok balau, pokok resak, pokok kruing dan sebagainya. Selalunya apabila kekurangan atau ketiadaan sumber resin atau damar, kelulut tidak berupaya untuk menambah bilangan kantung untuk pengisian madu dan roti lebah dan yang lebih membimbangkan kelulut-kelulut ini tidak berupaya untuk menjaga keselamatan sarang dari penceroboh. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel malam ini dalam anim agro technology mempu memberi info berguna kepada anda semua...!! Wasallam!!..
Manakala kelulut seperti Homotrigona aliceae, Homotrigona (Tetrigona) apicalis, Homotrigona (Tetrigona) binghami, termasuk Tetragonula melina dan beberapa spesis kelulut damar yang lain mempunyai binaan sarang yang rapuh dan keras seperti kristal. Binaan yang rapuh ini dibina dengan menggunakan damar yang diambil dari pokok-pokok khas dari hutan iaitu seperti pokok merawan, pokok mersawa, pokok meranti, pokok cengal, pokok balau, pokok resak, pokok kruing dan sebagainya. Selalunya apabila kekurangan atau ketiadaan sumber resin atau damar, kelulut tidak berupaya untuk menambah bilangan kantung untuk pengisian madu dan roti lebah dan yang lebih membimbangkan kelulut-kelulut ini tidak berupaya untuk menjaga keselamatan sarang dari penceroboh. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel malam ini dalam anim agro technology mempu memberi info berguna kepada anda semua...!! Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.