Support My Blog

Friday, June 17, 2022

ANCAMAN POKOK KELADI - BAHAYA!

POKOK KELADI
merupakan tumbuhan yang mana ia ditanam untuk tujuan mendapatkan umbisinya yang kaya dengan zat makanan terutama karbohiderat dan juga digunakan sebagai tanaman hiasan (ornamental plants). Makanan yang diperbuat daripada ubi keladi ada pelbagai kaedah penyediaan seperti keldi rebus, goreng keladi, pengat keladi, kerepek keladi, pelbagai kuih tradisional berasaskan keladi. Biasanya antara beberapa jenis keladi yang popular dimakan adalah seperti Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Minyak dan juga Keladi Telur. Dalam pada itu terdapat juga jenis Keladi Putih, Keladi Hitam, Keladi Udang, Keladi Bentan, Keladi Sarawak dan beberapa jenis lagi. Selalunya keladi ini dijual dipasar atau di pasar tani atau pasar malah malahan ada yang dijual di pasaraya. Harga keladi pun tidak semurah dahulu dimana dipasaraya sebiji ubi keladi mencecah RM10 -RM15 sebiji. Penanaman keladi komersil kebanyakan adalah pada tanah gambut. Berlainan pula dengan Keladi Hiasan dimana ia semakin popular di Malaysia sebagai tanaman hiasan (ornamental plants) yang disusun diperkrangan luar rumah atau pun didalam pasu diletakkan dalam rumah. Terdapat pelbagai bentuk, corak warna, keindahan berlainan pada pokok keladi ini daripada yang murah untuk dibeli sehingga yang harganya ribuan ringgit sepokok. Peminat tanaman keladi hiasan ini semakin ramai waktu ini terutama semasa pandemik covid18 apabila selama hampir 2 tahun ramai yang terkurung didalam rumah dan menanam pokok hiasan. Lazimnya bekalan benih keladi hiasan boleh dibeli daripada nurseri tempatan atau dibeli secara online (nelalui aplikasi Lazada, Shopee dan sebagainay) dan juga diperolehi daripada mereka yang telah menanamnya sendiri dirumahnya. Apa pun keladi hiasan ini dilaporkan memberikan ancaman terutama kanak-kanak jika termakan atau tersentuh getahnya. Beberapa kes keracunan akibat pokok keladi kini semakin kerap berlaku dan kesedaran semua pihak perlu memahami akan jenis keladi yang merbahaya ini. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan tentang beberala laporan dimedia dan sosmed mengenai kisah ancaman keladi untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam portal berita bharian.com dengan tajuk 'Keracunan makan gulai keladi' menjadi kisah menarik dikongsikan. Pokok keladi yang ditanam di belakang rumah mangsa di Kampung Lonek, Kepis Hilir, Kuala Pilah telah menyebabkan kes yang patut jadi tauladan. Dilaporkan dimana tiga sekeluarga terselamat selepas mengalami muntah, tekak terasa panas, mata kemerahan dan berair sebaik makan gulai keladi dipercayai beracun. Ketiga-tiga mereka iaitu Siti Aida Mohamad, 40; anak sulungnya, Nor Shamira Jamal, 20, dan anak saudara, Zulfakar Norizam, 18, terselamat selepas segera dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN). Dilaporkan dimana mereka mengambil pokok keladi itu di belakang rumahnya di Kampung Lonek sebelum dibersihkan dan dimasak gulai. Sebaik siap dimasa mereka terus dan menghidangkannya dan di makan tengah hari bersama. Secara tiba-tiba Nor Shamira berlari ke bilik air dan muntah sebelum memberitahu tekaknya terasa panas. Tidak lama dia dan anak saudara pula muntah dan mengalami simptom sama. Lebih memeritkan, mata kami pedih dan bertukar kemerahan selain air liur meleleh. Siti Aida mendakwa dimana suaminya yang pulang tidak lama selepas kejadian segera menghantar mereka ke HTAN untuk rawatan lanjut sebelum dia dan anaknya dibenarkan pulang semalam, manakala anak saudaranya masih menerima rawatan di hospital. Doktor memaklumkan simptom dialami mereka mungkin disebabkan termakan keladi liar beracun yang boleh membawa maut sekiranya terlambat menerima rawatan. Berikutan kejadian itu maka suami Siti Aida, Jamal Ahmad telah memusnahkan semua pokok keladi di belakang rumahnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Dia yang menanam keladi di belakang rumah sejak enam tahun lalu namun tidak pernah berlaku kejadian seperti itu. Saya percaya ada keladi liar tumbuh berhampiran dan isteri saya tidak sengaja mengambilnya untuk dimasak. Mengikut Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan iaitu Dr Zainudin Mohd Ali pihaknya perlu menjalankan pemeriksaan dan rawatan terperinci sebelum dapat mengesahkan pasti simptom dialami mangsa disebabkan oleh keladi. Hospital mengesahkan ada pokok keladi yang tidak boleh dimakan kerana mengandungi kandungan toksin tinggi yang boleh membahayakan nyawa terutama warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak.

Beberapa media tempatan melaporkan dimana '
Budak perempuan keracunan, bibir kejang tergigit pokok keladi hiasan' berkait dengan tajuk artikel kali ini. Ada laporan dimana kalau hsudah menanam pokok keladi ini, eloklah dibuang sahaja sebab ianya beracun seperti dakwaan oleh seorang wanita selepas anaknya keracunan akibat tergigit daun pokok tersebut ketika bermain di luar rumah. Bagi Husnul Khotimah dalam kejadian petang kelmarin itu anak perempuannya bernama Nashwa yang masih berusia 4 tahun dimana dia sedang bermain di luar rumah dan tergigit sedikit daun tersebut. Tiba-tiba Nashwa lari masuk rumah dalam keadaan menangis macam luka teruk tetapi tak nampak apa-apa kesan. Ibunya terus panik sebab tidak tahu puncanya dan anaknya pula tidak mahu beritahu sebab takut kena marah akan tetapi selepas dipujuk dia akhirnya beritahu tergigit daun tersebut. Husnul Khotimah kemudiannya meminta adiknya ‘google’ mengenai pokok keladi tersebut dan menemui maklumat mengenainya di satu portal online. Ia adalah Dieffenbachia iaitu sekjensi pokok hiasan yang sering diletakkan di perkarangan rumah. Getah dan daunnya mengandungi racun calcium oxalate sederhana yang boleh mnyebabkan kegatalan, kekejangan bibir dan lidah jika tergigit. Anaknya Nashwa terkena getah pokok tersebut menyebabkan bibirnya kejang dan mulut gagal ditutup. Air liur pula tak berhenti menitik. Selepas mengetahui mengenai bahaya pokok tersebut maka Husnul Khotimah terus segera membawa Nashwa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Dilaporkan doktor tanya ada telan atau tidak tetapi ibu tidak dapat jawab dan Nashwa pula tidak boleh bercakap. Doktor periksa saluran penafasan Nashwa dan memberitahu semuanya tiada masalah. Pesanan doktor kalau tertelan maka kerongkong akan bengkak dan menyebabkan sistem saluran pernafasan tersekat. Doktor bagi ubat untuk surutkan bengkak dan arang untuk serap racun sekiranya ada yang masuk perut.

Dalam beberapa laporan media dinyatakan dimana 'Pokok Keladi Dalam Rumah adalah Bahaya kepada Kanak-kanak' 
dan perlu diambil perhatian. Tanaman keladi hiasan didalam rumah telah menjadi satu trend dikalangan mereka yang suka meletakan tanaman ini sebagai pilihan. Dalam laporan oleh Public Health Malaysia dinyatakan dimana ancaman bahaya pokok keladi kepada kanak-kanak. Ini kerana tumbuhan ini memang senang dijaga tetapi mengandungi Kalsium Oxalate yang merbahaya. Ini kerana apabila terkena kulit atau dimakan ia akan menyebabkan keracunan sehingga boleh menjadi kes kecemasan pula. Ini kerana jik atertelan maka jangan paksa dimuntahkan atau jika terkena kulit jangan disapu minyak atau ubat gigi sebaiknya dibasuh guna air bersih dengan segera. Jika kena mata dibasuh selama 15 minit dan bawa pokok keladi ke doktor untuk dapatkan rawatan. Apa pun penulis blog ingatkan jika pembaca blog memilih pokok keladi (apa jua jenis) sebagai pokok hiasan perlu SANGAT penting untuk memastikan anak-anak di didik mengenai bahaya pokok hiasan tersebut. Bahan Kalsium oxalate jika dilihat dibawah microscope kelihatan seperti jarum kristal yang tajam. Itu juga sebab apabila di sentuh atau dimakan maka individu itu akan mengalami gejala seperti di cucuk cucuk sesuatu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK KELADI... BANYAK JENISNYA...
ADA BOLEH DIMAKAN... IA ENAKNYA...
KELADI HIASAN... SANGAT BAHAYA...
ELAKAN KANAK-KANAK... RACUN ADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...