Support My Blog

Monday, April 4, 2022

PULUT TETAL - APA DIA?

PULUT TETAL
merupakan sejenis makanan dari kategori kuih tradidional Melayu yang mungkin ramai kurang mengenalinya. Penulis blog pun hanya kurang lima kali membuat ujirasa pulut tetal semasa bertugass dahulu. Bagaimana pun memang kuat ingatan semasa membuat ujirasa makanan tersebut dan tahu dimana ia memang unik rasa dan warnanya. Beras pulut 
(Sticky Rice) atau Ketan (Indonesia) 
merupakan sejenis beras yang apabila dimasak ia melekit kerana tinggi kandungan kajinya sebagai asas membuat pulut tetal. Bahan yang perlu disediakan untuk membuatnya termasuk 2 cawan beras pulut, 1 1/2 cawan santan, garam secukup rasa, 4 helai daun pandan, 20 kuntum bunga telang serta 1 cawan air panas. Bunga telang ini yang akan menjadikan pulut tetal menjadi ungu apabila disediakan. Pertama sekali untuk membuatnya adalah dengan bunga telang direndam dengan air panas mendidih dan dibiarkan sehingga air bertukar biru. Kalau hendak cepat caranya dengan merebus sahaja bunga telang tersebut. Kemudian airnya disejukkan dimana bunga telang itu sebaiknya menggunakan lebih kurang 30 kuntum untuk dapat warna ungu atau biru pekat yang lebih cantik. Seterusnya beras pulut dibahagi dua dimana 1 cawan direndam dengan air bunga telang tadi dan 1 cawan lagi direndam dengan santan kelapa. Jangkamasa merendam pulut tersebut adalah lebih kurang 2-4 jam. Seterusnya dimasukkan pulut putih dan daun pandan ke dalam bekas yang berlubang kecil-kecil. Kemudian diletakkan bekas itu dalam periuk kukus yang sedang mendidih airnya. Kukus pulut itu selama 15 minit atau hingga pulut diperiksa cukup masak dan berkilat. Keluarkan pulut itu dan gaulkan dengan santan pekat yang telah pun dicampur dengan garam serta esti digaul rata-rata. Biarkan pulut itu dalam 10 minit agar wenjadi sebati. Kemudian perlu dikukus semula pulut itu lagi hingga masak. Petua terbaik adalah ia tidak perlu di kukus lama sangat nanti pulut jadi lembik dan rasa lemaknya hilang. Sementara itu kukus pula pulut biru tadi bersama daun pandan hingga masak dan berkilat kira-kira 15 minit. Lebihan air bunga telang yang direndam pulut itu jangan dibuang. Campurkan santan ke dalam baki air rendaman bunga telang itu. Masukkan garam. Gunakan untuk disiram atas pulut biru yang dikukus itu jika pulut itu masih keras. Kemudian keluarkan pulut itu dan masukkan santan tadi sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Biarkan dalam 10 minit supaya santan meresap ke dalam pulut. Seeterusny adalah meletakkan pulut putih dan pulut biru itu dalam loyang dan kukus semula pulut itu hingga betul-betul masak. Selepas itu gaulkan pulut putih dan pulut biru itu perlahan-lahan. Ambil loyang dan alaskan dengan daun pisang atau plastik. Masukkan pulut tadi. Tekan-tekankan pulut supaya rata. Tutup permukaan pulut dengan daun pisang atau plastik dan tekan-tekankan pulut hingga padat. Sebaiknya dihempap dengan lesung batu atau apa-apa benda berat yang sepadan. Boleh juga ia dipotong pulut itu ikut bentuk yang disukai. Semasa memotong pastikan potong kuih dengan pisau plastik Pulut ini boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama serikaya atau pengat pisang. Penulis blog sebenarnya lebih suka makan begitu sahaja dimana rasanya cukup lemak dan rasa garamnynikmat. Artikel dalam blog "Aninm Agro Technology" kali ini dalam hari pertama bulan Ramadan 1443H saya menulis mengenai hidangan pulut tetal untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam media tempatan bharian.com bertajuk '
Pulut tetal makanan warisan golongan elit hampir pupus' wajar dikongsikan dengan pembaca semua. Apa pun pulut tetal atau pulut tai tai adalah makanan warisan masyarakat Baba dan Nyonya dihias bersama bunga telang (butterfly-pea) digunakan sebagai pewarna biru asli kepada pulut tetal (Sila lihat foto disebelah). 
Bagi seorang pengusaha Pulut Tetal Nyonya iaitu Pn Zubaida Rosmawati (48 tahun) memotong dan menyusun pulut tetal atau pulut tai tai.  Bagi anak jati Umbai mereka menikmati hidangan pulut tetal atau pulut tai tai sebagai sejenis makanan warisan masyarakat Baba dan Nyonya yang bertapak di bumi Melaka sejak kira-kira 600 tahun lalu. Biasanya hidangan pencuci mulut yang berasaskan pulut dan berwarna biru nila dan putih ini turut dikenali sebagai pulut tekan, disenaraikan sebagai warisan kebangsaan pada tahun 2012 bersama makanan Baba dan Nyonya lain termasuk bubur cha-cha, popia serta pie tee. Namun apabila diajukan soalan tentang makanan pencuci mulut ini didakwa ramai dalam kalangan masyarakat berkenaan tidak tahu. Jabatan Warisan Negara menerusi satu catatannya di akaun laman sosial pada tahun 2020 turut memaklumkan bahawa pulut tetal atau pulut tekan adalah makanan warisan yang hampir pupus. Merujuk dari Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk perkataan tetal sinonim dengan mampat atau padat. Selain itu terdapat definisi mengatakan perkataan "tai tai" dalam bahasa Cina merujuk kepada isteri orang kaya. Pencuci mulut ini adalah menu eksklusif golongan tersebut pada zaman dulu. Tanggapan ini selari dengan hantaran Institut Warisan Melaka dalam akaun Instagramnya bahawa pulut tetal adalah sajian bagi golongan elit serta bangsawan pada satu ketika dan dihidang bersama seri kaya sebagai sarapan atau kudapan sewaktu minum petang. Pulut tetal unik kerana menggunakan pewarna biru asli daripada bunga telang yang turut digunakan sebagai pewarna semula jadi dalam nasi kerabu. Dilaporkan dimana walau pun dahulu pulut ini sering dihidangkan semasa kenduri namun tetapi ia kini kurang dikenali dalam kalangan generasi muda kerana kurang dihidangkan.

Bagaimana pun bagi kuih pulut tetal Nyonya Zubaida kini semakin popular apabila timbuk kesedaran untuk mereka mengelakkan pulut tetal daripada terus pupus. Didorong dengan perkara tersebut maka Pn Rosmawati yang berasal dari Taiping, Perak berusaha untuk meneruskan usaha perniagaan makanan warisan itu. Dia yang berkongsi detik awal perniagaannya di Bukit Jelutong, Selangor dakwa  semuanya bermula pada Aidilfitri tahun 2020 apabila beliau cuba menghasilkan sendiri makanan kegemaran suaminya yang berketurunan Baba Nyonya di sebelah ibu. Pulut tetal bersama rendang atau asam pedas adalah juadah wajib setiap kali mereka beraya bersama keluarga suami yang berasal di kampung halamannya di Tengkera, Melaka. Apabila berlaku PKP pada tahun 2020 dimana kerajaan melaksanakan ramai tidak dapat merentas negeri untuk ke Melaka maka dia mencuba memasak sendiri juadah berkenaan. Mereka cuba menghasilkan pulut tetal selepas suami memberitahu dia rindukan makanan yang menjadi hidangan wajib keluarganya. Hasil dari reaksi positif suaminya itu menjadi motivasi untuk beliau memasak pencuci mulut berkenaan lebih jauh. Setelah mencuba beberapa kali untuk memperbaiki mutu rasa, maka pada penghujung 2020 maka kemudian lahirlah Pulut Tetal Nyonya Zubaidah. Beliau memilih nama Nyonya Zubaidah kerana ia adalah nama ibu mentuanya, Zubaidah Taib yang meninggal dunia sebelum beliau berkahwin dengan suaminya pada tahun 2006. Menu asal pulut ini dimakan dengan seri kaya. Hidangan pulut tetal bersama asam pedas daging adalah kebiasaan bagi keluarga suami dan dikekalkan oleh Pulut Tetal Nyonya Zubaidah. Pelanggan boleh memilih untuk memesan pulut bersama asam pedas, seri kaya pandan atau serawa durian mengikut selera masing-masing. Didakwa dimana keluarga mentuanya turut menjadikan pulut tetal sebagai hidangan wajib majlis malam berinai.

Dalam pada itu kuih tetal telah menggamit memori zaman sekolah bagi bekas wartawan Norliza Abdul Rahman (47 tahun) berasal dari Umbai, Melaka. Baginya ia adalah makanan warisan dari negeri kelahirannya dan ia juga dikenali sebagai 'pulut tekan' dimana dakwanya kali akhir menikmati makanan itu semasa berada di sekolah rendah dulu. Bagaimana pun kini apabila mendapat tahu tentang Pulut Tetal Nyonya Zubaidah maka dia terus membuat pesanan untuk ketiga-tiga jenis hidangan iaitu asam pedas daging, seri kaya pandan dan serawa durian supaya boleh menikmati makanan warisan itu sehingga puas. Norliza yang ditemui Bernama di kediamannya di Kajang nyatakan ketika zaman kanak-kanak memang dia sering menikmati pulut tetal bersama seri kaya (Sila lihat foto disebelah). 
Pulut tetal yang dulu dinikmati ketika kecil bukan keluarganya yang masak kerana proses memasaknya rumit dan panjang. Tidak silap jika dia hanya dibawa dalam majlis tertentu. Selepas habis sekolah dan meninggalkan Melaka maka dia memang tidak pernah berpeluang merasa pulut tetal sehingga hari ini. Apa yang lebih menarik dimana kini dia berpeluang menikmatinya semula bersama makanan asam pedas kegemarannya. Dia yang menyifatkan Pulut Tetal yang dihidangkan bersama asam pedas menambah nilai 'Melaka' kepada makanan tersebut. Pernah dia mempelawa dua sahabatnya yang berasal dari Perlis dan Pulau Pinang untuk mencuba makanan berkenaan. Dalam satu majlis lain dilaporkan dimana kerajaan sokong usaha lestari makanan warisan seperti kenyataan oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Datuk Seri Nancy Shukri ketika diminta mengulas inisiatif untuk mempopularkan kembali makanan warisan yang hampir pupus turut mengalu-alukan usaha berkenaan. Dilaporkan industri makanan khas warisan berpotensi tinggi untuk dimajukan dan mampu menjadi tarikan serta tumpuan utama dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Kejayaan Pulut Tetal Nyonya Zubaidah yang menjadikan makanan warisan sebagai produk utamabersama dengan 212 jenis makanan lain yang turut diberi status sebagai makanan warisan kebangsaan juga mempunyai potensi untuk diketengahkan oleh pengusaha makanan. YB Menteri memberikan contoh perusahaan kuih bahulu dan kek lapis Sarawak yang juga makanan warisan kebangsaan dan kini berjaya dikomersilkan secara meluas sehingga mendapat permintaan tinggi di pasaran. Pihak kementerian dilaporkan sentiasa terbuka serta memberi sokongan penuh kepada pengusaha yang memerlukan bantuan, khidmat nasihat, kepakaran serta ingin mengetahui maklumat lanjut tentang senarai makanan yang diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan mahupun maklumat mengenai makanan warisan yang hampir pupus. Adalah ditekankan agar usaha pelestarian makanan warisan dan makanan hampir pupus bukan sahaja perlu dilakukan di peringkat kebangsaan tetapi berpotensi ke peringkat antarabangsa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PULUT TETAL... TRADISIONAL DIA...
BABA DAN NYONYA... ASAL MELAKA...
IA BIRU... BUNGA TELANG DIGUNA...
SIAPA TERINGIN... PELU UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...