Support My Blog

Wednesday, January 26, 2022

CIRI WARNA TANAH - APA MAKSUDNYA

WARNA TANAH
selalunya dilihat berlainan dimana ia adalah salah satu ciri fizikal yang dilihat dalam ilmu sains tanah. Terdapat banyak warna dan kombinasi warna yang boleh dianalisa dengan cara menggunakan beberapa kaedah analisa warna didalam kajian sains tanah. Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi oleh kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan bahan makanan dan oksigen serta ia kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain. Dalam sains tanah dilaporkan tanah adalah terdiri daripada komponen pedosfera yang terletak di antara muka litosfera dengan biosfera, atmosfera dan hidrosfera. Pembentukan tanah (pedogenesis) juga merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah berlainan. Dalam penulisan saya sebelum ini dinyatakan dimana tanah adalah asas penting dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai ciri-ciri untuk dipelajari. Pakar Sains Tanah telah membuat pelbagai pengkelasan mengenai tanah untuk dijadikan panduan kepada semua pihak bagaimana hendak menguruskan tanah tersebut bagi memberikan pulangan optima dalam aktiviti penanaman (Sila klik disini).  Bagi tujuan perancangan pertanian maka tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.TANAH (Soils) merupakan satu lapisan permukaan bumi yang secara fizikal berfungsi sebagai tempat dimana akar tumbuh-tumbuhan berkembang untuk menyokong pokok tumbuh menegak diatasnya. Tanah juga selalu membekal kepada tumbuh-tumbuhan bahan seperti unsur AIR, NUTRIEN, UDARA dan sebagainya kepada tumbuhan melalui akar untuk proses fotosintesis yang mengahsilan tenaga, gas dan gula. Tanah juga berfungsi sebagai tempat menyimpan berbagai jenis unsur baja (bahan organik dan bukan organik) yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan sama ada ia unsur asas atau unsur mikro seperti N, P, K, Ca, Mg, S, Cu, Zn, Fe, Mn, B, Cl dan sebagainya. apa yang kita perlu tahu, didalam tanah terdapat sistem kehidupan biologi dimana terdapat banyak hidupan halus (Micro-organism) yang aktif dalam mengurai serta menghasilkan pelbagai unsur lain didalam tanah. Tanah juga membekalkan penghasilan biomass serta didalam proses mengeluarkan hasil tanaman makanan, tanaman industri dan sebagainya. Tanah adalah satu lapisan atas permukaan bumi dimana ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Pembentukkan tanah berlaku beribu tahun melalui proses luluhawa sehingga menjadi tanah yang boleh digunakan untuk pertanian dan sebagainya. Terdapab beberapa jenis tanah dipermukaan bumi ini bergantung kepada proses pembentukannya. Di Malaysia terdapat banyak jenis tanah yang sesuai untuk pertanian dan juga tanah bermasaalah. Antara jenis tanah bermasaalah yang perlukan pengurusan tambahan seperti Tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Asid Sulfat (Tanah Masam), Tanah Bercerun dan beberapa lagi. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai iciri warna tanah serta kepentingannya kepada pertanian agar menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam sains tanah ada beberapa s
ifat fizikal tanah dimana antara 3 ciri fizikal tanah yang penting ialah Warna Tanah, Tekstur Tanah dan Struktur Tanah. Ciri warna tanah dimana sesuatu tanah dapat menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya. Warna tanah di sesuatu kawasan berbeza daripada warna tanah dari kawasan lain. Warna tanah yang wujud pada sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan ciri kesuburan tanah.
Warna tanah dapat dikenal pasti dengan membandingkan warnanya dengan warna yang terdapat dalam buku carta warna Munsell (Munsell Color Chart) untuk dinilai (Sila lihat foto disebelah). Kajian pakar sains tanah juga menunjukkan bahawa tanah yang gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai ciri tahap kesuburan yang tinggi dimana selalunya jenis tanah ini sesuai untuk kegiatan pertanian terutamanya untuk tanaman makanan. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana kebanyakan tanah tropika adalah berwarna merah. Penulis blog yang sering membuat tinjauan di beberapa kawasan pertanian di seluruh Malaysia dahulu mendapati dimana kebanyakan aktiviti tanaman makanan akan ditumpukan dikawasan tanah yang subur dimana ianya akan memberikan penghasilan yang baik berbanding dengan tanah yang kurang subur. Sebagai contoh tinjauan penulis blog di Projek Berkelompok Sayuran Komersil di Bt 18, Sengkang, Bukit Gambir, Muar, Johor dimana petani di kawasan tersebut menanam pelbagai jenis sayuran daun dan buah-buahan terpilih dikawasan tanah gambut yang dijaga rapi berwarna kehitaman. Petani di kawasan ini menggunakan banyak input tambahan seperti bahan organik dan baja kimia bagi mempastikan tanaman sayuran berprestasi baik. 

M
engenai sains tanah sebaiknya petani perlu mengetahui akan ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya. Sebagai asas dalam artikel ini saya akan maklumkan jika tanah berwarna dengan Warna Merah ia adalah menandakan dimana kandungan oksida ferum di dalam tanah tinggi dimana biasanya tanah jenis ini juga mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Tanah ini biasanya juga terdapat di kawasan lereng bukit dan ia adalah sesuai untuk tanaman kekal seperti pokok getah dan kelapa sawit. Kedua adalah tanah berwarna dengan Warna Perang dimana maksudnya adalah tanah ini mengandungi oksida ferum yang bercampur dengan bahan organik serta lazimya ia juga mempunyai salairan yang baik. Tanah jenis ini subur dan sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman. Seterusnya adalah jika tanah berwarna dengan Warna Kelabu yang mana ia menandakan kandungan ada oksida ferum di dalam tanah. Apa pun selalunya tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik dan juga tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit. Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Seterunya adalah jenis tanah yang mana ia Berwarna Kehitam-hitaman dimana ia mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan organik yang tinggi. Tanah jenis ini akan menakung air dan mempunyai nilai pH yang rendah. Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen serta lazimnya ia tidak sesuai untuk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan kepada akar tumbuhan yang besar kecuali sayuran berakar cetek dan tanaman kontan (Sila lihat foto disebelah). Tanaman yang sesuai untuk kawasan ini ialah nanas dan sayur-sayuran seperti tanaman Bunga Kantan komersil di Batu Pahat, Johor. Tanah yang berwana dengan Warna Putih pula lazimnya mempunyai banyak jenis galian tanah liat yang dikenali sebagai koalinite. Kaolin merupakan tanah yang sesuai untuk industri ceramik dan kosmetik. Dalam pada itu Warna Kuning pada tanah menunjukkan dimana ia mempunyai ciri bahawa oksida ferum telah berpadu dengan  molekul-molekul air. Tanah jenis ini mempunyai saliran yang baik dimana tanah ini adalah lebih lembap berbanding dengan tanah yang berwarna merah.

Sifat Tekstur Tanah selalunya akan merujuk kepada peratus kandungan k
umin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah dapat dikesan melalui cara merasa dengan tangan atau melalui cara makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendak. Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut sistem pengelasan tekatur tanah. Sistem Atterberg menetapkan kumin yang mempunyai diameter 2.00 hingga 0.20 mm sebagai pisahan pasir kasar (Sila tujuk rajah disebelah). Sebaliknya dilaporkan dalam sistem USDA menetapkan kumin yang mempunyai diameter antara 1.00 hingga 2.00 mm sebagai pisahan pasir kasar. Bagi memahami akan ciri pasir, kelodak dan liat dimana ciri-ciri Pasir Kelodak Liat mempunyai saiz kumin dimana paling besar saiznya adalah lebih kecil daripada kumin pasir dimana saiz kumin paling halus. Bentuk kumin pasir selalunya 'bulat' atau 'tiada bentuk tetap' akan tetapi selalunya tiada yang berbentuk tetap seperti kepingan nipis. Bagi pasir dimana kandungan kimianya adlaah kebanyakannya kuarza (oksida silika) atau kuarza silikat (mengandungi silica, aluminium dan magnesium) serta unsur lain. Kumin pasir juga ada yang bercas atau tidak bercas. Terdapat rasa gerisik licin seperti tepung dan berasa lekit apabila lembap, keras dan padat apabila kering. Ia dilapor mempunyai daya penyimpanan air yang rendah sederhana tinggi. Ada tanah yang mempunyai saliran dan kurang baik dimana penyimpanan air dan nutrien kurang baik. Rajah disebelah menunjukkan ciri pengelasan kumin tanah dimana pasir boleh dibahagikan kepada pasir kasar, pasir sederhana, pasir halus, pasir sangat halus, kelodak dan liat.  

Selain daripada warna, dilaporkan ada juga kepentingan tekstur tanah kepada tanaman yang penulis blog perlu untuk bincangkan. Lazimnya jenis tanah yang bertekstur kasar membenarkan air mengalir dengan mudah dan juga tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang untuk peresapan gas. Pertukaran gas yang baik akan membekalkan oksigen yang mana ia mencukupi untuk kegunaan organisma tanah. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanah. Bagi tekstur tanah yang lebih halus membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan proses penjerapan nutrien oleh kumin liat. Tekstur tanah akan mempengaruhi aktiviti pemugaran. Tanah bertekstur halus mengandungi lebih banyak liat dan menyukarkan kerja pemugaran. Tekstur tanah tidak boleh diubah sekiranya kawasan tanah yang perlu dirawat terlalu luas. Dalam pada itu ada cirii struktur tanah dimana ia berkait dengan susunan kumin-kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu (Sila lihat rajah disebelah)
Susunan kumin tanah itu selalunya dinamakan agregat tanah dan wujud dalam pelbagai bentuk. Tanah yang mengandungi kumin-kumin pasir dianggap sebagai tanah tidak berstruktur. Kumin tanah boleh digabung dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dapat diperbaiki. Semasa pereputan bahan organik pelbagai jenis bahan akan dihasilkan, termasuklah bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan pelekat ini akan menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh. Struktur butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana ciri rongga. Sebaiknya struktur tanah yang baik mengandungi 'rongga' antara agregat yang membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air bertakung dimana kesannya akar tanaman akan mendapat oksigen yang mencukupi. Struktur yang baik menambahkan daya tahan tanah daripada kerosakkan fizikal disebabkan hakisan oleh timpaan hujan yang kuat. Kumin yang terpisah mudah ditiup oleh angina atau dilarikan air. Struktur yang baik juga dapat mengurangkan kesan ketoksinan gas karbon dioksida dalam tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke udara apabila tanah mempunyai struktur yang baik. Struktur tanah dapat diperbaiki dengan mencampurkan tanah dengan bahan-bahan organik. Semasa pereputan bahan-bahan organik berlaku, pelbagai jenis bahan dihasilkan, termasuk bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan-bahan pelekat ini menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh yang baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMANYA TANAH... BANYAK WARNA...
WARNA YANG MERAH... PUN ADA....
KURANG SUBUR.. ELAKKAN DI GUNA...
WARNA HITAM... BANYAK ORGANIKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...