Dilaporkan dimana kejayaan 'Maqis rampas keju New Zealand nilai lebih RM39,000' kerana tidak mempunyai sijil kesihatan sah dirampas Maqis di BSI, Johor Bahru menarik dikongsikan. Rampasan pada 30 Januari 2021 di Johor Bahru merupakan kejayaan penguat- kuasaan dijalankan. Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata, pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai penguat kuasa Maqis mendapati keju seberat 2,080 kilogram itu tidak mempunyai sijil kesihatan sah dari negara asal. Kesemua keju berkenaan yang dirampas pihaknya dianggarkan bernilai RM39,712. Semasa pegawai sedang menjalankan pemeriksaan di laluan lori dimana mereka mendapati keju seberat 2,080 kilogram yang tidak mempunyai sijil kesihatan sah diperlukan Maqis. Barangan dagangan berkenaan dirampas manakala pemandu berusia 39 tahun dilepaskan selepas keterangan diambil. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana tidak mematuhi syarat import. Jika sabit kesalahan, pihak bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. MAQIS juga turut menegaskan pihaknya komited menjalankan penguatkuasaan dan terus diperkasa di semua pintu masuk negara. Aktiviti penguatkuasaan ini bertujuan memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.
Dalam pada itu 'Hidangan kaya keju, cita rasa asal Korea' kini telah menjadi satu pilihan utama pelanggan yang diubahsuai mengikut cita rasa tempatan di Malaysia. Disebabkan oleh fenemona K-pop iaitu sekiranya dilihat dari sudut positif ia juga membawa kebaikan bukan sahaja dari segi industri hiburan tetapi turut memberi impak dalam bidang produk makanan dan minuman. Kini peminat K-pop bukan sahaja hanya fokus semata-mata kepada artis kesayangan, malah mereka dalam masa sama mencuba untuk blend secara keseluruhan termasuk meminati makanan yang berasal dari Korea sehingga kebelangkangan ini tumbuh bagai cendawan pelbagai restoran dengan membawa konsep makanan dari negara itu. Namun, berbeza dengan restoran Tae Yang Island yang terletak di Shaftsbury Square, Cyberjaya dimana ia mula beroperasi sejak Mei 2017 sebelum tercetusnya fenemona K-pop di negara ini dengan memperkenalkan varieti keju terkenal dan street foods negara itu. Kelebihan kemeriahan K-pop secara tidak langsung membantu operasi perniagaan yang sentiasa dicari oleh penggemar makanan Korea. Menurut Pengurus Operasinya, Nelson Lee dimana konsep menu makanan tengah hari segera yang diperkenalkan restoran itu menjadi pilihan utama bagi pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan awam dan swasta berdekatan ketika hari bekerja. Ini kerana mereka mahukan sesuatu yang pantas tetapi mengenyangkan. Justeru kami memperkenalkan set ini bagi mereka yang tidak memiliki masa yang panjang untuk menikmati menu utama di restoran ini. Kini bukan itu sahaja mereka turut memperkenalkan makanan ringan dengan menu utama dari keju. Di cadangkan untuk pelanggan baru menikmati TeaYang Tteokbokki Stew Cheese Pot yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur, daging, ayam nasi dan ‘dibanjiri’ dengan keju di sekeliling periuk. Setiap gigitan dipenuhi dengan pelbagai rasa yang unik tetapi sangat menarik dan percaya atau tidak penulis tidak puas menikmati satu set itu, ditambah pula dengan suasana nyaman restoran. Set kepak ayam istimewa yang dengan tiga perasa iaitu asli, sos soya dan pedas amat sedap dinikmati sehingga menjilat jari. Bagi penggemar daging, anda boleh mencuba Beef Bibimbap yang dihidangkan dalam mangkuk dipenuhi pelbagai sayur yang segar dan telur, dihidang bersama nasi ketika masih panas yang rasanya amat memukau. Setiap hidangan dipenuhi dengan citarasa yang lazat dan pelanggan pasti menikmati kepuasan kerana hidangan dihidangkan dengan jumlah yang banyak dan sempurna. Bagi peminat mi ramen pula, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan set Cheesy Roasted Spicy Chicken Ramyeon yang kaya dengan cita rasa asli Korea disulam dengan chocolate milkshake atau air buah naga bercampur laici yang sangat menyegarkan. Apa pun kesemua makanan ini dimasak oleh cef yang pernah bekerja bertahun-tahun di restoran di Korea. Oleh kerana itu, setiap hidangan tidak lari daripada rasa asli Korea cuma diubah sedikit bagi memenuhi rasa orang tempatan. Makanan Korea kebanyakannya menggunakan alkohol dalam masakan dan tidak sesuai untuk orang tempatan di sini. Oleh itu, cef mengolah menu tersebut menggunakan bahan halal bagi memenuhi kehendak pelanggan Islam. Pemilik restoran berhasrat membuka cawangan restoran di Putrajaya tahun hadapan dengan sasaran pekerja sektor kerajaan dan keluarga yang tinggal berhampiran. Restoran tersebut antara yang menerima sijil halal Jakim.
Kisah mengenai keju dilaporkan juga dimana 'Pesta keju ayam dan kambing - Ayam Cheese Tumpah' di restoran yang satu ini didakwa memang satu makanan yang akan terpahat dalam memori ramai pelanggan. Apa tidaknya didakwa seusai menu ayam dan kambing goreng rangup dihidang atas meja, tuan kedai tanpa lengah, segera menabur keju di atasnya. Kemudian, dihalanya muncung blowtorch untuk membakar dan mencairkan keju yang menggunung itu. Hasilnya? Nah, terpampang di hadapan kami, satu fenomena menakjubkan apabila menu itu ‘marak’ disambar api membara. Itu antara pengalaman berkunjung ke restoran A&J Grill Western di Sungai Merab, Kajang. Pemiliknya Mohd. Hariz Abdul Rani nyatakan ilham menubuhkan restora mula beroperasi pada 2017 telah timbul setelah beliau menamatkan karier di sebuah syarikat surat khabar terkemuka tanah air. Sebelum membuka restoran A&J Grill dia menghubungi rakan karibnya yang juga pemilik jenama sama yang beroperasi di Sungai Buloh, Selangor dan kemudian meneruskan legasi restoran itu dengan melebarkan sayap operasi di Sungai Merab dengan mana menawarkan menu autentik Barat. Ada kira-kira 50 jenis makanan ditawarkan, dengan harga serendah RM10. Makanan ini kekuatannya terletak pada kualiti bahan serta cara persembahan serta rasa hidangan yang serba sempurna. Hidangan laku keras adalah kambing goreng rangup yang dinamakan Kam-mbek Goreng Crispy. Resepi ini memang menggunakan ramuan khas sebagai perapan dan hasilnya kambing itu kaya dengan rasa yang kompleks dan enak. Sewaktu masih panas berasap dalam pinggan, chef akan tabur dua jenis keju di atas hidangan. Ia di bakar pula keju itu untuk menambah dinamik rasanya dimana daya kreatif itu ternyata membuahkan hasil luar biasa. Saat kambing panas berasap itu disuap ke dalam mulut akan ternyata ada kejutan. Siapa sangka dimana kambing yang digoreng jeluk namun isinya kekal lembut dan berjus. Lebih menarik bila rempah perapan yang digunakan ternyata memberikan satu nikmat dan keasyikan luar biasa saat mengunyah. Ada sedikit rasa pedas berempah yang sarat aroma, dengan sedikit sentuhan myoglobin atau jus kambing. Apa yang lebih mengujakan, profil rasa itu digabungkan pula dengan lemak keju yang cair di atasnya, semua itu menghasilkan satu pesta rasa dalam mulut. Turut terhidang adalah sejenis menu yang sangat berlemak dan kaya rasa keju, iaitu Ayam Cheese Tumpah.Sama seperti hidangan kambing sesiapa yang menjamah Ayam Cheese Tumpah juga ternyata satu pengalaman menakjubkan. Isi ayam yang lembut berasap, saat sahaja masuk ke mulut, seraya membuatkan tekak seakan mahu menjerit kesedapan. Rempah yang digunakan bersebati dengan elok bersama keju yang berjuntaian, sekali gus memberikan pengalaman bersantap ibarat di kayangan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smmua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
BANYAK JENIS... DI PILIH SAHAJA...
MAQIS RAMPAS... DI JOHOR SANA...
BANYAK RESEPI... ENAK SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Safar 1443H).
MY 62TH BIRTHDAY TODAY!!!.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.