Support My Blog

Tuesday, April 30, 2019

PISANG OTEL - APA DIA?

PISANG OTEL (Musa x paradisiaca) merupakan sejenis pisang yang terkenal di Sarawak sebagai jenis buah pisang jenis eksotik. Di Semenenjung pula pisang ini lebih di kenalii dengan nama Pisang Masak 40 hari atau Pisang Lemak Manis atau Pisang Boyan (Jawa). Penulis blog yang telah berkunjung ke TKPM Kabuloh di Miri, Sarawak semasa berada di rumah tinjau dapat beramah mesra dengan ramai peserta projek dan mereka menghidangkan pisang Otel yang ada ditanam di TKPM ini. Walau pun bnyinya agak pelik iaitu 'Pisang Otel' dikalangan penduduk tempatan tetapi pisang ini memang manis dengan aroma yang membolehkan ia diantara jenis pisang yang disukai masyarakat tempatan.  Penulis blog pun memang meminati pisang jenis ini dan banyak makan untuk menambah tenaga semasa membuat tinjauan ladang TKPM Kabuloh seluas hampir 300 hektar. Terdapat seluas lebih dari 146 hektar kawasan di TKPM Kabuloh yang ditanam dengan pisang dimana kebanyakan varietii ditanam adalah Pisang Kapok. Mereka menjual pisang ini untuk pasaran segar dan diproses disekitar Bandar Miri dan juga dieksport ke Brunei. Memang unik negara kita adpabila pisang yang sama diberi nama pelbagai mengikut lokasi, ethnik dan juga lokaliti. Pisang yang dikelaskan sebagai jenis pisang kecil ini mudah ditanam dan dijaga kerana ia adalah jenis pisang tempatan yang lasak dan produktif. Lazimnya pisang ini akan ditanam disekeliling rumah kampong atau rumpah panjang bagi mendapatkan hasilnya. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya enulis mengenai Pisang Otel yang popular di kalangan orang Sarawak atau Pisang Masak 40 Hari dikalangan orang di Semenanjung untuk bahan bacaan anda.


Pisang jenis ini memang banyak ditanam dikalangan orang kampong dimana ia ditanam dikawasan keliling rumah dan dalam dusun bercampor dan agak jarang ditanam secara monokrop dengan saiz meluas komersil. Penulis blog sangat suka makan pisang ini yang mempunyai rasa sangat manis apabila masak dengan aroma atau baunya yang enak. Pokok pisang ini adalah kecil dan rendah jika dibandingkan dengan jenis pokok pisang lain. Didapati belum ada maklumat khusus mengenai keluasan penanaman pisang ini di negara kita kerana data yang telah dikumpul oleh Jabatan Pertanian Malaysia tidak ada ianya menyatakan jenis-jenis pisang yang ditaam dengan jelas. Apa pun daripada 35,136 hektar penanaman pisang yang menghasilkan 376,690 metrik tan pisang pada tahhun 2018, dianggarkan hanya kurang dari 5% sahaja mungkin terdiri daripada jenis pisang masak 40 hari atau pisang otel yang ditanam (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Penggunaan pisang ini lzimnya adalah untuk dimakan segar dan jarang dibuat kerepek tetapi ada ya membuat kuih jemput-jemput dengan pisang ini.  Apa yang pening pnulis blog dapai pokok pisang ini tumbuh menegak dengan ketinggian sekitar 2-3 meter sahaja secara berumpun. Batangnya kecil dengan purata ukurlilit berukuran 15 - 20 cm dan mempunyai saiz daun agak kecil berbanding dengan jenis pisang lain (Sila lihat foto hiasan disebelah). Dalam satu rumpun terdapat diantara 2 - 6 batag pokok pisang bergantung kepada kesuburan tanah dan umur pokok. Ia mula mengeluarkan jantung pisang setelah 9 -10 bulan ditanam dengan saiz jantung yang juga agak kecil berukuran 30 - 50 cm panjang dengan ukurlilit jantung 12 - 16 cm berwarna ungu. Proses pendebungaan lazimnya berlaku secara semulajadi dan dibantu dengan serangga seperti semut, lalat dan lebah. Jantung pisang ini ada yang diambil untuk dijadikan ulam-ulaman atau sayuran kepada mereka yang berminat. Belum ramai yang mahu menanam pisang jenis ini kerana kurang imlu pengetahuan, kesukaran mendapatkan anak beni dan juga tiad pasaran untuk pengeluaran yang banyak. Pisang ini apabila masak juga cepat rosak berbanding dengan jenis pisang lain kerana ia mempunyai kulit yang sangat nipis.


Pisang Otai ini akan berbuah akan masak sekitar 40 hari selepas jantung pisang ini terhasil (ini mungkin menjadi asas kepada penamaan spesis pisang ini - pisang 40 hari). Tandan pisang ini lazimnya pendek dengan mempunyai diantara 3 - 6 sisir sahaja dengan bilangan jejari pisang atau biji pisang diantara 4 - 10 biji setiap sisir (Lihat foto sebelah). Bentuk buah adalah pendek bulat berukuran sekitar 4 -7 cm panjang dan berwarna hijau muda ketika ia matang dipokok. Pisang ini dituai dengan menebang batang pokok dan memotong tandan pisang. Buah ini akan menjadi kuning hijau dalam beberapa hari sebelum menjadi kuning emas apabila cukup masak secara semulajadi. Bagaimana pun jika kita rasa hendak mempercepatkan proses kemasakan buah pisang, kita boleh bubuh 'karbid' semasa penyimpanan. Kulit pisang ini adalah nipis sahaja dan modah di kopek untuk dimakan segar. Kita boleh makan sehingga satu sisir pisang ini dalam masa singkat sahaja sehingga rasa kenyang. Saya suka makan pisang ini kerana memang enak, berbau harum dan manis (Sila lihat foto disebelah). Pisang ini memang selalu dihidangkan dalam majlis kenduri (tidak kira kenduri apa) dan juga dihantar kesurau atau masjid kampong sebagai hidang jemaah. Pisang ini antara pisang yang murah dijual dipasaran di Malaysia.

Dalam pada itu pada penulis blog makanan Puding Raja di Pahang antara makanan paling enak menggunakan pisang ini (Pisang Otel) atau pisang Lemakmanis 40 hari. Puding Raja sering dihidangkan di Istana Pahang sebagai saah satu kulinari pilihan yang digemari rakyat jelata termasuk penulis blog. Selain daripada keenakan pisang otel ini dengan resepi unik ia memang sesuai dimakan pada setiap masa. Bahan-bahan utama untuk membuat puding raja ini dari topping adalah seperti pisang lemak manis (Pisang Otel), Minyak masak, Minyak sapi, biji Gajus (dibakar), Ceri (merah an hijau) dan buah Prune. Sementara itu bagi menyediakan Jala Emas diperlukan bahan seperti telur ayam (diambil kuning sahaja), 1 cawan gula, 2 cawan air dan daun pandan disimpul. Bagi membuat Sos Puding pula diperukan 1 tin susu cair, 1/2 tin air, Daun pandan (untuk hasilkan bau wangi sos), sedikit gula (kuah tidak perlu manis sebab bahan puding semuanya manis), 1 sudu tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air untuk kuah yang pekat iaitu ia optional). Cara-cara buat puding raja dengan memanaskan minyak masak dan minyak sapi (satu sudu supaya pisang otel ini tidak melekat-optional). Kemudian dimasukkan pisang lemak manis kedalam kuali dan erlu dipastikan pisang tenggelam dalam minyak. Goreng pisang sehingga kuning keemasan dan kemudian diangkat dan toskan minyak. Bagi membuat Jala Emas di masukkan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk/kuali. Biarkan sehingga mendidih. Keudian dimasukkan telur kuning yang telah ditapis ke dalam acuan membuat roti jala atau pun kelongsong daun pisang. Setelah air dalam kuali/periuk tadi mendidih, keluarkan daun pandan dan acukan kelongsong roti jala/daun pisang tadi ke dalam kuali/periuk. Mulakan menjala dengan pergerakan membulat dari tengah sehingga ke tepi periuk/kuali. Jala emas tak perlukan masa yang lama untuk masak,boleh terus angkat dengan menggunakan chopstik/lidi selepas beberapa saat sahaja. Kemudian ditos dan biarkan kering. Ulang proses di atas sehingga habis. Jika air gula menjadi pekat (berbuih sampai tidak nampak jala emas) dan tambah sedikit air. bagi menyediakan Sos Puding pula dimasukkan kesemua bahan C. Kacau dengan api perlahan supaya kastard tak berketul. Gula letak ikut citarasa sendiri dimana sebaiknya kuah jangan manis sangat sebab pisang lemak manis itu dah tersangat manis. Bila kuah dah masak maka ia disejukkan dahulu dalam peti ais. Bagi menambah nilai hidangan sebaiknya disusun pisang lemak manis kedalam bekas yang sesuai. Kemudian dilapiskan dengan jala emas dan disusun gajus, ceri, dan prune. Akhirnya dituang kuah yang telah sejuk tadi ke dalam bekas dan sedia untuk dimakan. Semuga artikel mengenai pisang otel dan menyediakan makanan kgemrn penulis iaitu Puding Raja ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PISANG OTEL... ITU NAMA TEMPATAN...
PISANG MASAK 40 HARI...DISAMAKAN...
KULIT NIPIS... IA HEBAT KEMANISAN...
BACA ARTIKEL... ILMU DISAMPAIKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
2402 Executive Suite Room,
Hotel Pullman, Miri,
Sarawak,
Malaysia.
(20 Syaaban 1440H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...