MASAKAN TRADISIONAL MELAYU dan JAWA di Malaysia memang unik kerana banyak menggunakan pelbagai jenis rempahratus. Begitu juga dengan masakan tradisional kaum ain dinegara kita yang sememangnya terkenal dengan penggunaan pelbagai rempah ratus serta herba yang banyak membantu bagi menjadikan masakan tersebut lebih lazat dan beraroma. Walaupun kebanyakan daripada herba tradisional Melayu banyak diaplikasikan dalam aspek untuk tujuan perubatan dan kecantikan namun ia juga mempunyai fungsi yang penting dalam memperkayakan lagi rasa dalam makanan. Malahan penulis blog juga mendapati dimana kebanyakan daripada herba dan tumbuhan inilah yang telah banyak memberikan perisa asli kepada masakan Melayu. Biasanya dalam bidang masakan penulis blog percaya tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu sejak dulu mempunyai keistimewaan dan kreativiti yang tersendiri dalam memilih serta menggunakan herba dan rempah ratus yang mana ia bersesuaian bagi setiap jenis makanan tradisiona yang mereka sediakan. Beberapa bukti menunjukkan dimana sebelum tibanya bahan-bahan makanan lain dari negara-negara Barat yang diimport seperti kentang, cili, tomato dan buah koko dahulunya masyarakat Melayu telah terlebih dahulu telah memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan herba dan rempah yang ada bagi melazatkan lagi makanan. Malahan sejarah membuktikan penjajahan di Asia Tenggara ini oleh Portugis, Belanda dan British adalah salah satunya untuk mendapatkan pelbagai rempahrats dari sini untuk mereka gunakan didalam makanan mereka juga. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya akan terus mengupas beberapa jenis tumbuhan herba serta rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan Melayu serta fungsi setiap satu daripadanya sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Bahan Kunyit (Curcuma domestica) adalah ramuan penting didalam masakan tradisional Melayu dan orang di Asia Tenggara. Kunyit merupakan tumbuhan herba yang berasal dari India dan kemudiannya meluas di kesemua negara-negara Asia Tenggara yang lain. Dalam pada itu kunyit sebagai Umbisi mampu hidup dengan subur di kawasan yang lapang dan terdedah dengan sinaran matahari. Daun kunyit berwarna hijau, licin, berbentuk bujur dan meruncing pada hujungnya serta mempunyai tangkai yang panjang juga ada digunakan dalam masakkan. Penulis blog paling suka makan aayam goreng kunyit yang dihidangkan di restoren Ala-Thai dengan makanan tomyam (Sila lihat foto disebelah). Kunyit ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam proses penyediaan masakan tradisional Melayu. Kunyit bukan sahaja bertindak sebagai bahan pewarna semulajadi yang mampu untuk mencantikkan makanan malahan ia juga boleh memberikan perisa dan aroma yang menaikkan rasa makanan. Daun kunyit biasanya digunakan sebagai bahan utama bagi membalut ikan atau daging yang dibakar dan bagi mampu menaikkan baunya. Ia juga membantu memberikan warna kuning semulajadi kepada masakan Melayu terutamanya dalam penyediaan pulut kuning, rendang dan gulai. Kalau menggoreng ikan tanpa kunyit maka mungkin memang ikan goreng tersebut tidak enak dimakan bersama nasi putih. Kini sebuk kunyit telah dikomesilkan dimana ia memudahkan surirumah menggunakan bahan kunyit.
Rempahratus yang penting satu lagi adalah Halia (Zingiber officinale) iaitu umbisi herba yang berasal dari Asia Tenggara dan kini telah ditanam hampir di seluruh dunia. Pada penlis blog sebut sahaja pasal halia akan teringat hidangan istimewa iaitu Ikan Siakap Kukus Halia yang dimakan masih panas dengan ada api lilin dibawahnya (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan halia meluas dalam masakan bukan sahaja di rantau ini malahan ia juga meliputi seluruh masakan di dunia. Halia merupakan antara bahan utama yang mampu memberikan rasa yang enak dalam makanan dimana ia juga mempunyai pelbagai khasiat dari segi pemakanan. Dalam beberapa artikel yang dibaca mendapati halia penting dalam masyarakat Melayu. Lazimnya mereka akan menggunakan halia ini sebagai suatu perasa makanan yang boleh menyeimbangkan rasa enak makanan tradisional Melayu. Halia juga boleh dijadikan sebagai minuman, malah ekstraknya juga banyak digunakan dalam industri konfeksionari. Penulis paling suka minum Teh Sarbat atau Susu Sarbat iaitu minumn yang dicampur dengan halia dimana akan merasai akan kepedasannya. Kini ada sentiasa menyimpan halisa segar (Terbaik adalah Halia Bentong Segar) dan juga serbuk halia yang memudahkan meminum air halia panas. Air minuman halia menyegarkan badan dan membuang angin dalam badan. Sila baca mengenai artikel air sarbat (Sila klik disini) dan banyak artikel berkaitan halia dalam blog ini.
Herba umbisi LENGKUAS (Alpinia galanga) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Zingiberaceae sama seperti halia dan kunyit. Lengkuas merupakan sejenis rizom dengan kegunaan masakan dan perubatan dan banyak digunakan di Asia Tenggara. Penulis blog memang suka makan rendang daging dengan ada bahan lengkuas didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara. Antara kegunaan lengkuas adalah di dalam masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Anda boleh baca tulisan saya mengenai lungkuas dalam blog inj (Sila klik disini). Dalam bidang perubatan pula lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan agen antibakteriaTumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Tumbuhan ini ditanam secara komersil dibeberapa negara seperti Indonesia, Malaysia dan juga Thailand. Keluasan tanaman lengkuas tidak direkodkan di Malaysia tetapi beberapa negeri ada menanam seperti di Johor, Selangor dan Perak terutama dikawasan tanah gambut iaitu dalam anggaran penulis lingkungan 70 hektar pada tahun 2016. Jenis lengkuas yang di tanam merupakan varieti tempatan yang kebanyakkannya digunakan dalam masakan tradisional Melayu seperti Rendang Daging, Masakan Thailand dan sebagainya. Ia merupakan tanaman umbisi yang mudah ditanam dijada dan diselenggara asalkan ditanam dikawasan sesuai dan dari benihnya yang baik. Lengkuas perlukan kawasan yang lembab, gembur dan mempunyai saliran yang baik. Lengkuas tumbuh dari perdu dibahagian bawah sehingga kepucuk dalam aturan bentuk rumpun. Tanaman ini mempunyai rizom pada bahagian akar yang digunakan sebagai bahan utama penghasilan lengkuas. Semuga artikel ini dengan 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dmana anda kena baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MASAKAN MELAYU..ADA RAMUANNYA...
REMPAH RATUS... PELBAGAI HERBA...
TANAM SENDIRI...MUDAH MEMETIKNYA...
PART 1, 2, 3... BACA KESEMUANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Jaan Istana, Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia,
(27 JamadilAwal 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.