Support My Blog

Friday, April 6, 2018

SUP PAYAU - ENAKNYA!

SUP PAYAU (SUP DAGING RUSA) merupakan satu dari hidangan istimewa yang unik di Tawau, Sabah selain dari pada hidangan makanan seafood yang menjadi tarikan pelancong. Penulis blog yang diberitahu rakan pejabat terus ingin mencuba makanan sup payau atau sup rusa ini dan berjaya menikmatinya pada hari ke 4 berada di Tawau. Walau pun pada penulis memang selalu dapat makan daging rusa semasa zaman kanak-kanak dahulu kerana orang tua sering berburu haiwan seperti kancil, rusa, landak, ayam hutan dan sebagainya tetapi memang sudah berbelas-puloh tahun tidak makan daging payau liar (wild deer). Cuma ada membeli daging payau sejukbeku daripada beberapa penjaja semasa Pameran HPPNK dan MAHA dibeberapa lokasi. Bila mendengar ada restoren yang khusus menghidangkan Sup Payau sebagai menu utama memang tidak boleh dilepaskan peluang ini untuk menikmatinya (Sila lihat semangkok sup payau diatas). Begitu juga sesekali penulis blog akan cuba singgah di sebuah gerai di Slim River, Perak untuk menikmati sup daging Burung Kasawari yang memang unik dan enak dimakan pada masa tengahari. Hidangan keduanya menjadi kegemaran orang ramai yang suka dengan makanan nasi dan sup berkuah seperti sup payau atau pun sup burung kasawari yang memang jarang ada dijual dimana-mana. Hidangan sup payau dari Restoren Bibiq di sebelah Airport Tawau ini boleh dijadikan tumpuan peminat sup daging rusa. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sup payau atau sup rusa sebagai untuk bahan bacaan anda. 


Payau, Rusa, Sambar, Manjangan atau Deer merupakan sejenis haiwan mamalia jenis ruminan dengan mempunyai 4 kaki dan ada tanduk (antler) pada rusa jantan. Kini terdapat usahawan tempatan yang telah menternak rusa pada skala komersil untuk menghasilkan daging rusa untuk pasaran domestik dan eksport. Daripada rujukan penulis blog mendapati ada sekitar 34 spesies rusa di seluruh dunia yang terbahagi menjadi dua kelompok besar: kelompok rusa dunia lama yang termasuk subfamili iaitu jenis Muntiacinae dan Cervinae dan kini telah dikelaskan semula menjadi kelompok rusa  Hydropotinae dan Odocoilinae. Dari laporan akhbar tempatan nyatakan En Ramli Yusof berumur 41 tahun yang menternak rusa menyatakan penjagaan rusa sangat mudah dan tidak membabitkan kos makanan yang tinggi pada setiap bulan seperti lembu atau ternakan lain. Dia telah menternak dua jenis rusa iaitu rusa baka timor rensis kerana sifatnya yang lasak dan tahan serangan penyakit selain baka axis-axis. Kini dia memiliki 73 ekor rusa namun jumlah itu sentiasa berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan. Menternak rusa atau Payau tidak cerewet sebab ia tidak memerlukan kos ubat-ubatan atau vitamin seperti lembu atau ternakan lain. Ia hanya perlu menyediakan kawasan yang selesa dan selamat selain memagar kawasan itu dengan pagar setinggi 2.4 meter. Makanan yang menjadi kegemaran rusa pula hanya rumput minyak dan napier sementara palet tidak perlu diberikan secara rutin seperti lembu. Rusa lebih gemar makan makanan berasaskan sumber semula jadi seperti batang sagu, hampas soya, buah dan daun pokok kelapa sawit. Dakwanya pada peringkat permulaan dia hanya membela empat ekor rusa timor rensis dan membiak hingga 20 ekor seterusnya memperluaskan kandang di ladang kelapa sawit dengan kos RM14,000. Katanya dia tidak sangka permintaan terhadap daging dan rusa hidup amat tinggi hingga hasil pembiakan rusa yang dijalankan di kandang tidak mampu memenuhi permintaan tempatan. Rusa dijual berdasarkan harga pasaran iaitu RM1,500 seekor untuk anak rusa jantan dan RM2,000 untuk anak rusa betina sementara rusa jantan dewasa RM2,500 seekor dan rusa betina dewasa RM3,000. Induk betina dijual dengan RM4,000 seekor sementara induk jantan bernilai RM4,500 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz dan jenis rusa. Rusa baka campuran sambar paling mahal iaitu RM5,000 ke atas. Bagaimana pun di Sabah dikatakan masih banyak payau liar yang berada didalam hutan dan sebahagian dari ladang ternakan rusa untuk bekalan daging payau dari restoren ini.


Menyediakan sup payau atau sup rusa sama dengan cara menyediakan sup daging lembu atau kambing. Bahan-bahan yang diperlukan adalah Daging Payau (sekitar 1kg) atau tulang rusuk payau, Serai 2 ulas, Bawang Putih 5 ulas, Bawang Goreng, Daun sup, Kerisek kelapa, Halia, Lada Sulah, Asam Jawa dan garam secukupnya. Bahan-bahan ini memang mudah dibeli dari kedai runcit dengan kos yang murah sahaja. Kalau masas hendak buat ramuan sup sendiri maka anda boleh membeli sahaja Ramuan Sup Bunjut pelbagai jenama dipasaran dan ia paling mudah sediakan sup daging payau ini. Cara membuatnya mudah dengan pastikan membasuh daging payau tersebut sehingga bersih dan sebaiknya menggunakan air mengalir dan ddimasuh dengan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir. Kemudian bahan lada putih, bawang putih, halia ditumbuk bersama-sama dan diketepikan dahulu. Ada juga yang merebus dahulu daging payau untuk melembutkan dagingnya (memang ada daging payau yang keras dan perlu direbus dahulu). Cara merebus seketika juga bertujuan mehilangkan lemak-lemak. Kemudian pindahkan daging kedalam periuk lembutkan daging dan masak selama 20 minit. Selepas itu bahan- bahan yang di tumbuk tadi di goreng bersama-sama serai, masako dan 6 sekawan kecuali sup bunjut sehingga naik bau. Selepas daging di masak 20 minit pindahkan ke periuk lain dan masak semula dengan api perlahan. Seterusnya dimasukkan bahan-bahan yang di goreng tadi dan masukkan sup bunjut dan digaul sehingga sebati dan kemudian dimasukkan kerisik serta garam secukupnya serta dimasak sehingga mendidih. Akhir sekali dimasukkan bawang goreng dan daun sup sebelum ianya dihidangkan bersama nasi putih dan lauk lain. Memang enak sup payau dimakan pada masa tengahari (Sila lihat foto disebelah). Ianya lebih sedap dimasukkan cili padi dan juga perahan limau.


Penulis blog juga meninjau harga sup payau dari senarai yang dipaparkan (Sila lihat foto disebelah). Senarai paling atas adalah harga set sup payau dengan nasi putih berharga RM10.00/set. Harga untuk semangkok sup payau ddipaparkan dengan harga RM9.00. Sementara itu hidangan mee hoon sup payau dijual pada harga RM9.00 semangkok dan harga nasi goreng payau adalah RM8.00 sepinggan. Kepada mereka yang ingin makan nasi goreng kampong juga boleh mendapatkannya pada harga RM6.00. Dalam mesnu yang diletakkan diatas meja dinyatakan harga nasi goreng kosong adalah RM3.00 dan harga nasi goreng telur adalah RM4.50. Antara hidangan istimewa disini adalah nasi putih dengan daging payau masak kicap adalah RM8.00 sementara hidangan khusus daging payau masak kicap sekitar RM10.00 - RM20.00 bergantung kepada saiz order. Pelik juga direstoten ini ada dijual Mee Maggie daging payau dijual dengan harga RM9.00 satu mangkuk. Mee maggi kosong dijual dengan harga RM2.50 dan mee maggie telur dijual pada harga RM4.50. Hidangan lain adalah nasi kuning telur dijual dengan harga RM3.00, nasi  kuning ikan dengan harga RM5.00 dan nasi goreng payau dengan harga RM8.00 satu pinggan. Jika ingin lauk tambahan telur goreng dijual pada harga RM1.50 dan nasi putih juga RM1.50 sahaja. 


Restoren BIBIQ yang hanya 5 minit sahaja daripada Airport Tawau hanya sebuah sahaja bangunan disini yang memang dikenali menjual sup daging payau. Bahagian hadapan restoren ini ada papantanda dengan tulisan ''BIBIQ CORNER'' dan nombor talipon (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya pengunjung akan datang dengan keenderaan sama ada bertujuan untuk makan sup payau disini atau pun dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang untuk belai perlepasan atau juga mereka yang baru tiba dari balai ketibaan lapangan terbang menuju kedestinasi. Restoren ini memang mudah dicri iaitu disebelah kiri bulatan menuju euar dari lapangan terbang. Penulis blog diberi info mengenai keunikan restoren ini dari rakan pejabat yang pernah belajar di UITM dan dulu dia ada beberapa kali datang menikmati sup payau ini. Makan sup payau memberikan kepuasan kepada penulis blog dengan set hidangan set nasi putih sepinggan, semangkok sup payau dan sambal pedas cili api serta limau kasturi. Sup payau yang dimasukkan cili api dan perahan limau kasturi memberikan rasa keenakan terseniri (Sila lihat foto dibawah sekali). Kepada rakan-rakan pembaca blog ini jika berkunjung ke Tawau jangan lupa menikmati hidanga istimewa sup payau dibandai ini. Wasallam!!!...
SUP PAYAU ... DI TAWAU JUGA ADA...
IA SEBENARNYA... SUP DAGING RUSA...
DEKAT DI AIRPORT... MUDAH  KESANA...
MEMANG ENAK... SEMUA KENA CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1313, Hotel Promenade,
KM 1, Jalan Kinroro, Tawau,
Sabah, Malaysia.
(15 Rejab 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...