Support My Blog

Thursday, February 1, 2018

KLIMATERIK DAN NON KLIMATERIK - APA DIA?

KLIMATERIK DAN NON KLIMATERIK apa dia?. Perkataan ini mungkin ramai dikalangan pembaca blog saya yang jarang mendengarnya. Sebenarnya perkataan tersebut dikaitkan dengan klasfikasi jenis buah-buahan dan sayuran buah dalam proses kematangan. Buah-buahan tropika dan sayuran buah ayng baru dipetik, selalunya akan meneruskan aktiviti respirasi (respiration) dan menghasilkan bahan etilin (Ethylene) dalam proses kematangan. Kadar pengeluaran bahan etilin ini bergantung kepada beberapa faktur seperti tahap indeks kematangan semasa memetik hasil (ripening), varieti tanaman (Crop variety) , keadaan cuaca disekeliling (Climate) dan penjagaan semasa menuai hasil (culture). Kadar ini juga bergantung kepada peringkat kematangan buah tersebut (maturity stage) dan juga keujudan bahan penggalak tumbuhan seperti etilin didalamnya. Semua ini perlu kita tahu untuk mempastikan pengurusan buah-buahan tropika yang hendak dituai dapat di sesuaikan dengan teknologi lepas tuai yang hendak dibuat. Terdapat jelas perbezaan untuk menguruskan jenis Buah Klimaterikdengan Buah Bukan Klimaterik didalam aktiviti lepas tuai. Proses Respirasi Buah Tropika yang berlaku adalah dari kadar serendah kurang 35 mg/ kg/ jam pada buah Nanas (Ananas cosmosus) sehingga setinggi 300 mg/ kg/ jam pada buah Avocado (Persea americana). Nanas yang berkulit hijau walau pun telah matang mempunyai kadar proses respirasi sebanyak 50 mg / kg/ jam berbanding dengan buah nenas yang telah masak ranum dimana kadar respirasi amat tinggi. Bagi buah Durian (Durio zibethinus) ia mempunyai kadar respirasi sekitar 70 - 150 mg/ kg/ jam. Pentingnya kita juga perlu tahu kadar respirasi ini adalah kaedah untuk menilai bagaimana kesan respirasi terhadap perlepasan haba didalam bilik sejuk penyimpanan buah-buahan. Lagi tinggi kadar respirasi akan menyebabkan bilik sejuk menaik suhunya dan perlukan kawalan yang sesuai untuk tujuan memantapkan suhu didalamnya. Artikel petang Rabu sempena cuti Thaipusam sambil menonton TV Astro 801 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai respirasi buah-buahan tropika dan peranan etilin didalam teknologi lepas tuai buah-buahan serta apa yang penulis blog maksudkan dengan Buah Klimaterik dan Buah Non Klimaterik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan. 


Pengeluaran bahan Etilene (Ethylene) oleh buah-buahan yang hendak disimpan juga amat penting kita fahami. Jika kadar etiline dihasilkan dengan banyak oleh buah tersebut didalam simpanan, maka akan berlaku proses kemasakan buah dengan cepat dan ini kurang baik untuk proses pemasaran jika kuantiti buah disimpan agak banyak. Masak awal bagi buah-buahan ini juga menyebabkan sesetengah buah akan menjadi lembik dan busuk. Masaalah lain yang dihadapi akibat pelepasan gas etylene adalah apabila didalam setor penyimpanan, ia bercampur dengan komoditi lain seperti sayur-sayuran. Akibat keluarnya gas etilin ini menyebabkan sesetengah sayur(Seperti daun dan sayur buah) akan bertukar menjadi warna kuning kerana berlaku proses respirasi lebih cepat. Keadaan ini merugikan petani kerana sayur yang sepatutnya hijau menjadi hijau kekuningan seakan dah tua atau rosak. Kadar respirasi buah-buahan dan jangkahayat penyimpanan didalam setor amat berkaitan. Secara umumnya buah-buahan yang mempunyai kadar respirasi yang tinggi adalah cepat rosak atau mempunyai jangkahayat penyimpanan yang PENDEK (Shorter postharvest lives). Ini sebaliknya memanjangkan jangkahayat penyimpanan lepas tuai bagi buah-buahan yang mempunyai kadar respirasi yang rendah. Oleh itu perlu dijalankan aktiviti untuk mengurangkan kadar respirasi buah-buahan tertentu dengan mengawal keadaan suhu didalam setor penyimpanan. Cara terbaik dan praktikal yang dijalankan adalah dengan menurunkan SUHU. Suhu yang rendah didapati akan dapat memperlahankan proses respirasi buah-buahan seterusnya melambatkan proses kemasakan buah-buahan. Kaedah ini didapati amat praktikal dengan menyediakan setor berhawa dingin dan kontena penghantaranb juga berhawa dingin. Bagaimana pun keadaan suhu sejuk tidak terkawal akan menyebabkan amat sejuk (Chilling) sehingga ia merosakkan kualiti buah-buahan.


Berdasarkan kadar kelajuan proses  respirasinya buah dibezakan menjadi dua kategori iaitu Buah Klimaterik (kadar kelajuan respirasi meningkat dengan cepat selama jagkamasa pematangan dan pada awal senesen atau kelayuan) dan juga  Buah Non Klimaterik (tidak ada perubahan laju respirasi pada peringkat akhir proses pematangan buah). Contoh buah jenis Klimaterik adalah seperti Buah Avocado, Betik, Epal, Pisang dan lain-lain sedangkan contoh buah Non Klimaterik pula seperti Buah Limau, Nanas, Durian dan banyak lagi. Buah-buahan dapat dikelompokkan berdasarkan tahap kelajuan atau kecepatan proses pernafasan mereka semasa peringkat pertumbuhan sampai kepada fasa senescene (Peringkat Layu) yang menentukan jenis kategori buah tersebut sama ada jenis Buah Klimakterik atau Buah Non Klimakterik (Biale dan Young, 1981). Buah buahan jenis klimakterik yang sudah matatang selepas di petik dari pokok yang berlaku secara normal memperlihatkan cepatnya kadar penurunan pernafasan sampai tingkat minima. dan kemudian ia diikuti oleh hentakan kelajuan proses pernafasan yang cepat sampai ke tahap maksima yang juga disebut 'Puncak pernafasan klimakterik.' Bagaimana pun bagi buah Nanas (Ananas comosus) sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. adalah jenis buah Non Klimaterik. Buah nanas sebagaimana yang dijual orang bukanlah buah sebenar tetapi merupakan jenis buah Majmuk iaitu gabungan buah-buah sebenar yang menjadi satu ‘buah’ besar. Nanas yang ditanam komersil ini  gunakan benih daripada bahagaian sulur, sulur udara dan juga jambul dikenali sebagai kaedah pembiakan secara vegetatif. Pada penulis blog mendapati nanas merupakan tanaman buah yang sentiasa ada sepanjang tahun atau buah tidak bermusim.  Buah nenas rasanya enak, masam sampai rasa manis bergantung kepada varieti, kaedah amaln agronomi dan juga tahap kematangan semasa dipetik. Nanas MD2 kini diantara jenis nanas premium buah Non Klimaterik yang mana ia mencapai antara 14 - 20 darjah Brix pada indeks kematangan '0' terutama jika ditanam ditanah mineral atau dikawasan tanah sederhana tinggi di Malaysia. Buah Nanas termasuk dalam kategori buah non klimaterik sebab buah nanas tidak ada perubahan laju respirasi pada akhir proses pematangan buah serta pengeluaran gas etilen yang rendah. Bagaimana pun ianya tidak memberikan respon terhadap etilen kecuali dalam perkara degreening (penurunan kadar warna hijau pada klorofil). Nanas merupakan buah mana ia mengandungi kadar gula yang cukup tinggi dan sifatnya yang tidak mudah mengalami pembusukan.


Bagi kita hendak memahami mengenai buah Klimaterik dan Non klimaterik ia sebenarnya juga berkait dengan proses penghasilan gas Karban dioksida (CO2) dan juga pengambilan gas Oksijan (O2) pada buah tersebut. Tindakbalas yang berlaku pada proses respirasi buah juga merupakan reaksi katabolisme yang memecah molekul-molekul gula menjadi molekul Anorganik berupa CO2 (gas) dan H2O (Air). Respirasi adalah suatu proses pengambilan O2 untuk memecah bahan organik menjadi CO2, H2O dan juga Tenaga (energy). Namun demikian respirasi pada hakikatnya adalah proses dimana substrat dioksidakan menjadi CO2 sedangkan O2 yang diserap sebagai oksidator menlalu reduksi menjadi H2O. Respirasi adalah satu proses pembebasan tenaga yang tersimpan dalam unsur sumber tenaga melalui proses kimia dengan menggunakan oksigen. Dari respirasi akan dihasilkan tenaga kimia iaitu ATP untuk melakukan kegiatan kehidupan hidupan seperti sintesis (anabolisme), pergerakan dan juga proses pertumbuhan. Dalam pada itu pola kelajuan proses respirasi dalam buah matang akhirnya menghasilkan gas CO2. Perubahan pola respirasi yang mendadak sebelum proses kelayuan pada buah dikenali dengan istilah 'KIMATERIK' dimana jika berlaku peningkatan proses respirasi tergantung pada jumlah
etilen yg dihasilkan. Suatu perubahan pola respirasi yang mendadak yang khas pada buah-buahan tertentu dimana selama proses tersebut terjadi maka berlaku perubahan biologi yangbermula dengan proses pembuatan etilen yang menyebabakan terjadinya proses pematangan buah. Sebagai peringatan dan ulangan penulis blog berikan contoh buah Klimaterik iaitu Epal, Pisang, Mangga, Avocado, Betik, Peac, Tomato, Buah Naga, Strawberi dan Cili. Sementara itu bagi buah-buahan yang tidak mengalami proses tersebut digolongkan ke dalam golongan Buah Non Klimaterik. Antara buah yang dikelaskan dalam kumpulan Non Klimaterik adalah seperti Tembikai, Limau, Nanas, Durian, Longan, Mata Kucing, Rambutan dan beberapa lagi. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMA KLIMATERIK...CONTOH BUAH NAGA..
NON KLIMATERIK... BUAH SEMANGKA...
MEMBACA ARTIKEL... KENALI KONSEPNYA...
SUDAH FAHAM... ILMUNYA BERGUNA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar BAru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(15 Jamadil Awal 1439H).
Berlaku Gerhana Bulan Penoh 31 Jan 2108.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...