Support My Blog

Saturday, May 24, 2014

KELAPA - JELI KELAPA MUDA

JELI KELAPA MUDA (Young coconut Jelly) merupakan satu produk berasaskan kelapa yang semakin popular pada masa kini. Pokok Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman yang banyak gunanya daripada seuluh bahagian tumbuhan daripada batang, buah, mayang, sabut, daun dan sebagainya. Kini banyak produk makanan berkhasiat dibuat berasaskan buah kelapa. Saya terfikir untuk menulis menganai jeli kelapa muda setelah menikmatinya di Medan Ikan Bakar Kandang, Melaka Tengah dengan keluarga. Setiap bekas atau unit jeli kelapa mudia dijual dengan harga RM2.00 secawan. Ianya masih sejuk semasa dihidangkan sebelum menikmati makanan laut yang lazat seperti ikan siakap, sotong, ikan opari bakar dan sebagainya di gerai Hj Musa. Hidangan lain yang ada juga diletakkan dimeja pengunjung adalah seperti Otak-otak, Nasi lemak dan pencecah kicap. Rasanya yang manis, lemak dan lembut sedikit kenyal menyebabkan jeli air kelapa mengenyangkan dan melawaskan perut. Sebenarnya kita boleh membuat sendiri jeli air kelapa dirumah jika ingin merasa kesegarannya membuat jeli sendiri dan lebih ekonomik. Ia sesuai dihidangkan jika kita membuat jamuan seperti ketika Rumah Terbuka dan majlis-majlis dipejabat. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology' mengenai cara membuar jeli air kelapa untuk bacaan dan rujukkan semua.   

Berdasarkan kepada lawatan penulis di Melaka bagaimana pengusaha membuat jeli air kelapa, rasanya sama-sama kita boleh 'share' cara membuat jeli kelapa muda yang mudah dan enak dimakan. Bahan-bahan asas yang digunakan bagi menyediakan 20 cawan (cup) adalah seperti 5 gram serbuk agar-agar, 5 cawan air, 1 cawan gula pasir, 5 cawan air kelapa muda (kalau menggunakan kelapa pandan lebih wangi) dan juga pastinya adalah isi kelapa muda. Isi kelapa muda yang telah dikeluarkan airnya dibelah dua dan isinya dikorek menggunakan alat khas (sila lihat foto sebelah). Kumpulkan semua air dan isi kelapa kedalam bekas yang bersih. Cara-cara membuat jeli kelapa dimulakan dengan kita memasak gula bersama-sama serbuk agar-agar dengan air menggunakan api yang sederhana. Sebaiknya kita memasak sehingga larutan mendidih sebelum menutup api. Kemudian kita perlu memasukkan air kelapa muda kedalam bekas tersebut dan kacau sehingga rata. Proses seterusnya adalah dengan memasukkan dalam cup isi kelapa muda yang dipotong tadi dengan kuantiti sesuai. Tuangkan larutan air kelapa agar-agar yang masih cair  keparas yang sesuai yang telah dimasak tadi di dalam cup. Tutup cup dengan penutup dan ia perlu disejukkan kemudian dimasukkan ke dalam peti ais. Pada saya sebaiknya ia boleh dihidangkan dalam keadaan sejuk dengan dimakan menggunakan sudu. Selamat Mencuba... Wasallam!.


JELI KELAPA...ENAK RASANYA...
MUDAH DIBUAT...ATAU DISEDIA...
DALAM BLOG... ADA MEMBACA...
BELI BAHAN .... TERUS CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 207, Hotel King,
No 30, Jalan Lebuh Air Keroh,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...