Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Garispanduan ini menyediakan panduan tentang elemen-elemen utama GMP kepada industri makanan daripada penerimaan bahan mentah hingga ke pengedaran produk. Pelaksanaan garispanduan ini juga mewujudkan keseragaman dalam Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) bagi industri makanan. Objektif GMP adalah untuk (a) memaklumkan industri makanan tentang elemen-elemen GMP, (b) memberi panduan kepada industri makanan tentang asas amalan kebersihan dan keperluan sanitasi bagi memastikan juga penghasilan makanan yang selamat dan (c) membantu industri makanan untuk berupaya mencapai pensijilan GMP. Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) telah diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak negara. Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan samada pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanan. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kepentingan GMP didalam memajukan sektor pertanian negara untuk dijadikan rujukkan dan panduan mereka yang terlibat dengan industri makanan.
BANGUNAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
5.1 Lokasi Premis
BANGUNAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
5.1 Lokasi Premis
Potensi sumber pencemaran perlu diberi Pertimbangan apabila membuat keputusan di mana premis makanan hendak ditempatkan, termasuklah keberkesanan sebarang langkah bersesuaian yang mungkin di ambil bagi melindungi makanan. Premis makanan tidak boleh ditempatkan dimana apabila, setelah menimbangkan semua langkah-langkah perlindungan, adalah jelas wujudnya ancaman terhadap keselamatan makanan dan kesesuaian. Khususnya premis makanan harus ditempatkan jauh daripada; a) kawasan yang alam sekitar yang tercemar dan aktiviti-aktiviti industri yang menunjukkan ancaman yang serius terhadap pencemaran makanan. (b) kawasan mudah dilanda banjir kecuali langkah-langkah kawalan adalah yang mencukupi. (c) kawasan yang sering diserang serangga perosak. (d) kawasan di mana bahan buangan sama ada pepejal atau cecair, tidak boleh dilupuskan secara efektif.
5.2 Premis
Premis makanan perlu mempunyai rekabentuk dan dibina supaya dapat mengawal risiko pencemaran. Premis perlu direkabentuk sesuai dengan tujuan penggunaannya.
5.2.1 Susun atur premis perlu membenarkan aliran proses yang baik, amalan kebersihan dan keselamatan yang baik termasuk pelindungan pencegahan serangan makhluk perosak dan pencemaran silang di antara waktu operasi dan semasa operasi.
5.2.2 Aliran proses daripada penerimaan bahan mentah sehingga produk akhir perlu mengurangkan ‘criss-crossing’ dan ‘back tracking’ yang boleh menyebabkan pencemaran.
5.2.3 Premis perlu direkabentuk bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dan membantu penyeliaan kepada kebersihan makanan.
5.2.4 Kemudahan sanitasi yang mencukupi perlu dibekalkan kemudahan menguruskan sisa.
5.2.5 Ruang pemunggahan perlu direkabentuk bersesuaian bagi membolehkan pemindahan produk yang mudah rosak dapat dilakukan dengan segera (Lihat foto diatas).
5.2.6 Bangunan perlu berada di dalam keadaan yang baik dan diselenggara bagi mengelakkan kemasukan makhluk perosak dan mencegah potensi tempat pembiakan.
5.2.7 Kawasan pemprosesan perlu dibina menggunakan bahan yang tidak mempunyai kesan toksik dalam penggunaannya, permukaan yang boleh dibersihkan dan sentiasa dijaga supaya sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik.

a) Lantai di kawasan basah perlu diperbuat daripada bahan yang tidak licin dan membolehkan penyaliran air yang mencukupi.
b) Siling dan lekapan di bahagian atas perlu dibina untuk mengurangkan pengumpulan kotoran, Kondensasi, pengelupasan, serpihan dan mudah diselenggara.
c) Tingkap perlu dibina bagi mengurangkan pengumpulan kotoran dan mudah dibersihkan. Di mana perlu, tingkap dipasang dengan skrin kalis serangga, mudah alih dan mudah dibersihkan. Seboleh mungkin, kawasan pemprosesan dibina tanpa tingkap.
d) Pintu perlu mempunyai permukaan yang rata, tidak menyerap dan mudah dibersihkan dan sekiranya perlu dinyahjangkit.
e) Lekapan, saluran dan paip perlu dipasang dengan cara bersesuaian supaya titisan atau kondensasi tidak mencemarkan bahan mentah, peralatan dan permukaan yang bersentuhan dengan makanan atau produk akhir.
f) Permukaan yang bersentuhan dengan makanan perlu rata, lengai dan tidak menyerap. Permukaan ini perlu berada dalam keadaan yang baik, tahan lama dan mudah dibersih, diselenggara dan dinyahjangkit.
g) Dinding dan pembahagi perlu mempunyai permukaan yang rata dan mempunyai ketinggian yang sesuai dengan operasi pemprosesan.
Demikianlah diantara beberapa panduan yang boleh kita baca dan memahami akan kehendak-kehendak didalam Amalan Pengilangan Baik. Semuga ianya memberikan ilmu berguna kepada anda semua. Wasallam!

LOKASI PREMIS... DIMANA LETAKNYA...
PERLU SESUAI...REKABENTUKNYA...
ALIRAN PROSES.. ADA KESESUAINYA...
PENTING DIFIKIR... GMP PATUHINYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 214, JB City Hotel,
Jalan Skudai Kiri, Batu 4,5, Tampoi,
Johor Bahru, Johor,
Room 214, JB City Hotel,
Jalan Skudai Kiri, Batu 4,5, Tampoi,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia
(9 Rejab 1434H - Kemaskini 2 Julai 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.