Support My Blog

Thursday, May 13, 2010

KACANG BOTOL

Kacang Botol (Psophocarpus tetragonolobus) atau juga di panggil Kacang Botor atau Kecipir (Jawa) atau Winged Bean (English) dari keluarga Fabaceae merupakan sejenis tanaman kekacang yang dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara. Tanaman ini di tanam sebagai tanaman pagar dan tidak banyak petani yang menanam secara meluas sebagai tanaman utama. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 96.6 hektar tanaman kacang botol pada tahun 2007 dengan pengeluaran sebanyak 1,108 mt bernilai RM 3.56 juta. Kawasan utama pengeluaran kacang botol adalah di Negeri Pahang (42.1 ha), Sabah (15 ha) dan Se;angor (13 ha). Penulis berpengalaman menanam dan memberikan khidmat nasehat teknikal tanaman kacang botl semasa bertugas di Pejabat Pertanian Segamat, Johor dahulu.

Pokok kacang botor merupakan pokok jenis menjalar dan perlukan sokongan. Daunnya berbentuk bujur dan tirus tajam dihujong berwarna hijau. Bunganya berwarna putih ungu dan sebesar 2-3 cm panjang mampu berbunga sepanjang tahun. Akarnya mempunyai sistem akar utama dan akar serabut dikelilingnya. Buah kacang botor berwarna hijau muda ketika muda dan akan menjadi hijau tua apabila dewasa serta kering berwarna coklat jika sangat tua. Buahnya mempunyai kepak (winged pea) dan ada serabut jika tua. Bijinya berwarna coklat gelap apabila masak dan boleh dijadikan benih tanaman. Oleh kerana sifat menjalar (Creeping) yang ada pada pokok kacang botor maka sokongan diperlukan seperti pagar rumah atau Kayu Junjung atau Sistem Trellis jika ditanam di kebun. Ketinggian pokok mampu mencapai 3-5 meter mengikut kayu sokong.

Penanaman sering menggunakan bijibenih yang diambil dari pokok induk yang telah cukup matang. Masukkan dua biji dalam lubang penanaman dengan jarak tanaman 0.3 meter x 0.5 meter diladang. Pastikan kayu sokong yang kukuh dipasang selepas penanaman. Bagi tanaman dalam pasu atau tepi pagar rumah pastikan kawasan yang dipilih mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Pokok kacang botor yang terlindung dari sinaran matahari kurang berbunga dan berbuah. Benih yang baik bercambah dalam 7-12 hari dan bantu anak pokok untuk menjalar di kayu/ pagar yang disediakan. Pada peringkat awal perlu diajar pucuk pokok untuk menjalar pada kayu sokong atau tiang pagar.


Pokok kacang botor merupakan jenis kekacang yang mengikat Nitrojen dalam tanah melalui Bakteria Rhizobium dalam bitil-bintil (nodules) yang terbentuk pada akar pokok. Pokok ini tidak memerlukan baja yang banyak tetapi untuk penghasilan baik perlu ditambah dengan baja organik dan baja buah 15:15:17:2 sebanyak 20 gram dengan 3 aplikasi setahun. Buat cantasan pada dahan-dahan yang berkumpul terlalu tebal pada satu lokasi kerana ini akan menyebabkan daun pokok akan rosak dan berlaku serangan penyakit. Buang batang-batang atau tunas tua bahagian bawah yang terlindung matahari. Kajian penulis mendapati daun yang terlalu rimbun akan menjejaskan bunga dan hasil. Pokok juga cepat


Antara musuh dan penyakit tanaman kacang botor adalah Ulat Makan Buah, Ulat Makan Daun, Ulat Pelombong Daun dan Lalat Buah. Penyakit pada tanaman kacang botor adalah seperti Lecuh Anak Benih (Pkt awal Penanaman), Layu, Bintik Daun dan Daun Kerekot. Penanaman kacang botor dikeliling rumah kurang masaalah musuh dan penyakit jika di tuai dan dipetik setiap hari. Buat penjarangan daun dan tunas-tunas tua dan daun kering.


Buah kacang botor boleh dituai selepas 2-3 bulan penanaman sehingga pokok mati. Buah yang sesuai ulam atau sayuran masih lembut dan rangup mestilah. Kacang botol dmakan sebagai ulam dengan sambal belacan atau di buat Urap. URAP menggunakan bahan utama dari kacang botol yang dihiris sepanjang 1-2 cm dan digaul dengan kelapa parut yang mengandungi ramuan cili api, bawang dan garam serta gula. Pucuk kacang botor boleh dijadikan ulam dengan mencelur dalam air panas. Biji yang tua boleh diproses untuk dijadikan makanan ringan. Ada yang mengambil bunga kacang botor untuk dimakan dan dimasukkan dalam nasi sebagai pewarna dan aroma. Analisa kewangan mendapati harga jualan kacang di tuai mestikan masih lembut jika hendak dijadikan botor antara RM 4.00 -4.50 sekilogram.


KACANG BOTOL... DI PANGGIL KECIPIR....
SENANG DITANAM...DIKEBUN ATAU DI PINGGIR...
HASIL TAK RUGI....UNTUNG YANG HAMPIR.....
DAH TANAM SENDIRI...PASAR TAK MAMPIR....


By,
M Anem
Tawau
Sabah
(Ketika hadir Konvensyen NAC-2)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...