Support My Blog

Tuesday, February 13, 2024

TANAM VANILLA - APA MEDIA KATA? (Part 1)

MENANAM VANILLA (Vanilla fragrans) adalah sejenis aktiviti yang memang agak kurang popular di Malaysia. Pokok Vanilla ini adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Terdapat lebih 20,000 spesis didalam keluarga orkid diseluroh dunia dimana tumbuhan orkid ada yang tumbuh sebagai pokok, renek, herba, parasitk dan sebagainya. Pengeluaran vanilla dunia adalah sekitar 7,508 metrik tan setahun dengan 50% dari jumlah pengeluaran adalah di Indonesia sebagai pengeluar vanilla terbanyak didunia. Pengeluaran vanilla juga daripada Madagascar (1,587 mt) dan China (1,385 mt). Negara lain yang menanam vanila adalah Kepulauan Seychelles, Fiji, Tahiti, Mexico, Malawi, Grenada dan Sri Lanka dimana ia kebanyakannya adalah negara berpulau (Islands). Sila rujuk kepada jadual dibawah untuk melihat negara yang menanam dan menghasilkan vanilla. Vanilla perlukan iklim yang tinggi kelembaban, suhu tinggi, kurang hujan pada musim berbuah dengan keperluan hujan antara 2,000 -2,500 setahun. Apa pun dilaporkan dimana penanaman vanilla di negara kita pernah dipromosikan oleh beberapa syarikat swasta dan juga terdapat agensi kerajaan yang membuat kajian kesesuaian tanaman, varieti dan amalan teknologi. Dalam pada itu penanaman pokok vanilla bagaimana pun kurang berjaya disebabkan oleh kurang minat daripada petani, teknologi yang kurang pasti, kesesuaian amalan pengurusan tanaman, varieti yang kurang sesuai dan ketidaktentuan pasaran. Walau pun pernah diujudkan sistem pasaran kontrak (Contract Farming) dalam usaha untuk memajukan tanaman vanilla tetapi ianya masih gagal. Tanaman vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50% seperti ditanam dibawah struktur naungan dengan jaring hitam. Jadi persekitaran di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya. Jarak tanaman yang disyorkan untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris. Dengan jarak ini kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar. Bagi memulakan tanaman vanila, tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai pokok-pokok besar yang tidak sesuai. Penanaman mula dimulakan dengan membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm. Pada bahagian batas akan disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau pelindung. Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5 kaki sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila ditanam. Lubang penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok. Jarak antara lubang untuk tanaman vanila dan pokok tumpang adalah 10-15 cm. Artikel kali ini saya berkongsi dalam "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat dan fakta mengenai penanaman vanila di Malaysia seperti dilaporkan oleh beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Menarik laporan media bertajuk 'Ladang vanila digital pertama negara' dalam bharin.com untuk dikongsikan faktanya. BH laporkan dimana sebaik melangkah masuk ke ladang vanila seluas 2.43 hektar diusahakan anak jati Pulau Pinang ada aroma wangian semerbak bau kopi vanila menerpa dari kafe di dalam premis berkenaan. Malah ada deretan tanaman vanila tumbuh subur nan menghijau merambat, memanjat setinggi kira-kira dua meter pada pohon kayu di perkarangan ladang itu tampak begitu indah dan menenangkan jiwa. Lebih mempesonakan, ladang terletak di Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, diusahakan itu bukan 'biasa-biasa dimana ia sebaliknya kaedah tanaman vanila serba canggih. Ladang ini menggunakan Teknologi Agrikultur 4.0 meliputi meliputi teknologi kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI), penggunaan daya rata, pembelajaran mesin dan sistem dron. Elemen IoT dan AI diadaptasi dalam penanaman vanila dijadikan sebagai 'sensor' apabila ladang berkenaan menyerapkan sistem penyiraman yang akan bertindak secara automatik jika keadaan cuaca didapati terlalu panas atau kelembapan tanah terlalu kering. Penggunaan pembelajaran mesin dan dron pula bertindak memantau keadaan tanah dan persekitaran yang membolehkan tanaman vanila tumbuh dengan lebih optimum berbanding kaedah tradisional memerlukan lebih perhatian. Jadi, tidak hairan ia mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ladang vanila pintar pertama di Malaysia.T
anaman vanila diusahakan di Kubang Semang menggunakan teknologi serba canggih sebagai sebuah 'ladang vanila pintar. Apa pun mengikut dakwaan pengusaha ladang itu, Ezra Tan (35) dimana ujud penyerapan elemen teknologi dalam pertanian amat membantunya dari segi kemudahan penanaman dan penjagaan tanaman kerana ia sudah diautomasi dalam pelbagai sistem yang dibangunkan syarikatnya. Dia yang juga menggunakan pelbagai inovasi teknologi dalam penanaman vanila antaranya IoT dan AI. Jadi kerja-kerja penjagaannya jauh lebih mudah dan bersistematik. Sistem perairan berteknologi dibina dalam ladang dapat memantau suhu sama ada terlalu panas atau tahap pertumbuhan terlalu rendah dan ia berfungsi secara automatik. Penggunaan kedua-dua teknologi ini sudah tentu memberikan banyak kemudahan kerana pekerja saya tidak perlu sentiasa berada di ladang kerana hanya memantau melalui sistem dan menjadikan penjagaan vanila sangat mudah. Bahkan hasilnya lebih optimum jika dibandingkan dengan kaedah tanaman biasa. Dalam pada itu dia juga tidak perlu menggunakan khidmat pekerja asing yang ketika ini sangat sukar diperoleh. Dakwanya cara ini juga secara tidak langsung meningkatkan kualiti dan kemahiran sumber tenaga kerja tempatan.


Peminat tanaman vanilla ini mampu menjaga ladang itu menerusi syarikat, Kairos Agriculture dan dibantu 10 pekerja bagi menguruskan ladang vanila serta kafe yang baharu diusahakan. Kemudian dia nyatakan 
mengenai ladang vanila yang diusahakan sejak 2020 lalu dimmana dia selaku pengerusi syarikat berkenaan dakwa ideanya mula tercetus kerana dia ingin menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tempatan terhadap penanaman vanila yang menggunakan teknologi moden. Mereka dapati ada banyak ladang penanaman vanila dalam negara ini akan tetapi mereka menggunakan kaedah konvensional yang memerlukan kerap berada di ladang untuk memastikan keadaan persekitaran termasuk tanah sentiasa berada pada tahap memuaskan dimana jika tidak tanaman kurang menjadi. Seperti ladang yang diusahakan mereka dimana digunakan teknologi dalam sistem penyiraman yang telah diatur mengikut data diperoleh sekali gus menjimatkan masa dan tenaga kerja. Melalui kaedah yang diguna pakai oleh kami juga mampu menanam lebih banyak pokok vanila kerana kami tidak perlu bersusah payah menjaganya. Dalam pada itu cara penjagaan tanaman vanila itu pula memang ia tidak begitu rumit disebabkan vanila sangat mudah dalam ia beradaptasi dengan cuaca tropika, ditambah pula dengan teknologi yang digunakannya. Pokok vanila yang sudah matang dianggarkan mencecah sehingga usia tiga tahun dan setiap setahun kemudiannya kita sudah boleh menuai hasil vanila itu sendiri. Kini bagi memastikan buah vanila yang diusahakan mencapai kualiti terbaik mereka turut menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Xiamen Malaysia dari segi penyelidikan dan urusan membuat R&D). Sebenarnya dilaporkan antara cabaran dihadapi untuk menanam vanila ialah memerlukan tempoh penyejukan dimana selain perlu menyesuaikan diri dengan alam sekitar ia sensitif berbanding tumbuhan lain dan mengambil masa untuk menstabilkan diri membesar dengan sihat. Mereka yakin dengan teknologi digunakan ia membantu mengatasi masalah kesukaran berkenaan. Menyentuh tentang jumlah permintaan tinggi dari beberapa negara dimana kini diladang vanila yang diusahakan ia kini mempunyai hampir 15,000 pokok vanila dan sudah dieksport ke Jepun dan Singapura memandangkan permintaan tinggi di negara itu. Kin idengan jumlah permintaan menggalakkan mereka semakin optimis untuk memasarkan produk vanila hingga ke Amerika Syarikat (AS) dalam tahun ini. Kini masih di peringkat perancangan dan berharap semuanya berjalan lancar. Kini vanila mempunyai nilai pasaran yang tinggi, iaitu berharga RM1,500 - RM1,800 sekilogram dimana ini menjadikan ia tanaman yang menguntungkan. Bagi memastikan tanaman vanila ini lebih berdaya saing mereka juga tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama dengan pemain industri lain bagi mengembangkan teknologi penanaman digital dan robot. Bagi mempelbagaikan produk vanila, pihaknya sedang melakukan pembangunan dan penyelidikan mengeluarkan coklat berasaskan vanila. 


S
elain vanila pihaknya turut mengusahakan beberapa tanaman lain antaranya bayam Brazil yang ditanam secara akuaponik, tanaman buah markisa serta beberapa jenis tanaman herba lain yang terdapat dalam ladang berkenaan. Kalau boleh mereka hendak berusaha memanfaatkan tanah ini dengan sebanyak mungkin jenis tanaman lain yang boleh memberikan pulangan yang baik bukan sahaja untuk mereka sahaja malah kepada kalangan penduduk setempat. Apa pun para pengunjung boleh singgah di kafe dan minum kopi vanila dan lain-lain menu disediakan di ladang. Ia kini disasarkan sebagai salah satu hub ekopelancongan. Dilaporkan apa yang dilihat lebih menarik adalah dimana bukan sekadar ladang vanila dimana lokasi ini juga menjadi hub ekopelancongan dengan membuka konsep kafe dari ladang ke meja iaitu pada 2021. Pihaknya berjaya membuka sebuah kafe dalam ladang berkenaan yang menyediakan minuman kopi menggunakan vanila diusahakan syarikatnya dan ini sekali gus mampu menghasilkan rasa lebih premium. Bagi penggemar vanila didakwa yang tempat ini memang sesuai dikunjungi. Selain mengopi, pengunjung juga boleh menikmati makanan ala Barat yang menggunakan sayuran segar dari ladang kami sendiri. 
Mereka juga turut menawarkan pakej melawat sekeliling ladang vanila yang terbuka kepada orang ramai, yang mana kami sering menerima tempahan dari pihak sekolah dan juga pusat pendidikan tempatan untuk tujuan pendidikan. Bukan sahaja pengunjung boleh melihat ladang vanila yang diusahakan secara lebih dekat, malah mereka juga berpeluang untuk menikmati hidangan makanan dan minuman kopi vanila yang bercirikan kehijauan (Sila lihat foto disebelah). Sebagai maklumat tambahan dimana tanaman vanila merupakan sejenis tumbuhan keluarga orkid yang ,ana ia berasal dari Mexico. Kini banyak ditanam di kawasan tropika dan agak banyak di tanam di Indonesia juga. Vanila ditemui orang Sepanyol diketuai oleh Bernal Diaz del Castillo, pada 1952 dimana dilaporkan ada terdapat 100 jenis spesies vanila tetapi hanya sedikit dikenal pasti bernilai komersial. Ada juga tanaman bayam Brazil turut diusahakan di ladang vanila milik Ezra di Kubang Semang. Tanaman vanilla masih kurang popular dikalangan petani di Malaysia kerana ia perlukan pelaburan tinggi dan kos penjagaan yang agak sukar selain perlukan kawasan sesuai.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan bagaimana '
Pernah diketawakan tanam pokok vanila' menjadi pilihan penulis blog. Bagi Mohamad Feisal dimana dia menanam vanilla yang ditanam di Amani Vanilla Temerloh, Temerloh sesuai dikongsikan. Dia yang mana pernah diketawakan kerana menanam pokok vanila ketika mula berjinak dalam penanaman bahan perisa itu sejak 12 tahun lalu. Walaupun terpaksa menunggu sehingga enam tahun untuk terus mendapatkan hasil dengan ilmu dimiliki ketika itu, saya amat bersyukur. Kini dia sudah membuktikan penanaman vanila berjaya hingga menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat sendiri vanila bukan sahaja dari Temerloh, Pahang malah di seluruh negara.  Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merasa aiskrim vanilla di Amani Vanilla Temerloh, Temerloh.  Kemudian dia membuka kafe berasaskan vanila sejak dua bulan lalu dan turut menghasilkan aiskrim vanila dan berterima kasih di atas sokongan orang ramai. Selalunya pada cuti hujung minggu dan umum menjadikan Amani Vanilla Temerloh semakin mendapat perhatian orang ramai untuk melihat lebih dekat pokok vanila. Pada masa sama pengunjung dapat merasa aiskrim vanila gula kabung dan air kopi O vanila yang kini menjadi tarikan utama apabila berkunjung ke sini. Selain itu pengunjung boleh bergambar dan mendapatkan maklumat mengenai vanila. Dia memberanikan diri memandangkan pasaran vanila yang meluas untuk pelbagai juadah makanan dan dijadikan bahan perisa seperti aiskrim dan kek. Apa pun sokongan keluarga dan agensi kerajaan banyak membantu dalam meningkatkan pengeluaran vanila dan sehingga kini mempunyai 2,000 pokok vanila. Dilaporkan semakin ramai pengunjung yang datang melihat tanaman vanilla ingin turut menanam dengan membeli anakbenih dari lokasi tersebut. Dia juga ada menyediakan pakej latihan dan khidmat nasekat teknal kepada peserta penanaman vanilla yang dibimbingnya.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai potensi tanaman vanilla dan cabarannya untuk dijadikan panduan pembaca blog anim agro technology kali ini.
TANAMAN VANILLA... APA CERITA....
DULU HARGA TINGGI...JATUH JUGA...
KURANG DI TANAM... FAKTUR HARGA...
HARGA DAH MAHAL.. RM 2,000/KG DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Nalaysia.
(1 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...