Support My Blog

Friday, February 23, 2024

CIRI KELAPA RENEK GADUNG COKLAT (CN28)

 
VARIETI KELAPA GADUNG COKLAT (Cocos nucifera) atau Gadung Brown Dwarf (GBD) merupakan salah satu varieti kelapa renek yang baru sahaja di perkenalkan di Malaysia. Varieti kelapa renek ini telah didaftarkan dengan Senarai Varieti Tanaman Malaysia di Jabatan Pertanian Malaysia pada 22 Jun 2023 (6 bulan lalu) dengan nombor pendaftarannya sebagai CN28 oleh pemiliknya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang beralamat di Kg Sg Selisik, Ulu Bernam, 44020, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog ada membuat tinjauan mengenai varieti kelapa ini lebih 7 tahun lalu di nurseri dimana kelapa ini dipercayai ia berasal daripada negara Vietnam dan menjadi pilihan utama penanam kelapa di sana. Penulis blog ada membuat tinjauan kepada beberapa ladang swasta dan petani individu yang sudah menanam varieti kelapa ini di Selangor, Melaka, Johor dan Sabah. Apa pun sepintas lalu sebagai penilaian asas didapati varieti kelapa ini dilihat amat memberangsangkan dari segi penghasilan untuk kelapa tua apa lagi jika buahnya dituai sebagai kelapa muda. Pokok ini mula berbuah seawal 3 tahun (yang di tanam di kebung sekitar nurseri di Selangor) dan bagi penanaman di ladang ia mula berbuah selepas 3-3.5 tahun ditanam. Ia merupakan jenis kelapa renek yang cepat berbuah berbanding dengan kebanyakan kelapa 'tall variety' yang mula berbuah selepas 7-8 tahun ditanam. Pada masa ini saya sudah ijirasa air kelapa muda kelapa varieti Gadung Brown Dwarf (GBD) dimana disebabkan buahnya yang sederhana besar maka sebiji kelapa tersebut amat sesuai diminum dengan kuantiti air yang banyak. Walau pun apa yang penulis blog tahu dimana proses pendaftaran kelapa renek yang dipercayai berasal dari negara Vietnam ini agak lama akan tetapi setelah berjaya didaftarkan dan tunjauan di ladang yang sudah berhasil pebulis blog dapati ia mempunyai potens terbaik untuk di komersilkan di Malaysia. Penulis blog percaya mana-mana pekebun kelapa yang masih menanam kelapa Malayan Tall (CN1) yang sudah tua amat di syorkan untuk menanam kelapa renek jenis ini dimasa akan datang. Penulis blog agak kurang pasti harga benih tulen GBD ini tetapi dilaporkan agak mahal juga iaitu dimaklumkan ia dijual runcit lebih dari RM40.00 sepokok bagi anakbenih yang berkualiti. Kepada mereka yang berminat boleh mencari pemilik dan pendaftar syarikat untuk membeli benih kepala GBD yang sudah diperiksa oleh JAbatan Pertanian di bawak Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) bagi setiap konsainan. Artikel pada petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai pencirian varieti baru Kelapa Gadung Brown Dwarf (GBD) sebagai bahan rujukkan semua pembaca.



(1)  PENGENALAN KELAPA VARIETI 
      GBD

Kelapa GBD ini atau Kelapa Gadung Renek Coklat atau Gadung Brown Dwarf (GBD) merupakan satu lagi penambahan kepada kelapa renek tempatan yang agak lambat perkembangannya. Asal benih kelapa GBD adalah Vietnam dengan cara pembiakannya melalui Seed Nut. Kelapa ini telah melepasi prosedur ketat dari Jabatan Pertanian termasuk penyediaan nurseri khas untuk GBD. Semasa pemeriksaan pasukan pakar dimana ada sebanyak 10 pokok yang berumur 3-4 tahun dan sudah berbuah. Ketinggian batang pokok yang diperiksa dilaporkan 37.8 cm (rendah) dengan purata ukurlilit batangnya adalah 88.5 cm. Pokok yang mula berbuah ini menghasilkan sebanyak purata 8 biji kela setiap satu tandan. Melihat kepada buah muda dimana ia berwarna kuning oren dan akan menjadi coklat kehitaman setelah ia tua. Air kelapa mudanya tidak mempunyai aroma dan buahnya berbentuk Eliptik. Biji kelapa GBD adalah Obiat dengan purata ketebalan tempurungnya 4.3 mm dan purata ketebalan isinya adalah 12.94 mm. Bagaimana pun pasukan pemeriksa belum laporkan akan kualiti santan dan air kelapa secara saintifik di makmal kerana ia perlukan analsia makmal.


(2) CIRI DAUN DAN PELEPAH GBD

Pokok yang tumbuh menegak ini mempunyai pelepah daun  yang panjang puratanya 121 cm dengan purata keratan rebtas petiol berukura 3.2 cm dan purata lebar petiol adalah 6.15 cm serta pelepahnya mempuyai warna kuning hijau. Daun kelapa GBD mempunyai sifat daun kebawah dengan purata panjang rakis daun iaiah 486.8 cm dan purata bilangan lain daun sebanyak 202 unit setiap satu pelepah. Diperiksa dimana lai daun kelapa GBD purata panjangnya adalah 126.6 cm dengan purata ukuran lebarnya adalah 5.4 cm. Intensiti warna dunnya adalah hijau sederhana (Sila lihat foto disebelah). Laporan hasil dari pemeriksaan mudah dilakukan kerana pokok renek ini adalah rendah dan mudah di capai.


(3)  CIRI BUNGA KELAPA GBD

Memeriksa mengenai bunga dan mayang kelapa GBD dimana purata panjang jambak bunga adalah 45.2 cm dan purata kebar pedunkel adalah 3.36 cm. Purata panjang pakai tengah adalah 32.96 cm dengan terdapat 37 bilangan spikelet. Dilihat dimana purata bilangan spikelet yang mempunyai bunga betina adalah sebanyak 28 unit dengan purata panjang spikelet yang mempunyai bunga betina pertama adalah 34.6 cm. Dilihat dimana kadar proses pendebungaan adalah aktif dimana ada banyak serangga pendebunga seperti lebah, kelulut, semut dan sebagainya datang untuk proses tersebut.


(4)  KOMEN UMUM KELAPA GBD

Pada penulis blog dimana kelapa Gadung Brown Dwarf (GBD) atau kelapa CN28 ini sangat berpotensi untuk dijadikan tanaman komersial di Malaysia berdasarkan kepada prestasi awal yang penulis blog perhatikan. Hasil daripada tinjauan dan pemerhatian di beberapa ladang swasta dan pekebun kecil yang menanam kelapa GBD ini mereka gembira apabila pokok kelapa renek ini berbuah awal sekitar 3 tahun selepas penanaman dengan penjagaan baik. Bagaimana pun dari sumber dilaporkan anakbenih kelapa GBD yang tulen ini boleh dibeli daripada pembekal yang sudah di sahkan melalui Skim Pengesahanan Bahan Tanaman (SPBT) dikelolakan oleh Jabatan Pertanian. Kelapa GBD ini memeriahkan lagi koleksi kelapa renek sedia ada di Malaysia untuk pembangunan sektor industri tanaman kelapa. Pemeriksaan mendapati dalam setandan buah pokok GBD yang belum matang mengeluarkan putih buah berlainan saiz iaitu yang kecil dan besar dalam setandan bagaimana pun ciri ini akan hilang apabila pokok GBD menjadi matang selepas 5 tahun ditanam. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GADUNG COKLAT RENEK... ITU NAMANYA...
ASAL VIETNAM... CN28 NO. DAFTARNYA...
CEPAT BERBUAH... TINGGI HASILNYA...
SIAPA BERMINAT... CARILAH BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...