Support My Blog

Tuesday, February 20, 2024

SAWI POPULAR DI MALAYSIA - FAKTANYA (Part 1)

SAYUR SAWI
(Brassica spp) merupakan sejenis sayur daun yang sangat popular ditanam di Malaysia dari keluarga Cruciferae dimana merupakan sayuran yang popular bagi petani komersil. Keluasan penanaman sawi dilaporkan sehingga 11,412 hektar pada tahun 2023 dimana ianya menghasilkan sebanyak 166,790 mt dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 450 juta (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman Sawi merupakan tanaman sayuran jenis daun yang paling luas ditanam di Malaysia dan paling tinggi nilai pengeluarannya diikuti dengan Sayur Bayam, Kangkong, Salad, Kailan dan Kobis Bulat. Penamanan sawi paling luas diatanam di Negeri Johor, Selangor dan Pahang dimana sebahagian besar adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi untuk pasaran ekspot terutama ke Singapura. Ramai diantara pengguna yang hanya kenal akan perkataan 'SAWI' sahaja apabila di minta membeli sayuran tersebut. Sebenarnya sawi boleh juga saya kategorikan kepada 4 jenis utama untuk di kenali dan di buat pencirian. Dari segi pertanian, sawi boleh dibahagikan kepada 5 jenis yang utama iaitu SAWI HIJAU, SAWI BUNGA, SAWI PUTIH, SAWI JEPUN dan SAWI PAHIT. Penulis blog ada banyak menulis artikel mengenai sawi yang dirujuk oleh ribuan pembaca semenjak tahun 2007 lagi. Sawi merupakan tanaman singkatmasa yang mengambil masa kurang dari 30 hari (bagi sesetengah varieti) untuk ianya siap untuk dituai. Penanaman sawi lazimnya dijalankan secara komersil dengan menggunakan sistem terbuka atau ditanam di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) serta mempunyai sistem pengairan serta saliran yang sempurna. Penanaman sawi lazimnya dibuat diatas batas sama ada di kawasan tanah mineral atau tanah gambut dengan intinsiti tinggi (sehingga 8 - 10 kali penanaman diplot sama setahun). Dari segi amalan agronomi dimana lazimnya keperluan benih sawi sebanyak 1.5 kg sehektar. Tinjauan penulis blog di banyak lokasi mendapati dimana hampir kesemua benih sawi adalah diimpot sama ada daripada negara China, Taiwan, India atau Thailand. Dalam pada itu di makmal didapati purata saiz biji benih sawi adalah sekitar setiap 1,000 biji untuk 2 gram (atau 1 gram sebanyak 500 biji). Cara penanaman ke semua jenis sawi hampir serupa kecuali beberapa kaedah amalan agronomi bergantung kepada cara penanaman dan jenis tanah dimana apa yang membezakkanya seperti saiz pokok, jangkamasa matang varieti dan sebagainya. Potensi hasil tanaman sawi lingkungan 12,000 - 16,000 kg sehektar bergantung kepada varieti, cara pengurusan amalan agronomi dan sebagainya. Mungkin ramai tidak tahu sebenarnya sayur sawi ini dimakan atau dimasak secara bagaimana sehingga sebanyak 167 ri mt habis setiap tahun. Artikel malam Sabtu ini dari Bandar Melaka saya suka menulis dalam blog "Anim Agro Technology" artikel yang ke 7,907 mengenai beberapa jenis sawi popular dan juga fakta bagaimana resepi menarik untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sayur Sawi Hijau
atau nama lainnya adalah 'Choy Sam' dilihat ia mempunyai banyak khasiat antaranya didakwa ia mengawal tahap gula dalam badan, menjaga kesihatan gigi dan tulang, memberi kesihatan kulit dan banyak lagi. Semasa membeli sawi hijau perlu tahu akan ciri-ciri khasnya dimana ia berdaun tegak, berwarna hijau, berukuran lebih kurang 20-25cm. Bahagian batangnya putih kehijauan dan semakin ke hujung selalunya bahagian daunnya semakin mengecil. Mungkin cara menikmati sawi hijau ini berbagai resepi bergantung kepada minat atau resepi yang di sediakan. Apa pun paling lazim dimana selalunya sawi hijau masak untuk hidangan goreng seperti mee goreng atau hidangan sup. Memasak sawi hijau merupakan menu paling popular  di Malaysia untuk hidangan tengahari dimakan di rumah atau di hidangkan di gerai makan. Menyediakan menus ini perlu ada bahan iaitu 250 gm sawi hijau yang dipotong 2 cm (untuk 4 orang makan), 2 sudu makan minyak masak, 4 siung bawang putih yang dicincang kasar, 2 sudu sos tiram, serbuk perasa cendawan, 1 sude kecil garam, 1 sudu kecik gula, cili merah (dipotong), 100 ml air dan juga 1 sudu tepong maziena. Cara memasaknya dengan menanaskan monyak masak dalam kuali dan di tumis bawang putih sehingga harum. Kemudian di masukkan sawi hijau dan dikacau rata sehingga setengah layu. Seterusnya boleh dimasukkan sos toram dan dikacau sehingga rata dan dimasukkan bahan perisa, garam, gula dan cili potong. Apabila sudah masak di matikan api dan sedia untuk hidangan sawi tumis dinikmati bersama nasi putih dan lauk pauk lain. 


Bagi jenis Sayur sawi bunga atau nama lainnya sebagai 'Choy Sum Fa' dimana didakwa ia mengandungi bahan seperti antioksidan, mineral, vitamin A, B6 dan C yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Mungkin ramai yang pernah membeli dan makan jenis sawi bunga dimana bagi mereka yang masih lagi tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti sawi bunga pada penulis blog ia memang mudah saja. Kelainan pada sawi bunga adalah sawi yang matang akan ada pada bahagian pucuk daun dimana dilihat ia mempunyai bunga berwarna kuning. Apa pun selalunga jangan dibuang pula kerana dilaporkan memang ada khasiat pada bunga tersebut dimana sesuai juga semasa dimasak masukkan sekali ke dalam hidangan. Penulis blog suka juga akan sawi bunga ini yang dihidangkan dengan nasi putih iaitu menu sayur sawi bunga masak sos tiram (Sila lihat foto disebelah). Apa pun menyediakan menu ini mudah kerana bahan masakkan sayur ini senang dibeli dimana sahaja diman yang penting hasilnya adalah rasa sedap untuk dinikmati. Mula-mula di tumis dulu bawang putih yang dah dicincang halus dalam kuali yang ada minyak panas. Kemudian apabila bawang putih sudah hampir hendak garing maka dimasukkan sedikit air. Seterusnya adalah memasukkan sos tiram dan dikacau sehingga sebati. Dalam periuk lain dimasak air smpai mendidih dan kemudian dimasukkan sayur sawi bunga yang sudah dibasuh. Masukkan sedikit garam dan sedikit minyak (agar sawi berkilat) kedalam air yang sedang mendidih sedikit garam selama seminit sahaja dan matikan api. Angkat sawi dan di toskan sebelum dimasukkan kedalam mangkuk atau pinggan sesuai. Langkah terakhir adalah memnuang sos yang telah dii tumis tadi keatas sayuran sawi bunga yang telah di celur dan kemudian di tabur dengan bawang goreng. Hasilnya memang cukup enak dimakan dengan nasi putih.


Masakan Sayur Sawi Jepun
atau nama lainnya 'Pak Choy' adalah hidangan yang paling sering menjadi makanan sampingan kegemaran rakyat Malaysia. Penulis blog sering dapat menikmati hidangan ini di hotel-hotel berbintang semasa jamuan makan oleh pihak hotel atau di restoren Makanan Cina Halal yang popular (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana sawi jepun paling sesuai dijadikan hidangan sama untuk makan tengahari atau Makan Malam. Di luar sana jika hendak mengenali sawi jepun ini pada penulis blog paling udah kerana kelaianan warna dan bentuknya. Antara beberapa ciri asas sawi jepun adalah dimana daunnya tebal, melebar, berwarna hijau terang dan urat daun berwarna putih. Bentuk bahagian bawahnya pula bulat dan ia dilihat  berwarna putih. Selain masakan sup atau tumis dimana selalunya orang Cina akan memmasak hidangan Pak Choy Sos Tiram yang memang enak. Jika hendak memasak sendiri perlu disediakan 
3 batang sawi Jepun, 4 ulas bawang putih, sedikit minyak masak, 3 sudu besar air, 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar bancuhan tepung jagung dan perisa makanan. Cara memasaknya dimana sawi Jepun dibersihkan dan potong belah tengah. Sebaiknya dimana satu pokok sawi akan dapat dua sisi sawi. Kemudian ia di rebus selama 2 minit dalam air panas dan ditoskan serta sebaiknya terus disusun di atas pinggan hidangan yang sesuai. Dalam pada itu perlu dihiris halus bawang putih dimana kemudian digoreng bawang putih dengan minyak masak sehingga warna bawang menjadi keemasan. Bila masak bawang ini terus ditoskan dan letak tepi. Perlu ditinggalkan sedikit minyak bawang tadi dan boleh ditambahkan air dan sos tiram serta dikacau perlahan. Perlu diingat agar tidak perlu ditambah garam sebab sos tiram adalah cairan yang sudah cukup masin. Kemudian peru di dimasukkan cecair bancuhan tepung jagung kedalam kuali dan dikacau sehingga kuah menjadi tebal dan likat. Langlah akhir adalah menuangkan sos tiram ke atas susunan sawi rebus tadi dan ditaburkan kepingan bawang putih goreng. Kemaskan hidangan Sawi Jepun Masak Sos Tiram dimana ia sudah sedia untuk dihidang dan dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih dan lauk lain. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semua.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali imi. Wasallam!!!..
TANAM SAWI... MEMANG LUAS DI MALAYSIA...
DI TANAG GAMBUT... TANAH MINERAL JUGA...
DI TUAAI PUN CEPAT...CUMA 30 HARI SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL... BANYAK INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...