Support My Blog

Saturday, February 24, 2024

POKOK DAN BUAH BERUAS - APA DIA?

POKOK BERUAS (Garcinia hombroniana) adalah sejenis tumbuhan yang berbuah dalam kategori Buah Nadir yang mana ia selalu terdapat di hutan Malaysia serta beberapa negara-negara ASEAN yang lain. Apa yang penulis blog tahu dimana kebetulan ada tempat bernama Beruas yang terletak di Negeri Perak yang dipercayai oleh pakar sejarah dimana nama ini berasal dari pokok Beruas. Pekan Beruas ini berasal daripada satu kawasan yang bernama Belukar Sambang dimana dilaporkan ia adalah terdiri daripada satu kawasan yang dinamakan Kampung Kilang. Dilaporkan dimana akibat dari pembinaan Pekan Beruas maka kemudian Kampung Kilang telah terbahagi dua dimana satu kamppong adalah menghala ke Jalan Taiping dan satu lagi kampong adalah yang menuju Ulu Beruas. Dalam pada itu merujuk kepada beberapa sumber dimana pokok beruas juga dikenali sebagai 'Manggis hutan' atau 'Luli' yang mana ia merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan-hutan pesisiran tanah besar Asia Tenggara termasuk di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam. Memang tidak ramai genesari sekarang pernah melihat atau kenal akan pokok beruas kerana semakin jarang di jumpai. Apa pun pokok ini jenis tumbuhan berkayu dengan jenis malar hijau yang boleh tumbuh setinggi 18 meter dalam keadaan liar. Pokoknya mempunyai bentuk bahgaian daun bujur mudah yang berkulit tebal serta tersusun secara bertentangan. Selalunya daun pokok beruas ini berdiamensi antara 6.5 15.5 cm panjang dan 3.5 - 7.6 cm lebar dengan warna hijau gelap. Dalam pada itu bunga jantan dan betina ia berputik secara berasingan di mana pendebungaan dilakukan dengan agen serangga. Tekstur bunga ini mempunyai empat kelopak tampak berwarna merah jambu di bahagian luar dan kuning air pucat di dalam. Buah Beruas berbentuk bulat yang berukuran 5 cm lebar dengan kulit pauh serat berwarna merah mawar apabila masak. Selalunya buah beruas mengeluarkan bau seperti epal serta memberi rasa agak masam berbanding buah manggis. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai apakah dia pokok dan buah beruas untuk dijadikan bahan rujukkan  semua.


Dilaporkan agak sukar untuk melihat pokok beruas kerana pokok ini tidak di komersilkan oleh petani walau pun di Negeri Perak sendiri. Penulis blog beberapa kali dapat melihat pokok beruas di tanam di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Perak dan juga di Taman Botani Putrajaya. Laporan nilai ekonomi tumbuhan ini pun penulis blog belum pernah dapat jumpa begitu juga degan laporan hasil penyelidikan. Apa pun pernah terbaca laporan dimana bahagian akar dan daunnya pernah ia dimanfaatkan dalam kaedah perubatan tradisional kerana dipercayai mampu melegakan masaalah gatal-gatal. Bagaimana pun tidak ada sebarang testimoni dapat dirujuk mengenai perkara ini. Dalam merujuk laporan dari Perak ada dinyatakan dimana pokok ini diberi nama kepada sebuah pekan iaitu Pekan Beruas yang berkaitan dengan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas dimana ia ada dikisahkan di dalam Muzium Beruas. Pusat kerajaan yang paling awal diketahui ini terletak di negeri Perak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (menjadi darah Manjung pada hari ini). Dalam muzeum tersebut dinyatakan dimana pokok beruas atau manggis hutan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia dan negara ASEAN lain. Pokok beruas mudah hidup di tanah berpasir dan berbatu dimana ia memang ada banyak terdapat di pantai timur Semenanjung termasuk di negeri Pahang, Terengganu serta Kelantan. Ramai yang juga dakwa sekilas pandang dimana pokok beruas seakan-akan sama dengan pokok manggis akan tetapi getahnya berwarna putih, bunga dan buahnya lebih kecil daripada buah manggis. Selalunya buah beruas yang sudah matang kelihatan seperti buah manggis kecuali isinya berwarna kuning, nipis dan masam. Bagaimana pun kenas awas kerana getahnya boleh memabukkan jika termakan. Buah beruas juga mempunyai nilai perubatan tradisional yang tersendiri walau pun tidak dijelaskan secara saintifik. Bagaimana pun dilaporkan buah beras ini selain dari sedap dimakan segar isinya yang nipis, beraroma serta rasa masam itu dimana ia juga boleh diproses dan dijadikan jus dan agar-agar. Buah Beruas juga didakwa ia mempunyai nilai perubatan tradisional yang tersendiri.  


Dalam laporan oleh hmetro.com ada artikel bertajuk 'Buah beruas masam tapi sedap' dimana sesuai dijadikan bahan rujukkan. Pokok beruas atau manggis hutan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia dan negara ASEAN lain. Akhbar tersebut laporkan dimana pokok beruas ini mudah hidup di tanah berpasir dan berbatu. Banyak terdapat di pantai timur Semenanjung iaitu seperti di Pahang, Terengganu serta Kelantan. Ia berbunga dan berbuah, tapi tidak mengikut musim. Kadang-kadang pada pokok yang sama terdapat bunga dan buah yang sudah masak. Pokok beruas membiak secara semula jadi iaitu dengan bijinya. Pokoknya bersaiz kecil dan mencapai ketinggian 4 hingga 6 meter (m). Batang pokok ini lurus tegak dengan dahan yang banyak bercabang. Kulit batangnya berwarna kelabu dan tanggal seperti kepingan nipis berbentuk bujur memanjang.  Pokok beruas seakan-akan sama dengan pokok manggis, tetapi getahnya berwarna putih, bunga dan buahnya lebih kecil daripada buah manggis. Buah beruas berbentuk bulat iaitu lebarnya berukuran hingga 5 sentimeter (cm). Buahnya berwarna merah atau jingga cerah. Buah yang sudah matang kelihatan seperti buah manggis kecuali isinya berwarna kuning, nipis dan masam, namun sedap dimakan. Ia sedap dimakan segar. Isinya yang nipis, beraroma dan masam juga boleh diproses untuk dijadikan jus serta agar-agar. Buah beruas juga mempunyai nilai perubatan tradisional yang tersendiri. Bahagian yang digunakan ialah buah, akar dan daun. Nama pekan Beruas, Perak diambil daripada nama pokok ini. Pekan Beruas pada awalnya bermula dari satu kawasan bernama Belukar Sambang.


Dalam bharian.com pula di laporkan bagaimana 'Kelebihan buahan nadir kurang didedahkan' ada kaitan dengan pokok beruas. Mungkin anda selalu mendengar kiasan orang lama seperti 'sayang-sayang buah kepayang, dimakan pahit, dibuang sayang' tetapi berapa ramai yang pernah melihat atau mengetahui kegunaan buah berkenaan.  Buah kepayang adalah satu tumbuhan yang dimasukkan dalam kategori pokok nadir yang bermaksud spesies tumbuhan yang hanya tinggal sedikit atau kini jarang ditemui. Apa pun dalam erti kata lain, pokok nadir ini jarang dijumpai dan kelebihannya juga tidak didedahkan kerana baunya yang kurang menyenangkan, rasa yang sangat kuat dan sedikit masam membuatkan ia kurang digemari masyarakat. Para pengumpul tumbuhan nadir di Taman Botani Putrajaya Mohd Nor dakwa buah kepayang banyak digunakan dalam masakan manakala daunnya digunakan sebagai penghalau serangga. Dari segi penyediaan pula ia perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya apabila dimakan, ia tidak memudaratkan atau mengakibatkan kesan sampingan seperti pening kepala. Jika di Sarawak, buah kepayang ini dihiris dan dibiarkan pada air mengalir semalaman untuk membuang racun yang ada pada buah berkenaan. Selepas racunnya hilang, barulah buah ini digoreng dan rasanya sama seperti ubi manakala di Melaka pula, kaum baba dan nyonya menggunakan biji buah kepayang ini dalam masakan mereka seperti asam pedas sebagai penambah perisa. Daunnya pula digunakan untuk menghalau serangga. Dulu kita tidak mempunyai peti ais untuk menyimpan makanan. Jadi, ikan yang sudah dikeringkan atau disalai akan dibungkus menggunakan daun kepayang kerana serangga tidak akan mendekati makanan yang dibalut menggunakan daun kepayang. Taman Botani Putrajaya mempunyai koleksi buahan nadir yang lengkap di negara ini, yang mengambil masa hampir 10 tahun untuk mengutip setiap biji benih spesies pokok berkenaan. Dari utara hingga selatan dan masuk ke segenap pelosok kampung semata-mata bagi mendapatkan biji benih pokok nadir tertentu untuk disemai di sini. Mereka turut mencari biji pokok nadir ini di Sabah dan Sarawak, malangnya pokok yang disemai tidak berbuah, berkemungkinan besar berpunca daripada persekitaran yang berlainan. Antara pokok nadir yang terdapat di Taman Botani Putrajaya ialah tampoi, belimbing, pokok riang, riang dot, buah mentega, buah bidara, mempisang, gajah beranak, rokam dan kerkup. Dari segi khasiat dia tidak berani untuk mengesahkan, tapi jika dilihat pada zaman dulu pokok gajah beranak ini ada juga digunakan sebagai ubat selepas bersalin bagi memulihkan rahim. Salah satu yang ada termasuk Buah Beruas iaitu salah satu tumbuhan di bawah kategori buah nadir yang terdapat di Taman Botani Putrajaya. Bagaimana pun kebanyakan buahan nadir ini boleh dimakan, ada yang makan bersama kuah rojak atau diletakkan dalam sambal belacan kerana rasanya yang masam. Selain buah kepayang, penulis turut berpeluang melihat dan merasa buah mentega yang juga dikenali sebagai 'Velvet Apple' kerana permukaan kulitnya seperti baldu. Kalau pada mulanya, bau yang keluar dari buah mentega itu kurang menyenangkan, seolah-olah ia sudah busuk tetapi apabila dimakan, rasanya agak manis dan sedikit berlemak. Buah mentega itu juga didakwa mempunyai manfaat tersendiri iaitu mujarab untuk mengelakkan mata daripada rabun dan penyakit selaput mata. Dilaporkan buah mentega juga baik untuk sistem pencernaan kerana kandungan serat yang tinggi di dalamnya dapat menyembuhkan sembelit. Bagi mereka yang mengalami kekurangan darah atau anemia, buah mentega sesuai untuk dimakan kerana kandungan zat besi di dalam buah itu dapat mengatasi masalah berkenaan. Bagi mereka yang sukakan kecantikan, buah mentega dapat membantu menghalus dan mencerahkan kulit secara semula jadi serta melambatkan proses penuaan. Buah Nadir Asam Gelugur selalu dijadikan kepingan yang dikeringkan dapat mengurangkan berat badan, mengatasi obesiti dan menurunkan tahap kolestrol. Jus daunnya boleh diminum untuk mencuci bahagian peranakan serta mengurangkan tekanan darah. Daun dan akarnya diguna untuk merawat sakit telinga, daun dan buah ditumbuk halus serta ditampal pada perut wanita selepas bersalin. Dalam pada itu dilaporkan Pokok Beruas dimana buahnya seakan manggis tetapi lebih kecil, dengan isi lebih nipis dan masam. Akar dan daun digunakan secara perubatan untuk melegakan gatal-gatal. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH POKOK BERUAS... BUAH NADIR DIA...
MEMANG TIDAK KENAL... JARANG JUMPA...
KURANG DIKETAHUI... APA KEGUNAANNYA...
MEMBACA ARTIKEL.. DAPATLAH INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...