Support My Blog

Friday, February 9, 2024

SKIM PENSIJILAN MYGAP SEKTOR AKUAKULTUR

SKIM PERSIJILAN MyGAP
bagi Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) mula diperkenalkan pada tahun 2005 meliputi sistem ternakan akuakultur kolam, sangkar, tangki, panti benih (hatcheri) dan pengeluaran rumpai laut. Apa pun skim ini adalah bermatlamatkan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan dan berkualiti tanpa memudaratkan persekitaran, kebajikan haiwan dan mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Malaysia Good Agricultural Practice (MyGAP) merupakan penjenamaan semula bagi sektor akuakultur. Skim ini dikendalikan dan di uruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Merujuk kepada DOF dimana sebenarnya antara faedah skim ini adalah bagi (1) Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap hasil akuakultur yang bersih, selamat dan dikeluarkan tanpa menjejaskan kualitit alam sekitar. (2) Ia memberikan jaminan kerajaan bagi produk akuakultur yang selamat melalui aktiviti pensampelan. (3) Komitmen ladang untuk mengeluarkan hasil akuakultur yang selamat dimakan dan meningkatkan keyakinan pengguna. (4) Memperluaskan laluan pasaran kepada hasil akuakultur Malaysia. Di nyatakan dimana k
riteria permohonan adalah di mulakan dengan proses pemilihan tapak ternakan yang mempunyai pemilikan dan diusahakan secara sah (persendirian/ sewa/ pemilikan sementara/ pajak). Seterusnya pengusaha telah menjalankan ternakan sekurang-kurangnya setahun dan telah mempunyai rekod pengeluaran hasil. Ketiga pemohon hendaklah ada menyimpan dokumen dan rekod ladang yang dikemaskini. Seterusnya keem[at dimana pemohon bersedia menerima pandangan, teguran dan saranan penambahbaikan terhadap aspek ternakan yang mengamalkan akuakultur baik. Akhir sekali ke lima dimana pemohon mesti mempunyai dokumen program jaminan kualiti sebagai bukti. Sebagai prosedur permohonan dalam cara untuk memenuhi syarat dan kriteria pengiktirafan MyGAP maka sebaiknya penternak berdaftar dengan mengisi borang ARF-01 Jabatan Perikanan Malaysia. Kemudian pihak DIF melalui Unit Biosekuriti Negeri akan menjalankan kerja-kerja pemeriksaan pra-pendfataran dan pengesahan ladang yang memohon. Dalam masa itu nombor pendaftaran akan juga dikeluarkan kepada pemohonan yang layak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan apakah dia cara untuk mendapatkan sijil dalam Skim Persijilan MyGAP Ladang Akuakultur di MAlaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Skim ini menetapkan beberapa kriteria penilaian semasa pemeriksaan dimana kriteria ini adalah berpandukan kepada keperluan piawai seperti terkandung dalam piawiian iaitu -MS 1998:2007 – Good Aquaculture Practice (GAqP) - Aquaculture Farm General Guidelines; MS 2467:2012 - Code of Practice for Seaweed Cultivation
Dalam garispanduan ini dinyatakan dimana ada lima (5) kriteria utama yang digunapakai semasa proses mendapatkan persijilan skim ini. Ini termasuk aspek Keselamatan Makanan Keperluan Kesihatan Ikan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kelestarian Persekitaran dan juga aspek berkaitan dengan Kebajikan Haiwan. Dalam pada itu ada sebanyak lapan belas (18) perkara perlu dipatuhi semasa pemeriksaan dijalankan dan pemohon perlu menepati perkara ini. Perkara tersebut termasuk aktiviti Pemilihan Tapak, Kawalan Air Buangan, Pembinaan Ladang, Kebersihan dan keadaan permukaan bersentuh, Reka bentuk kolam atau sangkar, Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Air, Amalan Kebersihan Ladang, Pembajaan Kolam, Sosial dan Kebajikan Pekerja, Kawalan Pemangsa dan Makhluk Perosak, Penuaian dan Pengendalian Hasil Ladang, Bekalan Bahan Mentah (Aditif, Benih), Pelabelan, Penyimpanan dan Penggunaan Sebatian Berbahaya, Pengurusan Kesihatan Ternakan, Penyimpanan Rekod Ladang, Kawalan Biosekuriti Ladang dan akhir sekali mesti ada persijilan Halal.

Dilampirkan carta alir bagaimana proses permohonan dan Pendaftaran baharu Persijilan MyGAP.



Penternak atau usahawan yang telah berjaya mendapatkan Persijilan MyGAP Ladang Akuakultur akan diberikan sijil dimana temph sah laku adalah selama dua (2) tahun. Selepas tamat tempoh sah laku penternak ladang akuakultur boleh memohon untuk menambung persijilan tersebut dan proses pemeriksaan akan dijalankan oleh Jabatan Perikanan untuk tempoh selama 2 tahun lagi jika semuanya menepati piawaian yang disediakan. Sebaiknya permohonan oleh penternak untuk pembaharuan sijil ini dilakukan dalam masa 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh persijilan yang lama. Ini akan membolehkan pihak Jabatan Perikanan membuat persediaan bagi pemeriksaan. Dalam skim ini juga ada proses iaitu  Pembatalan Sijil bagi mereka yang tidak layak. Ladang ternakan akuakultur yang didapati telah tidak mengamalkan kriteria MyGAP serta melanggar dan tidak akur kepada mana-mana syarat piawaian pengiktirafan pensijilan berdasarkan boleh dilakukan bersasarkan kepada keadaan dimana ladang telah berpindah ke lokasi lain. Ia juga boleh dibatalkan jika berlaku perubahan kepada operasi dan jenis ternakan ladang (Contohnya sebelum ini adalah usaha menternak ikan dan di tukar kepada usaha menternak udang). Pembatalan juga boleh berlaku jika pihak pengurusan ladang menarik diri secara sukarela disebabkan oleh sebeb tertentu dan di beritahu kepada Jabatan Perikanan. Paling sering berlaku pembatalan adalah dimana penternak akuakultur sudah tidak mengekalkan tahap pematuhan semasa aktiviti serveilan dan pemeriksaan mengejut dilakukan di ladang ternakan akuakultur dilakukan. Pembatalan juga boleh dilakukan jika dilaporkan dan didapati dimana hasil ladang tidak selamat dan dikesan telah melepasi paras sisa maksimum yang dibenarkan melalui program pensampelan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia. Ini kerana produk akuakultur tersebut sudah di ketahui ia tidak selamat untuk di gunakan. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan mana-mana Pejabat Jabatan Perikanan yang terdekao. Semuga tulisan ini dapat memebri sedikit penjelasan mengenai apakah dia proses untuk mendapatkan persijilan MyGAP bagi Ladang Akuakultur sebagai rujukkan semua. Wasallam!!!...
PERSIJILAN MYGAP... ADA DI MALAYSIA...
LADANG AKUAKULTUR...POHON SAJA...
PROSEDERU DIJELASKAN...SILA BACA..
KURANG FAHAM... SILAKAN BERTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...