Support My Blog

Thursday, February 1, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 2)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee di Malaysia dari yang dihasilkan oleh usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya dihidangkan kering, berkual atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini.Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(3) KUE TIOW

Mee Kue Tiow (Perkataan dalam bahasa Mandarin atau Shahe fen atau he fen) adalah sejenis mee buatan kaum Cina yang berwarna putih, nipis berbentuk lebar dan ia diperbuat daripada beras (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog yang memang suka makan pelbagai resepi berasaskan kepada mee kue tiow memang sering membuatnya di rumah atau menikmatinya di kedai makan. Apa pun tanpa kewujudan kuey teow maka resepi seperti  Kuetiau Goreng, Kuetiow Sup, Kuetiow Tomyam, Char Kuetiow dan sebagainya tidak dapat di sediakan. Paling ramai masyarakat suka mengenai mee kuetiow ini adalah resepi Kuetiau goreng boleh dianggap serupa dengan laksa beras, namun ia lebih ringan dan sedikit berminyak. Salah satu hidangan yang kerap disediakan dengan menggunakan jenis mee ini ialah Kuetiau Goreng Kerang (Sila lihat foto paling atas). Saya sudah ada menulis mengenai apakah dia kuetiow goreng kerang dan semua ciri kehebatannya dalam blog ini (Sila Klik Disini).  Makanan Kue Tiow Goreng Kerang pula merupakan sejenis makanan yang didakwa paling enak di jual di beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Penulis blog juga maklum dimana populariti Kue Tiow Goreng Penang bersama Laksa Penang juga sudah mendapat kedudukan nama tersendiri sebagai satu resepi makanan yang dikenali di Asia Tenggara. 
Penulis blog ada beberapa kali menjamu selera kue tiow goreng ini dimasak dengan arang kayu seperti yang viral di Pekan Kuala Pilah. Umumnya untuk memasak kue tiow goreng kerang perlukan bahan-bahan seperti 1 peket koey teow, daun kucai yang mesti dicuci dan dipotong 1 inci panjang, penting ada semangkuk kecil taugeh dibuang akarnya, udang saiz sederhana atau udang sesuai mengikut suka banyak mana. Bahan lain yang mesti ada seperti 1 mangkuk kecil isi kerang (kerang direbus dahulu dan diambil isinya), 1 sudu makan sos tiram, 2 sudu makan kicap pekat, 3 sudu makan kicap cair, 2 sudu makan cili kering kisar serta 3 sudu makan sos cili. Dalam pada itu disediakan juga 4 ulas bawang putih yang diketuk dan dicincang halus, 2 biji telur serta sedikit minyak masak. Cara-cara memasaknya dengan memanaskan sedikit minyak dan dimasukkan telur yang telah dipukul rata. Adunan ini dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble) dan dikeetepikan. Seterusnya dimasukkan lagi sedikit minyak untuk menumis bawang putih hingga wangi. Kemudian dimasukkan cili kisar dan dikacau hingga pecah minyak serta dimasukkan semua sos dan kicap.  Kemudian dimasukkan udang dan isi kerang lalu dikacau rata hingga udang masak. Akhirnya dimasukkan koey teow, kucai dan taugeh dan dikacau rata sebelum kemudian dimasukkan telur hancur dan sentiasa dikacau rata. Bila semuanya sudah mesra maka bolehlah ditutup api dan ia sedia dihidangkan. Bagaimana pun selalunya ada yang menggoreng telur secara berasingan kerana ada yang tidak mahu koey teow goreng jadi terlalu kering dana sesuai ditabur cili jeruk, sos atau bahan hiasan lain.


(4) MEE KERING - YEE MEE

Mi jenis Yee Mee adalah dalam bentuk mee kering di Malaysia dimana ia paling sering di kaitkan dengan cara penyediaan mee berkuah atau 'Sizzling'. Penulis blog ada sesekali memakan hidangan mee yee mee yang di sediakan secara sizzling di beberapa pasaraya terkemuka yang ada di Malaysia. Peminat yee mee yang menggemari sesuatu yang ranggup pasti akan mengemari Yee Mee. Yee Mee yang datang dalam bungkusan lut sinar ini merupakan salah satu mee yang ranggup dan anda boleh makan begitu sahaja  walau pun ada yang dakwa dimana rasanya tidak sesedap jika dimasak secara berkuah (Sila lihat foto disebelah). Semasa kering dilihat dimana tekstur yee mee yang ranggup ini biasanya dibuat dengan hidangan yang berkuah seperti 'Claypot Yee Mee' yang digabungkan dengan cendawan chiitake, daging ayam, telur ayam dan sebagainya dengan kuah berwarna hitam. Tekstur serta kuah yee mee claypot yang selalunya mempunyai imbangan anatara masin dan manis ini pasti membuat anda makannya berulangkali. Penulis blog konsikan resepi Masakan Tee Mee Hotplate yang boleh dibuat dirumah sendiri. Bahan di perlukan adalaj 
8 ulas bawang putih dihiris, 2 inci halia yang di hiris, 10 tangkai cili kering di potong 3, Isi ayam secukupnya dipotong, 4 sudu makan sos tiram, 3 sudu makan kicap cair, 3 sudu makan kicap masin/manis, 1 sudu makan lada hitam kisar, 2 kiub ayam Knorr tanpa MSG, Bahan cendawan shitake dipotong, 2 sudu makan tepung jagung yang perlu dibancuh dengan 1/2 gelas air, 1 sudu makan minyak bijan, Yee mee yang dicelur separuh masak, sedikit sawi yang di celur, telur ayam, gula dan garam secukup rasa serta 6 cawan air. cara memasaknya dengan memanaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam dan digreng dimana kemudian dimasukkan 6 cawan air atau lebihdiikuti sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin/manis, lada hitam dan kiub ayam. Seterusnya masukkan cendawan shiitake (kalau beli yang kering kena rendam dulu). Biar hingga cendawan lembut.
Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka. Akhir sekali boleh masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa. Kemudian di sendukkan kuah yang sudah siap ke dalam kuali kecik hotplate. Masuk segenggam yee mee dan dibiarkan sehingga lembut. Kemudian dipecahkan telur ayam dan masukkan sawi dan sedia untuk dinikmati.


(5) MEE SANGGUL

Mee Sanggul atau pada orang Johor di namakan sebagai 'Mee Siput' ini adalah ia merupakan sejenis mee yang unik bentuknya kerana ia mempunyai bentuk seperti 'Sanggul'.  Apa pun jika diteliti dimana mee ini 
bentuknya yang seakan bersanggul adalah menyerupai rambut atau gelung. Mee ini boleh ditemui dalam pelbagai saiz dan tekstur akan tetapi ciri utamanya adalah adanya paksi atau gelung pada mee tersebut dan dijual sebagai mee yang kering. Keunikan bentuk mee sanggul menjadikannya berbeza daripada mee biasa dan ia boleh disimpan lama dimasak jika perlu. Apa pun lazimnya dimana mee sanggul sesuai dimasak dengan pelbagai jenis hidangan dimana kuliner sesuai terutamanya hidangan yang berkuah. Kekuatan tekstur mee yang mampu menyerap kuah dengan baik menjadikannya pilihan yang baik untuk hidangan seperti sup, mee rebus, laksa, atau mee hailam. Kelebihan menyerap rasa kuah membuat mee sanggul memberikan pengalaman menikmati makanan yang lebih memuaskan. Pada penulis blog yang suka makan 'mee kenduri' yang gunakan bahan utama mee sanggul memang amat suka memakannya. Biasanya selain daripada hidangan berkuah, mee sanggul juga boleh digunakan dalam hidangan sebagai mee goreng atau dicampur dengan sos untuk mencipta pelbagai jenis hidangan yang menarik. Keunikan bentuknya juga membuatnya menjadi pilihan menarik untuk hidangan yang ingin menonjolkan elemen visual. Ada yang masuh tidak tahun pasal mee sanggul?. Asasnya ia sama seperti mee kuning cuma bezanya ia sudah kering, lebih kenyal dan tahan lama. Bagi memasaknya maka perlu direbus mee sanggul di dalam air mendidih selama 3 hingga 5 minit di dalam air mendidih. Apabila lembut ia diangkat dan ditoskan air sehingga kering. Apa pun resepi adalah disediakan mengikut citarasa sendiri sama ada dimakan bersama sup ataupun ia sesuai digoreng. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...