Support My Blog

Showing posts with label Plant Names. Show all posts
Showing posts with label Plant Names. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

NAMA LAIN - BUAH PALA

BUAH PALA (Myristica fragrans) merupakan sejenis tumbuhanan dari keluarga Myristica yang mempunyai lebih dari 100 spesis diseluroh dunia. Buah pala dipercayai berasal dari kawasan Indonesia khususnya kepulauan Maluku dan ditanam di kawasan Asia Tenggara, Granada, Mauritius dan West Indies. Di Malaysia pokok pala banyak ditanam di Pulau Pinang(islands) dan di proses untuk dijadikan jeruk buah pala, minyak buah pala dan halwa buah pala yang saya kenal semenjak berpuloh tahun dulu. Anggaran pengeluaran buah pala didunia sekitar 10,000-12,000 tan setahun dimana paling banyak dikeluarkan oleh Indonesia (75%) dan Grenada (20%). Sebanyak 5% lagi penghasilan oleh India, Papua New Guinea, Malaysia, Sri Lanka dan kepulauan Carribean. Artikel kali ini saya menulis tentang nama-nama pokok buah pala dalam bahasa lain didunia dalam 'Anim Agro Technology' untuk rujukkan dan pembacaan umum.

Pokok Buah pala mampu tumbuh sehingga 8-12 meter tinggi dimana mempunyai batang utama dan banyak dahan. berwarna kelabu gelap Daunnya berbentuk elips langsing atau 'ovate-alternate' berwarna hijau berukuran 5 cm lebar dan 10 cm panjang. Pokok pala mempunyai 'Pokok Jantan' dan 'Pokok Betina' selpas 4-6 bulan kita dapat tahu diladang. Pokok Jantan menghasilkan debunga untuk pokok betina jadi pastikan pokok jandan tidak di tebang semua dan kadar disyorkan setiap 1 pokok jantan ada 8 pokok betina. Pokok yang 'hemaprodite' kadang-kadang ujud tetapi sangat jarang dijumpai dikebun.
Myristica fragrans Houtt.

NAMA BOTANI BIASA PALA : Myristica fragrans Houtt.
NAMA BOTANI LAIN (SYNONYM) : Myristica officinalis L. f.

NAMA-NAMA LAIN BUAH PALA: 

BAHASA ARAB : 
Basbas, Basbasah (mace), Jousbuva , Jousbwa, Jouzuttib, Jusa altib (Egypt), Josat al teeb.

BAHSAS ARMENIAN
Mshkenkoyz, (Mykynkoyz) Mekenkoyz.


BAHASA ASSAMESE : Jaiphol.


BAHASA BENGALI : Jayphal, Jaiphal, Jayatri.

BAHASA BULGARIA : Indijsko orehche.

BAHASA BURMA : Zadeikpo.

BAHASA CATALAN : Nou moscada.


BAHASA CHINA : 
Rou dou kou,  Rou dou kou yi (mace),  Rou guo, Rou kou, Yu guo,  Yu guo hua (mace).

BAHASA CROAT : Muškatni cvjetić (mace), Muškatni oraščić.

BAHASA CZECH : Muškátový květ (mace), Muškátový ořech .


BAHASA DANISH : Muskatblomme (mace), Muskatnød.

BAHASA BELANDA : Foelie (mace), Nootmuskaat, Nootmuskaatboom.

BAHASA INGGERIS : Mace, Nutmeg, Nutmeg tree.

BAHASA ESTONIA : 
 Maasis, Muskaatõis (mace), Muskaatpähkel, Lõhnav muskaadipuu (tree).

BAHASA FINLAND: Muskottikukka (mace), Muskottipähkinä.

BAHASA PERANCIS : 
Fleur de muscade, Macis, Noix de banda, Noix de muscade (nut), Muscade (product), Muscadier, Muscadier commun (tree), Pied de muscade, Pied-muscade.

BAHASA JERMAN : 
Muskatblüte (mace), Muskatnuß (nut), Muskatnußbaum (tree).

BAHASA GREEK : Moschokarido, Moschokarido anthos.

BAHASA GUJARAT : Jāyaphaḷa, Jāyapatrī (mace).


BAHASA HEBREW : Egos muskat, Egoz musqat, Mays.

BAHASA HINDI : 
Jaayphala (Jayphala), Japhal, Jaephal, Jaiphal, Jaitri, Jāyaphala, Taifal.

BAHASA HUNGARY : 
 Szerecsendió, Szerecsendió virág (mace).

BAHASA ICELAND : Múskat, Múskathýði (mace), Masi.

BAHASA ITALI : Mace, Noce moscata.

BAHASA JEPUN : 
Meesu (mace), Mirisutika,  Natsumegu,  Nikuzuku.


BAHASA KOREA : Meisu (mace), (Yug du gu) Yuk tu gu.


BAHASA LAOS : Chan theed, Chan thet, Dok chan thet.

BAHASA LITHUANIA : Muskatas, Kvapusis muskatmedis.


BAHASA MELAYU : 
Buah pala, Bunga pala, Kambang pala (Java), Kembang pala, Pala banda, Sekar pala (mace).

BAHASA MALAYALAM : 
Jathi, Jathikka, Jathikkayu, Jathikosham


BAHASA NEPAL : Jaaiipatrii, Jayaphal.

BAHASA NORWAY : Muskatblomme (mace), Muskatnøtt.

BAHASA PARSI : 
Djus hendi, Basbaz, Juz hendi, Jouzboyah, Jouz hendi.

BAHASA POLAND : Drzewo muszkatołowe (tree), Gałka muszkatołowa, Muszkat.

BAHASA PORTUGIS : 
Bicuiba, Flor de noz moscada (Brazil), Macis, Noz moscada (Brazil), Nuz moscada, Moscadeira

BAHASA PUNJABI :  Jaiphal,  Javatri (mace).


BAHASA RUSSIA : 
Matsis (mace), Мускатный орех Muskatnyj orekh, Мускатный цвет Muskatnyj tsvet, Мускатного ореха Muskatnogo orekha, Mushkatnoi drechi, Сушеная шелуха мускатногоореха Sushonaya shelukha muskatnogoorekha (mace), Сушёная шелуха мускатного ореха Sushonaya shelukha muskatnogo orekha (mace).


BAHASA SANSKRIT : Jajiphalam, Jajipatri, Jatipatra (mace), Jatiphala.

BAHASA SERBIA : Мускатни орашчић Muskatni oraščić.


BAHASA SINHALESE : Sadikka, Vasi vasi 

BAHASA SLOVAKIA : Muškátový kvet (mace), Muškátový orech, Muškátovník voňavý.


BAHASA SEPANYOL : Macia, Macis, Moscadero, Moscada, Nogal moscado, Nuez moscada.

BAHASA SWEDEN : Muskotblomma , Muskott, Muskotnöt.

BAHASA TAGALOG (FILIPINA): Duguan.


BAHASA TAMIL : 
Ātipalam, Cātikkāy, Cātippattiri , Cātippū, Jadikkai, Jāti kāy, Jatikka, Jātikkāy, Jati pattiri , Pattiri 


BAHASA THAI : 
Chan ban, Chan thet, Dok chan thet , Look chan thet,  Met chan thet, (Dton jan tayt) Ton chan thet.

BAHASA TURKI : Besbase , Küçük hindistan cevizi

BAHASA UKRAINE : Мускатний горіх Muskatnyj horikh.

BAHASA URDU :  Basbas , Jaiphal, Jaiphal, Jautri , Javitri.


BAHASA VIETNAM : Đậu khấu, Nhục đậu khấu.

Buah Pala merupakan satu jenis buah herba yang banyak digunakan diseluruh dunia. Itulah sebabnya banyak nama-nama lain untuk buah pala dalam banyak bahasa. Diharap dengan artikel ini akan membantu pembaca dalam menyebut nama lain buah pala pada masa akan datang.

Pokok buah pala dewasa

ORANG INGGERIS NUTMEG....ITU BUAH PALA....
BAHASA TAGALOG .....DUGUAN KATA JUGA...
BAHASA ARAB...'BASBAS' ATAU JOUSBWA....
BANYAK KEGUNAAN...JANGAN KETAWA...

By,
M Anem
Stesyen Pertanian Relau,
Pulau Pinang,
Malaysia
(3 September 2012) 

Wednesday, August 29, 2012

NAMA LAIN - SERAI

SERAI (Cymbopogon citratus) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Graminae atau keluarga rumput yang banyak ditanam dikeliling rumah atau secara komersil di Malaysia. Saya dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman serai di negara kita. Serai digunakan dalam masakan dan juga ada yang di ekstrak patinya bagi tujuan mendapatkan aroma minyak serai. Kajian saya mendapati terdapat beberapa jenis serai yang ditanam di Malaysia iaitu Serai Pasar, Serai Wangi, Serai Peha Ayam, Serai Peha Gajah dan Serai Liar. Serai sangat mudah ditanam dan mudah dijaga kerana ia merupakan tanaman yang tahan lasak. Lazimnya serai akan matang dalam masa 3-5 bulan sebelum dituai sepenohnya. Jika kita hendak tahu nama-nama lain serai dalam bahasa asing sila baca dalam artikel ini seterusnya...


  
NAMA BOTANI SERAI : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf.

NAMA LAIN SERAI ATAU SYNONYM(S)

Andropogon citratus DC., 
Cymbopogon citratus (DC. ex Nees) Stapf


NAMA SERAI DALAM BAHASA LAIN :

BAHASA CHINA : Ning meng cao, Xiang mao, Xiang mao cao.

BAHASA BELANDA : Citroengras.

BAHASA INGGERIS  : Citronella grass, Lemon grass, West Indian lemon grass.

BAHASA PERANCIS : Verveine des Indes, Citronnelle.

BAHASA JERMAN : Lemongras, Zitronengras.

BAHASA HINDI : Khawi.

BAHASA INDONESIA : 
Sereh (Indonesia), Sereh makan (Indonesia). 

BAHASA JEPUN : Remon gurasu, Remonsou. 



BAHASA KOREA : 그라스.

BAHASA MALAYSIA : Serai, Serai makan,

BAHASA NEPAL : Pirhe ghaans.

BAHASA PORTUGIS : Erva-cidreira.

BAHASA RUSIA : Лимонное сорго.

BAHASA SRI LANKA (SINHALESE) : Sera.

BAHASA SEPANYOL (SPANISH) :
Limonaria (Argentina), Malojillo, Te de limon (Honduras), Pasto cedrón (Argentina), Pasto-limón (Argentina), Zacate-limón (El Salvador), Zacate-dete.

BAHASA SWEDEN (SWEDISH) : Citrongräs.

BAHASA FILIPINA (TAGALOG) : Tanglad.

BAHASA THAI : Ta khrai.

BAHASA VIETNAM : Sà.

Nama serai dalam bahasa Vietnam merupakan yang paling pendek dan paling mudah untuk diingati. Apa tidaknya hanya sebut 'Sa' sahaja untuk tanaman serai. Maknanya sama cuma sebutannya sahaja berbeza. Masakan Tom Yam diantara masakan yang banyak menggunakan bahan serai. Dimana-mana sahaja setiap malam di Malaysia terdapat restoran Tom  Yam yang menggunakan serai sebagai salah satu komponen utama. Wasallam!

DI NEGARA KITA ...SERAI WANGI NAMANYA...
DI THAILAND PULA...'TA KHRAI' PANGGILANNYA...
MELAZATKAN MAKANAN...MURAH HARGANYA...
MUDAH DITANAM.. KELILING RUMAH SAHAJA....

By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Melaka , Malaysia.
(1 Shawal 1433H)

Friday, August 24, 2012

NAMA LAIN - PETOLA

PETOLA SEGI (Luffa acutangula) merupakan sejenis sayuran buah  yang menjalar dari keluarga Cucurbitaceae dan di tanam untuk pasaran domestik. Seluas 1,367 hektar petola ditanam sepanjang tahun 2011 dengan pengeluaran hasil sebanyak 16,009 metrik tan. Kawasan utama penanaman petola di Malaysia adalah di Pahang (489 hektar), Kelantan (258 hektar) dan Johor (208 hektar). Beberapa varieti petola yang ditanam adalah petola tempatan, Petola Segi Panjang (No 3311) dan Petola Segi Gred A F1 (3322). Kegunaan petola segi ini hanya untuk dijadikan sayuran dengan dimasak tumis, masak air atau pun sayur campur. Kajian saya dibeberapa kawasan tanaman petola mendapati harga ladang sekitar RM 1.44/kg dan harga runcit pula sekitar RM 3.05/kg sepanjang tahun 2011. Artikel petang ini saya menulis beberapa sebutan lain dalam bahasa asing tentang petola segi yang boleh kita pelajari dalam 'Anim Agro Technology'.




NAMA BOTANI : Luffa acutangula (L.) Roxb.
NAMA LAIN ATAU SYNONYM(S) : 
Luffa acutangula (L.) Roxb. var. acutangula
Cucumis acutangulus L., Cucurbita acutangula (L.) Blume

NAMA DALAM BAHASA ASING :

BAHASA ARAB : Bamya seeny 

BAHASA BENGALI :  Jhingey.


BAHASA CHINA : 
Guang dong si gua, Guang dong si gua, Yue si gua, Leng jiao si gua, Lin jiao si gua, Si gua (Guangdong), Si gua (Cantonese Sze kwa, See kua), Si gua (Taiwan), Sing kwa , Kak kuey (Hokkien - Singapore).

DANISH : Kantagurk.

BAHASA INGGERIS : 
Angled loofah, Chinese okra, Ribbed loofah, Ribbed gourd, Silky gourd, Ridged gourd, Silk gourd.

BAHASA PERANCIS : 
Courge anguleuse de Chine, Papengaye (Mauritius), Papangay (Mauritius).

BAHASA HINDI : 
Peerkankai, Jhinga torooee, Jhingli torai, Kali, Torai (Torooee), Turai, Hireballi.

INDONESIA : 
Hoyong (Indonesia), Oyong (Indonesia), Gambas (Java).

BAHASA JEPUN :  Shokuyou hechima.

KANNADA :  Heeray kayi.



BAHASA KHMER : Ronôông chrung.

BAHASA LAOS : Looy.

BAHASA MALAYSIA : Ketola, Ketola sagi, Petola sagi, Petola Sanding, 

BAHASA NEPAL : Pate ghirola, Pate toriya.

BAHASA ORIYA :  Kunduru.

BAHASA PORTUGIS : Lufa riscada.

BAHASA SINHALESE :  Dara veta kola, Veta kola, Vata kolu, Wetakolu.

BAHASA SEPANYOL : Calabaza de aristas.

BAHASA TAGALOG - FILIPINA : Patola, Patolang.

BAHASA TAMIL : Pekan aki, Peerkan kai.

BAHASA THAI : Buap, Buap liam (Boap liam), Manoi liam.

BAHASA VIETNAM:  Murop kai

VISAYAN : Buyo buyo.

Diharap pembaca dapat maklumat berguna mengenai panggilan petola didalam bahasa asing. Apa yang menarik adalah gelaran petola dalam bahasa Thai sebagai 'Buap', memang jauh daripada sebutan kita di Malaysia.

DI INDONESIA...DIPANGGIL GAMBAS SAHAJA....
'BARMA SEENY'....ORANG ARAB BERI NAMA....
DI NEGARA KITA.. PETOLA SEGI MUDAHNYA...
DI MASAK SAYUR... MEMANG ENAK RASA...

By,
M Anem
TKPM Sekijang,
Segamat, Johhor,
Malaysia.
(29 Ramadan 1433H)   

Thursday, August 16, 2012

NAMA LAIN - CILI

CILI (Capsicum annum L) merupakan sejenis tanaman yang sangat popular dan ditanam di seluruh dunia untuk dijadikan bahan utama masakan dan pelbagai tujuan lain. Terdapat 3 jenis cili yang ditanam dan dikomersialkan iaitu Cili Besar (Capsicum annum), Cili Padi (Capsicum frustecens) dan Cili Merah Aji - Amerika Selatan (Capsicum bactatum). Kajian saya mendapati penamanan cili di Malaysia merupakan satu aktiviti yang diminati ramai petani dengan keluasan cili bertanam mencecah lebih 3,000 hektar pada tahun 2011 dan menghasilkan sebanyak 34,500 metrik tan bernilai sebanyak RM 160 juta. Kebanyakan cili segar ini digunakan untuk keperlun domestik dan hanya sebahagian yang diekspot ke negara jiran. Malaysia juga banyak mengimpot cili padi Siam daripada Thailand dan sangat banyak mengimpot cili kering dari luar negara. Penggunaan cili kering banyak diperlukan dalam industri masakan, membuat serbuk kari dan perasa  makanan dan sebagainya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis nama-nama lain bagi cili dalam bahasa asing selepas bersahur untuk di kongsi bersama dalam 'Anim Agro Technology'.



NAMA BOTANI CILI : Capsicum annuum L. 
NAMA BOTANI LAIN (SYNONYM(S) : 
Capsicum indicum Lobel., 
Capsicum indicum Dierb., 
Capsicum hispidum Dunal
Capsicum annuum L. susp. baccatum (L.)
Capsicum annuum L. var. baccatum (L.) Kuntze
Capsicum annuum L. var. anomalum Franch.
SYNONYM(S) : Tubocapsicum anomalum .( Franch. et Sav.)


NAMA CILI DALAM BAHASA LAIN:
: 

1. CHINESE : Long zhu, Chi zhu.

2. ENGLISH : False pepper, Chinese false pepper, Japanese false pepper.
Capsicum annuum L. var. annuum L.

3. AFRIKAANS : Rissie.

4. ARABIC : Fûlfûl, Filfil (Irak), Filfile achdar (Egypt), Felfel achdar (Egypt), Felfel lelece (Lebanese), Fulful baladî, Fulful ahhmar.

5. CHINESE : Tian jiao.

6. DANISH : Spansk peber.

7. DUTCH : Peber.

8. ENGLISH : Capsicum, Pepper, Cayenne pepper (ingredient - dried powder).

9. FRENCH : Piment, Poivron.

10. GREEK : Piperies, Piperia, Pipera (Cyprus). 


11. HEBREW : Pilpel, Pilpelet hagina.

12. HINDI : Hara mirch, Shimlaa mirch.

13. HUNGARIAN : Paprika.

14.  ITALIAN : Pimento, Peperone, " Pepperoncini" (group name for all small peppers).

15.  JAPANESE : Peppaa.

16.  MACEDONIAN : Piperka.

17.  INDONESIAN : Lombok, Cabai, Cabe, Cabe manis, Cabai manis.

18.  MALAY (Melayu) : Cabai, Lada, Cili, Chili, Chili Pedas, Cili Besar.

19.  NEPALESE : Khursaanii.

20.  PERSIAN : Dolmeh felfel. 



21.  PORTUGUESE : Pimento.

22.  QUECHUAN : Uchu.

23.  ROMANIAN : Ardei.

24.  RUSSIAN : Perets krásnyi, Perets zelënyi.

25.  SPANISH : Pimienta, Pimiento.

26.  SWEDISH : Peppar.

27.  THAI : Phrik.

28.  TURKISH : Biber.

29.  URDU : Shimlaa mirch.

30.  VIETNAMESEOt


Kebanyakan nama cili dikaitkan dengan ciri pedas yang terdapat pada cili itu sendiri iaitu bahan Capsaicin. Dikawasan  Amerika Selatan ianya banyak digelar pimento, paprika dan piper dimana ianya amat mudah untuk diingati. Kalau anda berpeluang bercakap mengenai dalam bahasa asing, setidak-tidaknya anda boleh tahu. Ini yang cuba dipaparkan oleh penulis blog Anim Agro Technology subuh ini untuk di kongsi berwama. Wasallam!

CILI DAN CABAI.... PANGGILAN KITA.....
'PIMENTO' PULA.... PORTUGIS YANG KATA....
'FULFUL' DAN 'FELFEL' .... ARAB PUN ADA...
'FALSE PAPER'... KATA MAT SALEH PULA.....

By,
M Anem
Hospital Serdang,
Selangor, Malaysia.
(23 Ramadan 1433H) 

Monday, August 13, 2012

NAMA LAIN - TEMBIKAI

TEMBIKAI (Cucumis melo L. subsp. melo) adalah sejenis tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam di seluruh dunia dengan tumpuan untuk menghasilkan buah tembikai. Terdapat beratus-ratus varieti tembikai yang kebanyakan biji benih dihasilkan dalam bentuk tembkai jenis hibrid. Penanaman tembikai di Malaysia seluas 11,300 hektar dengan pengeluaran hasil mencecah 230,000 metrik tan pada tahun 2011. Kawasan penanaman utama tembikai adalah di Pahang, Johor dan Perak terutama ditanam dikawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit sebagai tanaman selingan. Diantara varieti tembikai isi merah yang ditanam adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Jenis isi kuning pula seperti varieti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Artikel subuh kali ini saya menulis nama-nama lain bagi tembikai dalam bahasa mereka untuk pengetahuan kita bersama.


NAMA-NAMA LAIN TEMBIKAI ADALAH :

1.   ARABIC : Qâwûn.

2.   CHINESE : 

     Xi gua, Xiang gua (Taiwanese Shiang gwa, 
     Cantonese Heung kwa), Tian gua.

3.   DANISH : Melon, Meloner (pl.).

4.   DUTCH : Meloen, Meloenen (pl.).

5.   ENGLISH : Melon, Cultivated melon.

6.   FINNISH : Meloni.

7.   FRENCH : Melon, Melons (pl.).

8.   GERMAN: Melone, Melonen (pl.).

9.   HINDI : Kharbuz, Karbuja.

10.  ITALIAN : Melone, Meloni (pl.), Popone.





11.  INDONESIA:  Blewah , Semangka londo

12.  JAPANESE : Meron.

13.  KHMER : Trâsâk sröö'w.

14.  LAOTIAN : Tèèng suk, Tèèng laay.

15.  MALAY :
Buah semangka, Bluwak (Malaysia),

16.  PORTUGUESE : Melão, Melões (pl.).

17.  RUSSIAN : Dynja.

18.  SPANISH : Melón, Melones (pl.).

19.  TAGALOG : Milon.

20.  THAI : 

     Taeng ching, Taeng lai (Teng lai), Taeng thai (muskmelon).


Tembikai merupakan buah yang banyak mengandungi khasiat dan sering dimakan sebagai buah segar. Kalau anda berpeluang melawat keluar negara bolehlah merujuk blog ini untuk mendapatkan nama-nama tempatan bagi buah tembikai dinegara tersebut. Paling tidak pun kalau anda pergi ke Thailand , anda boleh minta 'Taeng ching' atau 'Taeng lai' atau pun minta sahaja 'Taeng Thai' pasti orang Thai akan memberikan tembikai, tetapi perlu awas juga kerana slanga kita mungkin agak berbeza dan dapat benda lain. Wasallam!

NAMANYA TEMBIKAI.... MANIS RASANYA...
ORANG FILIPINA... 'MILON' KATANYA....
'QAWUN 'PULA... SI ARAB GELARNYA....
KALAU 'MELON'.... INGGERIS MENDAKWA...

By,
M Anem
Pejabat Pertanian Daerah Langkawi,
langkawi, Kedah, Malaysia.
(18 Ramadan 1433H)


Sunday, August 12, 2012

NAMA LAIN - KELAPA SAWIT

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) merupakan satu jenis tanaman paling popular masa kini dikalangan negara-negara pengeluar minyak kelapa sawit dunia seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan beberapa negara di Afrika. Tanaman ini bukan berasal dari negara Asia Tenggara tetapi telah dibawa masuk oleh penjajah untuk ditanam dan dimajukan di Malaysia. Kini terdapat seluas sekitar 4.7 juta hektar tanaman kelapa sawit direkodkan pada tahun 2012 dengan Negeri Sabah paling luas penanamannya iaitu lebih dari 1.32 juta hektar. Pokok kelapa sawit di tanam dengan varieti yang di syorkan oleh MPOB melalui penanaman secara perladangan oleh estet swasta, FELDA, Perbadanan Negeri dan juga pekebun kecil. Rujukan dari MPOB menunjukkan sektor pekebun kecil menyumbangkan 26.3% dari jumlah keluasan sawit. Malaysia adalah negara kedua terbesar mengeluarkan produk dari kelapa sawit iaitu sebanyak 1.67 juta metrik tan yang bernilai USD 7.39 billion pada tahun 2011 (Berapa billion dalam Ringgit Malaysia - kira sendiri). Masa ini Indonesia telah menjadi pengeluar produk dari kelapa sawit terbesar didunia dengan nilai hasil sebanyak 2.534 juta metrik tan bernilai USD 9.7 billion. Petang Ahad ini saya menulis nama-nama lain bagi tanaman kelapa sawit dalam bahasa asing untuk makluman semua.

Nama Bontani : Elaeis guineensis Jacq.
Nama botani serupa : Elaeis melanococca Gaertn.



NAMA KELAPA SAWIT DALAM BAHASA LAIN :-

ARAB : Nakhlet ez zayt.

BURMA : Si htan, Si ohn.

CHINA: You zong.

DANISH : Oliepalme.

ENGLISH : 

African oil palm, Macaw fat, Oil palm, Palm kernel oil.

FINLAND : 

Öljypalmu.

PERANCIS : 

Palmier à huile, Palmier à huile d'Afrique.

JERMAN : 

Afrikanische Ölpalme, Ölpalme.

ITALI : 

Palma avoira, Palma da olio, Palma oleaginosa africana.

JEPUN : Abura yashi.

MELAYU : Kelapa sawit, Kelapa sawit Bali.

PORTUGIS : 

Caiaué (Brazil), Dendenzeiro, Palmera dendém.

RUSSIA : 

Gvineiskaia, Maslichnaia pal'ma, Pal'ma maslichnaia.

SEPANYOL : 

Corojo de Guinea, Palma africana, Palma oleaginosa africana, 
Palmera de aceite.

SWAHILI : Mchikichi, Miwesi, Mjenga.

SWEDEN : Oljepalm.

THAILAND : Paam nam man.

VIETNAM : .




Potensi tanaman kelapa sawit masih luas berdasarkan permintaan minyak sayur yang terus meningkat saban tahun. Minyak isirong, oleic acid dan produk hiliran daripada kelapa sawit masih tinggi permintaannya di pasaran antarabangsa. Beberapa negara ketiga sedang cuba membangunkan tanaman kelapa sawit secara komersial seperti yang telah dicapai oleh Malaysia dan Indonesia. Jangan lupa nama-nama lain bagi tanaman ini apabila perlu.

ASALNYA AFRIKA.... KINI DI MALAYSIA....
PENGELUAR UTAMA...MEMANG INDONESIA...
POKOKNYA LASAK..... LANJUT USIA....
25 TAHUN ... UMURNYA TETAP BERJASA...

By,
M Anem
Dewan Sri Siantan,
Putrajaya, Malaysia.
(22 Ramadan 1433)
Majlis Konvokesyen KMB 

Thursday, November 24, 2011

NAMA LAIN - PETAI

PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae yang popular dikalangan masyarakat Asia Tenggara sebagai ulam yang sangat istimewa. Kajian saintis menunjukkan yang petai mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan memyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai. Kajian mendapati petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam yang mempunyai bau seperti buah petai juga.

Pokok petai tumbuh menegak dengan batang kayu keras dan daun berwarna hijau seperti pokok petai belalang dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 30 meter. Buah petai dalam bentuk papan yang ada biji petai (Beans) berwarna hijau muda. Bunga petai berjambak berwarna putih dan terbentuk dihujong dahan. Akar petai mempunyai akar tunjang. Pokok petai biji jika tidak dikawal dengan cantasan akan terlalu tinggi dan sukar untuk mengutip hasil Kini anak benih petai cantuman lebih rendah dan cepat mengeluarkan hasil. Elakkan menanam petai dikawasan yang kelilingnya pokok tinggi kerana pokok petai kita akan kurus dan tinggi juga. Pengalaman penulis mendapati benih petai yang ditanam tanpa lindungan dan terdedah dikawasan lapang lambat membesar.

Buah petai panjangnya kira-kira 30-40 cm secara purata namun ada yang mencapai sehingga 52 cm panjang. Susunan mata biji petai berbeza-besa ada yang vertical dan ada yang horizontal berbanding dengan papan petai. Penulis merasa hairan ketika bertugas di Sarawak kerana menjumpai banyak biji petai yang vertical di Sarawak (Kebanyakkan petai di Semenanjung adalah Horizontal). Kajian mendapati berat biji petai lingkungan 60-80gm satu papan. Petai ditanam menggunakan biji benih dari buah petai yang cukup masak dengan menyemai dalam polibeg. Benih dari buah yang masak di potong2 ikut mata dan dimasukkan dalam polibeg semaian beberapa minggu lepas itu biasanya akan bercambah. Petai ditanam dengan jarak 10 meter x 15 meter dan sesuai ditanam dengan tanaman lain seperti pisang atau buah-buahan lain. Lubang penanaman disediakan dan bubuh baja asas organik dan TSP serta baja 15:15:15. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik.

Nama Botanikal Petai : Parkia speciosa Hassk. (Mansf)
Nama lain Petai atau SYNONYM(S) :
Parkia roxburghii G. Don (Mansf),
Parkia speciosa hort. ex Hassk.

Nama petai di negara lain :

BURMA : To khao
ENGLISH : Petai bean, Twisted cluster bean, Stink bean.

JEPUN : ネジレフサマメノ木 Nejire fusa mame no ki.
MELAYU : Petai
INDONESIA : Pete' (Jawa), Sindootan
BORNEO : Patag
TAGALOG : Kupang
THAI : กะตอ Kato, ปะตา Pa ta, ปาไต Pa tai, ปัตเต๊าะ Pat to, สะตอ Sato (Satoo, Sator, Sataw), To dan, To kkhao.

Keluarga Petai (Parkia spp.) dari keluarga Fabaceae ada banyak iaitu mempunyai 37 spesis yang mana hanya beberapa spesis sahaja yang menghasilkan buah yang boleh dimakan iaitu Parkia speciosa. Kebanyakan pokok petai sedia ada adalah tumbuh secara semulajadi walau pun usaha menanam petai kini merupaka satu aktiviti yang berdaya maju. Dalam lawatan saya kebeberapa kebun petai di Johor dan Negeri Sembilan mendapati masaalah utama dalam penanaman petai secara komersial adalah untuk mendapatkan baka petai yang baik dan berbuah tanpa henti. Masaalah menuai dan serangan musuh semulajadi juga mengurangkan hasil. Harga petai tidak pernah turun dipasaran dan kini petai yang siap dikopek telah dipasarkan didalam bekas kaca (jar) yang telah diekspot sehingga ke negara-negara arab dimana ad apermintaan yang sangat baik (mungkin warga Indonesia yang bekerja dinegara tersebut). Berikut disenaraikan ahli keluarga petai untuk makluman pembaca semua.

1. Parkia africana R. Br. (GRIN) (FAO) - Parkia biglobosa (Jacq.) (GRIN) (FAO)
2. Parkia bicolor A. Chev.
3. Parkia biglandulosa Wight & Arn.
4. Parkia biglobosa (Jacq.) R. Br. ex G. Don
5. Parkia biglobosa (Roxb.) Benth. (Wang) R. Br. ex G. Don (GRIN)
6. Parkia clappertoniana Keay R. Br. ex G. Don)
7. Parkia decussata Ducke
8. Parkia discolor Benth.
9. Parkia oliveri Macbr. (FAO) ex G. Don (GRIN) (FAO)
10. Parkia filicoidea sensu Keay & sensu Dalziel. (FAO) R. Br. ex G. Don (GRIN) (FAO)
11. Parkia filicoidea Welw. ex Oliv. (GRIN) (Wang)
12. Parkia gigantocarpa Ducke (GRIN) (ILDIS)
13. Parkia intermedia Hassk.
14. Parkia inundabilis Ducke -> Parkia nitida Miq.
15. Parkia javanica auct. (GRIN)
16. Parkia javanica (Lam.) Merr. t)
17. Parkia javanica (Lam.) Merr.
18. Parkia macrocarpa Miq. (Ecocrop FAO) -> Parkia speciosa hort. ex Hassk. (Ecocrop FAO)
19. Parkia multijuga Benth.
20. Parkia nitida Miq. (FAO)
21. Parkia oppositifolia Benth. -> Parkia nitida Miq.
22. Parkia panurensis Benth. ex H. C. Hopkins
23. Parkia pectinata auct. -> Parkia panurensis Benth. ex H. C. Hopkins
24. Parkia pedunculata J. F. Macbr. -> Parkia biglandulosa Wight & Arn.
25. Parkia pendula (Willd.) Walp.
26. Parkia platycephala Benth.
27. Parkia roxburghii G. Don (ILDIS) (GRIN) -> Parkia timoriana (DC.) Merr. (GRIN) (ILDIS)
28. Parkia roxburghii G. Don (Mansf) -> Parkia speciosa Hassk. (Mansf)
29. Parkia speciosa Hassk. (Mansf) (Smit)
30. Parkia streptocarpa Hance (Smit) -> Parkia sumatrana Miq. subsp. streptocarpa (Hance) H. C. F. Hopkins (Smit)
31. Parkia sumatrana Miq. (Smit)
32. Parkia sumatrana Miq. subsp. streptocarpa (Hance) H. C. F. Hopkins (Smit)
33. Parkia timoriana (DC.) Merr.
34. Parkia timoriana (DC.) Merr. (Mansf) -> Parkia javanica (Lam.) Merr. (Mansf)
35. Parkia ulei (Harms) Kuhlm.
36. Parkia ulei var. surinamensis Kleinhoonte
37. Parkia velutina Benoist

MAKAN PETAI...BERSAMA NASI....
PETAI SEGAR....BARU DIBELI....
TANAM SENDIRI...HASIL LAMBAT LAGI...
TAK DAPAT MAKAN...DI LUAR NEGERI...



By,
M Anem
Tampin, Negeri Sembilan,
Malaysia
(28 Zulhijjah 1432H)

Friday, November 18, 2011

Nama Lain PERIA

Peria (Momordica charantia L.) merupakan sejenis tanaman sayur buah yang popular di Malaysia dari keluarga Cucurbitaceae. Penanaman peria di negara kita sekitar 1,020 hektar dengan hasil sebanyak 14,260 metrik tan yang bernilai RM 35.056 juta pada tahun 2010. Kawasan utama penanaman peria di Malaysia adalah di Negeri Johor (326 ha) diikuti dengan Perak (187 ha) dan Pahang (121 ha). Antara beberapa jenis peria yang popular adalah Peria Besar, Peria Taiwan dan Peria Katak. Peria sesuai ditanam dikawasan yang mempunyai sistem junjung atau para atau di panggil sebagai sistem trellis. Tiang kayu dipacakkan di tepi kawasan penanaman dan dipasang dawai kasar untuk dijadikan para yang ditarik dengan ketat setiap tiang menggunakan hydraulic atau manual jack. Artikel kali ini saya menulis beberapa nama lain tanaman peria diluar negara.


Peria mengandungi komponen 'charantin' yang menyebabkan peria berasa pahit dan komponen ini baik untuk kesihatan. Peria dipercayai baik untuk pengidap darah tinggi, mengurangkan kolesterol, mengandungi bahan anti-oksidan yang baik untuk tubuh manusia. Harga ladang sekitar RM 1.80 - RM 2.80 bergantung kepada musim dan cuaca. Pengalaman penulis di Tangkak, Johor dalam meneliti tanaman peria mendapati permintaan untuk spesis 'Peria Katak' sangat menggalakkan. Peria katak dimakan sebagai 'ulam segar' oleh ramai peminat ulam-ulaman di Malaysia tanpa mengira bangsa.  




Nama bontanikal : Momordica charantia L.



NAMA LAIN PERIA ATAU SYNONYM(S)
Momordica muricata Willd.


BURMA : Kyethinkhathee.


CHINA : Ku gua (Cantonese Fu gwa, Foo gwa, Foo kwa), Jin li zhi, Lai pu tao, Ku gua ye, Ku gua ye (Cantonese Foo gwa yip for leaves), Kor kuey (Hokkien - Singapore).


DENMARK : Balsamagurk, Balsamaeble.


BELANDA : Balsempeer.


ENGLISH : Balsam pear, Leprosy pear, Leprosy gourd, Bitter gourd, Bitter cucumber.


FINLAND : Karvaskurkku.


PERANCIS : Margose (Réunion, Mauritius Islands), Margose amère, Momordique amère, Concombre amer, Concombre africain.


JERMAN : Balsambirne, Bittergurke, Balsamgurke.


HINDI, INDIA : Karela, Kerela, Tita kerala.


ITALI : Pomo meraviglia, Momordica amara.


JEPUN : Niga uri, Nigai uri, Tsuru reishi, , Tsuru reishi.


KHMER, KEMBOJA : Mreah.


LAOS : Bai maha, Haix, S'aix.


MELAYU : Peria, Daun peria (leaves), Peria laut, Peria katak, 


INDONESIA : Paré (Java), Peparé (Java), Paria (Indonesia).


NEPAL : Karelaa, Tito karelaa.


SINHALA, SRI LANKA : Karavila, Karawila, Pakal, Pavakai.


SEPANYOL : Bálsamo, Calabaza africana, Cundeamor, Momordica amarga, Pepino amargo.


SWEDEN : Bittergurka.


TAGALOG, FILIPINA : Ampalaya.


TAMIL, INDIA : Pava aki.


THAILAND : Maha, Mara, Phakha.


VIETNAM : La khoqua (leaves).


VISAYAN : Palia.

Tanaman peria mempunyai 30 spesis dalam keluarga Cucurbitaceae (Momordica spp.) diseluroh dunia. Berikut adalah spesis-spesis kumpulan Peria untuk rujukkan anda.


1. Ecballium elaterium (L.) A. Rich A  
2. Momordica balsamina L. A
3. Momordica charantia L. A
4. Momordica charantia L. subsp. abbreviata (Ser.) Grebensc. -
    > Momordica charantia L. (Short-fruited Group)
5. Momordica charantia L. subsp. charantia -
    > Momordica charantia L.
6. Momordica charantia L. var. abbreviata Ser. -
    > Momordica charantia L. (Short-fruited Group)
7. Momordica charantia L. var. charantia -
   > Momordica charantia L.
8. Momordica charantia L. var. maxima Williams & Ng -
    > Momordica charantia L. (Long-fruited Group)
9. Momordica charantia L. var. maxima Williams & Ng -
    > Momordica charantia L. (Wide-fruited Group)
10. Momordica charantia L. var. minima Williams & Ng -
     > Momordica charantia L. (Thin-fruited Group)
11. Momordica charantia L. (Long-fruited Group)
12. Momordica charantia L. (Short-fruited Group)
13. Momordica charantia L. (Thin-fruited Group)
14. Momordica charantia L. (Wide-fruited Group)
15. Momordica charantia L. var. minor Naud -
      > Momordica charantia L. (Short-fruited Group)
16. Momordica chinensis Spreng. -> Momordica charantia L.
17. Momordica cochinchinensis (Lour.) Spreng. A
18. Momordica cylindrica L. s -> Luffa aegyptiaca Mill.
19. Momordica dioica Roxb. ex Willd. A
20. Momordica eberhardtii Gagnepain -
      > Momordica subangulata Blume
21. Momordica elaterium L. s -
      > Ecballium elaterium (L.) A. Rich
22. Momordica elegans Salisb. -
       > Momordica charantia L.
23. Momordica grosvenorii Swingle -
      > Siraitia grosvenorii (Swingle) A. M. Lu & Zhi Y. Zhang
24. Momordica indica L. -
       > Momordica charantia L.
25. Momordica luffa L. s -
      > Luffa aegyptiaca Mill.
26. Momordica macrophylla Gage -
       > Momordica cochinchinensis (Lour.) Spreng.
27. Momordica mixta Roxburgh -
       > Momordica cochinchinensis (Lour.) Spreng.
28. Momordica muricata Willd. -
     > Information needed
29. Momordica pedata L. -
     > Cyclanthera pedata (L.) Schrad. A
30. Momordica subangulata Blume

Peria adalah jenis sayuran buah yang dimakan segar dan kini telah pun diproses untuk dijadikan jus, serbuk, kapsul dan produk siap dimakan. Kini peria telah dikenalpasti dapat menambahkan kesihatan dengan kandungan antioksidan yang baik. Adalah lebih baik jika kita dapat menanam sendiri peria dalam pasu atau jika ada kawasan keliling rumah seperti didalam program 'Bumi Hijau'. Selain daripada dapat memakan sendiri hasil tanaman mungkin lebihan boleh dijual kepada jiran sebelah atau disedekahkan untuk tambahkan pahala. Tanamlah peria untuk lebih Ceria!


KALAU DIMALAYSIA...NAMANYA PERIA....
'PARE' PULA..GELARAN DI INDONESIA....
'BITTER GOURD'...OMPUTIH KATA IA...
RASA YANG PAHIT...LANJUTKAN USIA...

Related articles:
1. Peria Katak (Klik disini)
2. Benih Sayuran (Klik disini)
3. Sayuran Popular di Malaysia (Klik disini)
4. Cashflow Sayuran (Klik disini)
5. Plant Names Crops (Klik disini)

By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
(22 Zulhijjah 1432H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...