Support My Blog

Sunday, August 9, 2026

PEGAGA DAN FAKTA PENTING (PART 1)

TANAMAN PEGAGA
(Centella asiatica Linn) merupakan satu jenis tanaman herba yang berkhasiat dan amat mudah untuk ditanam dikawasan keliling rumah atau ditanam dengan secara komersil. Pegaga amat terkenal diserata dunia dengan beberapa gelaran seperti Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India) adalah tumbuhan daripada Famili Umbelliferae. Sebagai pengenalan, saya dapati setelah membuat banyak rujukkan merupakan tanaman yang berasal atau natif dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Tumbuhan ini adalah sejenis herba menjalar yang biasanya dimakan sebagai ulam yang berkhasiat dimakan bersama nasi putih. Daun Pegaga ini memang ia terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara dimana daunnya yang berwarna hijau dan selalunya ia berbentuk seakan kipas atau ginjal dilaporkan kaya dengan pelbagai khasiat perubatan tradisional termasuk membantu melancarkan peredaran darah dan menyokong kesihatan otak sesiapa yang rjun memakannya. Apa pun bagi penulis blog dimana tumbuhan ini adalah asalnya dari jenis tumbuhan yang tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air di persisiran sungai dan tali air. Kebanyakan jenis atau spesies pegaga lazimnya ia boleh tumbuh di kawasan terbuka. Namun begitu ada laporan menyatakan jika terdapat juga yang spesies pegaga yang memerlukan lindungan yang sederhana. Pegaga biasanya tumbuh menjalar di atas tanah dan selalunya akan mengeluarkan akar pada setiap ruas batang dan akan keluarkan stolon berakar da berdaun untuk membiak di kawasan sekelilingnya. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis atau varietinya. Bunganya dalam jambak 3 - 4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan ia akan kelihatan seperti biji cili. 
Harga pasaran bagi daun pegaga segar di Malaysia biasanya sekitar RM3.00 hingga RM5.00 untuk satu pek atau ikat (anggaran pek berat adalah sekitar 75g hingga 200g). Bagaimana pun untuk belian pukal di pasaran borong atau pasar raya dimana harganya sekitar RM45.00 sekilo dimana harga ulam daun egaga ini ia juga mungkin berbeza mengikut kawasan, kualiti dan premis jualan dimana kini mudah di beli secara online sahaja. Penulis membeli dari Shopee dua polibeg rumpun pegaga dengan harga RM38 untuk di tanam di rumah dan kini sudah menjadi 7 pasu yang subur. Artikel pada subuh Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting ulam pegaga untuk di baca dan dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Terdapat beberapa jenis utama daun pegaga di Malaysia dimana penulis blog anim agro technology ada menerangkannya sebelum ini. Jenis yang paling popular adalah spesies Centella asiatica dimana diantara jenis yang biasa ditemui ialah seperti  yang pertama adalah Jenis Pegaga Kampung  atau Pegaga Biasa dimana ia memunyai bentuk daun seakan buah pinggang atau kipas yang bergerigi di tepi, nipis dan merupakan ulam paling popular.  Ia merupakan kategori 
jenis herba tradisional yang popular di Malaysia sebagai ulam dan selelunya akan tumbuh menjalar di kawasan lembap dan mudah dikenali melalui daunnya yang kecil dan ada sedikit kerinting atau beralun dan bentuknya seakan-akan kipas atau ginjal. Bagi penulis blog yang suka menanam jenis ini mendapati dimana pegaga ini sangat sinonim dengan masyarakat Melayu dan sering dimakan mentah kerana khasiatnya yang dipercayai dapat melancarkan peredaran darah serta mencerdaskan minda. Apa pun ciri-ciri utama Jenis Pegaga Kampung dimana bentuk daunnya kecil, berbentuk seakan kipas atau buah pinggang dan sedikit kerinting (Sila lihat foto disebelah). Ia juga dilihat mempunyai batang dan tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruasnya. Ia mempunyai jenis habitat dengan tumbuh meliar di kawasan teduh dan lembap, serta mudah ditanam di kawasan rumah. Ada testimoni dikalangan peminat ulam pengaga kampong dimana ia yang mempunyai saiz daunnya kecil dengan sedikit kerinting ini dan struktur akarnya yang berselirat sangat diminati ramai. Jenis kedua ada Jenis Pegaga Cina (atau Pegaga Nyonya) dimana ia mmempunyai bentuk daunnya bersaiz lebih kecil, berbentuk hampir bulat dan mempunyai khasiat serta rasa yang serupa. Jenis ini ia adalah sejenis tumbuhan herba tropika daripada spesies Centella asiatica dan jika dibanding jenis tempatan yang lain, ia mempunyai daun yang lebih lebar, lembut dan tangkai yang lebih rangup. Ia sangat popular dimakan mentah sebagai ulam atau kerabu kerana rasanya yang tidak pahit. Fakta mengenai kebaikan dan kegunaan jenis pegaga Cina dimana jenis ini ia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk pelbagai khasiat kesihatan antaranya bagaimana ia bantu untuk kesihatan otak dengan cara membantu menyokong sel otak dan meningkatkan daya ingatan. Pegaga Cina di dakwa ia bagus untuk Kecantikan Kulit sebab ia memang ada tinggi antioksidan yang mampu bagi mempercepatkan penyembuhan luka dan melambatkan penuaan. Ia juga diminati untuk dijadikan sebagai sejenis  Minuman Tradisional terutama di kalangan masyarakat Cina di Malaysia sering merebusnya untuk dijadikan minuman penyejuk badan. Kajian berdasarkan maklum balas komuniti penggemar herba dan ulam jenis ini untuk menyukai jenis pegaga ini disebabkan tekstur dan rasanya yang lebih mesra selera diman kalangan peminatnya jenis ini yang paling sedap dimakan mentah sebagai ulam, kerabu, urap dan sebagainya. Saiz daunnya juga ia lebih besar dan lembut dengan batang lebih panjang dan rangup, lembut dan tidj ada rasa pahit seerti jenis lain. 


Seterusnya ke tiga ada Jenis P
egaga Daun Lebar atau serin di gelar sebagai jenis 'Pegaga Ubi' sebab ia mempunyai saiz daun yang paling besar berbanding yang lain, lebar dan ia juga mempunyai akar ubi yang agak menonjol. Ia adalah sejenis tumbuhan herba yang menjalar secara tradisional yang sangat popular di Malaysia serta ia selalunya akan dimakan mentah sebagai ulam bersama nasi putih dan sambal belacan atau kelapa. Dikenali dengan daun berbentuk kipas atau seperti duit syiling dilaporkan jenis ini ia kaya dengan khasiat kesihatan seperti melancarkan peredaran darah, menyembuhkan luka dan merangsang memori. Fakta penting tentang jenis seperti Pegaga Ubi yang mana ia  juga turut dikenali sebagai Gotu Kola di peringkat antarabangsa selalunya ia mempunyiai daun yang berbentuk seakan buah pinggang atau duit syiling dengan tangkai yang panjang (Sila lihat foto disebelah). Apa pun di Malaysia dimana cara makan pegaga jenis ini i apaling sedap dimakan mentah sebagai ulam, dicampur dalam kerabu atau dikisar menjadi minuman kesihatan. Pegaga jenis ini di laporkan ia mempunyai khasiat dalam membantu didalam cara mengurangkan keradangan, melancarkan pencernaan dan sering digunakan untuk merawat masalah kulit. Kalangan pngguna ulan daun pegaga terutama para pengamal dalam jenis perubatan tradisional dan penggemar ulam sering menyebut tentang khasiat herba ini sebabai amalan biasa. Apa pun didalam bahasa Inggeris jenis pegaga ini ia lebih dikenali sebagai 'Pennywort' ataupun 'Gotu Kola' dimana dipercayai ia berasal dar Malaysia dan beberapa negara jiran lain. Sesiapa yang memakan jenis Ulam Pegaga didakwa ia akan mereka dapat melindungi bagi sistem saraf dan mencegah penyakit strok. Keempat ada pula Jenis Pegaga Kerinting dimana jenis ini ia mempunyai saiz daunnya kecil dan mempunyai pinggir yang bergelugor atau ia kerinting. Pegaga kerinting adalah salah satu daripada tiga subspesies utama pegaga di Malaysia. Ia merupakan tumbuhan herba menjalar bersaiz kecil yang mempunyai daun berbentuk kipas atau ginjal dengan tepi daun yang beralun (kerinting). Daun ini biasanya lebih kecil berbanding pegaga jenis lain. Pegaga jenis ini ia di laporkan mempunyai rasa enak, daunnya rangup, sedikit berangin atau berher serta ia sangat popular dijadikan ulam-ulaman bersama nasi. Habitatnya adalah ia akan tumbuhan  subur di kawasan yang lembap dan sedikit teduh, sering dijumpai tumbuh meliar. Ia berkhasiat dan sangat kaya dengan Vitamin A, Vitamin C dan zat besi. Ia sering diamalkan untuk melancarkan peredaran darah, mengawal tekanan darah, dan baik untuk ibu berpantang. Selain dimakan mentah, ekstrak pegaga turut digunakan dalam produk kecantikan dan perubatan tradisional. Ramai yang suka pelbagai resepi ulam dan kerabu yang menggunakan pegaga jenis ini. Kelima ada Jenis Pegaga Embun (Hydrocotyle) dimana jenis ini daunnya lebih kecil dan biasanya menjalar di atas permukaan tanah yang lembap. Pegaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides) adalah sejenis tumbuhan herba yang popular dijadikan ulam dalam tradisi masyarakat Melayu. Ia sering dimakan segar untuk kesihatan dan dipercayai berkhasiat untuk merawat masalah asma. Pegaga embun yang mempunyai bentuk daun yang bersaiz kecil dan berbanding sesetengah jenis pegaga lain. Ia merupakan tumbuhan menjalar yang mudah tumbuh meliar di kawasan lembap dan teduh. Ia selalu di makan  dimakan mentah sebagai ulam dan sering digunakan dalam perubatan tradisional. Dilaorkan walau pun jenis pegaga embun ini mempunyi saiz daun kecil tetai ia paling sesuai di gunakan untuk rewatan masaalah lelah atau asthma. Apa pun di kaji yang semua jenis pegaga ini kaya dengan pelbagai nutrien, vitamin serta sebatian antioksidan yang baik untuk kesihatan dalaman dan kecantikan kulit. Ia sangat popular dimakan mentah sebagai ulam, dicampur dalam kerabu atau dikisar menjadi jus.


Penanaman Pegaga amat mudah dilaksanakan asalkan kita mempunyai ilmu pengetahuan yang betul, tepat dan sesuai. Lazimnya saya dapati yang pegaga boleh hidup dikebanyakan jenis tanah asalkan tanah itu tidak terlalu berpasir atau terlalu liat. Tanah yang gembur adalah lebih baik untuk memudahkan kerja-kerja memungut hasil. Tanaman ini boleh di tanam di kawasan rata, beralun atau berombak dengan kecerunan tidak melebihi 12 darjah. Kemasaman tanah di sekitar pH 4.5 - 6.0 dengan CEC tanah 20 - 40 meq. Pada amnya pegaga memerlukan jumlah hujan yang banyak disekitar 2,000–3,000 mm setahun. Sehubungan itu, pegaga tidak sesuai ditanam di kawasan yang musim keringnya melebihi 2 bulan. Penanaman di kawasan seperti ini memerlukan kemudahan pengairan. Namun begitu, pada musim hujan lebat, tanaman ini mudah diserang penyakit reput akar. Penyediaan bahan tanaman dan penanaman di ladang Bahan tanaman biasanya didapatkan daripada batang-batang tua yang mempunyai akar, tangkai dan daun, walaupun pegaga mempunyai biji. Bahan tanaman bagi Pegaga Nyonya disediakan secara memecahkan perdu tanaman yang mengandungi 8 - 10 anak pokok. Ia boleh terus di tanam di ladang tanpa memerlukan batas semaian. Sebelum penanaman, batasbatas tanaman disediakan sama ada secara manual atau menggunakan bajak putar (rotor ridger).Lebar permukaan atas batas disyorkan antara 1.0 -1.2 m. Panjang batas bolehlah dibuat mengikut keperluan dan keluasan ladang. Jarak tanaman yang sesuai ialah 20 cm x 20 cm yang memberikan kepadatan 125,000 pokok sehektar. Seeloknya penanaman dilakukan pada musim hujan untuk mangambil faedah bekalan air hujan untuk pertumbuhan tanaman.  Pengurusan tanaman bagi pegaga, seperti mana tanaman lain, memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan dan hasil yang baik. Oleh kerana Pegaga mempunyai akar yang cetek, pengairan amat kritikal dalam masa 2 minggu pertama selepas di tanam ke ladang. Ia perlu disiram setiap hari sekiranya tiada hujan. Siraman boleh dikurangkan kepada 2 - 3 hari sekali selepas 2 minggu. Sistem pengairan renjis berputar mikro adalah sesuai untuk tanaman pegaga. Di dalam pengawalan rumpai, kawasan tanaman disyor disembur dengan racun pracambah daripada jenis yang sesuai untuk mencegah biji benih rumpai daripada bercambah selepas penanaman dilakukan. Kaedah ini boleh menghalang rumpai tumbuh selama 2 - 3 minggu dan rumpai yang tumbuh selepas itu perlu dicabut secara manual. Sebanyak 3 - 4 pusingan merumput secara manual biasanya mencukupi sebelum tanaman pegaga menutupi keseluruhan batas. Sungkupan plastik atau jerami/lalang boleh juga digunakan dan ia dapat mengawal rumpai dengan berkesan di peringkat awal tanaman. Namun begitu, sistem pengairan sesuai perlu digunakan apabila sungkupan digunakan. Umpamanya, sistem pengairan sprinkler tidak sesuai apabila tanaman disungkup dengan sungkupan plastik. Pembajaan pegaga boleh di lakukan dengan menggunakan baja organik atau kombinasi baja organik dan tak organik. Pembajaan boleh dilakukan dengan menggunakan baja najis ayam yang telah reput 100% atau bersama baja berasaskan organik yang di perkayakan (Complehumus 8-8-8-3) atau baja NPK (15:15:15). Baja biasanya diberi 2–5 hari sebelum menanam sebagai baja asas dan diikuti 3-4 minggu san 7 minggu selepas menanam. Pembajaan untuk tanaman ratun boleh dilakukan dengan menggunakan kadar yang sama.  Artikel ini ditulis didalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
TANAM PEGAGA ... MUDAH SAHAJA...
ULAM BERKHASIAT...MURAH PULA...
BEBERAPA JENIS...PILIH YANG MANA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...