Support My Blog

Monday, August 17, 2026

UBI BADAK - FAKTA PENTING (PART 2)

UBI BADAK
(Dioscorea alata) ialah sejenis tumbuhan yang berumbi yang besar dan ubinya akan tumbuh di dalam tanah dimana apabila matang berukuran besar juga (Sila lihat foto diatas). Ia juga dikenali dengan nama lain sebagai 'Ubi Besar' atau sebagai 'Ubi Uwi' dimana belum ada rekod penanaman ubi badak ini direkodkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia akan keberadaanya. Bagi penuis blog yang sudah ujirasa akan jenis dan isi ubi ini selalunya berwarna ungu terang, putih, atau kekuningan dengan bila di rebus berikan rasa lemak dimakan begitu sahaja. Dalam beberapa perbincangan ini penulis blog dapati ada gelaran nama yang sering dikaitkan dengan kumpulan ubi liar ini adalah seperti Ubi Akob atau Ubi Akub (Dioscorea orbiculata), Ubi Badak atau Ubi Butung (Dioscorea alata), Ubi Cina (Dioscorea opposita), Ubi Gadong atau Ubi Gadung (Dioscorea hispida), Ubi Pasir (Dioscorea penthaphylla), Ubi Tuba (Dioscorea piscatorum) dan juga yang lainnya. Tumbuhan ini agak jarang dibincangkan di Malaysia kerana ia bukan daripada jenis tanaman penting dari segi umbisi. Dalam penulisan saya sebelum ini pun ramai bertanya akan jenis ubi seperti ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Dalam beberapa rujukkan dilapokan antara ciri-ciridimana pokok jenis ubi badak merupakan jenis pokok menjalar dan memerlukan kayu atau sokongan untuk ianya memanjat. Dalam keadaan mayang ia mempnyai saiz ubi di dalam tanah agak besar dan berat dan ada juga buah kecil (kentang udara) yang tumbuh di atas batang pokok akan tetapi ia tidak boleh dimakan dan hanya guna untuk benih sahaja. Di Malaysia ada laporan di mana ubi badak ini ia di gunakan dalam masakan sama ada ia sedap direbus dan dimakan begitu sahaja dengan kelapa parut atau di jadikan makanan resepi lain seperti di masak sebagai Makanan Pengat atau Kuih Tradisional iaitu dari ubi badak yang berwarna ungu. Berlainan pula dengan jenis ubi badak berwarna isi putih sedap dimasak lemak atau dibuat pengat yang lembut dan lemak. Bagi penulis blog dimana walau pun kurang popular sebenarnya ia merupakan jenis tanaman umbisi yang kurang dikomersilkan dibeberapa negara lain sebagai sumber makanan. DIlaporkan iaitu tanaman ubi badak dikenali secara komersil di peringkat antarabangsa sebagai 'Purple yam' atau 'Greater yam' atau 'Water Yam'. Dalam pada itu taburan dan ada pengeluaran komersil jenis ubi ini di Afrika Barat dan ia dikenali sebagai pusat pengeluaran ubi terbesar dunia bagi jenis 'Belt Yam' merangkumi negara Nigeria, Ghana dan Benin yang mana mereka menghasilkan jutaan tan metrik setahun sebagai makanan ruji penduduknya. Di Filipina pula dilaporkan iaitu ia ditanam varieti ubi badak ungu (ube) secara meluas untuk pasaran industri makanan global sebagai bahan pencuci mulut, aiskrim dan pastri. Sementara itu di Kawasan seperti Caribbean dan di Kepulauan Pasifik dimana ubi badak ini ia menjadi komoditi pertanian penting bagi pasaran tempatan dan eksport serantau. Dilaporkan dimana ia memang banyak kegunaannya daam Industri Moden ia adalah sebagai bahan utama pembuatan pes manis ube halaya, ais krim, kek, dan minuman latte. Ia diproses menjadi tepung ubi dan kerepek bagi kepelbagaian produk kanji industri. Artikel petang Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Ubi Badak untuk bahan bacaan semua.


Menarik fakta khasiat akan Ubi Badak tau ubi uwi mengenai sesuai untuk ia di kongsikan. Ia di laporkan kaya dengan karbohidrat kompleks, serat, vitamin C serta antioksidan seperti antosianin (bagi jenis ubi badak berwarna ungu). Apa pun komponen antosianin ialah sejenis pigmen semula jadi larut air yang mana ia tergolong dalam kumpulan flavonoid dan ia bertanggungjawab memberikan warna merah, ungu atau biru kepada pelbagai jenis bunga, buah-buahan, umbisi dan sayur-sayuran. Ia membantu melancarkan pencernaan, mengawal paras gula dalam darah kerana indeks glisemik yang rendah, memberi tenaga, dan menjaga kesihatan jantung.  Fakta menunjukkan jika khasiat ubi badak ini ia menjadi salah satu sumber tenaga dari zat karbohidrat kompleks di dalamnya memberi tenaga tahan lama selepas ia dimakan. Disebab ia tinggi kandungan serat untuk usus yang sihat dan dapat mengelakan akan kejadian sembelit. Memakan ubi badak juga di dakwa ia akan mengawal gula sebabnya ia mempunyai nilai Indeks Glisemik rendah dimana ciri ini ia bagus untuk pesakit kencing manis. Seterusnya didakwa dimana ia akan Menjaga Jantung dari bahan antioksidan yang mampu untuk melindungi sel badan dan kurangkan kolesterol jahat dan makan ubi badak didakwa ia membantu diet: seseorang seban pemakannya akan cepat kenyang dan sesuai untuk mengawal berat badan. Walau pun banyak di laporkan dimana memakan ubi badak ini ia secara amnya selamat dan berkhasiat, namun ancaman utamanya timbul jika tersilap pilih dengan sepupunya yang beracun seperti Jenis Ubi Gadung (Dioscorea hispida) atau jika tidak dimasak dengan sempurna. Memang timbuk isu kekeliruan dengan Ubi Gadung diman lazimnya jeni ubi badak ini ia biasa tidak beracun akan tetapi sesetengah orang salah semasa cuba membezakannya dengan ubi gadung yang mengandungi racun sebatian alkaloid (dioskorin) dan sianida (cyanide) iaitu bahan semulajadi yang menyebabkan mabuk, muntah, pening atau lumpuh sementara jika mentah. Mungkin ada kes dan ancaman 'Rasa Gatal' pada Kulit seepas makan ubi badk sebab ada getah ubi yang mentah boleh menyebabkan isu kegatalan atau kerengsaan pada kulit jika disentuh sebelum dibasuh bersih. Ancaman lain seperti ada Masalah Dalam Proses Penghadaman selaps memakan ubi badak ini yang kurang masak boleh menyebabkan perut kembung atau tidak selesa kerana kandungan kanji yang tinggi. Penulis blog kongsikan akan beberapa langkah keselamatan perlu dilakukan dimana pertama perlu di Kupas Kulit Sepenuhnya iaitu denga membuang kulit ubi badak ini dengan bersih kerana di sinilah terumpulnya sebatian kimi yang boleh merengsakan pemakannya. Sebaiknya ubi ini di basuh dan di masak sehingga masak sepenohnya dan dipastikan ubi ini ia direbus, dikukus atau dibakar sepenuhnya sebelum sesuai dihidangkan.


Menarik penulis blog konsikan fakta mengenai Isu Mitos makan ubi badak atau ubi uwi (sejenis umbi kuno) yang sering dicanangkan orang dulu adalah ia boleh menyebabkan angin melampau atau 'Masuk angin' jika dimakan waktu petang akan tetapi faktanya adalah ia sebenarnya tindak balas biasa sistem penghadaman menukar serat dan kanji kepada gasdan adalah normal jika orang buang anign atau kentut untuk elakan isu kembong perut ini.  Kalangan orang tua di Malaysia didakwa mereka masih percaya ubi uwi banyak angin jika dimakan akan tetapi faktanya dimana ia hanya proses penapaian biasa dalam usus. Mitos makan ubi ini akan menyebabkan Kes Bisa Badan seperti rasa radang sendi atau sakit sendi akan tetapi faktanya masih tidak ada bukti saintifik yang mengesahkan dakwaan ini. Seterusnya ada Mitos Bahan Racun Tersembunyi dala ubi badak dan dianggap semua uwi beracun seperti gadung tetapi faktanya dimana ubi badak ini ia selamat dimakan jika dimasak dengan betul. Fakta kesihatan Ubi Badak ini ia tinggi kandungan serat yang melancarkan pencernaan serta ia mempunyai indeks glikemik yang rendah berbanding nasi dan amat kaya dengan sumber tenaga seperti karbohidrat kompleks. Cara memakannya ada pelbagai cara dan ia bergantung kepada budaya, negara dan sebagai makanan rutin. Paling sesuai di sediakan dengan cara Memasak Cara K
ukus dengan kelapa parut, dibuat pengat atau dijadikan kuih tradisional seperti onde-onde ubi badak danjuga Makanan Begedil Ubi Badak. Pertama di kongsikan fakta akan cara Masak Ubi Uwi Kukus Kelapa iaitu dikupas kulit ubi badak dulu di dicuci bersih seterusnya ia dipotong saiz sederhana. Kemudian ia di kukus bersama sedikit garam dan sehelai daun pandan selama 20 minit sampai tekstur empuk. Hidangkan panas-panas bersama kelapa parut gaul sedikit garam. Paling penulis blog suka adalah memakan kuih Onde-onde Ubi Badak Ungu seasa bertugas di Kelantan dan Pahang dahulu. Resepi Resepi Kuih Onde-onde Ubi Badak Ungu ini mudah di buat asalkan ada bahan (Sila lihat foto paling atas sekali). Onde-onde ubi ungu (atau keledek ungu) ialah kuih tradisional yang lembut dan kenyal berisi gula melaka serta bersalut kelapa parut. Bahan utamanya 1 cawan ubi badak atau pun jenis keledek ungu yang direbus dan dilenyek, 2 cawan tepung pulut, 1/2 sudu teh garam halus, Air suam atau gunakan air rebusan ubi secukupnya, gula melaka (dipotong kecil untuk inti), kelapa parut putih (gaul sedikit garam dan dikukus sebentar). Cara membuatnya dengan menggaulkan ubi ungu lenyek, tepung pulut dan garam dalam mangkuk dan kemudian dimasukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya adunan ini ia di uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Dalam bekas diambil sedikit doh dan ia dileperkan dan letak kiub gula melaka di tengahnya. Pastika ia dibulatkan doh kemas-kemas supaya inti tidak bocor dan di atas api dididihkan air dan dimasukkan bebola onde-onde ke dalam air panas dan ia diangkat onde-onde apabila ia timbul menandakan ia sudah masak. Toskan air dan terus gulingkan di atas kelapa parut dan sedia untuk di nikmati.  

 
Menarik dalam portal astroawani.com dilaporkan '
Rezeki lumayan penoreh yang jual pelbagai ubi pada musim tengkujuh' apabila di Tanah Merah, Kelantan semasa tiba musim tengkujuh ada penoreh iaitu Siti Mariam Samad dari Kampung Padang Siam boleh tersenyum lebar kerana pelbagai tanaman ubi yang diusahakan bersama suami begitu laris dan mendapat permintaan tinggi. Wanita berusia 55 tahun itu dan suami Muhammad ada mengusahakan pelbagai tanaman ubi di atas sebidang tanah di belakang rumah mereka di Kampung Padang Siam sejak tujuh tahun lepas dan diantara ubi yang diusahakan pasangan penoreh getah itu ialah Jenis Ubi Kayu, Jenis Ubi Badak, Jenis Ubi Keledek dan Jenis Ubi Kembili yang hanya memerlukan tujuh bulan untuk dituai dan kemudian ia mengeluarkan hasil. Dakwanya walaupun tiba musim tengkujuh, ramai petani akan berasa risau namun rezeki saya berlimpah ruah pada waktu hujan. Kebiasaannya jika musim hujan ada semakin ramai orang membeli ubi dan sebaliknya kalau tidak hujan permintaannya kurang. Siti Mariam dakwa ketika musim hujan, mereka mampu menjual pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, badak, keledek dan kembili sebanyak 30 - 50 kilogram (kg) sehari iaitu dengan harga jualan bergantung kepada jenis ubi bermula serendah RM2 hingga RM5 sekilogram. Dakwanya dimana disebabkan pendapatan sebagai penoreh ketika musim tengkujuh sering tidak menentu, maka mereka memilih untuk mengusahakan tanaman ubi sebagai sumber pendapatan sampingan. Dia selama ini bekerja sebagai penoreh getah dimana pendapatan pasti tidak menentu apabila tiba musim tengkujuh disebabkan itu kami mengambil inisiatif untuk menanam ubi bagi menjana pendapatan. Ubi jenis ini ia begitu sinonim di Kelantan ketika musim hujan dan biasa dimakan dengan cara direbus dan dihidang bersama kelapa parut, sambal tumis ikan bilis, atau dibuat ubi 'getuk' atau sebagai tapai ubi dan ubi goreng. Ia juga di buat kuih putu halba antara kuih tradisional diperbuat daripada ubi kayu juga mendapat permintaan tinggi semasa musim tengkujuh. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..  
UBI BADAK...JENIS UBI UWI SAMA...

KURANG DITANAM...MASIH LIAR DIA...
BANYAK KHASIAT...KENA UJIRASA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...