Support My Blog

Showing posts with label 000!. Show all posts
Showing posts with label 000!. Show all posts

Thursday, April 9, 2026

ARTIKEL KE 9,000!

 

ARTIKEL KE 9,000!

ALHAMDULLILAH,,, Artikel ini adalah tulisan saya dalam blog "Anim Agro Technology' yang ke Sembilan Ribu (9,000) atau dalam bahasa Inggeris 'The 9,000 article' yang di tulis pada 7 April 2026. Blog ini telah mula di tulis pada bulan 4 Julai 2009 di posting pada Ahad 5 Julai 2009 semasa itu sedang bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar, Johor. Artikel pertama ini bertajuk 'Agro Tunelling The World' dimana masa itu blogspot pun baru sahaja di perkenalkan ke dunia maya. Walau pun kali pertamaartikel ini ia di tulis dalam bahasa Inggeris akan tetapi kemudian hampir kesemua artikel adalah didalam Bahasa Malaysia. Artikel didalam bahasa Inggeris kemudian ia di teruskan didalan blog khas iaitu blog 'Anim Agriculture Technology" yang kini mencapai lebih dari 4,000 tulisan yang boleh di baca juga dimana ia menjadikan jumlah tulisan saya sebanyak 13,000 lebih jumlahnya.

Artikel pertama in ia mengisahkan pengalaman penulis blog yang telah masuk beberapa tunnel seperti DMZ North-South Korea masuk kedalamnya di Imjingak Park in Paju, South Korea pad tahun 1993 semasa berkursus Semaul Undong. Kedua memasukki Terowong Pyramid Giza di Mesir iaitu pada 2006 semasa kursus Rural Development anjuran AARDO. Ketiga adalah masuk Vietcong Tunnel di Vietnam pada tahun 2009 bersama rakan sekerja. Keempat menaiki keretapi laju dari London ke Paris melalui English Channel di bawah laut bersama ahli keluarga yang makan angin di beberapa negara Eropah. Kelima memasukki Underground Metro Transport di London, Paris dan sebagainya pada tahun 2014. Artikel pertama juga paparkan kejayaan penulis blog memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) pada tahun 2000 dimana telah di paparkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia iaitu ciptaan inovasi Alat Pembalut Putik Cempedal (APC-2) yang menang di peringkat kebangsaan.

Sehingga 7 April 2026 sudah ada seramai 42,439,020 pembca yang membaca tulisan saya yang mana sebanyak 6,004 artikel sudah di posting setiap hari satu artikel tanpa gagal. Kunjungan dalam blog ini berkurang jauh setelah ada aplikasi Facebook, Instagram dan Tiktok sebab sebelumbya jumlah pembaca setiap bulan mencapai hampir 1 juta. Saya juga ada buat 'Tiktok Anim Agro Technology' dengan postingkan ratusan video. Baki artikel akan di posting setiap hari dengan sentiasa di kemaskini dan jumlah follwers tetap ada sebanyak 2,559 yang jumlahnya turun naik setiap masa. Kunjungan pembaca direkodkan pada 7 Julai 2026 seramai 29,066 orang yang menjadikan jumlah pageview adalah seramai 515,017 orang sepanjang bulan March 2026. Beberapa tajuk artikel yang banyak di baca termasuk artikel berkaitan tanaman durian, nanas, cili, sayuran dan juga ternakan. Bukan mudah untuk buat posting 'setiap hari satu artikel' selama hampir 18 tahun!. Selalunya posting in adalah pada subuh sekitar jam 3 pagi setiap hari setelah menulis atau dari koleksi artikel sedia ada. Semuga semua artikel dalam blog ini memberikan manafaat terbaik kepada semua pembaca dan di pohon doa untuk saya mampu dan sihat meneruskan aktiviti penulisa aspek teknikal berkaitan sektor pertanian, makanan, isu-isu semasa dengan lebih baik di masa hadapan. Wasallam!...
MENULIS 9,000 ARTIKEL... HEBAT JUGA..
POSTING SETIAP HARI...19 TAHUN LAMA...
PEMBACA...KINI SUDAH LEBIH 42 JUTA...
AKTIF MENULIS... HARAPKAN PAHALA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Syawal 1447H).

Friday, July 8, 2016

ARTIKEL KE 4,000!

ARTIKEL KE 4,000! tulisan dalam "Anim Agro Technology" tercapai pada petang 1 Syawal 1457 Hijrah iaitu HARI RAYA AIDILFITRI PERTAMA bersamaan dengan 6 Julai 2016. Penulis berasa amat bersyukur dengan penulisan artikel ke 4,000 ini dimana ianya hanya dapat dicapai selepas artikel pertama ditulis pada 5 Julai 2009 iaitu genap 7 tahun lalu dengan tajuk 'Agro Tunelling the world!'. Artikel kedua dalam siri penulisan saya adalah bertajuk 'TKPM Sekijang - analisis projek' yang diterbitkan pada 7 Julai 2009 dan artikel ke 3 dalam penulisan adalah bertajuk 'Business Plan - PB Nitar' yang diterbitkan pada 16 Julai 2017 (Sila lihat rajah 1 dibawah). Kaedah menulis blog pada awal tahun amat ringkas dan pendek berbanding dengan artikel-artikel yng ditulis dalam 3-4 tahun kebelakangan ini. Cara penulisan yang simpel dan informative ini pada peringkat awal berkisar dengan ilmu pengetahuan penulis dalam cara menulis blog dan ilmu pengetahuan teknikal yang masih kurang jika dibanding dengan sekarang. Bagaimana pun kemahiran untuk menulis semakin baik sekarang dengan membuat banyak rujukkan dan membaca banyak maklumat teknikal. Kalau dahulu penulis memberikan ruangan 'comments' dapam blog ini dan menerima beribu-ribu komen daripada pembaca tetapi akhirnya ia dibuang kerana terlalu banyak salah guna dikalangan pembaca blog ini. Antara salahguna ruangan comment seperti aktiviti mempromosikan produk pertanian dan persoalan berkaitan isu-isu teknikal. Penulis terus membuang ruangan ini apabila berlaku gangguan termasuk 'spamming', iklan jual ubat kuat, iklan pinjaman kewangan ala along dan sebagainya. Sejak 5 tahun lalu penerbitan artikel dalam blog ini dibuat setiap hari atau 'satu artikel satu hari'. Penulis menggunakan laptop, desktop, smartphone dan beberapa alatan lain untuk melakukan posting setiap hari. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu artikel ke 4,000 untuk blog ini.  


Rajah 1: Penulisan awal Blog Anim Agro Technology

Penulisan dan penerbitan (posting) dibuat oleh penulis tanpa mengira waktu dan masa. Bagaimana pun kebanyakan penulisan dapat dilakukan pada malam hari, hari-hari cuti umum (Sabtu dan Ahad) dan setiap masa ada kelapangan. Satu artikel mengambil masa antara 1 - 2 jam untuk duduk menyiapkan dan kadang-kadang sehingga melebihi 2 minggu bergantung kepada idea dan sumber rujukkan. Bagi tajuk-tajuk teknikal yang ringan agak mudah disediakan sebab semua info asas sudah berada dalam kepala tetapi artikel yang menyentuh dasar, teknologi baru dan terlalu mendalam perbahasannya perlu merujuk beberap kali dari sumber sahih. Penulis membaca lebih daripada 100 buku ilmian setahun dimana kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris. Buku-buku rujukkan ini di pinjam dari pejabat dan lain-lain sumber rujukkan. Penulis paling minat dapatkan info terkini dari Seminar, Simposium, Persidangan, Kursus Pendek dan sebagainya untuk mencari info. Daripada info asas ini penulis akan menulis semula dioleh mengikut kepakaran penulis. Jadual 1 dibawah menunjukkan artikel ini adalah ke 4,000 dan sebanyak 2,377 artikel telah dipublish sementara bakinya akan dipublish. Stok masi boleh dipublish dalam masa 4 tahun lagi.


Rajah 2: Penulisan ke 4,000 dicapai pada 1 syawal 1437H

Artikel dalam blog ini berkisar dengan sektor pertanian dan perkara yang berkaitan dengan dasar, teknologi, makanan, inovasi, nutrisi dan banyak lagi. Artikel dari blog Anim Agro Technology menjadi pautan yang agak popular dikalangan pelajar, penyelidik, pegawai pengembangan pertanian, guru, pensyarah, usahawan tani, petani dan individu lain. Purata pautan sehari diantara 8,000 - 10,000 dan purata dalam sebulan diantara 200,000 - 250,000. Blog Anim Agro Technology telah menjadi salah satu blog pertanian yang agak popular di Malaysia sejak sekian lama. Ramai juga blogger lain yang membuat 'direct link' dengan blog ini. Selain popular di Malaysia, blog ini dibaca oleh orang USA, Indonesia, Jerman dan India dengan jumlah yang agak ketara. Antara beberapa tajuk yang sangat popular seperti Kelapa Matag, Racun Serangga, Rumput Miang Mexico, Cili Padi dan banyak lagi. Semuga artikel ke 4,000 ini akan menguatkan lagi penulis dalam menyumbangkan artikel lebih berkualiti dimasa akan datang. Pohon doa daripada semua pembaca agar penulis akan terus sihat, banyak idea, banyak masa lapang dan terus menyumbang dalam memberi ilmu pengetahuan kepada semua. Wasallam!!..


ARTIKEL KE 4,000 ... DICAPAI JUGA...
DAPAT DITULIS...HARI RAYA PUASA...
MENULIS DIRUMAH... DI MELAKA...
SATU SUMBANGAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Syuawal 1437H)


THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...