Support My Blog

Monday, June 10, 2024

TANAMAN PORANG - INGIN TAHU?

TANAMAN PORANG
(Amorphophallus muelleri Blume) merupakan jenis tanaman ubi-ubian termasuk keluarga Araceae dan kelas Monokotiledoneae. Hasil tanaman ini berupa umbi yang mana ia mengandungi bahan yang banyak kegunaanya. Kita di Malaysia mungkin tidak pernah tengok atau menanam pokok porang ini akan tetapi ia menjadi satu jenis tanaman yang popular di Indonesia. Banyak sumber rujukan dalam bentuk tulisan dan youtube mengenai tanaman ini yang memberikan pendapatan baik kepada pengusaha atau petani disana. Penulis blog dapati dari sumber rasmi dimana pada bahagian umbisi porang ini dilaporkan memang ia mengandungi bahan Glucomannan (glukomanan) iaitu sejenis serat (Fiber) semulajadi yang larut dalam air dan bolehh diekstrak daripada bahagian akar ubi gajah atau juga dikenal sebagai 'konjac mannan'. Glukomanan merupakan seejenis bahan polisacaride yang larut dalam air yang mana ia dianggap sebagai serat makanan berkualiti. Kandungan bahan ini merupakan komponen hemicelulose di dinding sel daripada beberapa spesies tanaman. Glukomanan lazimnya ia akan digunakan sebagai aditif makanan sebagai emulsifier dan pengental. Apa pun di Indonesia ada diusahakan secara komersil tanaman Porang yang menyamai dengan tanaman Suweg, Walur dan Iles-iles. 
Tanaman Porang merupakan juga didakwa sebagai sejenis tumbuhan herba dan tumbuh setahun atau [pokok tahunan. Selalunya pada musim hujan umbi yang dorman di dalam tanah akan tumbuh tunas baru sehingga lama-kelamaan umbi semakin mengecil dan akan semakin membesar menjelang musim kemarau dan begitu selanjutnya. Porang dapat dibiakkan dengan cara vegetatif dan generatif (melalyu bahan biji, tetas atau bupil). Untuk benih tanaman yang baik dipilih dari umbi dan bupil yang sehat dimana lazimnya benih porang cukup ditanam sekali saja dan apabila ditanam berusia 3 tahun dan dapat di tuai untuk pertama kalinya dan kemudian pokok porang dapat dituai kembali tanpa perlu dilakukan penanaman semula. Penulis blog yang sudah membuat tinjuan terhadap tanaman ini mendapati dimana asasnya keperluan benih tanaman adalah subjektif dimana ia selalunya bergantung pada jenis benih yang digunakan dan jarak tanaman. Dengan peratus kadar pertumbuhan anak benih di atas 90% maka kadar keperluan adalah 1,500 kg sehektar  (± 20 - 30 buah/kg) iaitu  dengan jarak tanman 1.0 m x 1.5 m. Kalau menggunakan biji porang keperluannya adalah 300 kg biji sehektar dan kalau menggunakan bubil pula sebanyak 170 - 175 kg sehektar. Pada penulis blog ramai petani yang menanam porang ini memiih menggunakan bulbil atau umbisi dimana kadar kejayaan pertumbuhannya adalah tinggi. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai potensi tanaman porang di Malaysia dan beberapa panduan asas mengenai penanaman porang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Bakal penanam porang sebaiknya sudah menyediakan tanah mereka disesuaikan untuk penanaman porang terlebih dahulu. Ini kerana bagi m
enentukan keadaan anak bagi tanaman porang yang telah berumur kurang lebih satu tahun yang pertumbuhannya subur dan sehat perlu di pastikan tanahnya baik. Perlu di bongkar rumpun atau tanaman porang tersebut dahulu dan ia kemudian dibersihkan umbi dari akarnya dan tanah yang masih melekat pada umbisi porang semasa menuai. Seterusnya dikumpulkan benih umbisi tersebut ditempat yang teduh dimana ini mudah untuk penjagaan semaian porang selanjutnya serta aktiviti penanaman. Apa pun perlu di ingat dimana bagi tujuan ini bahawa satu umbi porang akan hanya menghasilkan satu tanaman atau sepokok sahaja. Tanaman Porang yang telah berumur di atas tiga tahun selalunya akan dilihat akan muncul bunga porang yang berada di tangkai sebagai 'bunga tunggal' yang keluar tepat di pusat umbi. Tangkai bunga ini dilihat ia akan menjulur kepada permukaan tanah dengan ukuran panjangnya mencapai 0.5 m - 1.5 meter. Penting juga bagi penanam porang tahu akan bagaimana tatacara penyiapan benih dari bupil (katak) yang dihasilah pokok dewasa (pokok matang). Benih bubil selalu akan diperolehi dari sekitar rumpun tanaman yang telah cukup tua dan subur (SIla lihat foto paling atas sekali). Bahagian bulbil ini (Bupil dipilih) dengan teliti melalui proses pemilihan (selection) kerana haya diambil katak yang sihat dan matang sahaja. Kumpulkan katak ini didalam bekas khas seblum didimpan untuk mejadi benih tanaman. Beberapa laporan menyatakan dimana dari setiap tanaman porang yang cukup besar dan tua mampu menghasilkan sampai 15 biji katak. Apa pun pada bahgian permukaan tangkai bunga berwarna hijau segar dan berbau tidak enak. Selalunya di bahagian tongkol bunga terdiri dari tiga bagian terdiri dari bahagian paling atas merupakan bunga mandul diikuti oleh bahagian tengah bunga jantan dan paling bawah sekali adalah merupakan bunga betina. Tinggi tanaman ini lazimnya sekitar 1.5 meter dimana ia bergantung kepada taha kesuburan tanah dan aspek penjagaan atau amalan agronomi. Daripada bunga ini kemudian akan pokok ini menghasilkan biji - biji porang yang dapat digunakan sebagai benih tanaman porang berikutnya. Selalunya tanaman porang dapat di tuai untuk pertama kali setelah umurnya mencapai 2 tahun. Umbi yang dituai ini merupakan jenis umbi besar yang beratnya lebih dari 1 kilogram sebiji sedangkan saiz umbi yang masih kecil akan ia ditinggalkan untuk di tuai kemudian pada tahun berikutnya. Setelah itu sebaiknya tanaman porng tersebut akan dapat di tuai iaitun setahun sekali tanpa harus menanam kembali umbinya. Ciri-ciri porang yang sedia untuk dituai dimana dilihat jika daunnya telah kering dan mula jatuh ke tanah. Satu pookok porang boleh atau amampu untuk menghasilkan umbi sekitar 2 kg sepokok atau dikira ada sebanyak sekitar 40,000 pokok tanaman dalam satu hektar boleh menghasilkan sebanyak sekitar 80 metrik tan umbi pada jangkamasa penuaian pada tahun kedua. 


Kalangan pembaca masih belum tahu apakah dia kegunaan dan juga ma
nfaat porang. Seperti tanaman umbi-umbi lain dimana umbi porang juga mengandungi bahan seperti karbohidrat, lemak, protein mineral, vitamin, kristal kalsium oksalat, alkaloid dan juga serat makanan yang berjkhasiat. Karbohidrat ini merupakan komponen penting dari umbi porang yang terdiri dari jenis Pati Gucomannan, serat kasar dan gula reduksi. Apa pun didakwa yang umbi porang juga ia dadakwa mempunyai kandungan glukomanan yang lebih tinggi dibandingkan dengan tanaman sama dari kerabat yang lain. Kandungan lainnya pada porang di antaranya termasuk bahan Kristal Kalsium Oksalat (Calcium Oxlate Crystal) yang berbentuk jarum dimana didakwa inilah bahan yang boleh menyebabkan lidah dan tenggorok akan terasa gatal dan panas semasa memakannya. Keberadaan kalsium oksalat pada porang ini pula yang membuatnya ia menjadi terbatas untuk penggunaan porang sebagai bahan makanan akan tetapi terkini melalui beberapa rawatan awalan yang tepat seperti aktiviti perendaman dalam larutan garam atau asid tertentu dimana kemudian bahan Kalsium oksalat ini akan dapat dihilangkan. Dilaporkan hasil kajian dimana daripada kesemua bahagian tanaman dimana pada umbi porang mempunyai nilai harga jual tinggi. Ini keranana pada bahagian umbinya yang diproses akan dijual dengan harga tinggi di pasaran domestik dan ekaport. Di dakwa dimana pada bahagian umbinya ia mengandungi bahan Glucomannan dan kalsiumnya yang tinggi. Didakwa dimana porang juga boleh ia digunakan tidak hanya untuk keperluan makanan akan tetapi ia diguna dalam pembuatan gam organi dan juga bahan untuk penjernih air. Percaya atau tidak jika bahan dari porang juga kini menjadi salah satu bahan dalam pembuatan komponen pesawat terbang. Produk porang yang biasa diolah dan dipasarkan dari umbi segar pada masa ini di Indonesia didakwa dalam bentuk Chips, Tepung porang (konjac flour), dan Tepung Glukomanan (konjac glucomannan). Untuk apa tepung porang? Biasanya dimanfaatkan untuk berbagai keperluan seperti pangan fungsional, pakan ternak, pengikat air, bahan pengental, penggumpal atau pembentuk gel dan makanan diet rendah lemak dan kalori, terutama karena sifat kelarutan glukomanannya yang tinggi dalam air. APa pun dilaporkan dimana tepung porang dijadikan bahan makanan dimana ia sesuai diolah menjadi makanan konnyaku (mirip kepada makanan tauhu) dan shirataki (berbentuk mie) yang cukup terkenal di import ke Jepun, China dan Taiwan. Porang juga boleh ianya ditambahkan semasa proses pembuatan mee untuk dimakan di Jepun. Didakwa didakwa dengan cara penambahan 1% tepung pokok porang kepada adunan dapat meningkatkan kandungan protein, lemak, pati, serat dan proses pengembangan produk mee.


Apa pun penulis blog percaya dimana kalangan pembaca blog ini di Malaysia mungkin ramai masih agak
 asing dengan tanaman porang ini Ternyata tanaman jenis umbi-umbian ini merupakan bahan pembuatan shirataki di Jepun yang bernilai tinggi. Kalu tidak lama dulu dlaporkan yang di indonesia dimana tanaman dan produk porang sempat menjadi sorotan Presiden Joko Widodo dimana beliau dakwa yang tanaman porang bolehmenjadi komoditi untuk eksport baru yang memberikan keuntungan tinggi (Sila lihat fotp paling bawah). Jokowi seterunya berharap Indonesia boleh mmpu untuk mengekspot bahan produk porang dalam bentuk bahan separuh siap (bukan raw atau mentah) seperti sebelum ini. Ada kajian dimana menyatakan yang tanaman Porang mampu untuk memberikan keuntungan besar kepada petani dan negara Indonesia. Apa pun dilaporkan yang porang sudah pun lama diperdagangkan semenjak zaman penjajahan Jepun iaitu sebagai bahan asas makanan dan bahan untuk industri. Tanaman ini mempunyai panggilan yang berbeza-beza dimana ia disebut sebagai iles-iles kuning, acung atau acoan. Apa pun porang merupakan tanaman jenis herbal yang boleh tumbuh hingga setinggi 1.5 meter dimana selalunya ia akan menumbuh sekitar hutan tropika dan hanya boleh tumbuh dibawah pokok naungan dan sesuai hidup pada semua jenis tanah pada paras ketinggian 0 - 700 meter dari paras laut (mdpl). Porang dilihat akan tumbuh dengan batang bercorak belang hijau putih. serta memiliki daun lebar berujung runcing dan berwarna hijau muda (Sila lihat foto disebelah). Ia dilihat memiliki kulit batang yang halus berwarna kekuningan dimana pada setiap pertemuan cabang terdapat bubil atau 'katak'. Kajian menunjukkan di Indonesia dimana pada tahun 2018 jumlah eksport bahan porang tercatit mencapai 254 metrik tan dengan nilai eksport sebesar RM3.26 juta (Rp 11.3 miliar) ke negara Jepun, Vietnam, China, Australia dan negara lain. Ini kerana khasiat porang tentunya porang mempunyai banyak manfaat seperti bahan karbohidrat, lemak, protein mineral, vitamin, serat, kristal kalsium oksalat dan alkaloid. Porang kini sudah banyak digunakan sebagai bahan asas pembuatan produk tepung, penjernih air, kosmetik, pembuatan gam dan jelly di Jepun. Kini salah satu kandungan terbesar di dalam porang adalah bahan Glukomanan yang merupakan serat semulajadi dan larut dalam air. Glukomanan selaluia akan digunakan sebagai emulsifier dan pengental pada makanan. Porang disebut-sebut boleh digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan gam yang ramah lingkungan dan menjadi komponen untuk pesawat terbang. bagaimana pun ada bahan iaitu Asid Oksalate Kristal (CaOX) dalam umbi porang yang boleh ia mengakibatkan rasa pahit dan gatal jika diambil. Kini sudah ada cara proses porang sehingga sesuai digunakan. Selalunya porang digunakan untuk membuat 'konyaku' dan 'mee shirataki' yang sangat terkenal di China, Jepun dan Taiwan. Apa pun kegunaan khasiat tanaman porang lainnya ternyata boleh membantu untuk menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan. Indonesia kini tersenarai sebagai sebuah negara yang mampu menghasilkan produk porang keluar negara dengan jumlah yang menguntungkn petani dan negara.


Penulis blog kupas akan beberapa kehabatan tanaman porang untuk dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan t
anaman Porang Kaya Serat kerana ia banyak mengandungi banyak bahan glukomanan. Porang boleh ia menjadi bahan tepung alternatif dimana kandungannya sangat penting untuk industri makanan disebabkan ia mengandungi bahan serat semulajadi. Ia didakwa memang boleh dijadikan sebagai pengganti agar-agar, mempercepatkan akan rasa kenyang dalam perut dan memperlambatkan proses pengosongan perut. Kandungan glukomanan ini akan bekerja untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalm tubuh. Tanaman Porang boleh membantu dalam kawalan Gula Dalam Darah. Kandungan glukomanan pada porang bisa membantu mengendalikan kadar gula darah pada penderita diabetes. Kandungan glukomanan akan menekan pengeluaran hormon ghrelin (hormon pemicu rasa lapar) sehingga nafsu makan terkawal dan pproses penyerapan karbohidrat pun dilambatkan. Unik dengan dakwaan dimana porang ini mampu Menurunkan Kolesterol dimana bahan glukomanan akan meningkatkan jumlah kandungan kolesterol yang dikeluarkan dari berak sehingga jumlah kolesterol dalam darah akan berkurangan dengan signifikan. Mungkin petani di Malaysia belum tahu akan berapa harga Tanaman Porang di negara Indonesia.  Harga tanaman porang segar boleh mencapai RM 0.73 sebiji (Rp 2,500 untuk satu umbi berukuran 4 kilogram). Dari sekitar 100 pokok porang boleh ditanam ia akan menghasilkan keuntungan RM291.40 (Rp 1 juta) dimana bagi keluasan untuk sehektar tanaman porang yang ditanam sebanyak 6,000 pokok boleh menghasilkan sebanyak 24 mt/hektar. Maka jika di kira pendapatan dari keluasan sehektar tanaman porang mampu memberikan pendapatan ladang iaitu sekitar RM RM17,481 (Rp60 juta). Apa pun syarat asas menanam porang adalah penting mengetahui akan keperluannya. Asasnya ia mesti di tanam di kawasan tanah yang mesti amat gembur dan tidak tergenang air. Tanaman porang memerlukan tanah yang berada di pH 6-7 dimana selalunya jenis tanah menjadi salah satu faktor pengghasilan umbisi ini dalam bentuk membulat besar.
 Jika tanaman porang ditanam pada jenis tanah yang keras maka apa yang terjadi dimana umbi yang ada di dalam tanah akan tumbuh ke atas. Umbi ini dilihat akan mirip dengan bentuk ubi kayu (bentuk memanjang sahaja) dan kualitinya jatuh begitu juga harganya. Apa pun cari kawasan tanah untuk tanaman porang di tanah yang mengandungi bahan pasir tinggi dengan kadar pasir minima sekitar 40%.

 Pada peringkat awal penanaman penanaman porang perlukan pokok naungan seperti pokok jati, pokok mahagoni atau pokok naungan lain yang sesuai. Menanam tanaman porang boleh melalui secara generatif dan vegetatif. Jika ingin menggunakan teknik genetatif maka harus ianya dilakukan penyediaan benih terlebih dahulu dengan menyemai dengan menggunakan polybag. Bagi cara untuk penanaman vegetatif boleh menggunakan terus dengan menggunakan umbi yang matang atau katak. Katak adalah bintil porang yang muncul di tangkai pada pangkal daun berwarna coklat kehitaman.
Selalunya petani boleh untuk  menyimpan katak sehingga musim hujan tiba dan perlu terus ditanam di kebun yang sudah disediakan. Jika menanam dengan gunakan umbi dimana ia boleh dipecahkan iaitu sesuai dengan ukuran yang diinginkan.
Penuaian porang sesuai dilakukan kali pertama setelah pokok berumur 2 tahun keatas. Tanaman porang yang sudah siap dituai memiliki umbi besar yang beratnya boleh mencapai 1 kilogram. Jika umbi masih kecil sebaiknya oa di tuai pada tahun berikutnya.

Apa pun adalah lebih baik tanaman porang di tuai dalam musim kemarau kerana kitaran semulajadi pokok akan tumbuh dari tanaman porang dan boleh ia mati semasa kemarau dan tumbuh subur semasa musim hujan.
Apa pun asasnya dimana antara ciri-ciri tanaman porang yang sedia dituai dilihat dari perubahan daunnya yang menjadi kering dan jatuh ke tanah. Petani perlu menggali sehingga ke akar untuk mengambil hasilnya dan elakkan kecederaan. Semuga artikel ini mmeberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasaalam !!!..
TANAMAN PORANG...TIADA DI MALAYSIA...
DIKOMERSILKAN... DII NEGARA INDONESIA...
MENJADI MAKANAN.. MAHAL HARGANYA...
MARI TANAM... BELAJAR ON-LINE SAHAJA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...