Support My Blog

Wednesday, June 19, 2024

KOSTING TANAMAN LABU MANIS 2023

KOSTING TANAMAN LABU MANIS (Cucurbita moschatakini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai serta pendapatan. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak Covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan mampu menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisa kewangan akan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisa yang berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022 di sediakan Jabatan Pertanian. Cara pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan juga mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas iaitu kosting tanaman Labu Manis semoga ia dapat dijadikan panduan dalam semua membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman makanan yang dipilih semua pembaca.


Daripada tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati pengeluar utama tanaman labu manis adalah seperti di Johor, Terengganu, Pahang dan Perak. Didapati terdapat banyak varieti atau kultivar labu manis yang ditanam di Malaysia tetapi kini hanya beberapa varieti sahaja yang menjadi pilihan petani iaitu berdasarkan kepada permintaan pasaran. Pemerhatian oleh penulis blog ini mendapati diantara varieti yang popular di tanam adalah dari jenis Varieti Labu Emas China dan Varieti Taiwan. Varieti labu manis yang paling banyak di Malaysia dan disyorkan untuk penanaman secara komersil diantaranya adalah dari GWG iaitu Labu Manis 315 dan benih dari Eagle Seeds. Selalunya buah labu manis berkualiti, saiz yang sederhana dan pokok yang tahan penyakit. Tanaman labu hanya ambil masa singkat sekitar 3 bulan untuk ianya dituai dan dipasarkan jika dijaga dengan baik. Walau pun kini harga labu tidak menentu kerana ia mengikut keadaan dan bekalan dan musim. Harga ladang labu manis biasa selalunya RM2.00 sekilogram ke atas walau pun ia pernah mencecah sehingga sekitar RM3.50 sekilogram manakala pasaran pula ia sesuai untuk merata negeri. Buah labu manis yang matang tahan lama disimpan dalam keadaan suhu bilik. Lazimnya tanaman labu manis akan mengambil masa 75 hari dengan tempoh mula berbunga pada hari ke-45 dan ia lebih mudah jika ditanam di kawasan berhampiran ternakan lebah kelulut (Trigona spp) kerana ia juga memang memerlukan bantuan pendebungaan. Kawasan tanaman labu manis memerlukan kawasan lapang yang menerima 100% cahaya matahari dengan sistem saliran yang sempurna.
 



KOSTING LABU MANIS (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman     : LABU MANIS (Cuscubita spp)

2. Varieti di tanam      : Labu Manis GWG315

3. Jarak Tanaman      : 2.4 m x 1.2 m

4. Kepadatan Pokok  : 3,125 pokok/hektar

5. Jangkahayat Tanaman     : 3 bulan

6. Intensiti tanaman setahun : 3 musim setahun


WANG MASUK LABU MANIS (Semusim / 3x Setahun):

                                               SEMUSIM       SETAHUN

7. Hasil Labu Manis (Kg/ha)    23,400           70,200 

8. Harga Ladang (RM/tgkl)        1.30              1.30

9. Pendapatan Kasar (RM)     30,420          91,260

10. Pendapatan Bersih (RM)   6,637.50      31,882.50


WANG KELUAR LABU MANIS (Semusim/ 3x Setahun):

                                             SEMUSIM            SETAHUN

11. Kos Pembangunan (RM)       12,500        Tiada

12. Kos Bahan Input (RM)           13,420        29,860

13. Kos Tenaga Kerja (RM)         1,200          3,600

14. Kos Pelbagai (RM)              830.00          1,430.00

15. Kos Luar Jangka (10%)    1,132.50          2,827.50

16. Jumlah Kos Pengeluaran 23,782.50        59,377.50


ANALISA KEWANGAN (TANAMN UNTUK 3 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return) : 73%

18. NPV (Net Present Value)      : RM 49,480.24

19. BC Ratio (Benefit Cost)        : 1.46 

    (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.46)

20.  Titik Pulang Modal              : RM 0.89 

21. Tempoh Pulang Modal         : Musim ke 2 


Menarik kisah dalam hmetro.com bertajuk 'Semanis labu' yang berusaha menanamya di Kampung Beris To Ku, Setiu, Terenggau. Memang mereka tidak rugi berbudi pada tanah kerana hasilnya lumayan. Berikutan itu sekeluarga di Kampung Beris To Ku yang nekad menanam labu manis sehingga memperoleh untung besar setiap kali musim. Bagi  Mohd Ariff dimana jumlah keuntungan diperolehi sehingga RM30,000 semusim hasil tuaian labu itu yang sudah lama diusahakannya sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, projek tanaman itu bermula sebaik mendaftar sebagai peserta ladang kontrak FAMA. Dulu dia kerap membantu ibu mentuanya dalam usaha menanam tembikai. Dia yang bekerja sebagai  penjawat awam dan bertugas di Jertih ada masa terluang dan banyak gunakan untuk bantu emak mentua mengusahakan tembikainya. Kemudian minat terhadap bidang pertanian timbul dan saya mula beri perhatian apabila dia kerap menjadi mangsa penipuan orang tengah ketika proses jual beli tembikai. Memandangkan tanah kosong selepas tembikai dituai, saya cuba tanam labu manis walaupun pada awalnya dibantah ibu mentuanya dengan alasan buah itu sukar untuk dipasarkan. Dakwanya selepas berbincang dan mendapatkan pandangan serta nasihat pegawai Fama dia memberanikan diri mengusahakan tanaman labu secara bergilir dengan tanaman tembikai. Pengeluaran labu manis di atas tanah seluas 1.6 hektar boleh cecah 20 tan metrik semusim yang membabitkan 75 hari. Tanaman labu mudah dijaga dan tidak memerlukan air banyak seperti tembikai selain rendah risiko diserang haiwan perosak. Selepas labu mencapai usia 30 hari dan mula menjalar, tanaman itu tidak lagi memerlukan penjagaan rapi dan dalam tempoh semusim, hanya tiga atau empat kali saja perlu siram air. Manakala baja digunakan ialah baja asas seperti tahi ayam, baja pokok serta baja dibekalkan Jabatan Pertanian negeri. Labu Manis yang dijual tidak menentu dan ia biasanya dibeli Fama iaitu di antara RM1.50 sekilogram dan boleh mencecah sehingga RM3.50 sekilogram terutama pada Oktober hingga Disember. FAMA pernah selalu membeli sebanyak 3,600 metrik tan labu manis setahun untuk memenuhi permintaan terutama penduduk di negeri pantai barat. FAMA hanya mampu membekalkan antara 90 hingga 1,200 metrik tan labu manis setahun, termasuk 350 metrik tan dibekalkan oleh 70 usahawan ladang kontrak terutama pengusaha dari Terengganu. 
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM LABU MANIS... BAJET DIADAKAN...
MEMBERIKAN HASIL...KERJA DILAKUKAN....
BERAPAKAH JUMLAH...HASIL DIANGGARKAN...
KIRA UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Syawal 1445H).
Posted from,
Desaru, Kota Tinggi, Johor.
SELAMAT HARI RAYA QURBAN KE 3.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...