Support My Blog

Wednesday, June 12, 2024

BELIMBING - STANDARD BUAH DI MALAYSIA

BUAH BELIMBING (Averrhoa carambola) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Oxalidaceae yang ditanam untuk kegunaan segar di Malaysia. Dilaporkan ada terdapat seluas 428 hektar tanaman belimbing pada tahun 2023 menghasilkan sebanyak 6,773 mt hasil buah segar. Penulis blog bandingkan dimana pada tahun 2011 ada seluas iaitu 1,256 hektar tanaman belimbing dengan ia menghasilkan sebanyak 14,270 metrik tan yang bernilai RM 15.6 juta iaitu pengurangan keluasan sebanyak 34% (Sumber: Booklet keluasan tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2011 dan 2023). Malaysia dahulu adalah merupakan negara pengekspot utama belimbing ke Eropah semenjak sekian lama dimana belimbing tersebut digunakan sebagai bahan 'garnishing' dan bukan untuk dimakan segar seperti kegunaan domestik. Artikel subuh ini saya meulis khasiat yang ada pada belimbing untuk tatapan dan bacaan anda. Maklumat ada menyatakan dimana setiap 100 gram buah belimbing segar mengandungi 90% air, 0.75% Protin, 0.7% serabut dan 3.5-11% gula. Rasa masamnya kerana kandungan asid citrik bagi buah muda. Kebanyakan varieti B10 dan B17 yang ditanam adalah jenis belimbing manis apabila cukup matang.  Jenis ini mengandungi asid citrik yang rendah tetapi tinggi kandungan asid oksalik.  Zat Kalium juga tinggi dalam buah belimbing. Selain iatu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin B juga signifikan tingginya dalam buah belimbing. Saya memang suka makan belimbing sederhana masak pada indeks 3,4 atau 5 kerana ada rasa masam manis. Buah Belimbing mengandungi banyak khasiat terutama vitamin A yang didakwa berupaya mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair dan kitaran ion dalam saluran darah. Lazimnya pengguna di Malaysia akan makan buah belimbing segar terus atau di kisar untuk dijadikan jus belimbing. Cara lain makan belimbing dengan dijadikan 'dessert' bersama buah-buahan lain. Ada juga buah belimbing diproses untuk dijadikan jem, jeli dan manisan seperti halwa. Buah muda pula ada yang dibuat acar untuk dimakan dengan nasi. Buah belimbing muda yang masam boleh digunakan sebagai bahan pencuci untuk perkakas berasaskan logam. Artikel pada tengahari Selasa  ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan bagaimana piawaian atau standard buah belimbing merujuk kepada risalah dan portal FAMA untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Apa pun artikel ini menukis s
pesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk Carambola dari varieti B10 atau nama botaninya Averrhoa carambola Linn yang dipasarkan untuk kegunaan segar. Terma 'Kematangan' belimbing terdiri daripada tujuh (7) indeks warna seperti iaitu Indeks 1 dimana buah belimbing ini berwarna hijau tua (Sila lihat foto diatas). Buah pada tahap ini adalah fasa belum matang. Bagi buah belimbing pada skala Indeks 2 dimana ia berwarna hijau dengan sedikit kuning dimana secara pengkelasan ia adalah Buah Matang.


Buah Belimbing pada Indeks 3 dimana ia berwarna hijau melebihi kuning juga di kategorikan sebagai Buah Matang. Penulis blog suka makan buah pada tahap ini semasa membuat tinjauan di kebun belimbing (Sila lihat foto diatas). Kemudian ada Indeks 4 dimana masa ini buah berwarna kuning hijau dimana kelihat yang buah hampir masak dan enak dimakan segar.


Seterusnya adalah buah Belimbing Indeks 5 dimana buahnya sudah berwarna kuning dengan ada sedikit hijau dan buah ini adalah buah telah masak. Kemudian ada kelas iaitu Indeks 6 dimana buah berwarna kuning terang dan ia adalah buah masak (Sila lihat fotoo diatas). Akhir sekali bagi mengetahui indeks kematangan buah belimbing adalah Indeks 7 dimana buah sudah berwarna Oren dan dikatakan sebagai buah sudah terlalu masak.  


Standard buah belimbing berkait dengan tahap kematangan seragam bagi setiap konsainan akan ia dianggap seragam jika mempunyai satu indeks warna atau gabungan indeks warna yang hampir seperti 1 dan 2, 2 dan 3 dimana berada dalam satu-satu lot. Buah yang 'segar' selalunya ia mempunyai permukaan kulit yang licin dan berkilat serta tekstur isi yang pejal (firm). Buah yang tidak segar mempunyai kulit yang berkedut-kedut dan tidak berkilat serta tekstur buah yang lembut. Ada juga buah yang 'Kotor' dimana ada terdapat kesan-kesan bahan asing yang tidak dibersihkan seperti kesan getah, sarang serangga, tanah, sisa-sisa racun perosak dan lain-lain bahan asing. 


Aspek 'Kecacatan' bagi buah belimbing dimana ia dilihat jika mempunyai tanda-tanda yang menjejaskan keseluruhan rupa termasuk kotor, cacat dan cacat rupa. Bagaimana pun isu cacat bagi buah belimbing ini apabila dilihat bentuknya tidak normal atau sempurna seperti bengkok, berbonggol atau tidak sempurna seginya. Bagi belimbing yang mempunyai cacat rupa apabila ada tanda-tanda yang mencacatkan rupa luaran (blemishes) seperti berbintik (freckles), karat, kesan parut, nyahwarna luar biasa dan peli di periksa dengan teliti. Ada juga isu buah belimbing yang berwarna 
segi perang (brown edges) yang tidak boleh dibersihkan akan tetapi tidak selali ia menjejaskan isi buah. Kesan ini meliputi lebih 5% pada permukaan kulit buah. Buah belimbing yang rosak apabila mengalami kecederaan atau kesan-kesan yang akan ianya menjejaskan kualiti isi, jangkahayat simpanan dan juga akan keseluruhan rupa. Selalunya kesan kecederaan mekanikal seperti luka, pecah, lebam dan calar boleh dijumpai semasa pemeriksaan dilakukan. Ada juga kesan sengatan, gigitan atau lubang disebabkan oleh makhluk perosak. 2.6.3 Kesan jangkitan penyakit disebabkan organisma mikro seperti busuk, reput dan berkulat.


Penting di fahami akan pengkelasan gred dan saiz buah belimbing yang di hasilkan ikut piawaian di Malaysia. Bagi gred belimbing di Malaysia ada 3 kelas iaitu Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2. Bagi Gred 
Premium buah belimbing ini ia mestilah daripada varieti yang sama, segar dan bersih. Perlu di pastikan ia mempunyai saiz dan kematangan yang semua seragam. Sebaiknya ia juga mestilah bebas dari kecacatan atau kerosakan dengan kadar maksima kelonggaran adalah bagi kematangan (3 %), kesegaran (5%), Kerosakan buah (3 %), Kecacatan (3%) dan Keseragaman saiz (5%). Bagi buah belimbing dalam kelas Gred 1 pula ia mestilah daripada varieti yang sama, segar dan bersih. Mempunyai saiz dan tahap  kematangan yang seragam. Ia juga mestilah agak bebas dari kecacatan atau kerosakan. Kelonggaran maksima gred ini bagi ciri kematangan (5%), Kesegaran (5%), Kerosakkan (5%), Kecacatan (5%) dan  Keseragaman saiz buah (10%). Bagi Gred 2 pula ia mestilah daripada varieti yang sama, segar dan bersih serta mempunyai saiz dan kematangan yang seragam. Ia juga mestilah agak bebas dari kecacatan atau kerosakan. Kelonggaran maksima kematangan (10%), tahap kesegaran (10%), Kerosakkan (10%), Kecacatan (10%) dan juga Keseragaman saiz buah (10%).  Penting juga di fahami akan pengelasan saiz berat buah yang ditentukan oleh berat dalam unit gram (g). Belimbing di kelaskan kepada 4 kategori iaitu Saiz Terlalu Besar (XL), Besar (L), Sedang (M) dan Kecil (S) seoerti jadi=ual diatas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

BUAH BELIMBING... ENAK RASANYA...
ADA MASAM... MASAK IA MANISNYA...
KELUASAN MENURUN...36% SUSUNYA...
STANDARD BELIMBING..SILAKAN BACA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Zulhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...