Support My Blog

Wednesday, June 5, 2024

HAIWAN KATAK DAN INDIKATOR EKOSISTEM

KATAK (Frogs)
merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang di lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari yang berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Pada penulis blog mendapati dimana kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Saya ada menulis banyak juga artikel mengenai katak dan salah satunya boleh diakses dengan pautan ini (Sila Klik Disini). Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Artikel subuh ini saya terfikir untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana katak ini merupakan haiwan yang menjadi indikator ekosistem sihat di kawasan hutan dan persekitaran untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua kali ini.


Dalam dunia moden kini perkataan '
Pencemaran' bermaksud dimana ia sebagai tindakan oleh manusia yang secara langsung atau tidak langsung hasilkan bahan atau tenaga ke alam sekitar mengakibatkan kesan buruk seperti membahayakan sumber daya hidup, ekosistem, kesihatan manusia. Kesannya dimana pada penulis blog ia akan  mengganggu kemudahan dan penggunaan sah lain dalam habitat asal atau semulajadi dalam persekitaran. Pencemaran selalunya boleh diklasifikasikan sebagai sumber titik atau pencemaran sumber bukan titik. Pencemaran sumber titik di maksudkan dengan ia diklasifikasikan sebagai sumber yang dapat dikenal pasti yang berasal dari lokasi yang berasingan dan dapat dikira dalam pemodelan matematik. Punca pencemaran sumber kategori ini termasuk pembuangan sisa daripada kilang perindustrian perbandaran dan kilang perindustrian kilang kumbahan (Sila lihat foto disebelah). Pencemaran sumber bukan titik disebabkan oleh hujan atau cairan salji yang bergerak di atas dan di dalam tanah. Bahan cemar semula jadi dan bahan cemar buatan manusia di atas tanah oleh bahan pencemar di tanah diambil oleh aliran air, akhirnya didepositkan ke tasik, sungai, tanah lembap, perairan pantai dan juga sumber air bawah tanah. Dalam pada itu pencemaran daripada sumber bukan titik (NPS) adalah pencemaran yang disebabkan oleh banyak sumber yang berlainan dan berbeza dengan pencemaran daripada sumber titik yang disebabkan oleh satu sumber. Pencemaran sumber bukan titik umumnya disebabkan oleh aliran air, curah hujan, pemendapan atmosfera, saliran, saliran atau modifikasi hidro-logik (hujan dan pencairan salji) yang mana pencemaran sukar dikesan kembali ke satu sumber. Sumber bukan titik adalah limpahan daripada aktiviti di bandar, pertanian, pengisian tanah dan pembinaan serta pemendapan daripada sumber atmosfera. Selain pencemaran di darat, ekosistem laut terdedah kepada ancaman daripada kegiatan perkapalan, pelantar minyak dan eksplorasi gas dan aktiviti eksploitasi.  Pencemaran sumber titik adalah pencemaran yang berlaku melalui satu sumber yang boleh dikenal pasti daripada pencemaran air, bunyi, udara, haba, dan cahaya. Sumber titik mempunyai tahap yang rendah, membezakannya dengan geometri lain dari sumber pencemaran seperti sumber bukan titik atau sumber kawasan. Sumber disebut sebagai sumber titik kerana dapat dikira sebagai titik matematik dalam pemodelan matematik untuk memudahkan analisis. Punca sumber pencemaran termasuk air kumbahan dan air sisa serta air sisa industri. Hasil daripada pencemaran alam sekitar mengakibatkan kemusnahan habitat haiwan seperti katak. Katak adalah pilihan yang paling sesuai untuk dijadikan penunjuk semula jadi dalam ekosistem yang sihat kerana mereka boleh hidup di perairan dan darat.


Merujuk kepada tajuk diatas mengenai haiwan k
atak iaitu haiwan dari kumpulan Amphibia dimana pada saya perkataan ‘amphi’ bermaksud dua dan ‘bios’ pula bermaksud kehidupan. Haiwan ini dapat dikenali dengan mana ia mempunyai otot belakang yang panjang, lengan depan yang pendek, mata yang membonjol besar dan juga ciri pada mulut yang besar dan lebar serta tanpa ekor. Katak mempunyai kepelbagaian yang besar terutama di hutan hujan tropika yang mempunyai persekitaran yang lembap dan panas. Di Malaysia dilaporkan dimana ada lebih dari 100 spesies katak telah direkodkan dengan mana ada beberapa spesies endemik yang terdapat di kawasan tertentu. haiwan ini dilihat memiliki kemampuan untuk hidup di ekosistem darat dan akuatik. Secara umumnya memang terdapat spesies katak yang hidup di habitat semula jadi seperti didalam hutan, padang rumput dan juga padang pasir. Dalam pada itu ada spesies lain dikaitkan dengan ekosistem yang dipengaruhi oleh manusia seperti di kawasan pertanian, bandar dan desa. Katak dapat dijumpai di atas tanah, di bawah daun mati, di liang tanah, didalam semak dan pokok dan di air tawar. Katak mempunyai kitaran hidup yang agak kompleks dimana ia mempunyai fasa yang dikenali sebagai 'Metamorfosis' atau satu rangkaian perubahan bentuk bentuk badan dan cara hidup di alam semulajadi. Selalunya proses bermula setelah sepasang katak mengawan dimana katak betina akan mencari sumber air untuk bertelur ratusan biji telurnya. Kemudian fasa telur menetas ia menjadi berudu muncul dengan ia akan memulakan hidupnya sebagai berudu di persekitaran air. Berudu memiliki nafas ekor sirip dengan mengambil oksigen daripada air menggunakan insang mereka sama seperti ikan. Dalam fasa ini dimana dalam air dimana berudu memakan alga dan kulat. Bahagian belakang dan kaki depan mula berkembang dimana ekornya secara perlahan-lahan menjadi kaki belakang serta organ insang dalaman bertukar menjadi paru-paru. Proses ini memang unik dimana akhirnya haiwan ini akan melalui banyak perubahan dalaman dan luaran ketika berudu tumbuh dan berkembang menjadi seekor katak. Setelah katak sudah menjadi bentuk badan penuh maka ia mula menjalani kehidupan mereka di dalam ekosistem daratan.


Memahami fasa kehidupan katak ini agak menarik kerana p
ada setiap peringkat kitaran hidup selalunya haiwwan katak ini memiliki tempat penting sebagai mangsa dan pemangsa dalam rantai makanan. Semasa diperingkat berudu ia akan dapat memakan alga tetapi fasa ini ia menjadi mangsa kepada haiwan lain seperti akan  dimakan oleh burung raja udang, ikan, kura-kura dan haiwan akuatik lain. Dalam pada itu secara semulajadi dimana haiwan katak akan memakan serangga seperti belalang, nyamuk, ngengat, capung dan secara tidak langsung mengawal populasi serangga. Paling unik pada pejuis blog melihat bagaimana organ 'Lidah Katak' yang mana ia lembut dan sangat panjang dilekatkan di bahagian depan rahang bawah. Lidah katak ini dapat dijentikkan dengan masa sangat pantas dan dibalik ke belakang untuk menangkap mangsanya. Banyak cerita kartun di TV yang menunjukkan bagaimana katak memangsa serangga. Mangsa yang sudah ditangkap terperangkap di lidah merupakan makanan yang kaya dengan protin dan tenaga. bagaimana pun ramai sudah tahu dari kecil lagi kalau haiwan katak adalah sumber makanan kepada haiwan lain seperti cerita klasik 'Bangau oh Bangau' yang ular menyatakan 'katak memang makanan aku'. Katak adalah sumber makanan kepada haiwan pemangsa seperti memerang, ular, dan bangau dan sebagainya. Apa pun selalunya populasi katak menentukan kehadiran dan juga aspek kepelbagaian spesies haiwan lain dan oleh itu berfungsi sebagai keseimbangan semula jadi dalam ekosistem. Kajian mendapati dimana katak mempunyai kemampuan untuk menghindari dan melarikan diri dari pemangsa mereka. Kelebihan katak bersaiz kecil dan besar adalah berdasarkan ukuran badan mereka. Jika saiz ukuran lebih kecil akan sukar dicari, sementara saiz besar dapat melawan. Kadang kala, katak menggunakan kelebihan ukuran tubuhnya dengan berusaha menjadikan diri mereka kelihatan lebih besar dengan berdiri di jari kaki, atau mengisi udara di badan mereka agar kelihatan lebih besar daripada ukuran normalnya. Beberapa spesies katak palsu atau meniru diri mereka dengan benda seperti daun. Corak dan pewarnaan badan juga dapat berfungsi sebagai penyamaran dan bersatu dengan keadaan sekeliling agar tidak kelihatan. Pewarnaan badan juga mungkin sebagai tanda amaran keracunan terhadap pemangsa mereka. Sebilangan spesies katak menghasilkan cecair beracun, lendir melekit atau bahan getah seperti racun berbau busuk sehingga mengganggu pemangsa mereka. Beberapa spesies katak menjerit dan mengeluarkan suara yang kuat untuk menakutkan musuh mereka. Secara teknikal dikenali sebagai thanatosis, katak juga dapat mati secara dramatis dengan membalikkan perut, kaku lengan dan kaki serta menutup mata. Kekurangan pergerakan oleh thanatosis akan menyebabkan pemangsa mengelak untuk memakan katak mati kerana pemangsa menganggap bahawa katak mati akibat penyakit. Yang paling penting, katak menggunakan bahagian belakang ototnya untuk melancarkan badan dengan cepat dan melompat jauh dari bahaya. Oleh kerana kitaran hidup mereka yang kompleks, mereka tumbuh dan hidup di darat dan persekitaran air, katak dapat bertindak sebagai bio-indikator yang baik. Telur dan berudu sangat sensitif terhadap perubahan dalam ekosistem perairan. Kulit nipis pada katak membolehkan air mengalir dengan bebas dan menyerap air di badan mereka ke arah mana pun. Sekiranya berlaku persekitaran air tidak bersih akibatnya telur katak dan berudu akan mati atau fasa dalam mengubah bentuk dan mutasi ketika mereka berkembang menjadi katak. Pada masa yang sama kajian mendapati dimana katak juga bergantung pada sumber air untuk menjaga kelembapan badan mereka. Katak cenderung berada postur tertentu bagi mengurangkan jumlah kulit yang terkena udara dan mengelakkan air hilang terutama di kawasan yang kurang lembap. Katak cenderung mencari sumber air dan menyerap air melalui kulit perut. Bahan kimia yang berbahaya daripada persekitaran akan masuk ke dalam badan dan secara langsung mempengaruhi katak dan akhirnya akan mati akibat pencemaran. Populasi katak dalam lingkungan akan menentukan kualiti ekosistem. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KATAK.... UNIK FASA HIDUPNYA...
BERUDU DALAM AIR.. DIDARAT DEWASANYA...
MENJADI MANGSA... MEMANGSA SERANGGA...
PENTING EKOSISTEM... ARTIKEL BERBICARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...