Support My Blog

Tuesday, December 19, 2023

MINIMAKAN GANGGUAN TANAH (Part 2)

GANGGUAN TANAH
perlu di minimakan (minimizing soil disturbance) terutama tanah pertanian kerana boleh akibatkan tanaman kurang subur dan penghasilan akan juga menurun. Adalah penting untuk mengetahui beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesihatan tanah dimana amalan ini perlu dilakukan dalam membantu untuk dalam menyuburkan tanah pertanian tersebut. Secara asasnya dimana kejadian dalam gangguan tanah boleh berlaku dalam banyak cara antaranya Gangguan Biologi, Gangguan Kimia dan juga jenis Gangguan Fizikal. Pengurusan pertanian yang kurang baik akan menyebabkan gangguan fizikal seperti 'overgrazing' dimana ini akan menghadkan kebolehan tumbuhan dalam mengambil CO2 dan juga cahaya matahari. Paling ketara dalam mengyrangkan kesuburah tanah ada;ah gangguan kimia dimana penggunaan baja dan racun kimia akan menyebabkan kitaran hidupan mikro didalam tanah dan kesan bahan kimia itu sendiri didalam tanah. Dari segi gangguan fizikal pula antara perkara yang menyebabkan kerosakan tanah adalah aktiviti membajak tanah atau hakisan tanah. Hasil kajian mendapati dimana sekitar 45% tanah mineral (pasir, liat dan silt) mengandungi 5% bahan organik, 25% air dan juga 25% udara didalamnya. Kandungan air dan udara dalam tanah berada diantara ruang udara antara partikel tanah (soil pores). Kesan pembajakan tanah sekian lama kepada tanah pertanian menyebabkan pengurangan ruang ini dimana kesannya menyebabkan struktur tanah untuk memegang air dan udara (partikel tanah menjadi lebih halus sebab di bajak rotor sekian lama). Ini menyebabkan proses larutresap (infiltration) terganggu dimana seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada kehidupan mikrob didalam tanah. Kesan pembajakkan tanah (tillage) selalunya akan menyebabkan hakisan oleh air, perpindahan tanah atas, nitrien dan air kelokasi lain yang menyebabkan tanah untuk tumbuhan menjdai tidak subur. Gangguan tanah juga berlaku disebabkan kualiti air (air lumpur) di kawasan tanaman yang akan menganggu pertumbuhan seterusnya menganggu tanah menjadi kurang produktif. Paling di lihat bagaimana bahan organik di permukaan tanah tersebut sudah menjadi kurang atau terhapus menyebabkan tanah sudah tidak sesuai untuk tanaman lagi. Bagaimanakah kita boleh kembalikan gangguan tanah ini untuk meningkatkan fungsi tanah untuk menjadi lebih subur dan mampu memberikan hasil teraik kepada tanaman dan menguntungkan petani?. Jawapannya adalah BOLEH. Cara terbaik adalah dengan amalan meminimakan gangguan tanah ini antaranya dengan membaiki agregat tanah, ruangan dalam tanah, Soil Glue dan meningkatkan bahan organik dalam tanah sama ada dilakukan dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang. Ia merupakan langkah untuk dapat menigkatkan produktiviti tanah kepada hasil pertanian. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai bagaimana perlu meminimakan gangguan tanah untuk pertanian bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Salah satu kaedah didalam teknik untuk mengurangkan gangguan tanah adalah melalui Cara Pembajakkan Minima Tanah (Minimum Tillage). Kaedah pembajakan Minimum ini dari segi definisi teknologi sebai kaedah untuk aktiviti kerja menjalankan sistem kurang pembajakan atau pun dimaksudkan dengan sistem 'reduce dtillage' dimana kaedah ini akhirnya akan meminimumkan gangguan tanah dan kesan alam sekitar terhadap kaedah pertanian ladang. Pada penulis blog mendapati dimana kaedah pembajakan minimum juga ia merujuk kepada penyempitan kawasan penanaman tanah dan mengurangkan bilangan pertanian keras dimana kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah pembenihan tunggul. Kaedah pembajakan minimum ini dicirikan sebgai satu pilihan terbaik dalam mengurangkan kawasan pertanian pembajakan dan mengurangkan bilangan trekter atau jentera memasukki ladang. Ada isu dikalangan petani dimana sama ada mereka melakukan cara pembajakan konvensional atau pun mereka tidak membuat pembajakan terus atau mereka melakukan kaedah cara pembajakkan minima sebab perbezaan tanaman ditanah bajak mini adalah bekas adalah apabila tanah lama tidak dibajak kemudian pembajakan menengah perlu dibersihkan rumpaidan semak dahulu. Sebaiknya dilakukan awal lagi kerje meracun rumpai atau sisa tanaman semasa musim tidak bertanam. Pembajakan Minimum ini adalah satu perkara perlu di perkenalkan kepada lebih ramai petani agar gangguan tanah kurang berlaku. Salah satu teknologi yangsesuai dengan isu ini adalah penggunaan Bajak Putar (Rotary Tiller) dimana kaedah ini membantu mengurangkan kes gangguan tanah. Pemutar putar adalah mesin atau jentera yang digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja membajak dan meratakan tanah menggunakn implemen dan trektor. Kaedh ini telah digunakan secara meluas di negar maju kerana dilaporkan ia mampu dan kuat untuk memecahkan partikel tanah dimana akhirnya menjadikan permukaan rata setelah membajak dan memberikan keadaan baik kepada tanaman. Pada masa yang sama, ia dapat memotong batang akar yang terkubur di bawah permukaan 'Rotary Ripper' ini akan memudahkan kerja-kerja penanaman, pembajaan, pengairan tnaman dan amalan agronomi yang lain. Terdapat banyak jentera dan implemen dipasaran yang menyediakan sistem cecara roraty ripper ini dengan disesuaikan jenis tanah, jenis tanaman, keadaan cerun tanah dan faktur cuaca.


Penulis blog maklum dimana r
otary-tiller mempunyai fungsi didalam cara untuk memecahkan tanah dibahagian bawah serta ia juga mampu untuk memulihkan struktur permukaan tanah. Kesan nyata dimana cara ini akan meningkatkan lagi kemampuan tanah penyimpanan air dan fungdi pemeliharaan kelembapan tanah. Selain itu ia juga akan dapat menghilangkan beberapa jenis rumpai yang seterusnya akan mengurangkan ancaman kepada perosak dan penyakit. Sebagai contoh dimana jentera rotovator dan ripper ini akan digunakan dengan meluas kerana kemampuannya yang kuat untuk memecah tanah dan juga ia membajak pada permukaan rata. Pada masa yang sama jentera ini dilaporkan akan dapat memotong batang akar yang berada di bawah permukaan tanah dimana perlu dipugar. Pemugaran tanah car aini adalah sesuai untuk operasi atau kerja membaja dan menyemai anakneih tanaman. Rotovator adalah sejenis jentera pertanian yang digunakan dalam kerja-kerja penyediaan tanah untuk penanaman semula supaya tanah lebih gembur. Terdapat rotovator yang bersaiz kecil untuk pekebun kecil seperti penanam sayuran dan rotovator besar untuk adang-ladang yang luas yang dipasang pada trekter. Di Malaysia alat yang digunakan bersaiz kecil dimana kebanyakkannya digunakan oleh penanam sayur dan untuk tanaman makanan. Terdapat pelbagai jenis rotovator dari jenis yang paling kecil dan murah kepada jenis yang besar dan berharga mahal. Rotovator membantu petani dalam kerja meringankan kerja-kerja penyediaan tanah dimana dahulu mereka hanya menggunakan cangkul dan tajak sahaja. Kecanggihan alatan rotovator ini selain daripada diguna untuk merotor tanah ia juga boleh diguna untuk membina batas tanaman. Komponen utama alat pertanian Rotovator 2-roda adalan Enjin, Roda, Rotor Blade, Pemegang/ Handle, dan Sistem Kawalan (Transmission System). Enjin rotovator merupakan komponen penting dalam alatan ini dimana ianya menggunakan minyak Petrol atau Minyak Disel. Saiz kekuatan enjin bergantung kepada saiz rotovator dan yang penting mampu mengerakkan roda dan juga mata pisau (rotor blade). Antara jenama enjin yang saya sering jumpa di pasaran seperti Robin, Kubota, Iseki, Honda dan beberapa enjin buatan China dan Korea. Komponen roda terdiri daripada 2 unit (sepasang) atau 4 unit (2 pasang) bergantung kepada saiz. Ada roda yang digerakkan oleh sistem gear dan ada jenis roda yang digerakkan oleh mata pisau (blade). Penggunaan mesin ini secara baik akan mengurangkan kerosak atau gangguan tanah pertanian.


Kaedah lama yang praktikal diamalkan meminimakan gangguan tanah adalah dengan menanam Tanaman Penutup Bumi (Cover Crop). Tanaman ini telah digunakan terutama
 untuk pembukaan ladang-ladang pertanian baru seperti pembukaan ladang kelap sawit, getah, dusun buah-buahan dan sebagainya. Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu menanam tanaman penutup bumi dikawasan yang baru dibuka diantaranya untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah, memberikan kelembapan pada tanah, menambahkan bahan nutrien dalam tanah (Jenis kekacang penutup bumi) , menghalang pertumbuhan rumpai bermasaalah, dapat menurunkan suhu dipermukaan tanah terbuka, dan sebagainya. Pelan perancangan untuk membuka ladang pertanian yang luas perlu disesuaikan dengan kalendar iklim dan cuaca. Lazimnya membuka tanah dijalankan dengan menebang dan memerus pada musim panas (Bukan Januari hingg Mac) dan penanaman penutup bumi dibuat apabila musim hujan mulai datang. Peranan pengurusan ini penting bagi menentukan tanah atas (top soil) tidak dihakis akibat pengaliran air hujan berlaku dipermukaan tanah yang boleh mengurangkan kesuburan tanah. Penanaman buah-buahan juga perlukan tanaman penutup bumi terutama dikawasan tanah kebun yang mempunyai cerun dan terdedah kepada hakisan. Terdapat pelbagai jenis tanaman penutup bumi yang boleh di tanam bagi tujuan tersebut. Lazimnya di Malaysia ada sebanyak 21 jenis tumbuhan penutup bumi yang ada diatas boleh disesuaikan penanamannya mengikut keadaan kebun, jenis tanaman, luas kawasan, teknologi penanaman serta sumber biji benih yang mencukupi. Kaedah penanaman, pengurusan dan penjagaan setiap tanaman tutup bumi yang disenaraikan adalah berbeza-beza. Sila baca tulisan saya mengenai tanaman penutup bumi dengan pautan berikut (Sila klik disini). Ada jenis tanaman penutup bumi yang boleh ditanam secara monokrop dan ada yang perlu di campur semasa menanamnya (Mixed cover crops). Penanaman tanaman penutup bumi ini dijalankan dengan teknik dan kaedah penanaman yang betul. Terdapat amalan agronomi untuk tanaman penutup buni seperti cara menanam, benih berkualiti, penyiraman, jarak tanaman, pembajaan dan kawalan penyalit yang perlu dijalankan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technilogy kali ini. Wasallam!!...
GANGGUAN TANAH... ISU BERLANJUTAN,,,
BANYAK SEBAB... PERLU DI PULIHKAN...
GILIRAN TANAMAN...AMAT BERKESAN...
TANAH SUBUR...HASIL DITINGKATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826 (Executive Suite), 
Hotel Pullman, Kucing,
Sarawak,
Malaysia.
(1 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...