Support My Blog

Thursday, December 28, 2023

BUNGA ROS DAN CERITANYA

BUNGA ROS
(Rosa spp) merupakan sejenis tanaman berbunga yang juga di kenali sebagai Bunga Mawar dari keluarga Rosaceae. Ia adalah sejenis tumbuhan berperdu dimana batamgnya selalu berduri dan bunganya berbau wangi. Banyak warna bunga ros yang cantik dan ia menjadi kesukaan manusia dan haiwan atau serangga yang keluar daripada atas daun bunga yang bersusun. Penulsi blog dapati ada beratus-ratus jwni bunga ros diesluruh dunia dengan pelbagai cara pertumbuhannya daripada jenis yang tumbuh meegak atau pun jenis yang memanjat yang tingginya boleh mencapai 2 - 5 meter. Adaa sepsis bunga ros tertetu yang dilaporkam ia mampu tumbuh dengan merayap kepada pokok lain sehingga mencapai 20 meter. Kebanyakkan pokok bunga ros ini dilihat ia mempunyai daun yang panjangnya antara 5 -15 cm dengan dua-dua berlawanan (pinnate). Daunnya adalah  majmuk yang setiap tangkai daun terdiri dari paling sedikit 3 - 5 helai anak daun dan ada pula mempunyai 9 - 13 helai anak daun dan daun penumpu (stipula) berbentuk lonjong. Daunnya bertulang dengan hujungnya tirus dan bahagian tepi daun bergerigi. Apa pun di kawasan tropika dimana pokok bunga ros ini daunnya aka ada disepanjang tahun berwarna hijau dan tidak berlaku keguguran seperti di kawasan negara beriklom temperate. Dalam pada itu b
unganya terdiri dari 5 helai daun mahkota dengan perkecualian Rosa sericea yang hanya memiliki 4 helai daun mahkota. Di antara warna yang popular bagi bunga ros adalah Merah, Putih, Kuning, Merah muda, Biru dan warna campuran lain yang menarik hasil kacukan atau bunga ros hibrid. Bahagian Bunga selalu ia menghasilkan buah agregat (berkembang dari satu bunga dengan banyak putik) yang disebut 'rose hips' dimana putik selalu berkembang menjadi satu buah tunggal (achene) sedangkan kumpulan buah tunggal dibungkus daging berada pada bahagian luar. Bunga ros yang cantik ini disukai banyak serangga termasuk lebah, tama-rama, semut atau serangga lain yang membantu dalam proses pendebungaan. Ada beberapa sepsis bunga ros yang sangat kaya dengan Vitammin C semulajadi. Antara isu dalam penjagaan tanaman bunga ros adalah ia mudah diserang beberapa jenis penyakit terutama Penyakit Karat Daun yang menyebabkan keguguran daunnya. Bunga ros juga menjadi pilihan beberapa jenis larva Lepidoptera yang menyerang tanaman ini. Dalam aspek ekonomi dimana bunga ros selain daripada dijadikan Bunga Keratan (Hiasan) dimana ia ad ciri antobakterial, antivirus, anti radang dan kaya dengan vitamin C untuk kesihatan. Terdapat 3 kumpulan asas bunga ros iaitu Wild Roses, Old Garden Roses dan juga Modern Roses. Artikel pada tenghari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberipa cerita menarik tentang Bunga Ros untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Ada banyak cara dan kaedah didalam menanam dan menjaga tanaman bunga ros di rumah atau secara komersil. Ada cara untuk menanam dan menjaga bunga ros agar subur dan cantik dimana lazimnya bunga ros merupakan bunga yang menjadi lambang cinta dan kasih sayang yang sering dihadiahkan pada hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya. Biasanya ia dibeli dari kedai bunga dan ia juga tidak tahan lama. Penulsi blog yakin ramai jarang tanam bunga ros kerana ramai yang beranggapan ia sukar dijaga, mudah diserang penyakit dan jug ia memerlukan banyak perhatian namun itu semua sebenarnya dapat diatasi jika anda ada minat. Perlu dis
ediakan persekitaran yang sesuai dan periksa lokasi penanaman dapat limpahan cahaya matahari yang banyak. Sebaiknya ia terdedah atau mendapat 6 jam sinar matahari sama ada ia ditanam di atas tanah ataupun di dalam pasu. Pastikan juga ada media tanaman yang sesuai dengan nilai pH tanah yang sedikit asidik yang hampir kepada neutral iaitu sekitar pH5.5 -7.0.  Semasa menanam perlu disediakan lubang penanaman yang sesuai sekitar ukuran 15 - 18 inci dalam dan 18-24 inci luas lubang. Media tanaman sebaiknya ada dicampurkan baja organik dan diberikan nutrien yang sesuai. Tanam abakbenih bunga ros kedalam lubang penanaman dan dipadatkan serta disiram dengan ait selepas itu. Bagi pokok bunga ros yang digali keluar dari tanah, pastikan ia direndam bahagian akarnya sekurang-kurangnya 12 jam untuk memastikan suhu dapat disesuaikan dengan tanah tempat anda menanamnya nanti. Pada lubang yang telah disiapkan untuk bunga ros dipastikan mencampurkan sedikit campuran tanah sedia ada dan juga baja superphospate. Pokok bunga ros memerlukan suhu yang spesifik untuk tumbuh dengan subur terutama sekali pokok yang baru ditanam iaitu suhu sekitar 40 - 60 Celcius bagi memastikan pokok dapat menyesuaikan diri di kawasan baru dan akar dapat tumbuh dengan kuat. Penyiraman perlu dibuat setiap hari terutama sekali dalam musim panas. Bubuh sumhkupan sesuai diatas tanaman bunga rros seperti menggunakan bahan rumput kering, bahan organik, daun-daun, sabut kelapa dan sebagainya yang menyerap air dan berfungsi untuk menyimpan kelembapan. Letak sungkupan ini dalam 1 - 2 inci tebalnya di bahagian batang pokok supaya ia mampu mendapat kelembapan dan menyerap air yang mencukupi. Periksa dimana jika terdapat tompok hitam dan cendawan kecil yang menyerang ia akan merebak jik atidak dikawal dan menyebabkan daun-daun berguguran. Serangan kulat juga melemahkan pokok dan menyebabkan ia tidak cukup kuat untuk menghasilkan bunga yang betul-betul lebat dan mekar.  Pemberian baja organik dan baja NPK 10:10:10 sesuai diberikan atau formulasi sedia ada dipasaran.


Bagaimana pun ada banyak amalan agronomi dan petua sesuai dilakukan kepada tanaman bunga ros di kawasan rumah. Pokok bunga Ros mempunyai reputasi sebagai sukar untuk menjaga akan tetapi sebenarnya tidaklah begitu sukar jika ada minat. Jika mendapat siraman air dan cahaya matahari yang betul serta sedikit dandanan maka seterusnya tanaman bunga ros akan kelihatan cantik dan subur. Penulis blog kongsikan beberapa amalan agronomi yang penting dilakukan untuk mendapatkan kepuasan dalam penanaman bunga ros. Pertama adalah aspek penyiraman dimana tanaman pokok bunga ros ini perlu di siram secukupnya dimana air mesti sampai kira-kira 2 inci dari permukaan tanah. Aktiviti siraman mestilah di lakukan setiap hari sebelum matahari naik iaitu dengan memandikan(soaked deep) pokok bunga ros di dakwa ia adalah jauh lebih baik daripada menyiramnya secara sedikit. Pastikan juga pressure air siraman tidak terlalu kuat kerana ia akan melecurkan atau boleh ia merosakan daun dan bunga ros itu sendiri. Amalan Pembajaan terbaik adalah dengan menggunakan jenis baja 'All Purpose Fertilizer' kerana ia mempunyai jumlah nutrien tumbuhan yang seimbang iaitu terdiri dari unsur N (nitrogen), P (fosforus) dan K (kalium). Cara pembajaan sangat penting untuk pokok bunga ros ini dibuat sebagai bahan atau sumber nutrien atau makanan untuk tanaman ini mampu berbunga dan membesar. Salah satu tips adalah bagi menguatkan batang dan ranting pokok bunga boleh dicampurkan satu sudu garam (Magnesium sulfat) kedalam setiap satu gelen air siraman yang sesuai ia dilakukan 2 - 4 minggu sekali. Sebaiknya pokok bunga ros ini hendaklah disiram terlebih dahulu sebelum membuat aktiviti pembajan untuk mengelakkan pokok dari "stress". Jika tidak ia akan melecurkan daun dan bunganya.  Perlu dilakukan apa yang dikatakan sebagai 'Andaman Bunga Ros' dimana ia adalah untuk mencantikan pokoknya. Perlu dipastikan gunting yang di gunakan untuk mengandam pokok sentiasa tajam supaya tidak merosakka ranting atau dahan pokok. Periksa dimana semua dahan dan ranting, daun dan bunga yang mati atau rosak hendakkalah di buang terus. Dahan, daun dan bunga yang rosak ini sebenarnya ia akan terus merebut lebih banyak nutrient daripada ranting atau dahan, daun dan bunga yang sihat yang diperlukan. Periksa dan pastikan ranting yang bertindih, terjurai keluar dan menjalar ke bumi hendak lah di gunting untuk memberi ruang kepada ranting yang sihat dimana kemudian cara ini dilihat pokok akan nampak lebih kemas dan menarik. Apabila kesemua daun, ranting dan bunga yang mati atau berpenyakit di buang, maka prosess ini akan membuatkan pokok bunga ini lebih senang untuk ia dapat mengeluarkan putih-putik bunga yang baru. Pastikan kesemua daun, dahan dan bunga yang mati dan berpenyakit di buang ke dalam tong sampah atau di tanam untuk tujuan bagi mengelakkan dari berjangkit ke pokok lain. Buat aktiviti p
emangkasan (pruning) kerana ia adalah sangat mustahak untuk membentuk pokok bunga ros ini agar ia sentiasa berada dalam bentuk yang menarik dan kemas. Pemangkasan di lakukan sebulan sekali ataupun ketika ranting-ranting telah keluar dari bentuk asalnya dan untuk mengelakkan mata tunas baru mati sebaiknya kerja pangkasan hendaklah di buat 1/4 inci atas dari mata tunas. Kerja meracun serangga perosak pada pokok bunga ros ini adalah process yang tidak boleh di lupakan. Pokok bunga ini memang ia di sukai oleh semut dan juga serangga perosak yang lain. Kerja meracun hendaklah di lakukan seminggu sekali mengikut sukatan yang tercatat pada label.


Dalam bab ini penulis blog ingin untuk kongsikan fakta atau cerita mengenai 10 fakta menarik mengenai bunga ros. 
Pokok Bunga Mawar atau ros adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Terdapat pelbagai jenis dan spesis ros di serata dunia. Ia juga sering dijadikan sebagai simbol cinta dan persahabatan. Dalam pada itu aspek kecantikannya menjadi kegemaran setiap wanita. Dalam bidang kosmetik juga ia banyak digunakan sebagai salah satu bahan untuk produk kecantikan. Pada penulis blog memang suka akan bunga ros yang berwarna biru (Sila lihat foto disebelah). Dari segi sejarah dilaporkan ada fossil bunga ros yang pertama dijumpai di kawasan Florissant, Colorado, USA. Fossil bunga ros ni dianggarkan berusia 35 juta tahun dan kini disimpan di Florissant Fossil Beds National Monument, Amerika Syarikat. Dalam pada itu fakta bagaimana jenis bunga ros hitam sebenarnya tidak wujud dimana ianya hanyalah ilusi minda sahaja. Spesis ros yang seakan-akan warna hitam adalah 'The Turkish Halfeti. di mana ia dilapor sebenarnya berwarna merah gelap (dark reddish-crimson color). Dalam pada itu dilaporkan bunga ros paling mahal dalam dunia adalah Jenis Juliet yang berharga RM20 juta untuk dibungakan (to breed) dan mengambil masa 15 tahun untuk berbunga. Paling unik fakta dimana Bunga Ros 'Applause' adalah bunga ros biru yang pertama wujud iaitu hanya pada November 2009 yang dihasilkan oleh Suntory Flower Limited, Tokyo diamana dilaporkan sebelum iini memang tidak ada bunga ros berwarna Biru. Dalam pada itu dilaporkan dimana bunga ros paling besar yang berkembang di dunia adalah bersaiz 84cm diameter dengan tangkai setinggi 1.8m dimana bunga ros ini ada ditanam di California, Amerika Syarikat. Pihak NASA telah menghantar bunga ros pertama ke angkasa lepas pada tahun 2002 untuk mengkaji kesan graviti rendah pada bau bunga ros. Ideanya adalah untuk tingkatkan bau pada banyak produk konsumer. Fakta ke 7 mengenai bunga ros adalah dimana bunga ros paling tua di dunia berusia 1,000 tahun iaitu spesis yang terletak di St. Mary’s Cathedral, Jerman dimana dilaporkan yang bunga ini dipercayai ditanam sekitar tahun 815. Semua spesis ros ada 5 kelopak kecuali jenis Rosa sericea yang hanya ada 4 kelopak sahaja. Spesis ini biasanya dijumpai di Gunung Himalaya dengan paras ketinggian adalah pada 2 - 4 km. Terdapat gugusan rimbunan ros paling besar di dunia mempunyai lebih 200,000 kuntum bunga ros iaitu di Tombstone, Arizona. Ada laporan dimana jenis Rose Hip (buah Bunga ros) yang mana ia mengandungi sumber vitamin C yang sangat tinggi, begitu juga dengan Vitamin A dan B. Jenis bunga Rose Hip dikatakan tumbuhan yang paling tinggi Vitamin C dan dijadikan sumber bahan vitamin C yang terbaik didunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA ROS.... MAWAR JUGA SAMA....
BANYAK CERITA...MENARIK FAKTA...
MUDAH DI TANAM.. SUDAH DI JAGA...
BACA ARTIKEL... INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Ma;aysia.
(14 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...