Support My Blog

Sunday, December 24, 2023

KESUBURAN TANAH VS BAJA KIMIA

FUNGSI UTAMA TANAH
adalah ia dikenalpasti sebagai asas untuk pengeluaran makanan (food production). Ia merupakan asas kepada semua jenis tumbuhan dim mukabumi ni untuk tumbuh seterusnya digunakan di bidang pertanian sebagai pembekal kepada rantauan makanan untuk manusia, haiwan dan hidupan lain. FAO menyatakan dimana 
dianggarkan ada  sebanyak 95% daripada makanan kita adalah datangnya daripada tanah (Soils). Oleh itu faktur kesuburan tanah (soil health) yang dapat membekalkan nutrien, air, udara dan akar hanya menjadikan tumbuhan subur dan seterusnya dapat ia menghasilkan makanan. Pada penulis blog peranan tanah juga terkait dengan melindungi akar tumbuhan daripada kerosakkan akibat cuaca dan bencana. Tanah adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui dan terhad dimana ini bermakna jika ia rosak dan terjejas maka ia tidak dapat dengan mudah untuk dapat dipulihkan semula dalam jangka hayat manusia. Banyak pihak semakin amat bimbang memandangkan laporan oleh Pertubuhan Pertanian dan Makanan Dunia (FAO) ada keluarkan kenyataan dan menyatakan bahawa sebanyak 33% daripada kawasan tanah adalah di nilai sebagai tahap sederhana hingga tahap amat terjejas yang disebabkan oleh faktur Hakisan, Salinisasi, Pemadatan, Pengasidan dan juga oleh Pencemaran oleh bahan kimia. Isu kemerosotan kesuburan tanah adalah disebabkan oleh penggunaan tanah yang tidak lestari, amalan pengurusan dan iklim yang semakin melampau. FAO menyatakan bahawa kawasan semula jadi tanah yang produktif amat terhad memandangkan ia semakin berada di bawah tekanan intensifikasi dan berlaku persaingan penggunaan untuk tanaman, pembalakan, padang rumput atau ternakan dan perbandaran. Selain itu ada juga keadaan untuk memenuhi permintaan penduduk yang kini jumlahnya semakin berkembang untuk penghasilan tenaga dan makanan serta pengeluaran bahan mentah. Pada penulis blog mendapati dimana kesemua ini akan mendorong kepada kehilangan kesuburan tanah dan kemerosotan kualiti tanah dimana masyarakat umum selalunya gagal untuk mereka dapat mengenalpasti atau dengan sengaja tidak akan mereka mempedulikan hakikat bahawa ia akan mengambil masa sehingga 1,000 tahun untuk membentuk satu sentimeter (1cm) tanah dalam menambakbaik kualitinya. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan dan kupas mengenai isu tanah subur yang terjejas sehingga menganggu pengeluaran makanan kepada penduduk dunia untuk dijadikan bahan rujukkan.


Setiap tahun ada satu hari yang penting di ketahui umum dan pembaca blog ini semua iaitu '
Hari Bumi Sedunia' dimana antara tema terkini adalah “Kini Giliran Kita Untuk Memimpin” yang disambut diperingkat dunia. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  dimana pada tahun 2015 telah pun mengistiharkan dimanaiasebagai Tahun Antarabangsa Tanah di seluruh dunia termasuk semua negara disyorkan mengambil langkah penting dalam memerangi kemerosotan tanah. Beberapa saranan dimana sebagai contoh adalah untuk menganalisis tanah-tanah di seluruh negara agar dapat dilakukan memandangkan semakin kurangnya kajian berhubung situasi sebenar akan keseluruhan kualiti tanah di Malaysia. Beberapa jabatan kerajaan dan syarikat swasta ada membuat analisa tanah dimana ia bertujuan untuk mengetahui akan status jenis tanah dan kesuburan tamah semasa ingin membuka ladang dan memulakan usaha pertanian. Penulis blog ingin berkongsi maklumat bagaimana perlu ada kajian lengkap sama ada terdapat sebarang keperluan khusus untuk menambahkan input termasuk bahan kimia pertanian dan baja organik untuk ditabur ke tanah di Malaysia agar lebih subur. Merujuk kepada hasil kajian dimana dari persampelan di 10 sawah padi di Jelapang Padi di utara Semenanjung Malaysia kebun oleh Jabatan Pertanian Maaysia dilihat dimana jelas menunjukkan dimana 90% penanam padi hanya bergantung kepada baja subsidi padi sahaja. Kajian ini mendedahkan ramai pesawah menjalankan amalan agronomi penanaman padi secara  konvensional (pesawah biasanya menggunakan bahan kimia pertanian subsidi sahaja) tidak seperti pesawah padi di sekinchan, Selangor yang banyak membeli baja dan racun kimia tambahan dengan kos sendiri. Pesawah di Sekinchan mampu menghasilkan padi sehingga 8 - 10 metrik tan sehektar berbanding di kawasan di Kedah puratanya cuma 4,500 mt/ha. Pemberian baja organik dan bahan lain dilaporkan membantu menyyuburkan tanah pertanian.


Di beberapa negara terutama di w
ilayah Asia yang merupakan pengguna terbesar baja di dunia perlukan bahan tersebut untuk meningkatkan hasil tanaman petani. Merujuk laporan dimana jumlah penggunaan nutrien baja di Asia ialah sebanyak 58.5% daripada jumlah penggunaan dunia. Dilaporkan dimana jenis baja mineral merupakan lebih banyak digunakan dimana sekitar 90% daripada baja yang digunakan oleh semua jenis sistem pertanian di Malaysia sama ada oleh perladangan atau pekebun kecil di Malaysia. Baja utama yang selalu digunakan adalah seperti Baja Urea, Baj Ammonium sulfat, Baha Kalsium ammonium nitrat, Batu fosfat, Super fosfat, Ammonium fosfat, Kalium klorida, Kalium sulfat dan NPK, NP dan baja sebatian PK. Penggunaan baja di Malaysia pada 2012 adalah 1,570.7kg/ha daripada tanah pertanian dimana kini sudah meningkat lebih tinggi lagi. Apa pun dilapaorkan dimana ada kesan negatif ekologi daripada baja kimia yang mana ia semakin membimbangkan. Naja jenis Nitrogen sintetik dimengurangkan kandungan humus dan biodiversiti dalam tanah, menyebabkan pengasidan tanah dan meningkatkan pengeluaran nitrus oksida, gas rumah hijau penyebab perubahan iklim yang akan menjejaskan pengeluaran makanan pada masa depan. Peningkatan dalam keasidan tanah mengurangkan pengambilan fosfat oleh tanaman, meningkatkan kepekatan ion toksik dalam tanah, dan menghalang pertumbuhan tanaman. Kelenyapan humus dalam tanah menghilangkan kemampuan untuk menyimpan nutrien. Gas rumah hijau diperolehi daripada lebihan nitrogen adalah menjejaskan iklim. Ringkasnya, nitrogen sintetik memusnahkan prinsip asas utama pengeluaran pertanian dan membahayakan jaminan keselamatan makanan masa depan. Dilaporkan dimana pada masa ini ramai petani memerlukan kuantiti baja yang banyak untuk pertanian organik iaitu baja ini seharusnya dikeluarkan sendiri atau bersumberkan dari ladang. Salah satu penyelesaian kepada masalah ini bagi memenuhi tuntutan tanah serta penyelesaian kepada masalah pengurusan sisa organik dengan cara petani membuat baja kompos. Teknologi kompos adalah amat banyak dimana ia boleh diperolehi dan telah terbukti amat berjaya dalam situasi di kebun sedia ada. Teknologinya terdiri daripada kompos anaerobik biasa hinggalah kepada pelbagai prosedur kompos aerobik seperti kompos bio-tahi lembu dan kompos cacing. Semburan foliar seperti vermiwash dan panchagavya terbukti amat berkesan sebagai semburan cecair ke atas tanaman.


Dari beberapa kajian dilaporkan dimana k
adar kemerosotan tanah semasa mengancam kemampuan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan paling asas mereka. Siasatan awal yang dilporkan termasuk pihak CAP menuntut Kerajaan Malaysia menjalankan kajian ke atas tanah Malaysia secara besar-besaran dan melakukan analisis sistematik dan dapat memajukan dasar negara yang jelas berhubung penggunaan input organik untuk meningkatkan pemulihan tanah yang terjejas. Langkah ini perlu bukan hanya untuk menyelamatkan tahap kesuburan tanah di Malaysia akan tetapi uanya akan mengembangkan tanah yang subur yang membolehkan petani dapat menuai hasil makanan yang lebih tinggi dimana ia semestinya akan lebih berkhasiat untuk memastikan kesihatan manusia. Penulis blog tertarik dengan laporan media bertajuk 'Malaysia tanah subur tapi import makanan RM70 bilion setahun' yang di nyatakan oleh Perdana Mentri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Dakwanya kerajaan kini dalam usaha mengurangkan kebergantungan import makanan negara selain mahu memperkasakan sektor pertanian negara. Langkah yang akan diterajui Jabatan Pertanian itu merupakan usaha jangka sederhana seterusnya dapat dilaksanakan dengan menyeluruh. Beliau dakwa kini negara mengimport produk makanan termasuk benih tumbuhan dengan nilai amat besar dan menelan kos hampir RM70 bilion setahunMalaysia ini mempunyai hujan, air, kesuburan tanah, namun kita import produk makanan amat besar sehingga RM70 bilion setahun. Kerajaan India juga dilaporkan akan naikkan cukai eksport bawang merah dan bawang putih sehingga 40 peratus dimana ia bukan di bawah kawalan negara. Antara isu kritikal termasuk harga ayam dan kekurangan bekalan makanan menggambarkan risiko dihadapi negara. Beberapa keperluan asas makanan turun naik pengeluarannya dimana ini te;ah pun meletakkan Malaysia dalam risiko kerana kebergantungan kepada import. Keselamatan bekalan makanan menjadi lebih kritikal terutama tempoh tiga tahun sejak Covid-19 menjelma. Ada beberapa negara bertindak mengehadkan eksport makanan dan ini menyebabkan harga barangan makanan melonjak berikutan rantaian pengeluaran yang terjejas disebabkan pandemik dan kenaikan kos input kimia. Pada tahuan 2020, Malaysia mengimport produk makanan bernilai RM55.5 bilion. Defisit import kepada eksport makanan naik paling pantas iaitu 24 peratus atau RM21.7 bilion. Itu sama dengan bayaran khas RM500 Aidilfitri kerajaan selama 21 kali. bagaimana pun dalam tempoh 10 tahun, kos terkumpul import makanan negara adalah RM482.8 bilion atau tujuh kali ganda peruntukan pembangunan dalam bajet 2021. Malaysia kini terlalu bergantung kepada import walaupun negara ini subur dan jutaan ekar tanah tidak dimanfaatkan. Malaysia telah pun  mengimport daging kambing bernilai RM879.4 juta, mangga (RM87.9 juta), kelapa (RM266.1 juta) dan daging lembu (RM2.2 bilion) pada tahun 2020. Penulis blog dapati dimana apa yang lebih merungsingkan apabila produk biji kelapa, mangga, kambing dan lembu boleh ditanam dan diternak di negara ini perlu diimport. Selain itu produk lain seperti biji kopi, bawang, kentang, sotong, susu segar, kobis bulat, cili, dan halia juga masih tinggi nilai importnya. 


Malahan Malaysia dilaporkan pernah mengimport beras bernilai AS$620 juta pada 2020 iaitu dilaporkan sebagai negara pengimport ke 9 paling besar di dunia dalam kategori 10 negara terbesar iaitu Arab Saudi, China, Iraq, Perancis dan Amerika Syarikat. Sesiapa yang pernah ke 
Jepun dapat lihat setiap inci tanah dimanfaatkan terutama untuk tanaman padi. Ia berlaku sebab rakyat di negara itu merasakan beras negara lain tidak sedap. Beras import dikenakan levi tambahan bagi melindungi petani tempatan. Sebenarnya kos import makanan Malaysia akan terus meningkat terutama dengan nilai ringgit yang semakin menurun. Malaysia ada tanah tetapi sebahagian besar terbiar atau tidak dimajukan secara berkesan. Di Korea Selatan, pisang ditanam ketika musim sejuk dan negara itu diliputi salji. Apa pun di Malaysia, tiada usaha menggantikan petani yang semakin tua dimana didakwa tiada subsidi atau geran yang diperuntukkan kepada golongan muda berkecimpung dalam sektor pertanian atau sudah tidak ada minat golongan muda dalam sektor pertanian. Di Eropah dan Amerika dimana sektor pertanian diberikan subsidi besar bagi memastikan dasar keselamatan makanan mereka terjamin. Keluasan tanah pertanian di Malaysia dilihat ia semakin mengecil dan tiada siapa tahu anggaran sebenar dan isu kesuburan tanah yang semakin menurun menjejaskan penghasilan tanaman. Apa yang dilihat dimana tanah pertanian sudha pun diubah kepada perumahan, perkilangan, pembinaan prasarana demi konsep untuk pembangunan. Pembahagian harta pusaka selepas kematian pemilik Islam menjadikan tanah luas mengecil dan tiada saiz ekonomi atau “economy of scale” bagi kegiatan komersial. Di negara maju, tanah pertanian digazet supaya saiznya kekal walaupun selepas kematian pemilik sebagai syarat menerima subsidi. Di Sememangnya Malaysia apa yang merisaukan adalah ia diambang bahaya keselamatan bekalan makanan jika tiada usaha mengurangkan atau menghentikan import, mewujudkan petani generasi baru, mengekalkan saiz pertanian dan menggalakkan pengeluaran walaupun saiz tanah kecil menggunakan kaedah moden serta usaha menyuburkan tanah secara lestari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAH PERTANIAN... PENTING DIJAGA...
JENIS BAJA KIMIA... BANYAK IA DI GUNA...
BAJA ORGANIK... MENYUBURKAN TANAH JUA...
KURANGKAN IMPORT... MAKANAN TERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1446H).
Posted from:
Chalet no 8, Tg Uda River Resort,
Kg Sitiawan, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...