Support My Blog

Friday, December 8, 2023

KELADI - TIPS MENANAM

TANAMAN UBI KELADI
(Colocasia esculenta) dari keluarga Araceae merupakan tanaman tropika dan dipercayai berasal dari kawasan lembah di Malaysia dan telah pun dilaporkan ditanam di India pada 5,000 tahun sebelum Masehi sebelum ia terus dibawa ke Mesir. Penulis blog merujuk kepada data keluasan tanaman keladi dimana pada tahun 2022 seluas 874 hektar tanaman adi ditanam menghasilkan sebanyak 6,6,62 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Tanaman pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar. Di negara seperti Fiji, ubi keladi dijadikan sumber makanan utama. Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman. Di Malaysia ubi keladi dijadikan makanan manusia dan ternakan. Isi atau ubi keladi boleh digoreng, direbus, dibuat kuih muih dan juga bubur sementara batang dan sulur beberapa jenis keladi boleh dijadikan sayuran. Pengeluar utama keladi adalah negeri Johor. Ubi keladi mengandungi karbohidrat yang tinggi di samping zat-zat galian yang lain. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog 
"Anim Agro Technology" mengenai beberapa tips menanam ubi keladi berdasarkan kepada pengalaman dan juga laporan akhbar dan risalah teknikal untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Jenis-jenis keladi yang penulis blog boleh kenalpasti dan dilaporkan oleh ahli botani nyatakan ada banyak dimana katanya terdapat lebih daripada 35 kultivar keladi yang berbeza. Bagaimana pun pada umumnya keladi dibahagi kepada dua kumpulan utama iaitu  Keladi Jenis Eddoe dimana ubinya kecil dan dikelilingi oleh ubi-ubi sisi yang sempurna bentuknya dikenali sebagai Colocasia esculenta var. antiquorum seperti yang kita kata jenis keladi Sarawak. Kedua adalah Keladi Jenis Dasheen iaitu keladi yang mana ia mempunyai ubi yang besar dan terdapat kelompok ubi sisi yang kecil dipanggil Colocasia esculenta var. esculenta. seperti Keladi Minyak, Keladi Mawar dan juga Keladi Goreng. Lazimnya keperluan tanaman keladi adalah kawasan tropika dimana ubi keladi boleh hidup dalam julat suhu 270 - 300C dengan taburan hujan melebihi 100 cm/tahun. Ubi keladi sesuai pada tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dan juga tanah gambut. Dari segi kemasaman tanah didapati pH tanah yang sesuai untuk adalah pH4.5 hingga pH7. Memang kawasan tanah gambut di Johor, Selangor, ahang, Sarawak dan Sabah merupakan kawasan yang sesuai dan selalu ditanam dengan keladi. Keladi yang dipanggil sebagai talas atau yam juga merupakan sumber karbohiderat yang kaya dengan banyak vitain dan bahan mineral. Penanaman keladi di tanah gambut adalah lazim walau pun kini sudah ramai petani yang menanam keladi ditanah mineral juga.

Aktiviti menanam keladi dimulakan dengan kerja penyediaan tanah dimana sebaiknya tanah perlu dibajak dahulu iaitu dengan bajak piring. Tujuannya adalah untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ini  diikuti dengan bajak putar (rotor) untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur. Jika tanah terlalu berasid maka pengapuran perlu untuk menaikkan pH. Keladi boleh ditanam sama ada di atas batas atau tanpa batas. Bahan tanaman dan jarak tanaman. Anak Benih keladi diperoleh dari sulur atau anak pokok yang berumur lebih kurang dua bulan dengan garis pusat tiga sentimeter. Pucuk anak benih keladi dipotong dan tinggalkan batang atau tangkai daun keladi sepanjang 30 sentimeter. Jarak antara pokok adalah 45 sentimeter dan antara barisan ialah 120 cm. Penyiraman perlu pada peringkat awal pertumbuhan pokok terutama jika cuaca kering. Penulis blog dapati kepentingan saliran sangat kritikal jika menanam keladi ditanah gambut kerana keladi tidak boleh terendam lama jika berlaku musim hujan.

Pembajaan tanaman keladi dijalankan mengikut jadual dan berbeza antara tanah gambut dengan tanah mineral. Lazimnya bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH. Kadar pembajaan yang biasa adalah 60N:50P2O5:100K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah. Baja diberi selepas 3-4 minggu ubi keladi ditanam. Pengawalan rumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam. Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai. Semasa merumpai secara manual, tanah akan dikambus ke pangkal perdu pokok selepas sulur keladi dibuang. Sulur yang tidak diperlukan dibuang untuk memastikan tumbesaran pokok induk lebih sempurna. Walau pun kalangan warga tempatan ada yang menjadikan sulur keladi sebagai bahan sayuran bagi tujuan dijadikan sayuran akan tetapi ia adalah diambil daripada beberapa spess keladi sahaja kerana ada sulur kelai yang agak gatal. Penulis blog memang suka membeli sulur keladi yang sudah dibuang kulitnya di pasar tani atau pasar malam atau di pasar basah untuk dimasak tumis cili api dan dimakan dengan nasi putih.

Tanaman keladi juga akan diserang perosak perosak dan penyakit terutama musim kering atau lembap. Musuh ubi keladi adalah serangga seperti ulat dan belalang. Ulat  Daun jenis Hippotion celerioakan memakan daun keladi hingga ke tangkainya. Kawalan yang disyorkan adalah dengan mengutip ulat perosak ini dan dimusnahkan. Belalang menyerang dengan memakan daun keladi yang menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Kawalan dengan menggunakan racun serangga sekiranya serangan terlalu teruk. Penyakit hawar daun oleh Phytophthora colocasia dapat dikawal dengan amalan kultura yang baik dan membuang dan musnahkan pokok yang diserang. Penyakit reput umbisi oleh Sclerotium rolfsii juga boleh dikawal dengan amalan kultura seperti giliran tanaman dan musnahkan pokok yang dijangkiti. Pemungutan hasil keladi lazimnya bergantung kepada kesuburan tanaman dimana lazimnya hasil ubi keladi boleh dikutip selepas tujuh hingga 12 bulan ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaannya dimana saiz ubi keladi ini telah sesuai untuk dipasarkan. kajian dibeberapa lokasi di Muar dan Tangkak mendapati anggaran hasil adalah antara 6-12 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan varieti. Keladi dituai dengan mencabut dan membuang bahagian daunnya sebelum dihantar kepasar. Semuga arikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
Sedapnya keladi goreng dengan sambal kicap.
TANAM KELADI ... MUDAH KERJANYA...
TIPS MENANAM... JENIS KELADI CINA...
BENIH DIBEKAL... TANAM SEMUA...
SELEPAS 12 BULAN... MENUAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 Zulkaedah 1434H)
Kemaskini artikel pada 17 Jamadilakhi1 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...