Support My Blog

Showing posts with label KULINER POPULAR MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label KULINER POPULAR MALAYSIA. Show all posts

Saturday, May 21, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 7)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk sembua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli, kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Kuew Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(19) ROTI JOHN
Makanan Roti John adalah ciptaan orang Malaysia yang kini sudah pun menjadi kuliner popular dan boleh dinikmati di seluruh negara.  Penulis blog memang suka makan roti john ini seawal hujung tahun 1980'an lagi di sebuah Restoren yang berada di Pantai Tanjung Kling, Melaka. Makanan ini seakan menjadi menu wajib dijual dan dihidangkan banyak peminat roti john dalam bulan puasa saban tahun. Ia sering dijual digerai jalanan, pasar malam, bazaar ramadan dan beberapa restoren terpilih di seluruh negara. Makanan roti john juga kini sudsh boleh didapati didalam talian dan dihantar oleh Grabfood dan Pandafood juga. Kini makanan ini sudah ada disediakan di Brunei DS, Indonesia dan juga Thailand Selatan. Jika ingin membuat sendiri perlu disediakan b
ahan-bahan untuk buat roti john iaitu 250gm daging cincang, 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 sudu kecil serbuk kari, 3 sudu makan minyak untuk menumis, sedikit garam, 3 biji telor, sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' dan juga sos dan mayonis. Cara cara membuat dengan mengisar bawang dan bawang putih dan dipanaskan minyak untuk tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak. Belah dua roti dan jangan sampai putus kemudian dimasukkan telor dalam daging cincang. Pukul sebentar telor bersama daging dan dipanaskan masa sama butter dalam kuali serta sapukan adunan dari daging dan telor atas roti diletakkan adunan dalam kuali dan selepas itu di telangkupkan roti atas iaitu cara penjual di pasar malam dan masak secara telangkup diatas kuali yang leper.  Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar.  Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing dan dihiaskan dengan sos cili dan mayonis sebelum dihidangkan. Harga roti john diantara RM5.00 - RM12 satu set bergantung kepada saiz dan finishing yang diminta pelanggan. Antara jenama popular di Putrajaya adalah Roti John Unan dan NZ.


(20) KARIPAP
Makanan Karipap adalah sejenis lagi makanan kategori kuih trdisional yang popular digemari ramai orang. Penulis blog memang suka makan karipap yang dibuat sendiri dimana sentiasa ada menyimpan karipap sejukbeku didalam peti ais yang dibuat setiap dua minggu sekali untuk kegunaan sendiri. 
Karipap merupakan sejenis makanan yang memang popular di Malaysia selain didapati di negara jiran Singapuram Thailand dan Indonesia. Karipap terdapat dalam pelbagai perasa dan bentuk dimana ia bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan ubi kentang atau pun ubi keledek (tradisional). Bagaimana pun kini ada karipap inti sardin, karipap inti ikan, karipap inti kelapa dan beberapa lagi. Karipap paling enak dan hebat pada penulis blog adalah 'Karipap nanas'. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. resei terkini inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam atau pun menggunakan isi ikan yang dikenali sebagai temosa. Di negeria asal penulis blog iaitu Johor dimana makanan ini lebih popular dengan nama Epok-epok. Apa pun dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil 'curry puff'  akan tetapi lainnya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. MAsih ada perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff adalah tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim. Kuih karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat kerajaan ataupun swasta dan boleh dibeli dari gerai tepi jalan, restoren menyediakan sarapan pagi, pasar tani, pasar minggu, kompleks membli belah dan kantin sekolan. Hidangan karipap sudah menjdai kebiasaan di banyak rangkaian hotel-hotel diseluruh Malaysia apa lagi dengan banyaknya pilihan karipap sejukbeku yang mudah digoreng. Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh-o panas menyebabkan rasa kenyamhg selepas memakannya. 


(21) RENDANG
Makanan Rendang juga antara kuliner popular di Malaysia yang sering ianya dihidangkan terutama semasa hari perayaan. Bagaimana pun kini rendang sudah menadi popular di hidangkan setiap hari secara komersil untuk dimakan bersama nasi putih, ketupat, nasi himpit, lemang, roti putih dan sebagainya. Menyediakan makanan rendang kini sudah mudah dan cepat dengan adanya pek ramuan 'rendang segera' dijual didalam pek yang cepat memasaknya dengan keenakan yang tidak kurang hebatnya juga serta boleh dibawa kemana-mana. Dari segi sejarah makanan rendang ini berasal daripada Indonesia terutama berasal daripada masyarakat Minangkabau tetapi kini di Malaysia sudah ada banyak modifikasi memasak rendang yang dilakukan. Antara jenis rendang yang popular di Malaysia adalah Rendang Tok dari Perak. Terdapat banyak jenis rendang disediakan dengan menggunakan bahan asas berlainan seperti Rendang Daging (Daging Lembu), Rendang Ayam, Rendang Kerang, Rendang Maman dan beberapa lagi. Memasak rendang tradisional agak rumit dan ambil masa lama menggunakan bahan 
kisar halus terdiri dari bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas, serai dan cili kering. Bahan untuk ramuan disangai adalah termasuk ketumbar, jintan putih, jintan manis serta pastinya bahan lain iaitu minyak masak, daging lembu, santan cair, santan pekat, asam keping, kerisik kelapa, daun kunyit, daun limau purut dan gula garam secukup rasa. Memasak rendang oerlu masa agak lama sehingga ia siap dihidangkan. Kini pek Rendang Segera ada dijual secara on-line di Lazada dengan harga sekitar RM30 satu unit sahaja. Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI... ADA DIMANA-MANA...
ADA RESEPI...PEMBACA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

Friday, May 20, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 6)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli dan beberapa kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Situasi dimana  disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk 
Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Kuew Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner popular yang menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(16) CENDOL
Kuliner Cendol adalah diambil selalunya sebagai pencuci mulut yang mungkin ia berasal dari Indonesia namun begitu popular di Malaysia. Penulis blog memang suka minum cendol ini kerana ia mampu menghilangkan dahaga dan mengenyangkan juga. Cendol diperbuat dari santan kelapa, jeli hijau yang mana ia diperbuat daripada tepung beras serta berwarna hijau daripada air pandan dan juga ais batu yang dikisar. Bagi menambah keenakan rasa manis dan aroma pula akan ditambah dengan air gula melaka (Sila lihat foto disebelah).  Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia yang biasa dijual digerai tepi jalan atau pun restoren dan selalu ada juga disediakan dihotel-hotel. Kuliner popular ini juga sudah menjadi satu kebiasaan dihidangkan semasa majlis-majlis perkahwinan bersama kuliner lain. Apa pun penulis blog suka juga jenis cendal istimewa dimana ia turut dihidangka bersama isi durian, pulut, kacang merah dan jagung dan beberapa lagi. Penulis blog suka juga cendol yang ditambah isi nangka dan juga tapai. Minuman cendol ini juga sangat popular di negara Singapura sehingga pernah mendapat liputan istimewa oleh rangkaian TV CNN beberapa kali disiaarkan diseluruh dunia. Harga cendol antara yang murah diantara RM1.00 semangkuk sehingga lebuh RM 10 semangkuk (cendol durian musang king).


(17) CHEE CHEONG FUN
Makanan Chee Cheong Fun atau jug ia dikenali sebagai 'mee gelung' yang berwarna putih dan bentuknya seakan-akan kuetiaw adalah sejenis makanan masyarakat Cina. Ia merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong. Apa pun di Malaysia kuliner Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan dengan sos soya manis yang berwarna hitam (Sila lihat foto disebelah). Biasanya ia popular di Pulau Pinang dimana antara kelainannya adalah menggunakan sos yang menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti karamel. Berlainan pula dengan jenis yang sama tetapi popular di Bandaraya Ipoh makanan Chee Cheong Fun ini pula biasanya dihidangkan dengan dua cara iaitu kering atau berkuah atau jenis bersos. Terdapat juga makanan ini seperti versi kering biasanya dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili. Manakala versi bersos pula dihidangkanbersama kuah kari dan juga cendawan. Makanan ini dijual dengan harga diantara RM3.00 - RM4.00 satu hidangan bergantung kepada zaiz hidangan dan premis. Penulis blog pernah ujirasa makanan ini semasa jamuan kerajaan negeri di Pulau Pinang dahulu. 


(18) LOK-LOK
Makanan Lok-Lok merupakan sejenis 'steamboat' versi Cina dimana ia adalah merupakan makanan yang dicucuk dengan lidi yang kemudiannya direndam ke dalam air mendidih atau sup panas sehingga masak. Pada penulis blog bahan yang digunakan adalah menyamai dengan bahan untuk membuat makanan 'Yong Tou Fu' cuma cara hidangan dan memakannya sahaja yang agak berlainan. Makanan ini biasanya boleh dimakan dengan pelbagai pilihan sos. Biasanya ia dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa. Lazimnya makanan ini boleh didapati kebanyakannya di gerai penjaja jalanan, food truck, medan selera dan di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia. Apa pun dilaporkan diantara Lok-Lok yang dijual terdiri daripada pelbagai ramuan seperti telur puyuh, kepah, kerang, sosej, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, daging vegetarian, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng. Harga jualan bergantung kepada jenis bahan yang dicelup dalam air dan jumlah yang dimakan kerana setiap jenis adalah berlainan harga. Di Bandar Melaka ada sebuah kedai lok lok yang sangar popular sehingga berbaris panjang pelanggan tempatan dan dari Singapura yang ingin menikmati makanan ini. Artikel 
ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

Thursday, May 19, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 5)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk sembua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli, kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Keuw Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(13) OTAK-OTAK
Nama makanan ini agak pelik iaitu Otak-otak walau pun ia hanya sejenis makanan yang tiada kaitan langsung dengan otak (brains). Penulis blog memang suka makan otak-otak yang sering dihantar kepada pelanggan yang menunggu makanan utama di restoren medan ikan bakar, restoren Tom Yam dan beberapa premis lain sebagai makanan 'pe,buka selera'. Bagaimana pun jenama 'Otak-otak Kempas' yang berasal dari Johor Bahru merupakan jenama otak-otak tempatan yang paling popular di Malaysia. Otak-otak juga merupakan makanan snek ringan yang boleh dinikmati di Malaysia dan Singapura. Makanan ini digelar otak-otak sebab teksturnya yang lembut dan sedikit lembik berkemungkinan macam otak. Walau pun biasanya ia dimakan bersama dengan nasi atau tetapi pada penulis blog lebih enak dan lazat jika dimakan terus selepas dibakar dengan suam panas lagi. Menyediakan makanan kuliner otak-otak ini memerlukan bahan seperti isi ikan, cili serta rempah ratus lain dan dibalut menggunakan daun kelapa. Adunan ini di sediakan dalam bentuk lembik sebelum ia dimasukkan kedalam daun keIapa dengan sukatan satu sudu (saiz standard) atau dua sudu (XL). Daun kelapa yang ada adunan ini akan kemudiannya dibakar di atas api gas atau arang sehingga masak sebelum sedia untuk dihidangkan. Pembaca blog kini boleh membelinya secara on-line di Ladzada dengan harga RM31.00 bagi pembungkusan 50 unit otak-otak Johor Bahru Frozen.


(14) TEH TARIK
Minuman Teh Tarik sudha menjadi ikonik di Malaysia sebagai minuman yang paling disukai ramai. Teh Tarik adalah diantara minuman yang paling terkenal di restoran mamak dan diperkenalkan oleh masyarakat India tetapi kini ia banyak dijual direstoren Melayu juga yang menyediakan pelbagai makanan untuk sarapan pagi dan juga minum petang dibanyak di restoran-restoran biasa. Minuman ini digemari hampir kebanyakan masyarakat termasuklah daripada golongan kanak-kanak dan berbagai kaum di Malaysia. Malahan sudah ada banyak peniaga teh tarik di jalanan masa ini dengan mendapat permintaan yang baik. Ada sesekali dilihat remaja dan pemuda yang berdiri di kawasan lampu isyarat menjual teh tarik dalam bekas khas semasa keenderaan berhenti disebabkan lampu merah. Sudah menjadi kebiasaan jika kini minuman teh tarik dihidangkan di hotel-hotel, majlis-majlis perkahwinan, jamuan pejabat dan juga pelbagai majlis rasmi. Teh Tarik ringkas sahaja bahan yang digunakannya iaitu mmenggunakan serbuk teh terpilih yang dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat dan dimasukkan kedalam 'koleh' dan di tuangkan kedalam koleh lain (seakan ditarik) sehingga ia mengeluarkan buih. Gaya melakukan teh tarik ini memang sudah sering menambat hati masyarakat dimana banyak kali diadakan pertandingan membuat teh tarik diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Kedapatan buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan koleh cukup memikat jiwa ramai orang. Penulis blog paling suka minum teh tarik yang dicampur dengan halia atau menjadi minuman sarbat yang enak. Harga teh tarik bergantung kepada banyak keadaan diantara RM 1.50 sehingga RM5.00 dimana ia memang menghilangkan dahaga.


(15) AIS KACANG
Minuman Ais Kacang atau juga dikenali sebagai Ais Batu Campur (ABC) juga merupakan kuliner popular di Malaysia dimana ia diambil sebagai pencuci mulut yang mampu mengenyangkan dan menghilangkan dahaga. Apa tidaknya ia kaya dengan ingredien seperti kacang, jagung, cendol, agar-agar, buah laici, kismis dan topping dengan ais kerim. Penulis blog memang sering juga dahulu mendapatkan ais kacang semasa muda. Terdapt berbagai ingredien dimasukkan didalam kuliner ini yang menyebabkan ia memberikan rasa manis, lemak dan dingin semasa meminumnya. Pada awalnya ais kacang dibuat daripada ais yang dikisar serta dicampur dengan kacang merah secara tradisional dengan mesin khas. Bagaimana pun kini sudah adal ramuan Ais Kacang telah dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang mana resepi ini telah berjaya membuatkannya lebih enak dan berwarna-warni (Sila lihat foto disebelah). Ia turut dicampurkan dengan kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim dan ada yang boleh ditempah mengikut kegemagran pengguna. Kemudian bagi melengkapkan hidangan ini maka ia dicampurkan dengan susu pekat, susu sejat yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros. Ada juga yang Ais Kacang yang disirami dengan coklat cair bagi menambah selera. Harga ais kacang ini berbagai dengan semurah RM1.50 satu bekas sehinga lebih RM10.00 satu bekas bergantung kepada pelbagai faktur. 
Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

Wednesday, May 18, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 4)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta beberapa kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli dan minoriti lainnya. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Keuw Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(10) APAM BALIK
Makanan apam balik merupakan sejenis makanan yang enak dimakan semasa panas-panas lagi. Makan ini dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Asian Peanut Pancake' dimana di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Martabak Manis'. Apa pun penulis blog memang suka makan apam balik tradisional yang merupakan apambalik disediakan dari tepong yang diadun dan kemudian dimasak didalam kuali khas. Kini kalau teringin hendak makan apam balik di rumah hanya pesan on-line sahaja dan kurang 20 minit sudah sampai dirumah melalui Grabfood atau PandaFood atau syarikat penghantaran makanan lain. 
Apam Balik merupakan sejenis lempeng atau penkek leper yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di mana jua di Malaysia dan memang ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana sahaja termasuk di kompleks membeli belah, gerai tepi jalan, pasar malam, pasar tani dan banyak lokasi lain. Biasanya bahan yang digunakan untuk membuat apam balik terdiri dari adunan tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Makanan ini pada penulis blog mempunyai kepelbagaian yang mana ia mempunyai inti seperti kacang tanah yang dikisar, gula dan krim jagung manis sebagai resepi tradisional. Kini terdapat banyak jenis inti lain yang boleh diletakkan seperti hirisan coklat, parutan kelapa, susu, cheese, pisang dan sebagainya mengikut selera atau permintaan pengguna. Apam Balik juga telah diisytiharkan sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia dimana makanan ini memang murah serta mengenyangkan. Ada apam balik kecil yang rangup dimana ia seanak snek yang disukai oleh kanak-kanak. Harga sekeping apam balik daripada RM1.00 satu sehingga RM5.00 bergantung kepada saiz, jenis inti dan juga lokaliti premis jualan.


(11) MEE KARI
Makanan mee kari merupakan salah satu kuliner yang popular di Malaysia dan sering dijual dibanyak lokasi dan ada dihidangkan semasa jamuan. 
Mee Kari merupakan satu hidangan yang penuh berperisa serta unik dipercayai berasal dari hasil gabungan hidangan masyarakat Cina dan India tetapi kini mee kari orang Melayu yang paling popular. Penulis blog suka makan mee kari semasa balik ke Melaka kerana enak dan keunikan rasanya terutama yang dimasak didalam claaypot. Ada banyak jenis mee kari tetapi yang membezakannya adalah kuahnya dimana ada yang diperbuat dari rempah kari yang diadun bersama santan, pes cili, tauhu kering, udang, ayam, sotong, kerang, serai dan daun pudina dan ada yang berlainan bahan lain.
Hidangan ini menjadi kegemaran ramai golongan masyarakat tidak mengira bangsa dan boleh didapati dengan mudah di restoran tempatan. Ini kerana mee kari selalunya tidak pedas dan mengandungi mee serta sayuran dan sesuai dimakan semasa panas lagi. Kuah karinya yang enak boleh dimakan bersama mee, kuetiaw ataupun bihun sebagai kelainan dimana ia juga boleh dimakan bersama cili asam atau cili jeruk. Beberapa hotel terkemuka ada menyediakan mee kari dan penulis blog suka untuk menikmati makanan mee kari ini di Longe MAS yang dihidangkan. Anggaran harga semangkuk mee kari sekitar RM5.00 - RM10 dimana ia bergantung kepada lokaliti, portion dan kualiti.


(12) CHAR KUEW TEOW
Makanan popular Char Kuew Teow makanan yang sangat penuli blog suka makan terutama ketika pergi ke Utara Semenanjung Malaysia. Banyak premis di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang menyajikan makanan char kuew teow yang viral untuk dinikmati. Salah satunya adalah yang ada di Alor Setar, Kedah yang penulis blog suka menikmatinya (Sila lihat foto disebelah). Terdapat beberapa pilihan makanan ini yang boleh di buat senddiri dirumah atau pun membelinya di restoren, gerai, pasar malam dan pelbagai lokasi lain. Ada yang disediakan sebagai Vhar Keuw Teoww Kering dan ada yang disediakan sebagai Char Kuew Teow Basah (lebih enak). Makanan ini disukai oleh semua golongan masyarakat dan kaun kerana ia tidak pedas, lemak, mengenyangkan dan juga mudah didapati. Biasanya ia digoreng dengan kepanasan suhu yang tinggi sehingga ada yaang api merah masuk kuali bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai. Bergantung kepada pengguna ada jenis Char Kuew Teow yang akan digoreng bersama dengan telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja sudah siap. Apa yang saya pernah lihat dimana hidangan ini turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkatkan lagi aromanya dan lebih enak. Harga sepinggan makanan ini serendah RM3.00 sepinggan kecil (memang tidak kenyang) sehingga kepada RM10.00 sepinggan di premis yang hebat dengan kuantiti yang juga banyak. 
Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

Tuesday, May 17, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 3)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli dan beberapa kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Keuw Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(7) ASAM LAKSA
Makanan Asam Laksa merupakan sejenis makanan atau pun sejenis
 hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Apa pun ia memang sangat popular dahulu di utara Semenanjung Malaysi asebalum di jual diseluruh Malaysia masa kini. Boleh didapati di kompeks belibelah dan juga restoren serta pasar malam, pasar tani dan banyak premis lain. Uniknya makanan ini juga ada yang di jual oleh penjaja kecil dengan motorsikal dan lori truk kecil. Hidangan ini selalunya adalah merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan yang disediakan dengan kebanyakannya ada rasa pedas. Dalam sejarah menunjukkan makanan ini dipopularkan oleh keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan immigrant Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini kemudian telah berjaya menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian. Kini lebih banyak orang Melayu yang menjual asam laksa di seluruh negara termasuk jenis Laksa Penang, Laksa Johor dan beberapa jenis laksa lain. Semua boleh membaca tulisan saya mengenai makanan asam laksa yang ada di Malaysia dengan pautan disertakan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Makanan ini adalah hasil gabungan unsur dua budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. 


(8) PISANG GORENG
Pisang Goreng 
merupakan jenis makanan ringan yang popular di Malaysia dan dimakan pada waktu petang. Pada penulis blog Pisang Tanduk dan Pisang Nangka selain Pisang Nipah adalah jenis pisang goreng yang paling digemari apa lagi jika disediakan cicah sambal kicap sekali (Sila lihat foto disebelah). Selain ia popular di Malaysia sememangnya pisang goreng juga diminati di Indonesia dan Singapura. Ia boleh disediakan sendiri dirumah dengan mudah dan ada dijual kebanyakannya digerai-gerai penjaja jalanan di tepi jalan pada waktu petang serta beberapa restoren juga. Bagaimana pun penulis blog ada banyak kali mendapati hidangan pisang goreng memang ada dihidangkan di hotel-hotel. Bahan asas pisang yang matang biasanya dicelup dalam adunan tepong warna kuning cair yang dibubuh kunyit sebelum digoreng dalam minyak sudah panas. Kini terdapat pisang goreng yang dihidangkan bersama keju, jam dan coklat. Sesetengah orang mendakwa dimana makanan mampu meningkatkan imej makanan lokal sebagai makanan tradisional bagi mereka yang dahulu hanya berpendapatan rendah tetapi kini senaliknya dengan ada francais pisang goreng di merata lokasi termasuk kompleks membeli belah dan RnR Lebuhraya. Apa pun memang jenis pisang Raja dan pisang abu merupakan jenis pisang yang popular bagi di jadikan pisang goreng. Pisang goreng disajikan bersama cili kicap bagi membangkitkan selera dimana kini sudah ada pelbagai inovasi telah dilakukan untuk memberi kepuasan semasa menikmatinya. Ia juga turut dimakan bersama susu pekat, keju, coklat dan sebagainya. Pisang goreng ini sangat digemari oleh masyarakat Melayu dan Cina dimana selalunya dijual pada harga mampu bergantung kepada jenisnya dan lokaliti premis jualannya.


(9) MEE GORENG MAMAK
Makanan popular Mee Goreng Mamak adalah 
merupakan satu lagi hidangan yang ringkas dan enak. Biasanya ia boleh didapati di restoran Mamak dan juga restoran biasa di Malaysia. Bagaimana pun kini ramai orang Melayu yang ada premis menjual Mee Goreng Mamak diseluruh Malaysia sebagai kuliner popular. Mee ini biasanya gunakan bahan-bahan dicampurkan dengan hirisan ayam atau daging, cili, sawi, taugeh, telur, bawang, tomato, kicap dan sebagainya. Hidangannya agak kering tapi cukup menyelerakan. Bagaimana pun resepi asli mee goreng mamak adalah menggunakan bahan terdiri dari Mee Kuning 450 gram untuk 5 orang makan, lada kering (atau cili bor), bawang merah dan juga bawang putih, sawi, taugeh, fish cake dan fish ball, sotong atau udang, telur 2 biji, kicap (6 sudu besar), sos seafood adabi (2 sudu besar), sos cili (2 sudu besar), perencah Maggi Kari (setengah paket) dan garam (secukup rasa). Cara memasak dengan menumis lada kering yang telah dikisar hingga garing. Kemdian dimasukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggi kari dan sedikit air. Masukkan sotong atau udang atau keduanya sekali dan fishcake atau fishball. Akhir sekali di masukkan mee kuning yang sudah dibasuh digaul sebati sehingga masak. Harga mee mamak ini diantara RM5.00 - RM8.00 bergantung kepada keadaan dan kuantitinya. Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

Monday, May 16, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 2)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli serta beberapa kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang negara  Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga mempunyai banyak dan pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangkan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Asam Pedas, Apam Balik, Mee Kari, Char Keuw Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(4) NASI BERIYANI
Nasi beriyani merupakan makanan yang berasal dan popular dari Negeri Johor dimana ia menjadi makanan ikonik dinegeri tersebut. Penulis blog yang berasal dari Johor juga sangat suka makan nasi beriyani sejak lama dahulu kerana ia sering dihidangkan dikampong semasa jamuan perkahwinan. Dari segi sejarah dilaporkan dimana asal usul 
Nasi Briyani merupakan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Bagaimana pun kini kalangan orang Melayu didapati lebih hebat masakan nasi beriyani mereka dengan pelbagai modifikasi sehingga terkenal seperti 'Nasi Beriyani Gam' dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya ia akan dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus khusus, yogurt, daging dan serta sayuran ditambah dengan kekacang. Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih dan sos tomato. Penulis blog paling suka dengan nasi beriyani Kambing dimana selain daripada mendapatkannya di gerai di Johhor, penulis blog sepanjang masa pandemik mendapatkannya secara on-line sahaja. Nasi Briyani ini juga terdiri dari pelbagai jenis seperti jenis Briyani Kambing, Briyani Ayam, Beriyani Daging (Lembu), Beriyani Cendawan serta Briyani Sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di banyak restoran khusus dan restoren India di seluruh Malaysia. Harga sepinggan nasi beriyani diantara RM9.00 sehingga RM15 mengikut lauk dan juga lokasi.


(5) NASI KANDAR
Nasi Kandar adalah sejenis kuliner popular di Malaysia dimana ia ada dijual dibanyak rangkaian restoren Mamak dengan ramai yang meminatinya. Premis nasi kandar ada yang dibuka 24 jam dimana bila-bila masa sahaja boleh semua orang mendapatkannya terutama mereka yang tinggal dibandar-bandar besar yang padat penduduknya. Kuliner ini bagi penulis blog bagaimana pun kurang minat makan nasi kandar sejak dahulu dan jarang pergi makan kuliner ini. Seingat saya hanya 2 kali sahaja ada makan nasi kandar itu pun dibelanja oleh rakan yang taksub dengan makanan ini. 
Nasi kandar adalah sejenis hidangan yang begitu popular dan berasal dari Pulau Pinang. Ia merupakan hidangan nasi putih (ada juga nasi warna lain) yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Biasanya ia berlainan harga disebabkan oleh jenis lauk pauk yang dipiilih sama ada ia dimakan bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng, daging lembu dan sebagainya. Ia juga sering dilengkapi dengan sayuran seperti peria goreng, kobis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua golongan masyarakat di Malaysia serta ekspratriat juga sangat menggemari Nasi Kandar tidak kira di mana sahaja menjadi premis nasi kandar tidak pernah sepi. Harga nasi kandar bergantung kepada jenis aup yang dipilih daripada paling murah cuma telur goreng sehingga kepada lauk mahal seperti sotong dan udang bersaiz besar. 


(6) ASAM PEDAS

Asam Pedas merupakan makanan yang sangat popular khususnya di Melaka dan Muar. Bagaimana pun kini kuliner asam pedas sudah boleh didapati dibanyak premis seperti Restoren, Kantin, Gerai Makan, Pasar Malam, Bazaar Ramadan, Medan Selera dan sebagainya. Asam pedas pada penulis blog 
merupakan satu jenis masakan yang popular dikalangan Masyarakat Melayu di Malaysia sebagai sejenis lauk yang dihidangkan bersama nasi. Apabila disebut sahaja perkataan 'ASAM PEDAS' dalam sektor tanaman, jangan cepat keliru dengan sejenis tumbuhan asam yang rasanya pedas - itu memang tidak ada!. Gelaran Masakan Asam Pedas lebih tepat kerana sememangnya rasa masakan ini adalah satu kombinasi antara Rasa Masam (Berasaskan Asam) dan juga Pedas (Berasaskan Cili). Penulis blog memang sangat suka makan asam pedas dengan nasi panas dan sayur jenis berdaun seperti Kangkong, Sawi atau Bayam serta kobis yang ditumis kering. Masakan Asam Pedas berlainan adalah berasaskan kepada bahan utamanya iaitu IKAN, DAGING, TETEL DAGING atau AYAM. Asam Pedas Ikan memang ada banyak jenis ikan yang sesuai seperti Ikan Parang, Ikan Tenggiri, Ikan Pari, Ikan Kembong, Ikan Tongkol, Ikan Jenahak, Ikan Sembilang, Ikan Merah, Ikan Selar Ikan Cencaru dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan. Pada penulis blog selalu dapati asam pedas Ikan Jenahak, Ikan Merah dan Ikan Pari merupakan pilihan kerana rasa lemaknya yang hebat (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog acapkali juga makan makanan asam pedas yang eksotik iaitu 'Asam Pedas Belangkas di Kota Tinggi Johor (Sila lihat foto paling bawah). Paling penting ikan yang digunakan masih segar dari laut seperti di kawasan pendaratan ikan di Parit Jawa, Muar. Kebanyakan restoran biasa menggunakan ikan kembong atau ikan selar sebagai menu asam pedas kerana senang didapati dan harga yang agak murah. Ikan Parang menjadi kegemaran orang Melaka untuk dimasak asam pedas. Memang ikan parang sedap dimasak asam pedas tetapi masaalahnya adalah banyak duri. Petua orang tua perlu ditarek ekor dengan kuat sebelum ikan parang dipotong untuk meleraikan duri ikan parang. Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

Sunday, May 15, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 1)

KULINER POPULAR MALAYSIA
merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli serta beberapa kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat yang majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang oleh kerana Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk 
Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Asam Pedas, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Kuew Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

(1) NASI LEMAK
Mendudukki senarai teratas dalam kuliner popular Malaysia pada penulis blog adalah Nasi Lemak. Penulis blog memang sering makan nasi lemak sama ada dibuat sendiri dirumah ataupun membelinya sahaja dibanyak premis di Putrajaya secara terus atau membeli secara on-line. Hidangan ini selalunya diambil pada waktu sarapan pagi tetapi kini nasi lemak sudah dimakan pada setiap waktu sehinggga lewat malam juga. 
Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu dimana ia memang diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan yang menjadikan ia memberikn nasi yang lemak. Dari segi kombinasi ada pelbagai ingredient lain yang boleh ditambahkan untuk hidangan hebat ini. Bagaimana pun asasnya perlu ada sambal, telur rebus atau telur goreng, ikan bilis goreng, kacang tanah dan timun. Pelbagai jenis lauk-pauk yang lain ditambah kepada nasi lemak seperti ayam goreng, paru goreng, rendang, sambal kerang, sambal sotong, ikan tongkol, kari ayam, sotong goreng, sambal udang sehinga puluhan pilihan lain. Nasi Lemak juga dikenali sebagai sejenis juadah kebangsaan Malaysia dan boleh di setiap pelosok Malaysia. Harga nasi lemak semurah RM1.00 sebungkus sehingga puluhan ringgit satu pek (dengan pelbagai pilihan lauk-pauk) dimanamemang selepas makan amat kenyang. Bagaimana pun kesan dari makan nasi lemak ini jika berlebihan dan kurang aktif akan menyebabkan mengantuk pula. 


(2) SATE
Makanan Sate atau 'Satay' merupakan sejenis kuliner popular di Malaysia sejak dahulu dan dimakan oleh semua golongan masyarakat tidak mengira umur, kaum atau pun jantina. Hidangan ini boleh didapati dengan pelbagai jenama daripada nama tempatan (Sate Kajang) sehingga kepada nama individu atau pun nama lain yang menjadikan ia menjadi viral dan popular. Apa pun kuliner ini yang dinamakan s
ate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya sate dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun. Bahan asas adalah daging atau lain-lain untuk membuat sate seperti sate ayam, sate daging (biasanya daging lembu), sate rusa, sate kambing, sate perut, sate kerang dan beberapa lagi. Kuliner ini merupakan makanan kegemaran penulis blog sejak lama dimana makanan ini juga merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran serta selalu dihidangkan dihotel-hotel juga. Kini makanan sate sudah menjadi trend semasa diadakan majlis perkahwinan, majlis jamuan hari raya dan sebagainya. Sate ini juga enak dimakan bersama nasi himpit yang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi yang mengenyangkan. Ia juga sering dijadikan hidangan ringan pada waktu malam dan sangat popular sebagai salah satu hidangan menjelang sambutan perayaan. Pada penulis blog hidangan 'Sate Pagi' yang sangat popular di Muar adalah satu kehebatan tersendiri dan ikonik dimakan dengan lodeh dan mee rebus.

(3) ROTI CANAI
Makanan Roti Canai merupakan makanan yang sangat popular di Malaysia terutama diambil semasa sarapan pagi. Bagaimana pun kini roti canai sudah dihidangkan pada sepanjang masa dari pagi sehingga 24 jam terutama direstoren mamak yang banyak beroperasi dimana juga. 
Roti Canai adalah merupakan roti leper yang asalnya dulu diperkenalkan oleh masyarakat India tetapi orang Melayu dan pribumi lain kini sudah banyak yang pandai membuat menjual roti canai dimerata lokasi seluruh Malaysia. Bagaimana pun ia masih terkenal dimana boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu juga. Apa pun dari segi sejarah makanan ini asalnya dibawa oleh imigran dari india tetapi kini sudah banyak modifikasi cara pembuatannya dan cara hidangannya. Antara nama yang digunakan adalah 'Roti prata', 'murtabak' (ada (inti daging) dan termasuk juga roti puri. Proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak diatas kuali leper dengan minyak. Biasanya Roti Canai akan dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malahan kini sudah ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. Pada penulis blog paling suka makan roti Canai Kosong dan Roti Canai Sarang Burung (Sila lihat foto disebelah). Ada banyak jenis roti canai yang boleh didapatkan dari premis populat seperti Roti Telur, Roti Sardin, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta, Roti Coklat, Roti Susu, Roti Cheese dan beberapa lagi. Harga roti canai juga sangat berpatutan dan mampu dimana ia adalah makanan yang enak dan mengenyangkan. Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 - 26 Ramadan 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...