CENDAWAN adalah sejenis hidupan yang tumbuh secara semulajadi dan diusahakan secara komersial semenjak dulu kala dan cendawan yang dimakan oleh manusia mempunyai khasiat tersendiri. Diantara cendawan yang popular di negara kita adalah seperti Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Jerami, Cendawan, Jarum Emas, Cendawan Kukur, Cendawan Butang, Cendawan Telinga Kera / Jeli Htam, Cendawan Ganoderma / Ling Zhi dan Cendawan Bunga Kobis. Cendawan yang ada dipasaran terdiri daripada cendawan segar, cendawan kering dan cendawan yang telah diproses dalam pelbagai bentuk seperti cecair, makan siap sedia, kapsul, serbuk, pil dan sebagainya. Pengalaman saya dalam projek cendawan tiram kelabu yang bayak di kawasan Pagoh, Muar selama 7 tahun mendapati cendawan tersebut diantara spesis cendawan yang paling banyak dimajukan oleh usahawan di kawasan tersebut. Artikel pagi ini saya 'posting' khasiat beberapa jenis cendawan untuk perkongsian maklumat dengan pembaca.
5) Cendawan Shiitake
Cendawan Shiitake (Lentinus edodes) adalah sejenis cendawan macam bunyi "Bahasa Jepun" yang sukar orang Melayu nak sebut. Cendawan ini ada ditanam di negara kita terutama dikawasan sesuhu sejuk dikawasan tanah tinggi dan juga ada juga ditanam dikawasan rendah. Cendawan ini mengandngi bahan Lentinan iaitu sejenis ubat antikanser khusunya untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara. Cendawan ini dapat membantu merencatkan kejadian semula sel kanser. seperti kebanyak jenis cendawan yang dikenali, cendawan Shiitake memang mempunyi keupayaan meningkatkan sistem imun badan dengan merangsang limfosit dan Makrofaj melawan bakteria, virus dan sel tumor serta toksin dalam badan manusia.
6) Cendawan Kukur
Cendawan KUKUR (Schizophyllum commune) merupakan sejenis cendawan yang sukar kita jumpai di negara kita kalau kita tidak mengenalinya. Cendawan ini mengandungi bahan Schizophyllan iaitu sejenis ubat yang dikenalpasti sebagai ubat anti tumor dan kanser. Cendawan ini mampu meningkatkan sistem imun badan manusia jika dimakan mengikut kesesuaiannya. Khasiat lain cendawan ini seperti sebagai antiradangan (anti inflamatory system) dan anti bakteria serta anti parasit. Keistimewaan cendawan ini adalah untuk mengawal dan melindungi Hati manusia.
7) Cendawan Butang
Cendawan BUTANG (Agaricus brasilliensis) adalah sejenis cendawan berbentuk butang dibahagian atasnya yang berwarna kepurihan. Cendawan Butang ada ditanam di Malaysia oleh beberapa usahawan seperti di Kelang Selangor untuk padaran segar tepatan. Cendawan Butang yang telah dikeringkan banyak djual di pasaraya dan sering digunakan oleh ramai penduduk Malaysia. Cendawan Butang didakwa dapat merencatkan sel tumor dalam badan manusia serta membantu mengawal tekanan darah. Keistimewaan cendawan butang adalah dapat merawat penyakit Gastrik dengan memakannya. Cendawan butang yang kering direndam dahulu atau terus masukan dalam sup, masakan tumis dan sebagainya untuk dihidangkan. Rasanya sedap dan lazat.
8) Cendawan Jarum Emas
Cendawan jarum Emas (Flammulina velutipes) adalah cendawan berbentuk jarum yang mempunyai batang pabjang berwarna keemasan dibahagian kudup. Cendawan ini tidak ditanam di negara kita secara komersil dan banyak dihasilkan di negara China, Jepun dan Korea selain daripada di Eropah. Khasiat cendawan Jarum Emas adalah merupakan toksik kepada sel tumor manusia. Cendawan ini juga didapati meningkatkan sistem imun dalam badan bagi menghalang jangkitan kulat dan juga virus kepada pemakannya. Secara klinikal juga terbukti bertindak sebagai antiradangan, meningkatkan aktiviti pelindung sel yang menghalang kerosakan DNA Sel Darah.
Khasiat cendawan memang telah terbukti baik dalam meningkatkan kesihatan. Pengeluaran cendawan memerlukan modal dan ilmu pengetahuan dalam proses pengeluaran. Banyak masaalah dalam pengeluaran yang perlu diatasi seperti pengeluaran benih, kawalan penyakit, masaalah lepas tuai dan masaalah media untuk bongkah. Industri ini perlu disokong dengan baik agar pengeluaran cendawan untuk pasaran domestik akan menuju kearah pasaran ekspot pada masa akan datang.
KHASIAT CENDAWAN...TELAH TERBUKTI....
DITANAM SENDIRI...KURSUS DAH DIBERI....
KELUAR HASIL...JANGAN MAKAN SENDIRI...
MENINGKATKAN KESIHATAN...LAMBAT MATI...
Related articles:
1. Avocado (Klik disini)
2. Nona Kapri (Klik disini)
3. Lempoyang (Klik disini)
4. Pimento (Klik disini)
By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(17 Zulkaedah 1432H - 5.20 pagi)
Support My Blog
Showing posts with label KHASIAT CENDAWAN. Show all posts
Showing posts with label KHASIAT CENDAWAN. Show all posts
Saturday, October 15, 2011
Friday, October 14, 2011
KHASIAT CENDAWAN (Part 1)
CENDAWAN adalah sejenis hidupan yang tumbuh secara semulajadi dan diusahakan secara komersial semenjak dulu kala dan cendawan yang dimakan oleh manusia mempunyai khasiat tersendiri. Diantara cendawan yang popular di negara kita adalah seperti Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Jerami, Cendawan, Jarum Mas, Cendawan Kukur, Cendawan Butang, Cendawan Telinga Kera / Jeli Htam, Cendawan Ganoderma / Ling Zhi dan Cendawan Bunga Kobis. Cendawan yang ada dipasaran terdiri daripada cendawan segar, cendawan kering dan cendawan yang telah diproses dalam pelbagai bentuk seperti cecair, makan siap sedia, kapsul, serbuk, pil dan sebagainya. Pengalaman saya dalam projek cendawan tiram kelabu yang bayak di kawasan Pagoh, Muar selama 7 tahun mendapati cendawan tersebut diantara spesis cendawan yang paling banyak dimajukan oleh usahawan di kawasan tersebut. Artikel pagi ini saya 'posting' khasiat beberapa jenis cendawan untuk perkongsian maklumat dengan pembaca.
a) Cendawan Tiram Kelabu
Cendawan Tiram kelabu (Pleorotus sajor-caju) merupakan jenis cendawan paling mudah ditanam dan dibeli dipasar. Cendawan ini berwarna putih dan kelabu dimana dijual pada harga RM 5.00 - RM 6.00 sekilogram diperingkat ladang. Beberapa jenis kumpulan cendawan tiram adalah seperti Cendawan Tiram Kuning (Pleorotus citrinopileatus), Cendawan Tiram Merah jambu (Plerotus flabellatus) dan Cendawan Tiram Putih (Pleorotus florida) . Cendawan tiram kelabu kaya dengan Protin (15-22% berat kering =bk), Lemak (1.1-2.6% bk.), Serat (14.2-18.2% bk), Vtamin E ( 3ppm), Salenium (<0.05 ppm), Zat Besi (34.7-60.7 ppm), Kalsium (0.39-0.69 ppm), Magnesium (590 -790 ppm) dan Kalium (2.5-2.5% bk). Cendawan Tiram mampu mengawal pengaliran darah, menurunakan tekanan darah serta megawal kandungan gula dan lipid dalam darah. Cendawan ini juga dapat meningkatkan sistem ' immune' untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Cendawan ini juga merencatkan pertumbuhan sel tumor dan agen anti-oksidan yang sangat berkesan.
2) Cendawan Ling Zhi
Cendawan Ling Zhi (Ganoderma spp) merupakan sejenis cendawan yang telah dikomersilkan semanjak sekian lama oleh beberapa syarikat antarabangsa dan syarikat tempatan. Malaysia adalah diantara negara yang menghasilkan cendawan ini secara komersial khusus untuk makannan produk kesihatan yang popular. Penanaman cendawan Ling Zhi adalah agak mudah dan jika mendapat jaminan pasaran dengan harga munasabah memang sesuai diperbesarkan lagi. Cendawan Ling Zhi telah pun diuji secara klinikal dan tradisional sebagai cendawan yang mampu menghalang dan merawat kanser. Cendawn ini juga dapat meningkatkan sistem imunne badan; anti allergik; anti radang; antiviral dan juga antibakteria. Terdapat dakwaan yang khasiat cendawan ini dapat melegakan dan merawat paru-paru yang rosak akibat serangan asma dan masaalah pernafasan yang lain. Khasiat lain adalah seperti mampu melindungi hati dengan meningkatkan proses ditoksifikasi. Kelebihan lain seperti ianya mampu menyembuhkan luka, sebagai antioksidan dan juga menurunkan tekanan darah.
3) Cendawan Telinga Kera
Cendawan Telinga Kera atau Cendawan jeli Hitam (Auricularia spp.) merupakan sejenis cendawan yang berwarna hitam dengan bentuk seperti telinga kera. Cendawan ini hanya ditanam oleh mereka yang pakar dan berminat sahaja di kawasan khusus. Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku didalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid. Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan.
4) Cendawan Bunga kobis
Cendawan Bunga Kobis (Hericeum erinaceum) jarang-jarang didapati dipasar basah. Hanya mereka yang menanam dan kawasan sekitarnya mampu mendapatkan spesis cendawan ini. Terdapat produk cendawan ini yang telah dikeringkan dan dijual dipasaraya. Cendawan ini mampu merangsang faktor pertumbuhan sistem saraf dan ini berkaitan dengan potensinya untuk mengurangkan risiko serangan saraf seperti Alzeimer, Dimentia dan Strok. Khasiat lain seperti mampu memperbaiki otot dan gerakbalas motor dan juga fungsi kognitif dalam badan. Cendawan ini mengandungi bahan Lektin yang merencatkan pengumpulan sel darah merah. Ia mampu merawat ulser perut, anti kanser, antiradangan dan juga merendahkan paras lipid. Cendawan ini juga meningkatkan sistem imun badan.
KHASIAT CENDAWAN....TELAH TERBUKTI.....
HARGA MAHAL...TIDAK MAMPU NAK BELI....
MENYIHATKAN BADAN...MELAMBATKAN MATI...
KITA GUNAKAN....MASAK IKUT RESEPI....
Related articles:
1. Cashflow Cendawan (Klik disini)
2. Inovasi Tanaman Cendawan (Klik disini)
3. Vacuum Fry Technology (Klik disini)
4. MALAYSIA: Food Export (Click here)
5. Intergrated Farming (Click here)
By,
M Anem
Pct 11, Pytrajaya,
Malaysia
(16 Zuklaedah 1432H)

Subscribe to:
Posts (Atom)