Support My Blog

Monday, March 16, 2026

ULAR DAUN - APA FAKTANYA


ULAR DAUN
(
Ahaetulla prasina) atau pada kebiasaannya merujuk kepada 'Ular Pucuk' atau 'Oriental Whip Snake' adalah jenis ular hijau panjang, langsing dan arboreal dimana ia sellaunya hidup di atas pokok yang biasa akan ditemui di kawasan semak atau kebun. Ia mempunyai racun ringan yang hanya berbahaya kepada mangsa kecil seperti katak atau cicak, dan dianggap tidak berbisa kepada manusia. Penulis blog memang selalu juga terserempak dengan jenis ular ini semasa memasukkan kawasan kebun dan belukar semasa membuat tinjauan projek-projek pertanian di seluruh negara. Apa pun agak mudah mengenali jenis ular daun ini dimana cirinya adalah ia selalunya berwarna hijau terang atau berwarna coklat muda atau warna kelabu untuk penyamaran. Ular ini selalunya ia mempunyai bentuk badan sangat langsing, berukuran panjang dimana mempunyai kepala berbentuk muncung tajam. Melihat akan ciri mata ular daun dimana ia selelunya mempunyai anak mata mendatar (horizontal) dimana ciri ini berbeza dengan ular berbisa tinggi yang biasanya menegak. Apa pun uniknya ular daun ini adalah dimana tingkahlakunya yang ia suka berada di dahan pokok atau didalam semak atau kadang-kadang ia berada pagar rumah yang berpagari tumbuh-tumbuhan. Apa pun kelainan ular ini adalah apabila terancam dilihat ia mungkin akan dilihat mengembangkan badan untuk menampakkan tompok yang berwarna hitam atau putih sebagai persediaan menyerang. Dilaporkan dimana ular daun ini walaupun racunnya ringan akan tetapi di laporkan sebarang gigitan tetap perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan bengkak atau kegatalan ringan. Ia berbeza dengan Jenis Uar Daun Kecil (Calamaria pavimentata) yang hidup di dalam tanah. Penulis blog dapati dimana di Malaysia dilaporkannama ini selalunya dikaitkan dengan dua jenis ular utama iaitu Jenis Ular Pucuk (Ahaetulla prasina) atau di kenali dengan nama 'Oriental Whip Snake' dimana jenis ini selalunya ia mempunyai kepala berbentuk tajam (segitiga) dan badan yang sangat halus seperti lidi. Ia berbisa ringan tetapi tidak berbahaya kepada manusia. Kedua adalah Jenis Ular Dedaun atau Reed Snake; yang merujuk kepada spesies dari genus Calamaria dimana ia berbeza dengan ular pucuk sebab ular ini bersaiz kecil dan sering ia dijumpai di bawah timbunan daun reput atau di dalam tanah. Peranan jenis ular ini walaupun ia tidak berbisa sebenarnya ia akan membantu mengawal populasi serangga perosak. Apa pun ada satu lagi spesies ular yang kadangkala dipanggil ular daun oleh masyarakat setempat ialah Jenis Ular Langkawi (Chrysopelea) dimana ia juga terkenal dengan kebolehannya untuk terbang atau meluncur dari pokok ke pokok. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta mengenai ular daun untuk bahan rujukkan pembaca semua.


Selalunya jenis 'Ular Daun' adalah di gelar juga sebagai 'Ular Pucuk' dimana pada umumnya ada yang berbisa akan tetapi bisanya sangat lemah dan tidak berbahaya kepada manusia (rear-fanged). Apa pun selalunya bisa ular daun ini ia hanya sesuai digunakan untuk melumpuhkan mangsa kecil yang jadi makannya seperti haiwan cicak, katak daun dan seumpamanya akan tetapi ia tidak merbahaya kepada manusia. Walau bagaimanapun pembaca blog semua kena waspada dengan jenis Ular Kapak Hijau (Green Pit Viper) yang juga berwarna hijau tetapi sangat berbisa dan berbahaya kepada manusia. Dilaporkan dimana Jenis 
Ular Kapak Hijau adalah jenis ular berbisa tinggi daripada keluarga Viperidae dimana ia dikenali dengan warna hijau terang dan kepala berbentuk segi tiga seperti kapak. Ia biasanya tinggal di atas pokok (arboreal), bersifat agresif, dan menggunakan 'bisa hemotoksik' untuk memburu mangsa. Ia sering ditemui di hutan dan kawasan kebun di Malaysia dimana jenis Ular Kapak Hijau dilhat ia juga berwarna hijau terang untuk penyamaran di dahan pokok dengan kepala yang jelas lebih lebar daripada leher. Ular ini sebenarnya berlainan dengan ular daun sebab ia mengandungi bisa hemotoksik yang merosakkan sel darah dan tisu dimana ia menyebabkan kesakitan melampau, bengkak dan nekrosis (kematian tisu). Tabiat ular kapak hijau ini ia adalah sgresif, mudah menyerang jika terancam dimana ia suka menanti mangsa di dahan pokok. Jenisini ia mempunyai habitat di hutan tanah rendah, hutan sekunder, kebun dan kadang-kadang kawasan ada juga di kawasan perumahan. Perbezaan penting bagi Jenis Ular Daun (Vine Snake) dimana tahap bisanya adalah lemah (rear-fanged) yang selalunya ia tidak mematikan manusia. Ciri badannya dilihat ia adalah berbadan langsing dengan kelihatan kulit berwarna. Umumnya bagi penulis blog iaitu sebaiknya jika terjumpa ular berwarna hijau maka adalah lebih selamat untuk tidak mendekati atau memegangnya kerana berisiko disalah anggap dengan ular kapak yang berbisa. Apa pun ular daun ia selalunya merujuk kepada dua jenis ular hijau yang berbeza dan tahap bahayanya bergantung kepada jenis yang anda temui iaitu Jenis Ular Pucuk (Oriental Whip Snake) yang tidak berbisa dan juga Jenis Ular Kapak Hijau (Green Pit Viper atau pun Ular Bangkai Laut) yang ia sangat berbisa sebab jenis ini mempunyai bisa jenis hemotoksin yang boleh merosak sistem peredaran darah dan tisu kulit. Jenis kedua ini dilaporkan jika di gigit maka rasanya sangat menyakitkan dimana ia boleh menyebabkan bengkak yang teruk dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan antivenom dengan segera. Cara membezakan ringkasnua dari bentuk kepalanya runcing sama ada ia panjang dan badannya kurus dimana ia biasanya kurang bahaya. Umumnya jenis ular daun atau ular pucuk adalah kurang bahaya) tetapi ular kapa adalah sangat berbahaya. 


Mengenali fakta H
abitat Ular Daun berbeza mengikut jenisnya dimana dilaporkan Jenis Ular Daun Hijau Malaya (Ahaetulla prasina) ialah ular arboreal yang hidup di dahan pokok dalam hutan sekunder atau dalam hutan primer atau berada dikawasan berhampiran sungai. Manakala bagi Jenis Ular Daun Kecil (Calamaria pavimentata) pula merupakan spesies kecil yang hidup di dalam tanah atau jenis 'fossorial' ( Sila lihat foto disebelah)Menarik tahu akan ciri habitat JenisUlar Daun Hijau Malaya (Malayan Green Whip Snake) dimana ia lebih sering ditemui di hutan sekunder, hutan primer dan kawasan seperti dikaki bukit berhampiran dengan kawasan berair seperti sungai yang ada air mengalir. Ular ini juga habitatnya ia gemar berada di atas pokok (arboreal) atau didalam kawasan semak. Berbanding dengan jenis Ular Daun Keci dimana ia hidup di dalam tanah atau di bawah timbunan daun kering atau dibawah serasah dimana ia selalunya ditemui di kawasan hutan atau kawasan persekitaran yang lembap. Apa pun secara umumnya, ular-ular ini lebih menyukai kawasan hutan, kebun, atau kawasan vegetasi padat serta ada banyak sumber makanan. Apa pun unik dimana ular daun Jenis Ular Pucuk atau Oriental Whip-snake) suka berada di kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan hijau dan rimbun bagi membolehkannya menyamar. Ular ini juga selalu berada di celah-celah dedaunan hijau di paras rendah hingga sederhana tinggi untuk mengelakkan pemangsa dan memudahkan mengendap mangsa. Habitat bagi ular daun dikawasan yang mempunyai semak samun dan pokok-pokok kecil di pinggir hutan atau kawasan perumahan yang banyak pokok. KAwasan kebun sayur dan buah-buahan dilaporkan ia adalah tempat yang menyediakan sumber makanan seperti katak, cicak dan burung-burung kecil. Kawasan Lembap: Seperti di sekitar sungai atau paya yang mempunyai dahan pokok yang menjuntai ke air. Ular ini bersifat arboreal, bermaksud ia menghabiskan hampir seluruh masanya di atas pokok atau tumbuhan untuk memburu dan berlindung daripada pemangsa.

Mengenali akan Jenis Ular Daun Hijau Malaya (Ahaetulla prasina) atau dikenali sebagai ular pucuk dimana secara umumnya tidak berbahaya kepada manusia kerana racunnya ringan (mildly venomous) dan hanya bertindak kepada mangsa kecil seperti katak atau cicak. Ia tidak agresif namun boleh menggigit jika terancam akan ada kesan gigitan disifatkan seperti gigitan semut. Ular ini jug aia 
dikenali sebagai 'Collared Reed Snake' atau Jenis 'Ular Dedaun' atau 'Ular Rumpun Berlingkar' iaitu ia ada sejenis ular kecil yang tidak berbisa dan ia juga boleh hidup di dalam tanah (fossorial). Ia ditemui di Asia termasuk di Semenanjung Malaysia dengan ia mendiami hutan bukit dan pergunungan, serta memakan invertebrata kecil. Di dilaporkan juga mempunyai bentuk 'kolar' gelap di leher diikuti dengan kolar kuning atau oren yang sempit. Ular jenis ini sering tersilap anggap sebagai cacing atau ular kecil lain dan ia sangat penting untuk ekosistem tanah. Ancaman terhadap ular daun di Malaysia di laporkan sangat rendah sebab ia jarang di bunuh macam ular tedung atau ular sawa dimana ia bukan sejenis ular berbisa berbahaya iaitu iatidak membawa maut kepada manusia. Bagi penulis blog yang banyak kali melihatnya dimana kelakuannya yang pemalu dan biasanya melarikan diri bila terserempak akan tetapi ia boleh bertindak balas jika diganggu. Apa pun di laporkan juga Jenis Ular Pucuk 'Oriental Whip Snake' ini ia adalah jenis yang paling kerap dipanggil sebagai jenis ular daun kerana badannya yang sangat langsing, panjang, dan berwarna hijau terang dimana kelas ancaman adalah Kurang Bahaya sebab ia berbisa lemah dimana bagi manusia kes gigitannya biasanya hanya dapat menyebabkan kesan bengkak ringan, gatal, atau rasa pedih yang tidak mengancam nyawa. Kedua ada Jenis Ular Bangkai Laut  atau 'Viper Hijau' dengan naama saintifiknya adalah Trimeresurus albolabris walaupun jarang dipanggil ular daun secara rasmi, ramai orang keliru memanggilnya begitu kerana warnanya yang menyerupai daun hijau. Ular jenis ini dilaporkan ia mempunyai tahap Bahaya Tinggi (Berbisa Kuat) dan berikan ancaman kepada manusia sebab ia mempunyai bisa jenis hemotoksin yang merosakkan sistem peredaran darah dan tisu badan. Gigitannya menyebabkan kesakitan yang amat sangat, pendarahan serius, bengkak besar, dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada anggota badan jika tidak dirawat segera. Apa pun asasnya cara membezakan iaitu di bahagian kepalanya berbentuk segi tiga (seperti jantung) dan ekornya biasanya berwarna kemerahan.  Semuga tulisan artikel kali ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ULAR DAUN... SELALU IA KECIL SAIZNYA..
ADA DIPOKOK...BANYAK JENIS WARNA...
KURANG MERBAHAYA...ADA YANG BISA...
MEMBACA ARTIKEL.. TAHU FAKTANYA...


By,
M Anem,
Seneior Agronomist Expert,
Taman Baalai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...