Support My Blog

Tuesday, March 17, 2026

BUNGA KENANGA - FAKTA MENARIK

BUNGA KENANGA
(Cananga odorata) ia adalah sejenis  tumbuhan berbunga kuning kehijauan yang terkenal dengan bau harum yang kuat dan menyegarkan dimana ia selalunya akan digunakan dalam industri minyak wangi, membuat sabun dan digunakan didalam kaedah perubatan tradisional. Ia juga didakwa memang berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam sebagai hiasan taman atau untuk kegunaan budaya. Penulis blog ada menanam dua pokok bunga kenanga yang sentiasa mengeluarkan bung yang mewangikan ersekitaran rumah. Bunga kenanga adalah ia merupakan sejenis bunga yang berwarna kuning apabila sudah matang atau ia berwarna hijau ketika muda, berbentuk sangat unik dengan ada enam kelopak panjang yang merebeh ke bawah (Sila lihat foto diatas). Bagi penuli blog yang suka menanam bunga kenanga, bunga kesidang dan buga kertas di keliling rumah amat suka memeti bunga kenanga yang sudah matang berbau harum dan di letakkan didalam kereta untuk mewangikannya. Ia di akui memang mempunyai aroma atau mempunyai bauan yang sangat harum dan eksotis dimana ia juga dikenali sebagai 'ylang-ylang' dalam industri wangian. Bunga ini ada digunakan dalam suia kecantikan dan dunia wangian apabila minyak pati bunga kenanga digunakan secara meluas dalam pembuatan minyak wangi, produk sabun dan produk syampu. Apa pun memang sudah lama di ketahui dimana didalam perubatan tradisional bunga kenanga akan digunakan untuk merawat beberapa masaalah seperti isu sesak nafas (asma), sakit perut dan demam dengan meminum air rebusan bunga kering yang di sediakan. 
Bunga yang dikeringkan boleh dibancuh sebagai teh untuk merawat masalah seperti asma dan malaria. Bunga kenanga sangat berkait rapat dengan kebudayaan dan tradisi mayarakat Melayu dan kaum pribumi lain dimana ia sering digunakan dalam majlis perkahwinan, rawatan dalam mandian bunga dan sesekali akan diletakkan pada rambut semasa pertunjukkan fesyen klasik. Apa pun dalam dunia kesihatan di laporkan dimana produk minyak aromaterapinya berkesan untuk mengurangkan stres atau tekanan, semasa kecemasan dan dilaporkan ia menurunkan tekanan darah. Meneliti akan ciri pokoknya dimana ia boleh mencapai ketinggian 5 - 20 meter yang ketara dan sering ditanam di tepi jalan atau taman rekreasi di Malaysia. Bunga Kenanga sebenarynya dalam kategori pokok saka berbau harum yang popular di Asia Tenggara dimana ia terkenal dengan kelopak kuning kehijauan yang panjang dan melengkung ke bawah. Ia digunakan secara meluas dalam minyak pati (aromaterapi), wangian, kosmetik serta memiliki khasiat perubatan tradisional untuk tujuan iaitu menenangkan fikiran.  Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi tentang fakta Bunga Kenanga untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Menanam pokok bunga kenanga memerlukan kawasan tanah lembap, bersaliran baik dan mendapat banyak cahaya matahari sepenuhnya agar ia mampu mengeluarkan banyak bunga. Ia kurang sesuai jika di tanam di bawah teduhan atau ia terlindung dengan atap rumah. Apa pun cara menenam lazimnya ia menggunakan keratan benih yang direndam air suam dan kemudian di semai didalam 
tanah dan sentiasa dipastikan kelembapannya juga sentiasa konsisten. Pokok kenanga dari peringkat awal memang ia perlukan aktiviti pemangkasan rutin sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membentuk dan pembungaan optimum serta sesuai ditanam di tanah terbuka atau pot. Penulis blog ringkaskan panduan cara menanam pokok bunga kenanga di mulakan dengan cara pemilihan benih dimana jenis benih paling sesuai dan disyorkan daripada Benih Keratan Batang. Pilih saiz dahan pokok kenanga dewasa yang sihat dan dipotong sebelum ia direndam keratan benin ini didalam air suam selama setengah jam untuk tujuan mempercepat percambahan. Ada cara kedua iaitu dengan gunakan biji benih kenanga dengan mengambil biji benih dari buah kenanga yang sudah matang (berwarna hitam) dimana ia perlu di semai dahullu dangan menabur biji benih di atas tanah atau dulang semaian atau polibeg yang mengandungi media semaian sesuai dan di siram sehingga biji tumbuh. Kalau menanam pokok kenanga daripada bijinya ia akan mengambil masa agak lama untuk tumbuh dan biasanya mengambil masa kira-kira 4 bulan untuk percambahan baru boleh di tanam sedangkan kalau cara ini menggunakan kaedah keratan lebih cepat tumbuh. Pokok kenanga yang di tanam perlukan kawasan lembab dan perlu di siram agar tidak layu. Sebaiknya menggunakan baja organik atau air cucian beras yang diperam (2-4 hari) untuk pokok berusia bawah 7 bulan. Pokok kenang dari awal perlu di lakukan cantasan iaitu cantasan pembentukkan pokok dan cantasa pengelenggaraan (maintenance). Pangkas dahan dan daun kering atau mati setiap bulan untuk dapat merangsang pertumbuhan bunga baru dan mengekalkan bentuk pokok. Perlu di lakukan aktiviti kawalan ancaman perosak dan juga penyakit dengan membersihkan kawasan sekeliling daripada gangguan rumpai untuk mengelakkan perosak. Jika ingin menanam dalam pasu sebaiknya dipastikan pasu tersebut besar dan mempunyai lubang saliran yang cukup kerana pokok kenanga boleh membesar menjadi pokok teduhan. Pokok ini memerlukan cahaya matahari penuh untuk berbunga dengan lebat. Boleh gunakan baja organik atau baja bunga (NPK) setiap 2-4 minggu sekali untuk menggalakkan pertumbuhan bunga yang harum.


Menarik fakta dari b
unga kenanga yag mana ia kaya dengan khasiat perubatan tradisional dan kegunaan aromaterapi dimana ia mampu untuk menenangkan saraf, mengurangkan stres atau atasi isu kebimbangan dan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Minyaknya bertindak sebagai antiseptik untuk luka manakala teh bunga kering merawat malaria dan asma. Ia juga selalu digunakan untuk kesihatan kulit dan juga rambut serta untuk mandian selepas bersalin. Dalam kes ini khasiat bunga kenanga ia boleh di kategorikan kepada Khasiat Kesihatan Mental dan Relaksasi dimana aromanya yang kuat dapat membantu mengurangkan tekanan (stress), kebimbangan (anxiety) dan meningkatkan kualiti tidur dengan lebih nyenak. Produk pati bunga kenanga memang ada di jual sama ada di farmasi atau membeliya diatas talian sahaja (Sila lihat foto disebelah). Kedua adalah kategori khasiat kesihatan sebab ia Mampu Menurunkan Tekanan Darah dimana di laporkan minyak esensial kenanga didapati berkesan menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal detak jantung dan ia mudah di gunakan bila-bila masa sahaja. Seterusnya adalah khasiat bagaimana ia Merawat Masalah Pernafasan dan juga Penyakit dimana air rendaman bunga kering digunakan untuk merawat lelah (asma) dan malaria dan di sahkan oleh pihak perubatan. Bunga Kenanga juga di laporkan ia sebagai Bahan Antiseptik dan Bahan Penjagaan Kulit dimana ia dapat membantu melawan infeksi bakteria pada kulit, merawat jerawat serta menjaga melembapkan kulit kepala dari jadi kering. Tidak ketinggalan adalah Khasiat Untuk Kesihatan Wanita diman aia sering digunakan dalam ramuan mandian tradisional untuk wanita selepas bersalin dan juga merawat masalah sakit puan. Cara gunanya dengan kaedah tradisional dengan membuat teh atau air rendaman ambil 3 kuntum bunga kenanga kering direndam dalam 200ml air panas untuk rawat asma atau rawat kes malaria. Ada petua dimana disebabkan aromanya yang sangat kuat maka penggunaan berlebihan boleh menyebabkan loya atau sakit kepala kepada mereka yang sensitif. Bunga kenanga sangat dihargai kerana aromanya yang wangi dan khasiat perubatan secara tradisional, terutamanya untuk menenangkan otak minda (aromaterapi), mengurangkan stres, merawat asma, malaria, serta penyakit kulit. Ia juga popular dalam kecantikan, seperti mengharumkan rambut, merawat jerawat, dan dijadikan mandian tradisional. Ada dilaporkan bagi atasi masalah kulit diambil daun dan bunga yang ditumbuk boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, ruam dan ekzema. Bagi penjagaan rambut dimana minyak bunga kenanga disapu pada kulit kepala untuk ia mengurangkan kelumumur, mengatasi rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Penulis blog pernah jadikan bunga kenanga sebagai baha repelen nyamuk yang berkesan sebagai penghalau nyamuk semulajadi. Apa pun perlah di lihat bunga kenanga digunakan dalam hiasan majlis perkahwinan (dalam sirih junjung) dan diletakkan di dalam almari pakaian untuk mengharumkan baju.


Dalam portal hmetro.com di laporkan '
Wangian alami depan laman' dimana ia sesuai di tuis semula tentang jenis-jenis tanaman bunga aromatik di keliling rumah amat baik untuk kesejahteraan penghuninya. Menanam pokok bunga di keliling rumah perlukan asas iaitu ilmu pengetahuan, minat dan juga kasawan sesuai dimana ia bila mekar akan ia menambahkan variasi warna-warni pada laman kediaman dan wangi. Jenis pertama di syorkan adalah BUNGA KENANGA sebagai jenis pokok hiasan yang berbau harum. Pokok yang nama botani adalah Cananga odorata dan antara yang sering dikaitkan dengan bunga tradisional selain digemari kerana harumannya semerbak. Pokok kenanga yang subur keluarkan bunganya sering dipetik dan disimpan didalam keenderaan atau didalam lipatan kain bagi mengharumkan pakaian serta rumah. Apa pun ia merupakan sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar dan sesuai di tanam di keliling rumah. Jenis kedua boleh menanam BUNGA MAWAR atau Bunga Ros iaitu sejenis  tumbuhan berbunga dan saka yang tergolong dalam genus Rosa keluarga Rosaceae dimana ia dikatakan berasal dari kawasan subtropika Hemisfera Utara. Dilaporkan sebahagian kecil spesiesnya dari Asia Selatan, China dan sebahagian spesies lainnya dari benua Eropah. Bunganya yang berbau harum antara pokok bunga yang sudah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Malah bunga mawar kampung pula dikatakan mempunyai bau yang paling kuat. Jenis ketiga adalah BUNGA MELUR iaitu sejenis tumbuhan renek dan ia berbunga yang menjalar dan tergolong dalam genus Jasminum keluarga Oleaceae. Genus ini mempunyai lebih 200 spesies dan boleh didapati di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Eurasia, Afrika dan Oceania. Tumbuhan ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang boleh berpaut. Keempat yang di syorkan adalah POKOK BUNGA CINA dimana dilihat bunganya berwarna putih, berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. Bunga ini turut dikenali sebagai bunga melur, kaca piring, buah patah, buah batik dan buah kuning dimana terdapat nama lain mengikut negeri iaitu bunga cina (Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Johor), santan cina (Johor) dan bunga susu (Pahang). Pokok ini ia tergolong dalam famili Rubiaceae, genus Gardenia, spesies Jasminoides J.Ellis dan nama botaninya adalah Gardenia jasminoides J.Ellis. Kelima adalah jenis BUNGA HARUM SUNDAL MALAM atau nama botaninya Polanthes tuberso iaitu sejenis pokok berumpun berasal dari Amerika Tengah dan ia seakan-akan pokok spider lily atau bakung. Bunganya berbau wangi akan tetapi aromaya akan berkurangan selepas dipetik dari tangkainya. Apa pun di laporkan baunya akan terus kekal walaupun selepas dipetik sehinggalah ia kering dan layu. Akhir sekali adlah Jenis BUNGA JASMINE (Cestrum nocturnum) atau nama lain atau tempatannya Jasmin adalah salah satu spesies tanaman malar hijau. Bunganya berwarna putih kehijauan, berkembang dan mengeluarkan bau harum terutamanya pada sebelah malam. Apa pun ketika siang, bunganya akan menguncup, masih mengeluarkan bau tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUNGA KENANGA...HEBAT AROMANYA...
MUDAH DI TANAM... KERATAN DAHANNYA...
BANYAK KHASIAT... FAHAMKAN SEMUA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...