Support My Blog

Sunday, March 22, 2026

BUNGA BUTANG - FAKTA MENARIK

BUNGA BUTANG
(Gomphrena globosa) ialah sejenis tumbuhan herba semusim daripada keluarga Amaranthaceae yang terkenal dengan bunganya yang berbentuk bulat kecil menyerupai butang. Ia popular sebagai pokok hiasan landskap atau pasu kerana warnanya yang ceria (ungu, merah jambu, putih) dan tahan lama walaupun telah dikeringkan. Bunga Butang bentuknya bulat, padat dan saiznya adalah kecil dimana selalunya ia muncul kira-kira 40 hari selepas ditanam dimana ia sering dipanggil 'bunga empat puluh hari'. Apap pun di Malaysia ada banyak warna terutama warna ungu, merah jambu, merah atau warna putih. Pokok bunga butang paling senang di jaga dan ia memang amat mudah ditanam dan asalakan dapat cahaya matahari penuh dan air yang cukup maka tumbuh dengan baik. Dari segi kegunaanya dimana ia memang sejenis tanaman hiasan yang cantik dan cepat berbunga serta ia boleh di keringkan dan ada juga di laporkan sesuai di gunakan dalam perubatan tradisional untuk batuk atau masalah kulit. Perlu di nyatakan dimana ada terdapat juga jenis-jenis rumpai yang dipanggil bunga butang seperti Bunga Daisy Kecil (Tridax procumbens) cuma bezanya yang jenis bunga butang ini adalah jenis yang ditanam sebagai hiasan. Bagi penulis blog bunga Butang adalah sejenis tumbuhan hiasan yang sangat popular di Malaysia kerana ketahanannya dan bunganya yang berbentuk bulat seakan-akan butang baju dimana nama lainnya termasuk 'Globe Amaranth', 'Bunga Kenop' atau 'Bunga 40 Hari' kerana bunganya yang tahan lama dan tidak mudah layu walaupun setelah dipetik. Artikel petang ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" fakta menarik pasal Bunga Butang untu dijdika bahan rujukkan semua.


Bagi menanam Bunga Butang iaitu satu aktiviti berkebun yang sangat popular kerana pokok ini sangat lasak, senang dijaga, dan bunganya tahan lama sehingga digelar dimana jangkahayatnya samapi 100 hari jika di jaga dengan baik sebelum ia perlu di tanam semula. Penulis blog ada menanam bunga butang jenis bulat dan juga bunga butang jenis panjang di rumah. Bagaimana suka lihat jenis bunga butang jenis panjang yang cantik (Sila lihat foto disebelah). Bunga butang paling mudah untuk mencari benihnya kalau sudah banyak kai menanam. Ia biasa
nya ditanam menggunakan biji benih yang diambil daripada bunga butang yang sudah kering sepenuhnya di pokok dimana biji matang berwarna hitam akan berguguran semasa ia cukup matang dan di campak sajaha di atas tanah udah tumbuh. Apa pun kalau menanam dalam pasu atau diatas tanah perlu di sediakan media tanah sesuai agar ia boleh tumbuh dengan bail apa lagi jika tanahnya subur. Ia memang boleh tubuh dalam hampir semua jenis tanah asalkan mempunyai sistem saliran yang baik supaya akar tidak reput dan di berikan baja organik. Pokok ini perlukan banyak cahaya matahari penuh untuk berbunga dengan lebat dan cantik. Akriviti penyiraman pelru di jadualkan sebab ia tidak memerlukan air yang terlalu banyak yang cukup sekadar memastikan tanah lembap. Apa pun boleh di buat cantasan dengan cara memotong bunga yang sudah layu akan menggalakkan pertumbuhan bunga baru yang lebih banyak. Selalunya bunga juga agak tahan lama dan ia tetap kekal bentuk dan warnanya walaupun selepas dipetik dan dikeringkan dimana ciri ini menjadikannya pilihan utama untuk hiasan bunga kering. Penulis blog memang sentiasa ada pokok bunga butang yang di tanam di atas tanah dan didalam pasu di kawasan rumah sebab ia adalah tumbuhan hiasan yang paling mudah dengan tabur benih kering dari bunga matang ke tapak semaian atau pasu.


Walau pun bunga ini cantuk dan mudah ditanam serta banyak bunganya yang cantik di pandang sebagai tanaman hiasan sebenarnya ia juga banyak khasiatnya. 
Bunga Butang menag ia terkenal dalam perubatan tradisional untuk merawat batuk, asma, bronkitis, serta melawaskan kencing dan ianya dilaporkan ia boleh mengurangkan panas badan. Ia digunakan dengan cara merebus seluruh pokok atau dijadikan teh daripada kuntuman bunganya untuk melegakan kahak dan menghadamkan makanan. Selain itu dilaporkn ia juga berfungsi sebagai hiasan taman yang tahan lama. Beberapa kenyataan dimana bunga butang ini ada di gunakan dalam kaedah perubatan tradisional seperti merawak masaalah batuk dan sistem pernafasan. Ia dilaporkan akan membantu melegakan batuk (termasuk batuk berdarah atau jenis batuk kokol), masaalah lelah atau asma dan masaalah bronkitis. Pengambilan bunga butang juga di dakwa dapat membantu sistem kencing dimana ia mampu untuk melawaskan kencing dan merawat sakit atau pedih ketika membuang air kecil. Bunga ini di laporkan juga mampu merawat demam dan panas badan terutamanya jika berkaitan dengan radang hati serta menurunkan panas dalam badan. Seperti tubuhan bubga dan herba lain dimana buga buntang didakwa atasi masalah kulit muka dengan mengambil bahagian daunnya yang ditumbuk boleh ditampal untuk merawat bintik merah atau ruam akibat demam. Dalam kes lain di laorkan jika bunga butang dapat membantu masalah keputihan, sakit kepala dan meningkatkan penghadaman. Paling 'win' adalah bagaimana bunga butang ini boleh di jadikan minuman 'Teh Bunga Butang' yang pembaca blog kens ujirasa. Penggunaannya sebagai sejenis 'Teh Herba' iaitu diambil beberapa kuntuman bunga butang (terutamanya jenis bunga berwarna putih atau warna ungu) segar dan kemudian ia direndam dalam air panas untuk dijadikan minuman teh kesihatan. Ada juga formulasi merebus keseluruhan bahagian pokok direbus untuk dijadikan ubat herba yang mujarab. Pokok bunga butang memang ia tahan panas, mudah tumbuh, dan menarik serangga bermanfaat dimana bunga yang sudah di keringkan ia kekal cantik dan berwarna cerah walaupun kering dan ia sesuai untuk produk hiasan potpourri (Sila lihat foto disebelah). Apa pun sebagai peringatan dikan sebarang cara penggunaan secara tradisional disyorkan untuk mendapatkan nasihat pengamal kesihatan terutama jika gejala berlarutan. 


Akah unik mencuba buat dan minum TEH BUNGA BUTANG yang mudah di buat dan berkhasiat juga. Penuis bog ada beberapa kali membuat minuman ini sebab bunga di depan rumah memang tidak putus-putus sesuai untuk di petik. Lazimna menurut bebera rujukkan adalah sesuai untuk secawan teh hanya gunakan 250ml air panas dan direndamkan 2-5 kuntum bunga butang ungu atau yang perah segar yang telah dibasuh dibiarkan selama 3-5 minit. Kemudian di lihat airnya akan menjadi merah dan ia perlu ditapis dan bolehlah diminum ketika suam lagi untuk menikmati rasa sebanar. Ia juga boleh dicampurkan bersama dengan jenis ramuan bunga-bungaan yang lain ataupun dengan sebarang jenis daun teh komersil. Apa pun bagi menambahkan khasiatnya sesuai di campurkan dengan setengah sudu madu lebah asli atau madu kelulut asli dimana akan dapat rasa kemasisan. Dalam beberapa rujukkan dimana di laporkan khasiat bung abutang adalah ia 
kaya dengan zat phyto-nutrien, anti-oksidan (anti radikal bebas), Vitamin A, B serta kumpulan Vitamin B. Zat mineral juga ada didalamnya seperti zat Germanium, Selenium semulajadi, zat besi, zink, kalsium, Manganese, Potassium, Phytesterol Saponosides dan ada beberapa asid amino yang lain. Ia dilaporkan mampu mengurangkan stress bila khasiatnya yang ia dapat menenangkan serta memberikan tenaga kepada urat saraf dan juga otot. Ia didakwa juga membantu dalam mendapatkan tidur yang lena dan selesa. Bahan Phytosterol saponosides dalam bunga butang mempunyai kemampuan untuk dapat membantu keanjalan kulit. Zat Saponosides dalam bunga butang pun membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap beberapa kompaun aktif dimana ia membantu mempercepatkan kesan penyembuhan.


Menarik dalam media tempatan bertajuk 'Bunga hiasan untuk ruang terbuka' dinana sebainya ia berdaya tahan untuk ia di kongsikan dlam artikel ini sebagai panduan. Selalunya landskap baik di taman mahupun di jalanan tampil lebih menarik dengan tanaman bunga hiasan yang berwarna-warni namun ia agak mencabar untuk tanaman bunga yang memerlukan komitmen terutama siraman dan pembajaan yang baik. Apa pun ketika musim panas memang ia dikhuatiri jumlah siraman tidak mencukupi boleh menyebabkan bunga mudah layu. Jika kerja-kerja pemulihan tanaman lewat dilakukan, pokok bunga mungkin cepat mati hingga membuatkan tanaman estetika pemandangan kawasan itu terjejas apatah lagi jika tiada kerja-kerja penanaman pokok baru atau pokok bunga ganti dilakukan. Bagi penulis blog setuju dengan cara pemilihan pokok bunga yang tahan lasak penting membabitkan hiasan di taman terbuka atau landskap di jalanan. Di kongsikan tiga pokok bunga dan renek disarankan untuk kawasan terbuka termasuk di laman rumah kerana berdaya tahan dalam cuaca panas serta kering. Pertama adalah Bunga Balong Ayam (Celosia argentia) dimana ia diantara yang menjadi pilihan terutama untuk dijadikan 'pagar' kerana memiliki pelbagai rupa bentuk dan struktur. Spesies bunga ini juga popular kerana mengeluarkan warna bunga terang dan menyerlah seperti merah, kuning dan jingga. Pembiakan bunga ini juga mudah kerana biji benih diambil daripada bunga yang kering. Jenis kedua adalah Pokok Bunga Butang (Gomphrena globosa) dimana bunga butang juga seperti bunga balong ayam mempunyai profil warna menarik antaranya merah jambu, ungu, jingga kemerahan dan putih. Disebabkan bentuk bunganya bulat seperti butang menyebabkan orang suka bagi menamakan sedemikian sebab selain penjagaan mudah selalu sumber benihnya juga diambil daripada kuntuman bunga yang sudah matang untuk di tanam semula dengan amat mudah sekali. Jenis ketiga adalah Pokok Bunga Pentas (Pentas lanceolata) dimana kalangan peminat tanaman hiasan yang sukakan visual yang unik, boleh memilih untuk menanam bunga pentas. Ini kerana bentuknya seperti bintang dan akan bertampuk dalam satu gugusan besar. Apabila tanaman bunga datang dalam bentuk sebegini, perlulah rajin membuat kerja cantasan pokok. Ini membantu pokok lebih kerap berbunga dan merimbun cantik. 
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.....
BUNGA BUTANG...CANTIK WARNA...
MUDAH DITANAM... DIMANA SAJA...
ADA KHASIAT... BANYAK GUNANYA...
BACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...