Support My Blog

Tuesday, January 13, 2026

REMPAH RATUS DAN FAKTA PENTINGNYA (Part 2)

REMPAH RATUS (Herbs or Spices) adalah campuran bahan tumbuhan sama ada segar atau telah dikeringkan dimana ia selalunya beraroma kuat untuk pelbagai kegunaan daripada bahan penting untuk masakan sehingga kepada dunia perubatan dan komestik. Pengeluaran bahan herga dan rempah ratus ini bermula sejak awal tamadun manusia sehing keera zaman millena ini dimana kepentingan pengeluaran, perdagagan dan penanamannya masih terus relavan. Sejak dulu dilaporkan ada lebih 20 jenis herba dan rempahratus yang di funakan dan di komersilkan datangnya daripada kawasan beriklim tropika seperti di Asia Tenggara. Antaranya yang popular termasuk seperti kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, halia, kunyit, serai, bawang, cekur, buah pelaga, halia, kunyit dan banyak lagi dimana ia sering digunakan untuk menambah rasa, aroma dan warna kepada pelbagai jenis masakan apa lagi dalam kuliner trdidional Melayu. Rempah ratus dan herba juga ia mempunyai khasiat perubatan seperti membuang angin dan melegakan sakit serta banyak produk di keluarkan berdasarkan kepada perubatan tradisional dan moden. Penggunaan rempah ini juga adalah kunci kepada keaslian rasa masakan seperti kari dan rendang dimana ia berfungsi sebagai bahan tumis dan pemekat kuah bagi makanan tertentu. Mengambil contoh jenis Rempah Ratus Kulit Kayu Manis dimana penggunaanya akan memberi aroma manis yang digunakan dalam masakan seperti nasi minyak, kari dan kuih-muih. Bunga cengkih pula ia beraroma tajam yang amat sesuai untuk hidangan daging dan nasi. BAgi rempah Bunga Lawang dimana ia berbentuk sepeti bintang mampu memberikan aroma unik didalam kari, sup, dan rendang. Sementara itu Buah Pelaga (Kardamom) akan berikan bau harum dan segar yang sering digunakan dalam minuman, pencuci mulut dan lauk pauk. Bagi Ketumbar dan juga Jintan akan memberikan rasa pedas dan aroma tanah, asas kepada banyak masakan. Jenis Halia dan Kunyit pula akan memberi rasa pedas hangat dan warna kuning serta sifat anti-radang. Bagi penulis blog Serai akan mememberi aroma sitrus segar, penting dalam masakan berkuah. Apa pun sebenarnya kepentingan rempahratus dan herba ia berfungsi signifikan didalam semua jenis masakan dengan cara ia menambah perisa dan aroma yang kaya dimana cara untuk menggunakannya sebagai bahan penumis (tumisan asas) untuk kari, rendang dan sup. Ia akan bertindak sebagai pemekat kuah dan mempunyai fungsi perubatan terutama dala jenis Perubatan  Tradisional seperti mampu mengubati masalah angin (kolik) dan sendi (reumatik), melegakan sakit kepala, senggugut dan masalah tekak. Bagi penulis blok gabungan antara rempah ratus dan herba sangat relevan setpanjang masa. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting bagi rempah ratus dan herba sebagai bahan rujukkan semua.


5. Jintan
JINTAN MANIS
(Carum carvi) dan JINTAN PUTIH (Cuminum cyminum) adalah sejenis herba yang dihasilkan oleh dua jenis tumbuhan dari keluarga Apiaceae yang memang popular dikalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia khususnya didalam menyediakan makanan tradisional dalam masyarakat Jawa. Ada 
beberapa jenis jintan yang ada dipasaran berada di Malaysia agaknya. Ini kerana jintan merupakan rempah yang digunakan dalam masakan dan ubatan. Terdapat empat jenis jintan di kalangan orang Malaysia iaitu JINTAN PUTIH (Cumin seeds), JINTAN MANIS (Fennel), JINTAN HITAM (Anise) dan JINTAN HITAM (Habbatus sauda). Penulis blog telah lama mengenali ada dua jenis jintan dipasaran iaitu jintan manis dan jintan putih. Beberapa jenis makanan menggunakan bahan wajib jintan seperti masakan ayam ungkep, kuih rempeyek, sate, rendang dan pelbagai juadah lain terutama makanan yang dihidangkan semasa sambutan Hari Raya Puasa. Dalam menyediakan ramuan sate. Banyak khasiat dan kegunaan jintan putih iaitu sejensi herba yang merupakan salah satu rempah yang kerap digunakan untuk menyedapkan makanan. Jintan putih memberi rasa khas pedas dan hangat untuk hidangan seperti kari atau gulai. Ada dua jenis jintan yang diketahui seperti penerangan diatas iaitu jintan putih dan jintan manis dipasaran Malaysia. Pada umumnya jintan putih lah yang kerap digunakan dalam campuran masakan. Jintan putih juga telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional di beberapa wilayah Asia. Kajian moden telah mengesahkan ada beberapa manfaat kesihatan yang secara tradisional dikenalpati dari herba biji jintan termasuk membantu dalam proses pencernaan dan mengurangkan infeksi yang mungkin merebak melalui makanan. Kajian makmal seperti kemampuannya untuk meningkatkan berat badan dan meningkatkan kawalan paras gula darah dan kandungan kolesterol. Menggunakan jintan putih pada masakan tidak hanya sekadar melazatkanmakanan sebaliknya ia juga memang menyihatkan. Jintan didakwa mampu untuk ianya melancarkan pencernaan. Penggunaan jintan putih secara tradisional yang paling umum adalah untuk gangguan pencernaan. Faktanya hasil kajian telah mengesahkan bahawa jintan putih dapat membantu meningkatkan pencernaan normal. Jintan putih dapat meningkatkan aktiviti enzim pencernaan dan berpotensi mempercepat pencernaan. Jintan putih juga meningkatkan pelepasan hempedu dari hati. Hempedu membantu mencerna lemak dan nutrisi tertentu dalam usus. Kajian terhadap 57 pesakit dengan sindrom Radang Usus Besar (IBS) mendapati gejala sembuh setelah mengambil jintan putih pekat selama dua minggu. Komponen jintan putih menunjukkan manfaat mengubati diabetes. Satu kajian klinikal ada menunjukkan suplemen jintan putih pekat mendukung indikator awal diabetes pada individu yang kelebihan berat badan. Jintan putih juga mengandung beberapa komponen yang melawan beberapa kesan jangka panjang dari diabetes. Salah satu cara diabetes merusak sel-sel dalam tubuh adalah melalui Advanced Glycation End product (AGE). AGE dihasilkan secara spontan dalam aliran darah ketika kadar gula darah tinggi dalam jangka waktu yang lama pada pesakit diabetes. AGE dibuat ketika gula yang telah melekat pada protein dan mengganggu akan beberapa fungsi normalnya. AGE kemungkinan bertanggung jawab atas kerusakan mata, ginjal, saraf, dan pembuluh darah kecil pada diabetes. Kajian ada menunjukkan dimana suplemen jinten putih pekat dimana jika diambil secara rutin dalam bentuk ramuan masakan atau suplemen akan dapat membantu mengawal gula darah pesakit diabetes. Kajian mendapati dimana jintan putih dapat menstabilkan kolesterol. Dalam beberapa kajian mendpati kadar kolesterol LDL teroksidasi "buruk" menurun hampir 10% pesakit menggunakan ekstrak jintan lebih dari satu setengah bulan. Jintan Putih juga didakwa membantu untuk penurunan berat badan dan  pengurangan lemakSuplemen jintan putih pekat telah membantu mendorong penurunan berat badan dalam beberapa studi klinis. Satu studi terhadap 88 wanita kelebihan berat badan menemukan bahwa yogurt yang mengandung 3 gram jintan mampu meningkatkan penurunan berat badan. Herba ini juga mampu untuk mencegah Keracunan Akibat Makanan. Hasil dari kajian mendapati peranan tradisional jintan putih dalam ramuan masakan menjamiankeselamatan makanan. Banyak ramuan yang digunakan termasuk jintan dilihat memiliki sifat anti-microbe yang dapat mengurangkan risiko infeksi yang ditularkan melalui makanan. Jintan boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria yang ditularkan melalui makanan dan beberapa jenis kulat toksik. Ketika dicerna maka jintan putih melepaskan komponen yang disebut megalomicin yang memiliki sifat antibiotik. Jintan juga mampu mencegah masaalah peradangan. 


6. Halia
HALIA
(Zingiber officinale) merupakan sejenis tanaman umbisi atau berizom daripada keluarga Zingiberaceae. Halia adalah tumbuhan saka yang dipercayai berasal dari kawasan Tropika Asia. Masyarakat negara India dan China dilaporkan antara yang mula-mula menggunakan halia seawal abad pertama masihi. Pada masa ini data pengeluaran halia dunia adalah sebanyak 3.27 juta metrik tan dimana India ada negara pengeluar utama dunia iaitu sebanyak 1.109 juta mt, diikuti dengan Nigeria (522,964 kg), China (463,707 kg), Indonesia (340,341 kg), Nepal (271,683 kg) dan Thailand (164,266 kg) yang diguna untuk domestik dan di dagangkan (Sumber: FAOSTAT 2024). Penanaman halia di Malaysia tertumpu hanya dibeberapa negeri sahaja dengan keluasan 1,393 hektar menghasilkan sebanyak 17,134 metrik tan. Halia merupakan bahan penyedap makanan yang sangat popular didunia dan juga bahan digunakan didalam perubatan tradisional dan moden. Halia digunakan didalam bentuk halia segar, serbuk minuman, cecair, halwa dan juga halia kering selain daripada yang ada dijerukkan. Kandungan bahan GINGEROL dan SHAGOAL didalam halia membuatkan umbisi ini ada digunakan unuk rawatan apabila bahan ini diserap didaam tubuh manusia. Halia mengandungi banyak bahan mineral seperti K, Mg, Ca, Cu, Mn dan juga Vitamin B6. Daun halia dan batangnya pula mengandungi bahan Antrakuinon, Asid Carthatric, Rien anthrone, aloeemodin glikosida, kaempherol dan juga isomemnetin yang berguna untuk kesihatan. Halia mampu merangsang pengeluaran bahan Ardrenalin yang mempengaruhi pengaliran darah, memanaskan badan, mempercepatkan pengaliran darah dan juga merendahkan tekanan darah. Dalam halia terdapat bahan minyak pati dan enzim penghadaman iaitu protease yang mengurai protin dan lipase untuk lemak. Halia juga dapat membantu proses penghadaman dan juga penyerapan makanan dalam perut. Sebenarnya rasa tajam pada halia adalah bahan dikenali phenylpropanoid yang baik untuk kesihatan. Khasiat daripada halia sebagai antikeradangan, antioksidan, antivirus, dann anti tumor telah dijalankan banyak kajian. Dilaporkan dalam satu temuan kajian dimana pengambilan halia yang kerap membantu mengurangkan kerengsaan kesakitan pada otot kepada orang bersenam sehingga 25% berbanding dengan tidak mengambil halia. Dalam dunia Melayu penggunaan halia memang menjadi kelaziman dan mujarab apa lagi kalau dikombinasikan dengan pelbagai jenis herba lain.


7. Kunyit
KUNYIT (Cucuma domestica) merupakan satu jenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai jenis herba berkhasiat daripada keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan Kunyit merupakan jenis tanaman herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh mencapai 1.0 meter jika ia dijaga dengan baik dan ia berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai keluar dari perdu pokok. Pelepah-pelepah daunnya menbentuk batang yang tumbuh menegak.Diperincikan kebaikan kunyit andai diamalkan dalam penjagaan wajah wanita: Pertama dimana kunyit mengurangkan masalah jerawat dimana semakin lama ia digunakan, maka manfaat daripada kunyit ini mungkin akan mencapai tahap maksimum. Kunyit yang mana ia mempunyai antioksida dan antiradang membolehkan isu kesihatan kulit wajah dapat ditangani terutama jerawat. apa pun berbanding penggunaan bahan bukan alami, kesan pemakaian kunyit lebih selamat. Perlu di pastikan guna kunyit dengan kualiti dan kuantiti betul bagi mengelakkan tidak timbulnya masalah tertentu. Kedua dimana kunyit untuk memudarkan parut jerawat dan kebaikan lain yang boleh dicapai menerusi pemakaian kunyit apabila dikatakan mampu memudarkan parut jerawat yang hitam. Tabiat buruk terutama individu yang mengalami masalah jerawat yang gemar menyentuh sehingga menyebabkan ia luka dan berparut. Apa pun keadaan ini meninggalkan parut hitam dan dikatakan amalan mengenakan kunyit sebagai pupur boleh memudarkan kesan parut terbabit. Ketiga dimana didakwa kunyit mampu membunuh bakteria kerana selain kunyit ada sifat antioksidan serta antiradang, kunyit juga memiliki satu lagi kelebihan paling penting untuk lawan masalah jerawat iaitu antibakteria. Salah satu punca utama masalah jerawat ialah jangkitan bakteria bernama Propionibacterium acnes (P. acnes). Jadi, membunuh bakteria ini sangat penting. Meskipun kunyit boleh menangani bakteria itu akan tetapi kesesuaian masih bergantung kepada 'keserasian' kulit individu. Sebaiknya dapatkan saranan daripada doktor untuk penggunaan kunyit pada wajah. Keempat adalah dimana kunyit merawat kesan alergi iaitu ia satu alternatif dalam menangani kesan akibat daripada reaksi alergi pada wajah dan bahagian kulit tubuh yang lain ialah menggunakan serbuk kunyit. Papa pun rempah ini mampu berfungsi hampir sama dengan antihistamin untuk 'menghalang' aktiviti protein yang menjadi punca radang dan rengsa pada kulit. Secara tidak langsung ia membantu merawat kesan alergi kulit. Fakta ke lima adalah dimana kunyit membantu menangani masalah garis kedutan wajah kerana faktur peningkatan usia adalah fenomena semula jadi. Namun tidak semua boleh menerima masalah muncul garis kedut pada kulit wajah. Didakwa dengan kunyit dilaporkan yang ia mungkin boleh membantu mengurangkan garisan kedutan ketara. Elemen dalam kunyit seperti sejenis polipenol boleh bertindak memperbaiki tekstur kulit dengan baik. Kesannya, garis kedutan itu mungkin boleh hilang dengan rutin amalan tertentu.


8. Serai
SERAI (Cymbopogon spp.) dalam kehidupan harian orang Malaysia memang tidak asing dikalangan masyarakay Malaysia. . Terdapat dua jenis serai yang biasa ditanam di Malaysia iaitu SERAI BIASA (Cymbopogon citratus) dan SERAI WANGI (Cymbopogon nardua). Serai biasa digunakan dalam masakan sementara serai wangi akan diekstrak patinya dan dijadikan ubatan serta kegunaan lain. Penanaman serai di Malaysia hampir kesemuanya adalah untuk tujuan kegunaan segar sahaja sebagai perasa dalam masakkan. Terdapat beberapa usahawan IKS kecil-kecilan ada membuat minyak serai di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan. Secara marfologinya serai makan dengan serai wangi adalah sama bagaimana pun marfologi serai wangi daunnya lebih lebar dan panjang dimana aromanya minyak patinya lebih kuat. Serai wangi yang diproses mampu dalam menghasilkan minyak pati serai yang memng ada pelbagai kegunaannya. Batang serai hanya dititik dan dimasukkan didalam rendang  dan mampu ia untuk menambahkan aroma dan rasa unik rendang tersebut. Dalam pada itu minyak serai juga digunakan didalam agen perisa makanan dan minuman, barang makanan bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu, gelatin dan puding. Dalam pada itu dilaporkan dimana daun serai juga menyingkirkan bau hanyir pada daging dan ikan. Bagi mengatasi masaalah bau didalam kereta anda juga boleh meletakkan daun serai atau daun pandan didalam kereta, Daun serai dalam kereta didakwa mampu menghalau lipas daripada ia ''menumpang' didalam kereta anda. Pelikik kereta juga boleh mengamalkan beberapa cara lain menghalau serangga didalam kereta dan juga menghilangkan bau didalam kereta. Serai yang mudah didapati bole dimasukkan didalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk untuk mendapatkan aromanya. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yag sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisa ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK JENIS REMPAH... APAKAH DIA...
ADA BUNGA LAWANG...SEHINGGA HALIA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...SELALU GUNA..
BACA ARTIKEL... BERTAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 1, Perpustakaan Melaka,
Bukit Baru, Melaka Tengah,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...