Bukan sahaja penduduk kampong yang sering keliru malahan kalangan kaki pancing pun masih keliru diantara beberapa jenis tentang spesies ikan belida di Malaysia dengan ikan selat Ikan Selat (Notopterus notopterus) tergolong sebagai belida atau tidak, saya akan cuba kongsikan semula. Apa pu dilaporkan yang ikan belida dan Ikan selat berada di dalam keluarga yang sama iaitu keluarga Notopteridae cuma masing-masing berada di bawah genus yang berbeza apabila ikan belida berada di bawah genus Chitala manakala Ikan selat di bawah genus Notopterus. Dilaporkan di Malaysia, ada 2 spesies Chitala tempatan dan 1 pendatang yang telah direkodkan iaitu Chitala lopis (Jenis Ikan Belida Putih atau Giant Featherback) dan juga Chitala borneensis (Ikan Belida Borneo atau Bornean Featherback) dan sudah ada spesies pendatang iaitu jenis Chitala ornata (Ikan Belida Bintik atau Clown Featherback). Manakala Notopterus pula ada satu spesies saja yang telah direkodkan di Malaysia iaitu jenis Notopterus notopterus (Selat atau Bronze Featherback). Dalam pada itu dilaporkan ada 3 spesies asli dari keluarga Notopteridae yang wujud di Malaysia dan 1 spesis ialah jenis ikan pendatang. Beberapa ciri mengenai perbezaan di antara kesemua ikan belida dan ikan Selat sering di bincangkan dimana cara paling mudah untuk bezakan ialah bentuk kepala dan badannya. Bahagian kepala kesemua ikan belida dilihat ia seperti berlekuk ke dalam (dilihat ia seakan macam kepala ikan Siakap) dan badannya berbonggol tinggi, manakala jika di teliti untuk jenis ikan Selat kepalanya lebih rata dari muncung hingga ke badan. Persamaan antara keduanya adalah jenisnya iaitu kesemuanya adalah jenis ikan pemburu atau jenis ikan pemangsa serta ikan nokturnal (ikan ini adalah aktif di waktu malam) terutama untuk memburu ikan-ikan yang banyak berenang di zon tengah dan permukaan air. Apa pun umumnya ciri-ciri fizikal keluarga Notopteridae yang unik ini memberikan sedikit kelebihan untuk ia dapat berenang dengan cara yang lebih akrobatik dan meluncur namun ia bukanlah ikan yang pantas bergerak didalam air.
Mencari maklumat mengenai harga ikan selat agar sukar sebab populasi tangkapa ikan ini memang sangat kurang. Harga ikan ini menyamai dengan ikan belida sebab habitat dan aktiviti pemancing juga hampir serupa. Harga ikan selat (atau ikan belida) berbeza-beza mengikut saiz dan musim akan tetapi secara amnya ia agak berpatutan. Dalamm beberapa tinjauan dilaporkan ia sering dijual sekitar RM10 untuk seekor dengan berat sekitar 2.5 kg bergnatung kepada saiz namun harga boleh naik semasa musim tengkujuh apabila ia kurang di tangkap. Harga ikan ini juga bergantung pada bekalan dan lokasi pasaran dimana kemudian harga semasa perlu juga untuk disahkan di pasar tempatan. Sama dengan beberapa jenis ikan air tawar yang eksotik dimana faktor yang akan menentukan harga ikan selat ini adalah saiz ikan, lokasi penangkapan, musim dan kesegarannya dimanan selalunya ikan selat yang lebih besar biasanya lebih mahal. Paling pasti adalah apabila musim tengkujuh selalunya julah bekalan ikan selat akan berkurangan dimana menyebabkan harga akan meningkat. Selalunya juga harga bergantung kepada lokasi iaitu harga di pasar bandar mungkin berbeza dengan di pasar kampung sebab kuasa membeli yang berlainan. Setakat awal Januari 2026 dimana harga bagi Ikan Selat (sering dikaitkan dengan ikan pekasam atau ikan air tawar seperti Belida) dan ikan-ikan laut yang mempunyai nama hampir serupa (seperti Selar) adalah seperti antara ikan Selat (untuk di buat Pekasam Ikan Air Tawar). Harga pasaran secara amnya adalah sekitar RM10.00 hingga RM15.00 bagi setiap kilogram atau seekor (bergantung kepada berat, biasanya mencecah 2.5kg seekor untuk jenis tertentu). Pernah di tinjau harga di pasar tani atau pasar nelayan biasanya lebih rendah berbanding pasar raya besar di bandar dimana harga ikan secara keseluruhan dilaporkan meningkat sehingga 30% pada akhir Disember 2025 dan awal Januari 2026 disebabkan faktor cuaca atau musim tengkujuh. Ikan selat paling lazim di goreng dimana ia enak dimakan semasa memancing (Sila lihat foto di sebelah). Ikan ini juga boleh di masak tumis sambal dan sebagainya.
Menarik dalam portal nstp.com kisah bertajuk 'Ikan pindah musim hujan' untuk di kongsikan. Kisah dari Huku terengganu dimana cuaca yang tidak menentu beberapa hari di negeri ini tidak menjadi penghalang kepada kaki pancing melepaskan gian mereka menjinakkan pelbagai jenis ikan di Tasik Kenyir. Dilaporkan untuk kesungguhan 13 kaki pancing menyewa rumah bot dengan bayaran RM1,600 semalaman tenyata berbaloi apabila berjaya menaikkan sebanyak 25 kilogram ikan pelbagai jenis termasuk toman dan belida dan beberapa jenis ikan lain. Bagi pemancing Wan Mohd Firdaus dari Kampung Chalok Barat nyatakan aktiviti memancing ikan air tawar di Tasik Kenyir sudah menjadi aktiviti wajibnya setiap tahun. Ada ramai yang mengatakan jumlah ikan di Tasik Kenyir sudah berkurangan dan sukar dijinakkan. Apa pun dakwnya ternyata, dakwaan itu sangat meleset kerana kami hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk menaikan ikan belida dan toman. Ikan paling besar mereka berjaya menjinakkan ikan belida seberat 3.5 kilogram (kg) selain toman seberat satu kilogram. Dia bersama 12 rakannya hanya menggunakan umpan cacing dan buah kelapa sawit yang dicampur tepung. Apa pun pengalaman dan penghayatan ketika menjinakkan ikan di Tasik Kenyir sudah sebati dengan jiwa saya, justeru tidak sah jika tidak memancing di lokasi ini sebab ada juga dapat Ikan Selat yang menyamai dengan Ikan Belida yang sesuai untuk di jadikan makanan. Berpandukan pengalaman sebelumnya dimana mereka sudah arif dengan selok-belok tasik ini justeru dan sudah sedia maklum dengan lubuk ikan tertentu di tasik berkenaan untuk memburu ikan dengan lebih tepat. Apa pun di laporkan kelazimannya, aktiviti memancing di Tasik Kenyir itu bermula Oktober hingga Januari kerana banyak ikan yang berada di lubuk berpindah dari satu tempat ke tempat lain pada musim banjir. Selalunya pada musim tengkujuh kaki pancing tidak dapat ke laut jadi Tasik Kenyir menjadi medan melepaskan gian dan memang seronok memancing di atas rumah bot itu kerana hasil tangkapan segar itu boleh dimasak segera dan dinikmati beramai-ramai. Bagi rakannya Abdul Razak dari Kampung Langkap dakwa aktiviti memancing ikan di Tasik Kenyir itu seronok sekiranya memancing di kawasan lubuk bila tasik itu terlalu luas dan tidak semua tempat dihuni ikan. Jadi, kaki pancing yang kali pertama ingin merasai pengalaman memancing di situ perlu mendapatkan bantuan penduduk tempatan yang arif mengenai lubuk ikan. Jika memancing kena pada lubuknya, bukan saja toman, belida, ubi, ikan selat atau ikan baung, malah ikan kelah pun boleh dijinakkan. Dia bersama kumpulannya sangat berpuas hati memancing di tasik itu biarpun hanya dalam tempoh singkat kerana berjaya memperoleh banyak ikan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BENTUKNYA PIPIH...GENUS TAK SAMA...
IKAN NOKTURNAL... SAMA PEMANGSA...
DALAM AKUARIUM... RAMAI YANG SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rejab 1447H).
Ditulis pada 1/1/2026.





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.