KULIT HAIWAN (Animal Skin) adalah ia merujuk kepada kulit atau epidermis haiwan yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk pengeluaran barangan kulit, pakaian dan barangan hiasan serta ada yang dijadikan makanan. Bahan ini telah digunakan oleh manusia selama beribu-ribu tahun dulu dimana ia juga mencerminkan amalan memburu dan membuat kerajinan yang sebati dalam pelbagai budaya. Kualiti dan ciri-ciri kulit haiwan boleh berbeza-beza bergantung pada spesies haiwan tersebut, umur haiwan dan proses rawatan apa yang terlibat sehingga mendapat kulit. Apa pun kulit haiwan (animal skin) yang diperoleh daripada kulit haiwan yang perlu disamak juga ia dinilai kerana ciri ketahanan dan kepelbagaiannya dan kuit ini akhirnya akan digunakan dalam segala jenis kegunaan bergantung kepada tujuan iaitu produk daripada kasut dan beg kepada upholsteri dan aplikasi industri. Walau bagaimanapun dilaporkan dimana selalunya penggunaan kulit haiwan ada kala ia akan menimbulkan pertimbangan etika dalam masyarakat terutamanya mengenai hak dan kemampanan haiwan sebagai hidupann dimana ada isu yang mendorong orang ramai untuk mempersoalkan kesan amalan tersebut terhadap terutama jenis hidupan liar dan kelestarian dalam alam sekitar. Akibatnya ada isu walau pun memang terdapat minat yang semakin meningkat dalam alternatif kepada kulit haiwan maka saintis dan industri kulit telah mencipta apa yang produknya menyamai kuit asli iaitu Kulit Tiruan (artificial leather) iaitu kulit sintetik atau bahan berasaskan tumbuhan. Produk kulit sintetik ini adalah ia bertujuan untuk industri ini dapat mengurangkan jejak ekologi yang dikaitkan dengan pengeluaran kulit tradisional diseuruh dunia. Apa pun kulit haiwan merangkumi persilangan kompleks budaya, industri, dan perdebatan etika diman seua ini juga ia menggambarkan hubungan manusia yang berkembang dengan alam semula jadi. Selalunya kegunaan kulit haiwan adalah sangat pelbagai, termasuk untuk membuat pakaian (kasut, jaket), aksesori (terutamanya produk beg tangan dan dompet), perabot (sofa), bahan untuk kecantikan dalaman kenderaan (kerusi dan dashboard), alat muzik (kompang, drum, tabla) dan juga selalu ia dijadikan barang keperluan asas seperti rumah pelindung, penyimpan lemak serta sebagai lapisan pengawal suhu badan haiwan itu sendiri. Dilaporkan jenis kulit haiwan utama yang selalu di gunakan adalah jenis kulit lembu, kambing, rusa dan buaya yang mana kulit haiwan ini paling popular digunakan dalam industri fesyen dan barangan kulit. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kuit haiwan dan fakta menarik untuk bahan rujukkan semua.

Kulit haiwan sebagai pakaian merujuk kepada 'Leather' atau maknanya 'Kulit' iaitu bahan kulit yang telah disamak adalah merupakan sejenis bahan tahan lasak dan fleksibel terutama dari jenis kulit lembu, kambing, biri-biri atau kulit rusa yang diproses untuk dijadikan jaket, sarung tangan, kasut, dan aksesori pelbagai hiasan. Produk berasaskan kulit selali ia dikenali kerana ciri ketahanan, penebat haba dan berikan gaya klasik walaupun kini juga wujud jenis kulit sintetik yang lebih mesra alam dan haiwan. Kulit sintetik atau 'kulit tiruan' atau 'leatherette' ialah produk seperti kulit asli iaitu bahan buatan manusia dimana ia biasanya berasaskan plastik (seperti vinil atau poliuretana). Kulit sintetik ini direka untuk menyerupai kulit haiwan asli akan tetapi tidak menggunakan kulit haiwan sebenar dimana cirinya juga ia lembut, tahan lasak, mudah dibersihkan akan tetapi cenderung lebih panas dan boleh merekah atau akan juga ia mengeras dalam jangka masa panjang berbanding kulit asli atau mikrofiber. Ciri ini menjadikannya pilihan popular untuk perabot, pakaian dan aksesori kerana kos produk selalu ia lebih rendah. Bahan asas membuat kulit sintetik adalah dari bahan vinil atau poliuretana dan ia bersalut pada fabrik asas seperti poliester atau kapas. Dalam aspek penampilan dimana ia boleh dibuat untuk kelihatan hampir sama seperti kulit haiwan asli yang sebenar. Ciri kelebihan kulit sintetik adalah ia selalu tahan air, mudah dibersihkan, harga yang lebih murah daripada kulit asli dan serta ia mesra haiwan (vegan). Apa pun ciri kelemahan kulit sinteti adalah ia kurang 'bernapas' (kurang sejuk), boleh menjadi lebih panas dan jadi berpeluh serta ia juga akan cenderung merekah atau mengeras selepas lama digunakan. Kulit sintetik paling banyak di jadikan untuk automobil seperti digunakan sebagai kerusi kereta, sofa, pelbagai jenis perabot serta banyak produk lain. Ia juga ada di proses menjadi baju jaket, beg tangan, kasut serta palng banyak adalah aksesori fesyen. Kulit Isntetik sebenarnya ia adalah alternatif kepada kulit haiwnan asli sebab harganya juga ia lebih murah dan lebih mudah dijaga. Selalunya walau pun kalangan pengguna dimana ia mempunyai kekurangan dari segi keselesaan dan ketahanan jangka panjang jika ia dibandingkan berbanding kulit haiwan tulen.
Menarik fakta mengenai hukum guna kulit haiwan dalam Islam dimana ia asasnya bergantung jenis haiwan dan sama ada kulit itu disamak atau tidak dimana kulit haiwan halal yang mati bangkai boleh disucikan dengan disamak kecuali haiwan babi dan juga haiwan anjing. Hukumnya adalah 'Harus' jika digunakan manakala kulit haiwan buas atau haiwan haram yang dimakan dagingnya juga boleh disamak untuk dijadikan produk seperti kasut dan beg akan tetapi kulit babi dan anjing yang ia tetap hukumnya 'Haram' digunakan walau disamak sekalipun. Apa pun dilaporkan ada kategori Kulit Haiwan di bincangkan mengikut hukumnya secara jelas oleh pihak berkuasa di Malaysia. Ada pun Kulit Haiwan Halal (dimana dagingnya emang ia boleh dimakan seperti Haiwan Lembu, Kerbau, Kambing, Bebiri jika ia disembelih ikut srariat maka ia suci dan halal digunakan. Apa pun di jelaskan dimana apabila haiwan ini mati maka ia menjadi bangkai (tidak disembelih dan ia masih di anggap najis akan tetapi kulitnya boleh menjadi suci jika disamak atau sudah melalui proses membersihkan lemak dan kotoran dengan betul. Apa pun sebenarnya bagi kulit haiwan Buas atau haiwan tidak Halal Dimakan seperti haiwan Ular, Buaya, Singa, Harimau apabila kulitnya disamak maka ia akan menalui proses disamak maka ia kan menjadi suci dan boleh digunakan untuk produk seperti kasut, beg, tali pinggang dan sebagainya kKecuali kulit anjing dan kulit babi. Apa pun kulit haiwan bangkai adalah tetap najis jika tidak disamak. Di tekankan dimana kalangan umat muslim iaitu kulit babi dan kulit anjing adalah Tetap Haram digunakan walau disamak sekalipun kerana ia dianggap najis mughallazah yang tidak boleh disucikan dengan samak biasa. Dalam proses samak iaitu cara memproses membersihkan kulit bangkai daripada sisa lemak, darah dan segala kekotoran menggunakan bahan tertentu seperti kulit kayu atau bahan kimia agar kulit itu suci dan boleh digunakan untuk membuat barangan.Kebanyakan kulit haiwan (selain babi dan anjing) menjadi halal dan suci untuk digunakan (bukan dimakan) setelah melalui proses samak, tidak kira sama ada ia daripada haiwan halal atau buas. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
KULIT HAIWAN... PELBAGAI GUNA...
ADA YANG MURAH...MAHAL JUGA...
PERLU DI PROSES... AGAK LAMA...
JADI PAKAIAN... MAKANAN ENAKNYA...
KULIT HAIWAN... PELBAGAI GUNA...
ADA YANG MURAH...MAHAL JUGA...
PERLU DI PROSES... AGAK LAMA...
JADI PAKAIAN... MAKANAN ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Badar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rejab 1447H).




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.