Support My Blog

Sunday, November 23, 2025

HERBA MISAI KUCING - SATU ULANGKAJI


TANAMAN HERBA MISAI KUCING
(
Orthosiphon aristatus) merukakan salah satu tumbuhan herba yang pernah digalakan penanamannya semasa duu di bawah Program NKEA iaitu di bawah EPP1. Herba misai kucing adalah sejenis pokok herba renek tropika yang juga dikenali sebagai 'Java Tea' dimana ia popular dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan buah pinggang, seperti batu karang, diabetes dan masaalah gout.  Pokok herba ini jenis pokok renek yang berasal dari kawasan tropika seperti Asia Tenggara dimana lazimnya ia tumbuh meliar di kawasan belukar san kawasan kebun. Secara asasnya tumbuhan ini di gunakan didalam kaedah perubatan tradisional untuk masalah buah pinggang seperti batu karang dan beberapa masaalah lain. Beberapa laporan kajian mendapati jika diantara sebab adalah ketidaktentuan harga pasaran yang diterima penanam sehinggakan mereka tidak mahu mengusahakan lagi. Inii kerana harga bergantung kepada kualiti OER (oil extraction rate) yang terkandung didalam herba tersebut sukar dekawal dengan amalan agronomi yang tepat. Kajian bagaimana pun terus dijalankan bagi membuat penilaian mikrobiologi terhadap kualiti lepas tuai misai kucing. Daripada pengalaman penulis blog yang pernah terlibat dalam program tersebut dahulu dan berdasarkan pada piawaian, kualiti lepas tuai misai kucing didapati dalam keadaan baik pada semua tahap kematangan. Beberapa fakta dan data teknikal ini penting dari sudut keselamatan dan kualiti makanan bagi menembusi pasaran herba dalam dunia antarabangsa. Mengimbas kembali juga dilaporkan matlamat EPP 1 adalah untuk menghasilkan produk bernilai tinggi sebanyak RM2.2 bilion daripada lima herba utama termasuk herba Misai kucing. Matlamat utama adalah untuk memastikan kualiti dan aspek keselamatan terjamin semasa proses pengendalian lepas tuai. Fokus kemudian diberikan kepada kualiti mikrobiologi berdasarkan tahap kematangan yang berbeza tumbuhan misai kucing. Penilaian ini penting ke arah pembangunan bagi tujuan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi misai kucing kepada golongan sasar bagi memacu industri herba ke tahap yang lebih tinggi. Tahap umur kematangan berbeza mempengaruhi kualiti misai kucing. Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" satu ulangkaji berkaitan herba misai kucing untuk dijadikan bahan rujukkan semua.  



Pokok herba Misai Kucing ini boleh ditanam diatas tanah mineral atau tanah gambut yang marginal tetapi lebih baik diusahakan diatas tanah subur yang mempunyai saliran yang baik. Pokoknya tumbuh secara semulajadi dikawasan kebun yang memerlukan sinaran matahari yang banyak. Pemerhatian saya di kampong di Muar dulu memang mudah untuk mengenali pokok misai kucing yang mempunyai bunga berwarna putih dan bunga berwarna ungu. Tumbuhan ini mudah tumbuh dengan pembiakan melalui biji benih dan jika di usahakan secara komersial yang memerlukan sistem pengairan sprinkler serta amalan agronomi pengurusan seperti program pembajaan, kawalan perosak dan juga kaedah penuaian dan pemprosesan. Elakkan menggunakan racun kimia kerana tanaman ini akan digunakan untuk produk kesihatan. Penuaian Misai Kucing dijalankan dengan memetik bahagian daun dan bunga sekaligus. Daun yang dituai perlu dikeringkan dan dijadikan teh yang telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi.Terdapat pelbagai jenis jenama daun teh misai kucing di pasaran masakini. Harga jualan produk teh misai kucing juga agak murah berbanding dengan produk lain setaraf dengannya. Teh Misai Kucing adalah bersifat diuretic dimana didakwa dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubatan moden.


Tanaman Misai Kucing (Orthosiphon stamineus Benth atau sinonim nama lainOrthosiphon aristatus Blume) merupakan sejenis herba yang kini semakin popular ditanam di Malaysia kerapa ia adalah salah satu herba yang digalakkan penanamannya dibawah EPP1, Herba ini merupakan sejenis herba popular yang juga dikenali dengan nama lain seperti Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) iaitu tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae. Saya ada menulis artikel mengenai misai kucing sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan(Sila klik disini)(Sila klik disini)  dan (Sila klik disini). Pembacaan dan rujukkan penulis mendapati misai kucing dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina termasuk kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bagaimana pun jika nama 'Misai Kucing' atau 'Kumis Kucing' adalah sama sahaja kerana bentuk bunga herba ini memang menyerupai misai kucing sebenar. Tanaman ini banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, misai kucing juga ditanam di kebun secara komersil dan juga dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana faktor bunganya yang menarik. Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang amat berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan. Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan ginjal yang didakwa saintis.


Pada penulis blog mengetahui dimana  tanaman herba misai kucing telah lama ditanam secara meluas di seluruh Asia Tenggara, India dan tropikal Australia. Sejak 1886 lagi bahagian daun kering misai kucing yang dieksport ke Eropah mula mendapat tempat sebagai minuman untuk kesihatan. Namun begitu terdapat juga beberapa faktor yang perlu diberi tumpuan terutama aspek kualiti produk diantaranya faktor umur kematangan yang akan memberikan kualiti yang berlainan. Ini adalah kerana faktor persekitaran seperti keadaan tanah, iklim, suhu, taburan hujan dan kelembapan sangat signifikan dengan kualiti misai kucing yang diperoleh. Kajian ini telah menggunakan sampel tanaman misai kucing ditanam di tanah gambut di MARDI Pontian. Misai kucing dituai pada umur kematangan berbeza dan diuji melalui analisis mikrobiologi bagi menguji kehadiran pencemaran seperti mikroorganisma. Kaedah rujukan saintis mendapati dimana Standard antarabangsa iaitu oleh European Herbal Infusion Association (EHIA) dan instutusi tempatan iaitu Malaysian Monograph (MM) telah digunakan bagi tujuan penilaian pencemaran mikroorganisma. Dokumentasi input data kualiti ini diharap mampu memberi faedah sosial, teknikal dan ekonomi kepada negara tentang indsutri ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAMAN MISAI KUCING... APA DIA...
SEJENIS HERBA... DIULANGKAJI DIA...
SEMAKIN KURANGI...PETANI TANAMNYA...
DIJADIKAN RUJUKAN... UNTUK SEMUA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...